Indahnye bila tak ada kelas pagi esok~~ Kelas Isnin pagi ni la yang selalu menguji keimanan kami sekelas.. Pukul 9.30 tu. Memang malas gile nak bangun dari katil. Yang lagi sadis bila dah berjaya melawan hasutan syaiton, sampai2 kelas tetibe cancel plak. Lagi sakit hati.
Tapi tak pe. Esok memang confirm tak ada kelas. Yippiyay! More time to study Law dan main Dinertown Tycoon. Dah teraddicted. Hoho.
Nothing much la hari ni. Kuar awal, jadi pelanggan first kat kedai makcik kat kampung. Then straight to library with Zahir. MISSION: stadi Law n cari buku islamic finance for assignment. Great experience tau. Kami adalah first time mencari buku kat library guna OPAC tu dan macam treasure hunt pergi mencari buku. Haha. Anddd... for the first time jugak meminjam buku kat library. LMAO, jakun giler k. Teruk betul perangai eh. TQ la Encik Fahmi bagi assignment ni, dapat jugak saya dan Zahir pergi meminjam buku di library. Lepas ni nak pinjam banyak2 lagi la buku.
Dalam kol 6 gi makan, and sembang2 (plus perang2 mulut.. :p) then balik hostel. Hari ni sebenarnya banyak jugak pengorbanan yang kitorang lakukan.
1. Terpaksa melepaskan tiket F1 yang harganya sangat la berbaloi2 dari Abg Daim. Giler la. Sebenarnya ada plan gak nak celebrate besday Zahir kat F1 kalau dapat tiket berbaloi2 mcm ni. Tapi dah time race ni tak kena plak. Eh, bukan diorang race tak kena time, tapi kitorang ada test esok. So, dah celebrate dengan aktiviti lain.
2. Tak tengok pun ABPBH tahun ni. Walaupun tak pegi tengok kat Genting pun tak pe. Tengok kat TV sudeyh. Tapi masalahnya kena study. Dok tengok TV confirm la x concentrate kan.
Takpe takpe. apa yang paling penting sekarang adalah pelajaran. Walaupun mungkin tak dapat elok mana pun waktu test, bukan itu yang kita nak tengok. For me, yang penting adalah usaha. Saya tak nak menyesal di kemudian hari. Maksudnya, kalau usaha, pastu dapat teruk, maksudnya kena usaha lagi. Kalau tak usaha, dapat plak teruk. It will feel so bad. Mungkin la nampak saya macam apa kan, kekadang sesuka hati nak memonteng, kuar dating je memanjang, tak penah nak lekat kat hostel.. tapi saya tahu yang agama dan pelajaran is still the priority.
Apa ni, tetiber macam sesi meluahkan perasaan. Haha. Dah dah, ni mesti sebab tension LOL.
p/s- tengok2 balik entry kebelakangan ni asyik pasal stadi je. Confirm korang terbayang saya skema menelaah je memanjang kan??? Haha, who said u can tell what kind of person one is just by reading the blog? :p