Thursday, August 16, 2012

Dah genap 4 tahun.. Cepatnya masa berlalu..

Start dengan study sama2.. menjalankan hobi sama2.. buat kerja gila sama2.. praktikal pun sama2.. grad sama2.. pendek kata semua pun bersama2.. Semoga Allah berkati hubungan ini dan menjadikan kami lebih baik lagi. Moga murah rezeki untuk ke peringkat seterusnya..

TQ en. Zahir for everything. Always being with me no matter what. Even though masing2 dah busy ngan kerjaya, you still try to spend a lot of time with me. Haha, yang lain tu dah wish depan2 kan.. so kat blog post sket2 ye. TQ for accepting me for who I am. I may not be perfect, but I'm always trying to be better for us. Happy Anniversary.. hehe





Monday, August 13, 2012

Kompleks Kraf ------> Taman Tasik Titiwangsa ------> Istana Budaya

Heyya people *bunyi cengkerik*

Malam ni semangat tau iron baju untuk keje dengan express skali. 4 minit je. Haha, semata2 nak bagi sempat update blog before tido. Ok, ni citer last Saturday.

En. Zahir tak dapat2 lagi cari baju raya dia. So, agak buntu nak cari kat mana dah. Sebab banyak tempat cari tapi saiz takde la, kaler tak berkenan la. Nak pergi Kompleks PKNS ke, Jalan TAR ke, Wisma Yakin, kirim salam la ye. Kitorang ni style tak suka gi tempat sesak2 camtu. Wah, diva gitu kan. :p

So, Encik Zahir tertengok iklan Scha ngan Awal pasal Kompleks Kraf kat Jalan Conlay tu. Katanya ada jualan Aidilfitri. Apa lagi, moh le kite menjengok sket ada apa kat sana nu ha. Suprisingly, memang best gak tempat tu. Paling penting, tak sesak walaupun ramai orang. Kitorang pakai hentam je masuk, tak tau mana pintu depan. Masuk2 je tengok banyak orang jual kuih tradisional la, lemang la. Siap masak bahulu, lemang apa sumer kat situ. Wanginyaaa.. tergugat iman manusia yang sedang berpuasa ni. Dah la tu, semua nampak sedap2 giler. Tapi kawal lagi nafsu..

Sorry gambar blur. Aku parkinson bila tengok makanan sedap. Hehe, anyway, kek ni memang sangat menggoda. Tapi tahan 3 hari je kot, so memang tak sempat sampai raya. So, tak beli la. Nampak tak microwave kat belakang tu? Diorang masak kat situ jugak.

Masuk kat bahagian kuih raya pun memang menggoyahkan iman. Rasa cam nak beli semua. Tapi tahan lagi. Pergi ke side seterusnya. Baju2 kain2 pulak. Tapi mostly batik la. And, aku pun tak berminat nak beli. Cari baju melayu pun takde yang berkenan. merayau lagi, tengok ada pertandingan buat makanan tradisional. Aku ngan En.Zahir pun dah gaya reporter dah sibuk amek2 gambar. Tapi yang bestnya, aku taktau mana pi gambar2 tu. Haha. Yang ada gambar ni.

Leenception. Aku tengah tengok gambar aku yang Zahir amek dalam kamera dia. Tetibe dia panggil aku, aku angkat muka trus dia snap. Candid sangat.. bwek!


Lepas kitorang merayau tu, kitorang memborong plak kuih raya. Memang best dan sedap tapi nak snap gambar tak boleh. Kuih raya sumer dah hantar balik kampung. Yang pasti, aku beli kuih Spa Q, Oreo apenamantah, ngan kek lapis. Pastu beli kerepek yang sedap tapi Afif dah balun habis. Hehe. Dah puas memborong, kitorang ke Taman Tasik Titiwangsa sementara tunggu time berbuka sebab dah reserve tempat kat Istana Budaya.

Ni Mat Zahiq dalam cubaan mengcover perut. Aku yang bagi instruction suruh letak tangan atas perut. Harharhar.

Then, teruslah kami ke Istana Budaya. Buffet dia adalah RM35 nett per pax. Not bad. I was very satisfied with the food and also the service. Kami sebagai manusia yang makin matang, sekarang ni dah tak membazir time buffet. Ambil mana yang nak makan je. Jangan ikut nafsu. So, mari tengok apa kami makan.
Ni makanan first round.Jom zoom sikit apa benda ni.

Yong Tau Foo. Aku tersilap amek. Ingatkan makan dengan kuah hitam tu. Rupanya dia serve ngan sup la. Beta mana minat makan sup2 ni. Last2 makan benda2 alah tu ngan sambal belacan. Haha. Dasar gila makan pedas.

Kuih-muih pilihan + murtabak

My macaroni

Nasi goreng Kampung En. Zahir

Ikan pari bakar. Nyum3

Yang second round aku amek nasik sikit ngan lauk. Lauk2 dia jangan cakap la. Memang banyak gila variety. Sebenarnya memang banyak gila tapi time makan second round tu terlupa nak snap gambar. Lapar sangat gamaknya. Gambar ABC sumer pun x snap. Dia pun ada serve laksa la, apa lagi la. Isy, macam2 jugak la. Sampai lupa. Haha. Kambing bakar pun ada. Tapi dia serve pas maghrib. So, sapa2 yang nak kambing tu, kena gi solat, relax dulu, baru ada

Kambing2 en.Zahir. Ye, dia sorang je makan dua2 ni. Saya tak makan kambing. Dia sorang je hantu kambing.

Saya adalah hantu jeruk dan asam. Haha, banyak gak la makan jeruk malam tu. 

Anyway, memang puas hati sangat hari tu. Kuih-muih sumer pun memuaskan hati. Makanan berbuka pun sangat memuaskan hati. TQ encik Zahir bagitahu tempat ni. Best3. Puasa tahun depan boleh pi lagi InsyaAllah. Hehe























Monday, August 6, 2012

Semangat Terkubur..

Aku tengah mengantuk tahap gila baban ni. Tapi disebabkan aku dah berjanji ngan diri aku nak update blog ni, aku pun berusaha gigih ni. Sanggup hari ni snap2 gambar merata sebab tak sangka hari ni aku gi tempat yang tak pernah2 aku jejak kaki iaitu Pusat Kraf kat Jalan Conlay tu. Dan, tak sangka plak tempat tu agak best, pastu aku pun memborong kuih raya tak ingat dunia. Dah balik baru aku teringat aku pun ada order kat  orang ofis aku jugak. Bahaha, over tau.. macam la time raya nanti orang nak pandang pun kuih raya ni. Masing2 mengadap ketupat lemang semua. Tapi takpe, janji ada kan. Yang penting, sumer pun menggoda selera aku ngan pakcik Zahir. Seriously, time puasa ni, kuih raya pun boleh membangkitkan selera.

Tapi elok aku nak upload gambar, sekali tengok semua takde. Jeng3.. rupa2nya ada dalam camera Pak Cik Zahir la. Pak cik tu dah  tido.. takkan aku nak kejut dia semata2 nak suruh send gambar kot. Aku x de la sekejam tu kot. So, next time k. Aku tengah semangat ni, tetibe terkbubur camtu je kan. Takpe la, pasrah je.

Aku citer pasal lain la ek. Pasal 'BERSYUKUR'. Ada satu hari tu gi isi minyak kat Petron. Gi kat kaunter nak bayar

ME: Pam 3, RM50
Bangla: *blur seminit* hmm?
ME: Pam 3, 50.
Bangla: Oh, ok. Minta maaf.  *@#%$ kampung *%$^# *x baper clear*
ME: Huh?
Bangla: Minta maaf. Saya teringat sama kampung la tadi. Sudah lama x ada balik *muka sayu.kalau korang tengok mesti korang sedih*
ME: Sudah brapa lama?
Bangla: 6 tahun.*muka cam nak nangis*
ME: *tengok nametag dia tulis AMIN* You Muslim ye?
Bangla: Yup.
ME: Raya ni pun tak balik ke?
Bangla: *muka sedih lagi* Tak ada la. Anak isteri semua dah marah2. Isteri pun kata mahu kahwin lain. Anak yang sulung sudah masuk universiti
ME: Balik la, diorang rindu u tu.
Bangla: Hmm, tak tau la. Terima kasih ya kak.
ME: Ok, sama2.

Ok, abaikan macam mana aku boleh layan sembang kat kaunter tu. Yang buat aku terfikir adalah bagaimana ada orang yang sanggup berkorban tinggalkan family jauh2 dan tak balik2 demi cari rezeki. Aku boleh jamin diorang bukannya hidup mewah kat sini. Dia bukannya kerja pangkat tinggi pun, kerja petrol pump je. Apa alasan kita yang kerja kat ofis, family sumer dalam negara ni je, nak malas2 buat kerja. Apa alasan kita nak merungut2 pasal gaji, pasal beban kerja, pasal pressure. Sometimes, kita kena tengok orang2 macam ni untuk bagi motivasi. Kadang2 kita rasa kerja kita penat (dok dalam ofis aircond ok), gaji kita sikit( yes, budak2 sekarang 2k tu x cukup), boss kita buat kita stress (sebab suka suruh kita buat kerja)..kita kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada tu. Ramai lagi yang susah, nak dapat kerja pun susah, apatah lagi nak merasa gaji seperti kita tu. Ada je budak kat kampung aku tu, berapa tahun dah menganggur tak dapat kerja. Family tak sesenang mana, so terpaksa bekerja apa yang boleh walaupun ada degree. Tapi, at the same time, kena la jugak kita memandang mereka2 yang lebih berjaya kan, so that kita bermotivasi untuk improve hidup kita. Barulah maju ye dok..

Same situation kat ofis aku di mana diorang ni sumer dah biasa tiap2 tahun bonus 5-7 bulan. Tetiber tahun ni kurang sikit. Masing2 trus bising2 tak puas hati. Aku relax je, sebab aku x terbiasa lagi dengan bonus berbulan2 ni. Aku kan budak baru, hehe. Tapi aku teringat kat member2 yang tempat kerja diorang nak dengar bonus sebulan pun payah. Kalau diorang dengar la budak2 ofis aku merungut mesti diorang kata kitorang tak bersyukur kan? Tapi aku tak salahkan budak ofis aku pun. Biasalah tu. Bila kita dah dalam comfort zone, orang kacau mesti kita tak puas hati kan. Ntah2 setahun dua lagi aku pun jadi camtu gak. Hehehe. Yang pastinya, aku harap aku sentiasa beringat dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Dan kalau aku terlupa, TOLONG INGATKAN AKU kawan2 sekalian... :)