Wednesday, June 2, 2010

Beberapa jam bersama Encik Zahir

Ini adalah kejadian hari Sabtu. Sepatutnya ikut abah gi Melaka hari ni, amek barang2 Syafiq bawak balik KL. Tapi tak jadi, pastu kena bagi barang kat orang. So, encik Zahir came to the rescue. Huhu, dia ada kat KL, weehoo. (Tq busuk buat suprise)

Dah setel keje, kitorang pun mencari tempat lepak and makan sebab Encik Zahir belum lunch. Merayau2 kat area Wangsa Walk tu sebab ingat nak makan kat sana, sekali ramai je orang so malas nak sesak makan kat area2 tu jugak cuma bukan dalam mall lah, makan kat Wangsa Link. Zahir mau makan Ayam Penyek, tengah round cari parking terserempak Aiman. Agak dah. Pak cik ni confirm ada punya area2 ni. Haha.

Setel parking, tanya la Zahir nak makan kat makan sebab dekat ngan kedai Ayam penyek tu pun ada Bangi Kopitiam. Dia kata nak makan Ayam Penyek. Tapi yang peliknya dia jalan masuk Bangi Kopitiam. Ingatkan dia tukar fikiran lah kan. Pak cik ni pelik jugak kadang2. Dah order apa segala, tetibe dia kata "Mana ayam penyeknya? Langsung tak ada dalam menu pun?" Wahaha, silap masuk kedai rupanya pak cik ni.

Tapi takpe la, sebab nasi lemak adalah sedap nyum3. Bihun goreng tak sempat rasa(pffft, sengaja makan cepat lah tu) Pastu saya minum Choc Peppermint which looks very beautiful tapi taste like ubat batuk. Wahaha, menyesal ok, tapi habis jugak sebab mahal.. tak nak bazir. Tapi pastu rompak la kiwi juice Encik Zahir. Overall, boleh datang lagi kedai ni tapi sila order air lain. Hehe.

Then, Zahir pun saya hantar balik. Had a great time walaupun kejap je jumpa..


p/s: Dah betulkan layout, yay!! chatbox nampak lebih sihat . And tq to Olie bagi pinjam cable so boleh transfer gambar (cable n card reader sumer tinggal kat encik zahir..hehe)