Saturday, April 25, 2009

005:WHY??

Kenapa mesti jadi camni??
I hope it everything will go well all the time..
but I forgot, life is like a wheel..
there is time when u're at the top..
and sumtimes u'll be down there..

life must go on..
u just have to face it..

Wednesday, April 22, 2009

004: SAYA YANG BAIK

Banyak benda nak kena disettlekan sebenarnya, tapi saya sangat suka bertangguh~~ Yay!!

- Assignment Computer, group and individual
- Study untuk 3 paper lagi~~
- Amek borang clearance
- Start planning camner nak bwk balik brg2 ni sumer
-Lots more tapi dah malas nak tulis..

Saya rasa saya dah sakitkan hati somebody hari ni. Niat just untuk bergurau, tapi maybe tak kena masa kot. Mintak maaf banyak2~~ takde niat nak sakitkan hati pun..

Saya memang tak reti melawak kot. Dari skolah lagi orang slalu kata saya ni menyakitkan hati. Lawak saya kasar. Saya rasa seronok, tapi org lain terasa sebenarnya. Especially bila masuk asrama, ramai yg terasa tapi pendamkan saja. Diorang buat2 je mcm suka saya, tapi kt belakang kutuk~~ sgt x baik.. Waktu tu rasa org suka kt kiter la~~ so buat la lagi tanpa rasa bersalah..

Tapi ada satu time tu, saya jadi agak senyap n kurang bwat lawak2 kasar tu.. baru la diorang ngaku yg saya dh berubah jadi lebih baik.. Barula citer sebenarnya diorang sgt x suka saya sebelum ni. Those words buat saya jadi terdiam. Rupa2 nya diorang pura2 je suka aku~~ Sgt sedih~~ *amek garpu cucuk mata* hahaha..

Pastu, saya jadi lebih berhati2 nak bwat lawak.. Kadang2 susah nak sedar bila terlajak kata ni. Sumtimes slalu jadi gak time skarang pun. Mintak maaf sangat2 kalau ada yg terasa. Sememangnya x pernah ada niat pun nak sakitkan hati org..

Saya bdak baik.. Hahaha, perasan..

Saturday, April 18, 2009

003: FINAL COUNTDOWN






Dlm masa 2 jam lagi, final exam untuk sem ni pun akan bermula~~ @.@






Hari ni exam Comp. Application 1, so wish me luck kay~~



Hopefully sem ni boleh dapat better pointer and better grade untuk semua subject, x nak la ada slack satu subject mcm sem lepas.. benci btol (i hate u tuan haji! XD)



Tapi takut jugak ngan subject Marketing.






Masalah saya selalunya berkaitan ngan subject membaca. Kalau SPM dulu, Biologi.. last sem, Management.. sem ni Marketing la plak. Bila membaca ni boleh tumpu dlm setengah jam je, pastu otak dah x leh concentrate langsung, mata melilau tgk org jalan, usya2 org, belek2 hp (mcm x penah tgk hp sendiri je), kalau ada laptop lg la~~ surf Internet trus...






Berbalik kepada final exam, semalam habiskanlah masa kat library menstudikan diri~~ dr tgh hari smpai la mlm.. (kejang perut x dgr study lama camtu??) Hahaha, saya study kejap je.. kan dah kata x leh concentrate lama2.. buat benda lain yg byk~~ org lain yg study sebenarnya...




guess who??XD






Monday, April 13, 2009

Post: 002

Soooo.. hari ni x de bwat apa pun dari pagi. Cuma kuar makan, baca paper, surf Internet. Dan saya sangat suka paper hari Ahad~~ sebab.. ada Pancaindera ngan Bipop.. Yay!! Gossip!~Gossip!~ haha, sgt best baca @ ngumpat pasal artis.. x sedar plak kan diri x sebagus mana.. haha

Malam plak ada appointment. Yup, appointment.. Dijemput menghadirkan diri ke seminar (oowh, bangganya aku dijemput). So, paksa la Pak Cik Zahir untuk ikut skali.. walaupun dari awal dari dpt jemputan tu dah dapat menghidu sumthing yg tak best. Sebab nama seminar tu pun "SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN" which sounds a bit fishy. Haha, otak saya yg geliga dah mengagak it have sumthing to do with MLM or that sort of things la. Tapi, try to be positive, plus kawan tu dah mengajak dengan penuh bersemangat. "Leen, datang la.. please... *ayat rayu2* " sebagai kawan yg baik, dan memikirkan ramai giler yg x blik hostel lagi, saya pun setuju la nak pergi.. konon2 nak tolong memeriahkan majlis la..

So, sampai la saya and pakcik Zahir di situ jam 8 malam seperti dijanjikan..Tapi x de org.. so, kitorang tunggu..

DAN TUNGGU LAGI~~


kesian tak tgk pakcik ini.. Dari awal lagi nampak keberatan nak pergi.Mcm2 alasan..hujan lebat la, macamla benda tu bwat tgh padang kan. Kitorang melilau2 kat situ sebab kelibat org yg mengajak pun x nampk. Sbg manusia2 yg agak punctual bila berjanji ni, kitorang jadi agak nak bengang la.. tambahan plak malam ni kan ABPBH.. kalau x sebab benda alah ni, kitorang memang nak gi Arena of Stars tgk Fahrin Ahmad okay. Tipu je~~ tgk kat tv sudahh...

Lbh kurang 8.20, wujudla manusia di situ..tp mcm x de apa2 aktiviti pun..

ZAHIR: Ni seminar pasal apa ek?

MAMAT 1: Owh.. You penah dgr CNI??

*ooowh tidak, otak aku mmg pandai, mmg la MLM*

ZAHIR: Oh, ye..

*kena cari idea nak blah ni*

ME: Pkul brape start ek?? Cakap kol 8..

MAMAT 1: *tgk jam poyo2* 15 minit kot =.=

ME: owh, kitorang mcm ada keje la.. *buat muka kat zahir, cpat cari idea!!*

*muncul la tukang jemput plak*

TUKANG JEMPUT: Leen!!

ME: =.= hai!!! *purak2 tgk hp, konon bz* bila nak stat ni, kitorang ada hal la..ingat stat awal..

ZAHIR: Ha'ah.. Nak gi Bukit Beruntung..

TUKANG JEMPUT: Buat apa sampai Bukit Beruntung??

ZAHIR: Gi makan..

ME:=.= *whadda?? makan?? carila idea bernas sket*

ZAHIR AND ME: *ke satu tempat yg jauh sket*

ME: Cakapla nak gi buat assignment comp

ZAHIR: Gi la bagitau..

pastu adegan tolak menolak tanggungjawab pun bermula, dan encik zahir kalah nampaknya..dia lah yg pegi ckp..

YAY!! Settle masalah~~ boleh tgk ABP..

Bukannya apa, saya memang sgt x suka MLM tapi pergi jugak sebab nak tolong kawan nyer pasal. And, saya jugak benci org yg x punctual.. Beriya2 ajak, tapi dia sendiri pun lambat. Time is Money so, how can i trust sumone like this to make money for me?? DUH......... *tibe2 emo*

Ye, saya tak suka org yg anggap duit can come to them without any usaha *kena tembak dgn org Dewan Bahasa sebb merosakkan bahasa*Tolonglah, apa jenis bahasa saya cakap pun saya dah tak tau..

Warning to sapa2 yang nak ajak join MLM, Jangan la buang masa kat saya. Maybe saya akan treat you nicely but otak saya dah set, this thing is rubbish. Sorry kalau terkasar k..


FIRST!!-001

Hallloooo...

Yay!! Dah bukak satu lagi blog. Okay, so in total dah ada 4 active blogs (and 1 inactive a.k.a mati). Wahh, poyo je bukak banyak2 blog. Tapi memang perlu satu lagi blog untuk ditulis dalam bahasa Melayu sebab rasanya penulisan Bahasa Melayu saya rasanya telah jadi sangat lemah. Lagi 2 blog (livejournal ngan vox) tu untuk fangirling purpose, satu lagi blog plak personal. So, nak jugak satu yg x personal dan x penuh ngan benda2 pasal artis jepun kegemaran saya.

Hope bolehlah share blog ni ngan kawan2 ataupun family (which I highly doubt I will do). OK, dah pening.. bukak blog ni untuk apa hah? Saja kot, I just love blogging (bile rajin la.. haha)