Sunday, November 29, 2009

Tolong!

I need help..

Otak, tolong kembali ke tempat yg sepatutnya. Sebab rasanya awak x ada dlm kepala saya ini. Saya menulis ini pun menggunakan temporary memory yg mungkin hanya berfungsi untuk waktu yg singkat. Sila kembali sebelum saya tetiber tidak sedar dan berdengkur dengan kuat.

Bloggers kesayangan, tolong la update. Mungkin ia dpt memujuk otak saya kembali. Kerana saya die merajuk sebab dr pagi asyik mengadap nota2 corporate finance... Tolong saya.....

ceh, sesuka hati mintak org update weekend2 ni... heh!! :p



Friday, November 27, 2009

Raya yg x serupa raya..

Hello! Selamat Hari Raya Aidiladha semua~~~





Tp x rasa cam raya sgt pown, sebab raya kat kl. So, preparation adalah pada thap yg sgt minimal. Just beli lemang and mama bwat rendang. Pg ni pon bgun pukul bper ntah. Ahh, sgt bahagia. Sebab selalunya pagi raya saya adalah penuh dgn jeritan dan ngauman dari singa yg garang. Tapi singa ni x makan org eh, die mengaum suruh bangun n mandi je. Hakhak. Tapi hari ni x de. Mcm 'suka hati ko lah nak bgun kol bper'. Wow.. HEAVEN!!





Dah la sumer kat rumah pun semangat je pkai baju kurung. Aku?? Blouse ngan jeans je, wao, very the sempoi la raya aku. Org laki pun semangat pkai baju melayu sampai ke ptg. Haha, ntah la. Mcm x de semangat nak raya la. Lagipun mcm confirm je, x de org nak dtg. X mau la semangat2 pkai baju kurung.





Tapi semua makanan memang adalah semangat raya yg berlebihan. Kakla datang ngan nasi briyani die yg sedap. Eh, sejak ble akak aku pandai masak ni?? Siap bawak nasi himpit bersama kuah kacang specially from Haji Samuri, ada jelly strawberry yg sedap giloz. Nak try la bwat benda tu. Pastu Kak Nini ngan Abg Alfi plak masak laksa Johor. Emmm, aku x minat la apa2 jenis laksa ni except for Laksa Sarawak kot coz dia lebih mcm mee kari je bg aku. Lain2 laksa memang aku x minat la.



Yg dtg rumah pun hanyalah family Pak Cik Wan and Pak Ngah Din. Boleh x tgah2 lyn diorang tu aku buleh naik bilik main cafeworld, msg ngan zahir pastu tido. Sungguh kurang adab k, tp crius aku sgt mengantuk. X tau naper. Dgn hujan lebatnya, memang best tido. Aku bgun n turun bawah diorang dh nak balik. Haha. Teruk k perangai.



Pastu adalah menyambung makan makan makan dan makan... Tamat dah citer raya ni. Haha.. gambar memang langsung x de sebab malas. :)





Thursday, November 26, 2009

X de org dah ke yg ko nak kawen????

Pelik giler ok bile baca citer nieyh:


On November 22, 2009 a Japanese man called SAL9000 got married to his dream woman, Nene Anegasaki. So far nothing new, people marry all the time. However, this woman happens to be built up out of pixels. Nene Anegasaki is a game character from the game Love Plus, a Japanese dating simulation. The man had to go to Guam to find a priest who would conduct the ceremony. The marriage is not officially recognized. http://www.ubergizmo.com/15/archives/2009/11/man_marries_virtual_girlfriend.html1 Strangely enough, this man is not alone in his desire to marry a virtual character, 3500 people have signed an online petition to legalize marriages between man and two-dimensional characters. (copy paste dari http://www.mahalo.com)

Waddahek weyh..ape nak jadikkah dunia ini??

Dah x ada org ke yg nak dijadikan calon isteri??? Aku tgok video kahwin diorang, muka laki tu x de la huduh sampai x de sapa nak. OK, appearance is nothing la kan, tapi... tapi.... ape motif la kawen ngan game character???

X best langsung ok... ko makan sorang2 jugak, ko tido sorang2 jugak. Ko hidup sorang2 jugak. Bukan buleh bwat anak pun. Ko tua pon sorang2 la jugak. Die bukan tua pun. Ntahla, penat aku fikir apa faedahnya kahwin ngan kartun camni. X jumpa2 lagi. Kalau sesaper tetibe dapat jawapan yg agak rasional, tolonglah bgtau...

Sebab yg aku nampak adalah baik x yah kawen la kalau setakat nak kawen ngan kartun ni..

Hoh, dunia dah pelik2 la....





Tuesday, November 24, 2009

Otak senget..

Kepala berdenyut2.. kalaulah boleh belah kepala and bwk keluar jap bhgian yg berdenyut ni, letak kt sebelah.. agak2 die dah ok esok amek la balik pasang.

Haih. Wish it is that simple.

Adakah sebab kena hujan??? Ngehhhhhhhhhhhh...

Saturday, November 21, 2009

Bluerghghgh...

Nak muntah baca notes. Haha. Criusly. Apekah notes FRM ini?? x de gambar, not even a number. Tulisan semata2. Saya adalah sgt lemah membaca notes. Baca satu page, kepala dah start tersengguk2. Itu kalau nothing in front of me. Tapi kalau ada laptop, haih... baca satu baris, tgok laptop 10-20 minit, pastu sambung lg sebaris..



Whaddaheck la kan, sruper x yah baca la camtu... *sambil ketuk2 pala kat dinding* Kena baca gak!!!!! Kalu x camner mau bwat assignment and jawab final... 6 chapter kena baca sendiri~~ Haih..



byk mengeluh betul Leen ni. Stop it! Bersemangat la sket. Yay~~*gilo ape ckp ngn diri sendiri*



Life have been treating me greatly, except for semakin dekat final, tetiber aku mcm gelabah buat apa serba x kena. Haha. Risau la mengenangkan byk jugak subject that need me to read and memorize things. Yeah, MEMORIZE. Becoz UNDERSTANDING is not enough. Haih. dah la menghafal adalah benda paling susah for me. Nak kena makan kismis berguni2 ni *yes, I'm joking* :p



Whatever it is, wish me luck people.. I'm gonna get more into the books than the games. Bye bye sebentar ye Diner Dash, Cooking Dash, Fitness Dash. Jgn rindu saya sgt. U know I miss u more.I'll do my best.. Hooo yeah~~ *rasa mcm org gila while typing this entry, apa kes ckp ngan game nieyh???*







Thursday, November 19, 2009

Coooool giler~~~

Weee, tringin giler nak naik benda alah ni.. Cute!!!

Kenapalah benda2 mcm ni hanya wujud di Jepun???




Thursday, November 12, 2009

Heeeheeheee

All the hard work paid off. All the patience were worth it. All the prayers were answered. :)

I guess lots of things will turn out better if we leave them to the Almighty. He knows best. And it makes you feel much much much better and calm. Alhamdulillah.

And I feel so lucky to have wonderful people around me. <3<3<3<3 u all!!



Sunday, November 8, 2009

Dapat Bersukaria, thanks to Ms Sylvia..XD

Dapat bersukaria, fine~~ tapi apa kena mengena ngan Ms Sylvia plak ni?? Haha.. Ye la, kalau dia x cancel kelas Corp. Finance, x dpt la bersukaria hari Rabu lepas.


Dah lama giler x kuar bersukaria ngan Encik Zahir ni. Asyik la lepak dalam Unisel sebab byk keje la lately. Skang pun byk keje gak tp x pe, ada masa nak bwat. Soooo.. kitorang bertolak around kol 12. Plan adalah nak tgok movie. So... gerak le ke OU. Encik Zahir saya adalah sgt cerewet. Nak tgok movie je mesti kena pegi GSC OU. Tempat lain die x suka. So, walaupun plan kami nak makan kat Sunway, tgok movie kat OU jgak padahal boleh je tgok kat Sunway Pyramid. (tp aku pun x mau la kalau TGV Sunway pyramid, ada bad experience kat sana :p)

Memang nak nak nak nak nak nak nak sgt tgok Papadom. Dah check kat website before this and ada tayangan kol 2.20. Kitorang sampai around time tu and set yg tinggal ada 38je. Confirm la depan2, and Encik Zahir x mau, die tak suka dok depan screen tu ha. I've told you he's a bit cerewet kan?? Haha.. so kitorang pun tukar plan tgok movie yg byk seat available la~~

So.. kitorang tgok Jennifer's Body. Ok.. criusly aku x tau sinopsis citer aku. Memang x amek tahu. Cuma penah terbaca about badan Jennifer ni dimasuki oleh sumthing. That's all. Pastu aku tgok poster die cam cun je( Dah nama pun Megan Fox, cun + extra hot la kan). tapi crius aku ingt mcm citer komedi romantic gitu la. Tapi dah mcm musykil sket sebab 18SG. Aku pun terpikir, silap tulis ni, 18 SX kot.. hahaha...

Dah masuk hall, stat2 pun dah memang 18 SG ha... Aku dah terkedu..Whaddaheck, citer apa la aku pilih ni..hantukah?? haha..Tapi, layan jugakla sebab dlm takut2 tu ada gak lawak2 yg stock ko gelak sambil takut2. Megan Fox sgt hot (x pyh bgtau pun korang sumer confirm tau kan?? hehe). Maybe aku buat satu entry khas pasal filem ni kot (kalau rajin la ye?? byk keje la). Zahir memang x ckp langsung ngan aku. Dah kuar tu baru dia cakap.. "Byk kali dah tertendang seat depan sebab terkejut" Hahaha... apekah?? Dia x habis2 merungut x suka sebab citer tu asyik bg die terkejut.. Lololol.. kesiannye dia, haha.

Then, kitorang gerak ke Sunway Mentari, nak pegi try tempat makan baru seperti dicadangkan abang Daim, Buffalo Steakhouse~~
Kedai ni kat Sunway Mentari. OMG, hari tu memang mcm agak nostalgik. Especially bile gi solat kat Masjid Sunway. Haih, mcm2 memori tetibe dtg balik. How I miss those good old days. Especially my ex-housemates waktu kat Taylor dulu. Dah dah Leen, back to the topic!!

Kedai ni menjual makanan2 barat (tgok nama sudeyh...). Harga dia standard la, affordable untuk kami yg hanyalah student ini. Dan yang lagi bestnyer~~~ diorang ada meal set yg include homemade bun, soup of the day,course meal, drink (iced lemon tea@ hot tea@ hot coffee) dan jugak ice cream as dessert. Harganya cuma RM16.90 nett. Wow!! Berbaloi2 tau. You guys have to try it.
Home-made bun yg sedap giler
Tetiber cam malas nak tulis caption sebab nak upload gambar pun dah berkurun. Anyway, dlm byk2 ni yg sedap hanyalah, bun, mushroom soup, chicken chop dan ice cream. Haha.
Tu la, sapa suruh tamak order mcm2 side order, last2 x hbs sebab kureng la rasa die. Tapi kalau nak mkn western with affordable price memanglah sgt disarankan. Tapi INGAT! X yah mengada2 order side dishes. Sebab overall memang x sedap. Benda2 yg dalam set tu aje yg sedap. Haha

Thursday, November 5, 2009

Fun and Friends Part2..

Huhu, ni adalah kejadian hari Sabtu lepas. Wah, lama giler baru nak post. Sebab saya adalah bz and malas!! Anyway, Sabtu lepas memang adalah best~~ Walaupun plan memula adalah nak ke The Gardens because I have sumthing to redeem, tetibe aku cam malas nak pegi. Ntahla, x de mood kot, jd penat and malas. So, plan pun tukar, zahir dan saya rasa adalah lebih baik untuk kami stay saja di kampus yg indah lagi permai ini.


Around pukul 12 camtu, kitorang (saya, zahir dan apiz) pun pergi la lah lunch di gerai makcik kt kg. Dah siap mkn tu, kitorang pun gerak ke Pusat Pelajar (PP) tgok autoshow. Dah bertambah2 kete kt show tu. So, jln2, tgok2 gitu2 je.. Sebb plan utama adalah pegi tgok n bagi sokongan kat Faiz dalam futsal match. Wajiblah bagi sokongan untuk team Bachelor of Finance kan. Kitorang siap ada dua team lagi. Semangat x semangat ha.. course lain (except sains sukan je kot?? ke ada lagi course ada dua team aku x tau?) sumer ada satu team je.


Tapi.... panas giler nak mampos~~~~~~~ dah thap rasa kena masak ngan matahari dah ha.. dah la i x pkai sunblock u (pigidah.. dah hitam, pkai sunblock ke x sama je). And next game Faiz pun lambat lagi. Sejam lagi katanya. So, kitorang gi balik PP tgok autoshow.



Nak upload gambar adalah sgt lembab.. so ini je yg mampu diupload, padahal byk lagi gambar. Xpe xpe, tgok je ini dulu. Kalau rajin pasni saya upload lagi.. (oh, jgn harap la :p)



Kete Winnie the Pooh adalah sgt comeelll... my fav would be ada satu kete kaler gold, lawa giler, tp x leh nak upload.. haih!



Kepanasan adalah tahap melampau sampai saya ngan apiz jalan kejap je. Terus duduk bersila kat PP sebab x tahan la. Zahir je beriya sket jaln2 lagi tgok kete. kitorang dah kebosanan giler.



Pastu kitorang pun pegi la court tengok futsal. Waktu tu Faiz dah stat lawan. Dan, kedua-dua team Finance dapat pegi semi-final menentang kedua-dua team Sains Sukan.. Weeehhoooo. Masuk semi-final pun best giler ok, lawan plak ngan budak Sukan. *cakap sambil kembang2 hidung* Tapi dua-dua team Finance kalah kat semi-final ni.. hehex pe xpe.. dapat num3 ngan 4 pon dah best giler. Cayalah!! *two thums up*



Habis game around kol 6. Bagi Faiz rehat2 mandi2 sumer, baru pegi makan. Makan kt mana lgi, confirm la kat tapak pesta. Ho yeah!! Nasi goreng kg die memang sedap nyum3~~ Then, jalan2 main paintball.. Paintball la sgt, tembak2 tiang kayu je. Tapi best, boleh kumpul2 point. Siap kitorang dapat sticker lagi, so nanti kalau g main kat Dusun Ali king boleh dapat discount 10%. Kitorang siap plan2 nak pegi la one day.



Jangan x tau Apiz terer gile menembak...bper round die tembak sumer kena.



Then, jalan2 ke rumah hantu. Mula2 nak masuk tapi bile pikirkan yg mlm tu aku dok sorang kt rumah, x jadi.Zahir pun x bg aku masuk. Dia kata "Toksah mengada". Terus sumer x jadi masuk walaupun mula2 sumer pun tringin..



Balik lah kitorang semula ke gerai makanan yg best itu. Haha, minum2, borak2 (sambil Faiz n Zahir tunggu performance Arrow) hahaha.. aku ngan Apiz dah ngantuk dgr pakcik Ringgo ke Jinggo ntah (penyanyi group Arrow) membebel atas stage. Haha.. dah lagu pun sumer tangkap leleh kan. Zahir ngan Faiz je la layan :p



Anyway, itu je cerita untuk hari Sabtu minggu lepas. Sumer pun balik umah sebab esok(Ahad) ada kelas Corp. Finance. Conclusionnya, great weekend!!(with great people). Love you all.. XD