Saturday, January 30, 2010

I thought you were hot but your attitude makes you look ugly..

Ok, tajuk x de kena mengena sebab it is just somebody's status in twitter. Mcm best, so kasi letak kat situ sebab tak tau nak letak tajuk apa kan...


Hari Jumaat hari tu saya super duper happy duit mara udah masuk (ok, shaddap semua kawan2 yang nak try mintak aku belanja.. duit aku dah nak habis bayar segala buku ok).Sempena menyambut kegembiraan itu, haruslah keluar makan angin kan.. muahahahhaa *gelak stail org kaya kekenyangan*


First destination- SHAH ALAM.

Ceh, semangat kan? Mentang2 nak kena transfer sana, semangat lebih eyh? Oh tidak. Saja nak survey kawasan sebab Zahir want to get an idea how the place looks like. LOL, mcm x penah pegi. I mean, before this tak penah amek port pasal perumahan ke whatsoever kat sana kan.. so kali ni tengok habis2 ye pak cik... Dah puas pusing2, ke Masjid Negeri sembahyang Jumaat. Oh, saya x de la pegi solat Jumaat k, Encik Zahir je. Saya tolong jaga kete. Huhu.


Next destination- ONE UTAMA

Kalau datang sini, buat apa lagi kan. Confirm la tengok movie. Satu perangai kitorang dua ni, x reti2 nak check schedule dulu before pegi tau. Pastu sampai2 nak amek citer yang start around time kitorang sampai jugak. Of course la citer best dah hampir penuh. Tinggal pun seat depan2 aje. Yang Zahir plak, memilih, asal seat depan sket tak mau la. Kalau ikut saya, selagi ada tempat boleh duduk tu ok je. So tadi tak dapatlah nak tgok citer Tooth Fairy, seat depan2 aje. Nak tengok Avatar 3D pun tinggal seat depan je. So, tengok Fame. Ye, kitorang memang gambler. Selalu betul pakai suka hati tengok citer walaupun x baper nak tahu citer pasal apa.


Suprisingly, citer tu adalah best. I don't know about you all la, tapi pada saya and Zahir, it's good. It's kinda motivate us. Ye la, kita kan dalam fasa menjadi dewasa. Sometimes we tend to think that we know what we want and what we gonna be. We don't even care about what the adults have to say. Sometimes, it worth it, sometimes it's not. That's what I got from the story la. Tapi memang best part dance and performance diorang.


Oh, dalam hall tu tadi sempat la tgok gelagat2 manusia ni kan. Mamat sebelah saya ni dah ;a makan hot dog. Ntahla, x faham la naper diorang jual benda ni makan kat hall. Seriously tak tahan la bau dia bile dalam air-cond. Even kalau masuk hall yang dah ada orang dalam tu makan hotdog, memang bau die MasyaAllah, sabo je la. Ke aku sorang je rasa camtu?? Dah la tu, makan mulut berdecip2, yang ni mintak maaf la. Dari dulu, memang sifat kot, bile makan dengan orang macam ni tetiber je jadi marah. Tapi, selalu try untuk bersabar la, sebab nak buat camner kan dah cara diorang camtu. Tapi still, memang aku annoyed la. Tak cukup ngan tu, dah habis makan die main hembus hidung plak. Hadoila... sabar je la....


Dah tu, couple Mat Bangla ngan Minah Melayu sebelah Zahir plak tak habis2 berkissing. Go get a room la moron.. Eh, x baik maki orang. Haha.


Pastu ada sorang minah depan row kitorang sepanjang citer tu dia bising. Gelak2 la. Bila part citer tak lawak pun die gelak kihkihkih, aku pun usya la kan. Sekali tengok rupanya perempuan tu OKU. Maybe mentally disable kot, sebab nak kata Syndrom Down, x ada lak rupa tu. Sgt sweet, parents die bawak die datang tengok movie.Dia pun macam happy je. Gelak2 and all.


Next Destination- SRI DAMANSARA


Yay! Masa untuk makan.. Tengah hari makan my home-made egg sandwich je. So, datang sini trus bantai chicken chop, watermelon juice ngan blueberry yogurt cheese yang giler2 punya sedap..Zahir plak makan lamb chop, orange juice and kongsi cake ngan saya. Nyum3, kenyang giler (walaupun malam tu zahir gi makan nasi ayam lagi kat hostel :p)

Dah siap makan trus balik, nak pegi rumah Farah. Elok je siap mandi sumer, hujan lebat giler. Apa lagi dah stat golek2, mata nak terpejam je.. haih. Itu je lah aktiviti hari Jumaat saya yang tak dapat balik rumah kerana Mama n Abah balik kampung T.T Dah la dah simpan baju busuk banyak2 nak bawak balik rumah. Alamatnya kena basuh sendiri la......ke hantar dobi je?? hahaha









Tuesday, January 5, 2010

Jangan Turun Bawah...


Cerita ini adalah kisah benar yang terjadi di rumah saya. Setelah seharian Razin (anak sedara saya) menguasai TV dengan menonton rancangan2 TV kegemaran seperti Ben 10, Tom n Jerry, Geng Bas Sekolah, Hikayat Putera Shazlan, Mickey Mouse Clubhouse, My Friend Tigger and Pooh, dan lebih 30 judul kartun yang lain, Abah mengambil remote control sambil berkata "Bagi Tok Wan tengok berita pulak, abang pegi main basikal kat bawah ok??"

"Tak nak la, kat bawah ada hantu" jawab Razin.

Mama dan Abah terdiam sebentar. Segala cerita2 yang dikhabarkan oleh Pak Guard siang tadi bermain di fikiran. Kisah Pak Guard terdengar bunyi suara perempuan menangis *wth skarang nak dekat pukul1, why am i writing this* tiba-tiba berlegar-legar di ingatan. Mungkinkah kanak2 berusia 5 tahun ini mempunyai deria ke-6 yang membolehkannya nampak apa yang kami semua tidak nampak?? Mungkinkah apa yang dilihat kanak-kanak itu sama seperti Pak cik Guard itu nampak?

"Mana ada, mengarut la abang ni. Mana ada hantu kat bawah.." Abah cuba untuk menenangkan perasaannya dan Mama yang agak cuak dengan insiden ini.

"Ye, ada hantu kat bawah.." Razin masih berkeras.

"Ok, jom tunjuk kat Tok Wan mana hantu" kata Abah sambil memimpin tangan cucunya itu ke tingkat bawah.

Di dalam hatinya dia sebenarnya berdebar2 untuk melihat apa yang bakal ditunjukkan cucunya itu. 'Rumah ni ada hantu ke?' bisiknya di dalam hati.

"Tu ha hantu!!" Ujar Razin setiba di ruang tamu...


"Ada hantu kat dalam tu kan?? Mcm citer Aladin tu" kata Razin lagi sambil menunjuk2 ke arah labu sayung yang sememangnya tidak bersalah itu.

Ko ingat ni criter Aladin ke budak?? *walaupun dah sah2 jin aladin tu x duduk dalam labu sayung ok* Bikin saspen je ini budak...

Tapi kan, rasa2nyalah.. ntah2 memang ada kan.. Cui, apa aku merepek tengah2 malam ni..