Saturday, September 25, 2010

Busy bee..

Sejak balik dari cuti raya hari tu, memang sgt2 busy la. Dengan test la, replacement class la, assignment la.. memang tak cukup masa..tapi tak pe. Kena cool, dengan harapan dapat melalui segala rintangan ni dengan machonya. So far, 1 assignment Business Research ngan 1 test (Investment) dah berjaya dilalui so next week kena lalui benda2 ni plak:

Ahad : Replacement class Research

Isnin : Sepanjang hari ada lawatan ke BNM dan AKPK

Selasa: Test econometric, pastu kelas sampai la ke malam

Rabu: Presentation Financial Advisory. Malam ada class SPSS. Tak dpt la nak gi jamuan raya FOB..

Khamis: Kena submit assignment Business Research plus ada kelas SPSS malam tuh

Itu baru next week k, the next week lagi ada test Banking plak.. kena submit assignment Corporate Risk ngan Investment lagi. Masa plak makin suntuk. Memang kepenatan la minggu2 sebelum exam ni. Demam plak datang, tapi tak leh layan sangat badan ni.. Japgi makin mengada. So body..please stay strong coz I really need it..


Tuesday, September 7, 2010

Kebosanan Keseorangan


Hari ni sepanjang hari dok sorang2, bukak puasa pun sorang2. Sedih tak? Sila nangis kalau tak saya tembak *wah, feeling gangster kan*.

So, aktiviti sepanjang hari adalah tengok tv. Kalau bukan bulan puasa best gak ronda2 kl nieyh. Tapi memandangkan bulan puasa dan tenaga pun kurang, so dok rumah je lah. Kak Nini ajak join majlis berbuka office dia kat mana ntah. Teringin tapi segan sebab macam wah.. tetiber nak join architect2 plus bos2 diorang bukak puasa kan.. sapekah aku.. terasa kerdil diri ini.

So, buat keputusan makan kat rumah je. Order McDelivery je kan senang. So, kiranya hari ni save tenaga habis2an la ni. Nak makan pun tak yah kuar. Suruh orang hantar depan rumah je. *yes, pasni takde sapa nak amek aku jadi menantu*

Cepat la sampai esok, saya mau balik kampung jumpa abah, mama dan kanak2 comel yang dirindui. Miss them sooo much~~~

Kepada mereka yang nak pulang ke kampung especially yang nak balik alor setar, drive safely. Ingatlah orang yang tersayang. Biar lambat asal selamat. Rumah terbakar nampak asap, err.. silap pepatah dah.Selamat Hari Raya in advance!!! (coz i might not be able to post anything sebab line internet di kampung saya lembabnya masyaAllah :p)

Heyya people


Wee, lama tak jumpa kan? Ntahla, mood nak berblogging tak ada. Tapi since sekarang ada kat rumah bergolek2 tanpa buat apa, why not back to blogging kan.

Actually kan, ni entry semalam.. tapi tak tertekan publish.. haha

Hari ni balik rumah. Sunyi sepi. Mama, Abah, Syafiq, Razin and Afif dah selamat pulang ke kampung. So, tinggal Kak Nini ngan Abg Alfi je kat rumah. Tapi diorang berbuka kat KLCC sambung ngan shopping. Malas nak join, berbuka ngan Zahir kat Samuri je. Dah siap makan, call Kakla nak amek kunci rumah. Tapi diorang pun nak kuar gi Carrefour so jumpa kat Melati je bagi kunci. Masuk2 je rumah seriously rasa sayu sangat2. Senyap sunyi. Selalu riuh dengan budak2 sumer. Rasa nak nangis pun ada. (ok, ni saja melebih2.. haha)

It makes me realize how we should treasure everything that we have. When it's gone, u gonna miss them all. Tapi budak2 tu takdelah sampai gone, nanti balik kampung jumpa la diorang. Ni cuba kaitkan ngan benda2 lain la kan. Macam parents ke, memang la kalau kena marah2 or bebel2 confirm kita pun bengang tapi, kalau tiba2 diorang takde..:( life will not be the same.

So friends, treasure everything and everyone that u have, U'll never how long they will be with u.

p/s- bila dok dekat asyik nak cari gaduh, bila dah jauh baru nak rindu :(