Tuesday, September 7, 2010

Kebosanan Keseorangan


Hari ni sepanjang hari dok sorang2, bukak puasa pun sorang2. Sedih tak? Sila nangis kalau tak saya tembak *wah, feeling gangster kan*.

So, aktiviti sepanjang hari adalah tengok tv. Kalau bukan bulan puasa best gak ronda2 kl nieyh. Tapi memandangkan bulan puasa dan tenaga pun kurang, so dok rumah je lah. Kak Nini ajak join majlis berbuka office dia kat mana ntah. Teringin tapi segan sebab macam wah.. tetiber nak join architect2 plus bos2 diorang bukak puasa kan.. sapekah aku.. terasa kerdil diri ini.

So, buat keputusan makan kat rumah je. Order McDelivery je kan senang. So, kiranya hari ni save tenaga habis2an la ni. Nak makan pun tak yah kuar. Suruh orang hantar depan rumah je. *yes, pasni takde sapa nak amek aku jadi menantu*

Cepat la sampai esok, saya mau balik kampung jumpa abah, mama dan kanak2 comel yang dirindui. Miss them sooo much~~~

Kepada mereka yang nak pulang ke kampung especially yang nak balik alor setar, drive safely. Ingatlah orang yang tersayang. Biar lambat asal selamat. Rumah terbakar nampak asap, err.. silap pepatah dah.Selamat Hari Raya in advance!!! (coz i might not be able to post anything sebab line internet di kampung saya lembabnya masyaAllah :p)

No comments:

Post a Comment

Cakap cakap~~