Tapi elok aku nak upload gambar, sekali tengok semua takde. Jeng3.. rupa2nya ada dalam camera Pak Cik Zahir la. Pak cik tu dah tido.. takkan aku nak kejut dia semata2 nak suruh send gambar kot. Aku x de la sekejam tu kot. So, next time k. Aku tengah semangat ni, tetibe terkbubur camtu je kan. Takpe la, pasrah je.
Aku citer pasal lain la ek. Pasal 'BERSYUKUR'. Ada satu hari tu gi isi minyak kat Petron. Gi kat kaunter nak bayar
ME: Pam 3, RM50
Bangla: *blur seminit* hmm?
ME: Pam 3, 50.
Bangla: Oh, ok. Minta maaf. *@#%$ kampung *%$^# *x baper clear*
ME: Huh?
Bangla: Minta maaf. Saya teringat sama kampung la tadi. Sudah lama x ada balik *muka sayu.kalau korang tengok mesti korang sedih*
ME: Sudah brapa lama?
Bangla: 6 tahun.*muka cam nak nangis*
ME: *tengok nametag dia tulis AMIN* You Muslim ye?
Bangla: Yup.
ME: Raya ni pun tak balik ke?
Bangla: *muka sedih lagi* Tak ada la. Anak isteri semua dah marah2. Isteri pun kata mahu kahwin lain. Anak yang sulung sudah masuk universiti
ME: Balik la, diorang rindu u tu.
Bangla: Hmm, tak tau la. Terima kasih ya kak.
ME: Ok, sama2.
Ok, abaikan macam mana aku boleh layan sembang kat kaunter tu. Yang buat aku terfikir adalah bagaimana ada orang yang sanggup berkorban tinggalkan family jauh2 dan tak balik2 demi cari rezeki. Aku boleh jamin diorang bukannya hidup mewah kat sini. Dia bukannya kerja pangkat tinggi pun, kerja petrol pump je. Apa alasan kita yang kerja kat ofis, family sumer dalam negara ni je, nak malas2 buat kerja. Apa alasan kita nak merungut2 pasal gaji, pasal beban kerja, pasal pressure. Sometimes, kita kena tengok orang2 macam ni untuk bagi motivasi. Kadang2 kita rasa kerja kita penat (dok dalam ofis aircond ok), gaji kita sikit( yes, budak2 sekarang 2k tu x cukup), boss kita buat kita stress (sebab suka suruh kita buat kerja)..kita kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada tu. Ramai lagi yang susah, nak dapat kerja pun susah, apatah lagi nak merasa gaji seperti kita tu. Ada je budak kat kampung aku tu, berapa tahun dah menganggur tak dapat kerja. Family tak sesenang mana, so terpaksa bekerja apa yang boleh walaupun ada degree. Tapi, at the same time, kena la jugak kita memandang mereka2 yang lebih berjaya kan, so that kita bermotivasi untuk improve hidup kita. Barulah maju ye dok..
Same situation kat ofis aku di mana diorang ni sumer dah biasa tiap2 tahun bonus 5-7 bulan. Tetiber tahun ni kurang sikit. Masing2 trus bising2 tak puas hati. Aku relax je, sebab aku x terbiasa lagi dengan bonus berbulan2 ni. Aku kan budak baru, hehe. Tapi aku teringat kat member2 yang tempat kerja diorang nak dengar bonus sebulan pun payah. Kalau diorang dengar la budak2 ofis aku merungut mesti diorang kata kitorang tak bersyukur kan? Tapi aku tak salahkan budak ofis aku pun. Biasalah tu. Bila kita dah dalam comfort zone, orang kacau mesti kita tak puas hati kan. Ntah2 setahun dua lagi aku pun jadi camtu gak. Hehehe. Yang pastinya, aku harap aku sentiasa beringat dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Dan kalau aku terlupa, TOLONG INGATKAN AKU kawan2 sekalian... :)
No comments:
Post a Comment
Cakap cakap~~