Thursday, February 28, 2013

Marathon movie Melayu

Dah lama gila tak marathon movie. Rasanya last time adalah time besday Zahir yang ke 24. Sekarang dia dah nak masuk 26 dah pun. Ha, 2 tahun la kiranya. *Leen patut berfikir dulu sebelum type so that tak payah bebel banyak2 dan tak perlu type segala apa yang difikirkan dalam otak*

So, Sabtu 2 minggu yang lalu, saya mengajak Zahir menonton Hantu Kak Limah 2. Sebab utama adalah saya peminat movie2 Mamat Khalid since movie Man Laksa. Dulu faveret Malay director adalah Afdlin Shauki, tapi kebelakangan ni citer dia macam ntah apa2 la. Deep sangat kot ek sampai aku tak faham lawak dia. So, sebagai peminat tegar wajiblah gi wayang tengok. Takde la tunggu raya nanti tengok kat TV kan.

Tapi, movie ini agak mengecewakanlah. Kalau sesapa dah tengok tau la kot. Maybe sebab expectation sangat tinggi, so susah nak capai la. Rasanya Hantu Kak Limah yang dulu tu Johan banyak jugak membantu dan watak Usop Wilcha tu still lawak. Second movie ni kurang umph, sebab sidekick dia sumer tak lawak. Usop Wilcha pun tak lawak. Awie pun so-so. Dan very predictable apa yang diorang akan buat. Kalau storyline predictable boleh tahan lagi, ni diorang punya acting pun predictable, so not good. Hantu dia pun ntah apa2. Habis citer je Zahir tengok aku, aku tengok Zahir. Masing2 macam "Apekah??"



Muka aku time tengok citer ni,

Rasanya cukup2 la kot Hantu Kak Limah ni ek. Buat yang lain plak la. Citer best memang bila sambung2 trus jadi tak best. Dah habis citer tu, aku pun macam. Yay~~ dah habis~~ rugi duit aku je. Tapi takpe, at least aku tengok dari sumber yang betul. Bukannya donlod haram. Haha.

Tetibe Zahir plak. "Eh, jom tengok Kerat 14". Dia daripada kat luar hall lagi dok tengok iklan Kerat 14 tu. Masuk hall pun diorang tayang lagi trailer tu. Pastu tak habis2 " Nanti kita tengok citer ni la plak". Aku pun angguk2 dalam keterpaksaan. Haha. Jaga hati. Japgi aku kata aku tak suka tengok citer2 camtu terasa plak. Asal tengok movie je aku pilih. Nak queen control pun beragak la. *ehem, saya bukan queen control, remote control maybe* Bila dia ajak sambung marathon citer, aku macam errr,errr.. dah la tengah2 bulan ni. Orang nak jimat duit. Nak tengok movie ni pun kena pecah tabung tau tak?? Tetibe dia macam paham2 lak. "Takpe, jangan risau. This round saya belanja. Marilah intan payung kesayangan hamba" Yang ayat last tu aku gatai tambah ja.

Popcorn ngan air memang tak beli la. Lagipun hari tu aku baru pas demam, so tak de selera makan. Memang aku makan sikit gila lunch. Popcorn tu pun aku tak sentuh. So, Zahir pun belanja aku asam. Sebab dia sangat arif benda apa yang tekak aku takkan tolak. Hehe, aku ni memang hantu asam kot. Ayah aku pun kalau nampak asam kat rumah dia kata, tu tak de orang lain, mesti Dikda beli la ni. Ok, sambung balik citer. So,masuk hall dan let's enjoy the movie.

Overall, not bad. Tapi bagi aku macam banyak gak ah tak logik dan menggelikan hati. Apa ntah nama mamat yang kena bunuh dalam citer ni. Geli gila ok. Lepak Zouk tapi mengayat awek macam style movie 80-an je. Dah tu, macam tak logik plak bagi aku baru first time jumpa terus nak letak ubat guna2 kat awek tu. Memang la dia nak rompak, tapi x payah sampai guna guna2 kot. *eh, patut tulis guna3*. Pastu dia follow Siti Saleha tu, time2 tu la tercicir surat, so, boleh ikut balik rumah. Dan, time tu la pintu tak reti nak mangga2 plak. Pastu, pandai plak dia mangga sampai Aaron Aziz nak kena terajang pintu tu nak bukak. Pastu pompuan yang berlakon jadi polis tu, Aurora Salwa ek? penyanyi tu kan? Macam hapa je berlakon. Tak real langsung. Dan dia berlakon plak di samping Zamarul Hisham yang berlakon dengan sangat natural. So, sangat terserlah lah kekayuan dia. In conclusion, citer ni sangat predictable. Bangang sket. Tak gi tengok kat wayang pun takpe. Tunggu raya nanti pun ok. Tapi kalau anda fanatik Abang Aaron, silakanlah. Dulu aku peminat jugak, tapi sekarang macam boring plak asyik muka dia je kat mana2. 

Time nak kuar dari Wangsa Walk, Zahir tanya aku:

Zahir: So, apa moral of the story *gaya cikgu2*
Me: Jangan gatai nak kawan ngan gangster sangat walaupun rupa dia hensem cam Aaron Aziz. Gatai sangat, jadilah cam Siti Saleha tu. Tak pasal2 masuk penjara.
Zahir: Salah. Moral dia adalah laki kalau dah sayang tu, sanggup buat apa sahaja untuk pompuan tu. So, jangan mainkan perasaan laki.
Me: Aaah, mengarut ja. Laki tu bodoh la buat camtu. Kalau laki pandai, sayang macam mana pun, dia tak pi bunuh orang la. 
Zahir: Tak baiklah cakap macam tu.
Me: Takde, moral dia memang jangan kawan ngan gangster, walaupun hensem cam Aaron.

And then uolls, malam tu iolls mimpi ngeri. Kena kejar ngan samseng. Haha, dah la dalam mimpi tu Zahir yang bagi samseng2 tu marah pastu dia tinggal aku kena kejar sorang2. Aaaaargh, sakit hati betul. Bila aku citer kat aku, dia kata padan muka. Tu la, kutuk orang lagi. Pffft
Kami la yang Leen kata bodoh tu. Tunggulah kami muncul dalam mimpi anda pula~~

Wednesday, February 13, 2013

Yaya's E-day

Hola. Long time no see my blog.

Musim kenduri datang lagi *baca dengan nada iklan Tora*. Bulan 3 ni pun banyak kenduri kawen nak kena attend. Hopefully banyak la yang saya boleh pegi. Tapi paling terkesan bila member rapat a.k.a BFF yang mula mengubah status. Rasa macam, Oh my~~ our life is moving so fast. Sekarang ni banyak gambar gi kenduri orang, pasni penuh gambar melawat orang bersalin plak kan. I feel so old...

Geng row paling belakang dalam kelas. Lama betul tak jumpa. Finally dapat jugak catch up walaupun sekejap.

Yuni, Yaya, Aman, Zahir n Me. Aman tidoq sat sebab penat buat hantaran maybe. Anyway, perut Zahir sgt obvious disitu. Hahahaha. *taksedardiri*

Seronok btul jumpa member lama ni. Aku paling suka bila tengok Zahir ngan Yaya gaduh, Haha, hobi aku since belajar. Gaduh2, pastu mintak tambah lauk kat Yaya. Apa jenis bf la aku dapat ni, style tak tau segan ni. Siap 3 ketul ayam dia bedal. Yaya kahwin nanti memang dah kira 3 kepala dah untuk Zahir je. 

Pastu before balik..

ZAHIR: Ok Aman tu, boleh masuk.
ME: Boleh masuk?
ZAHIR: Boleh masuk tu macam boleh bawak sembang la. Boleh geng
ME: Haha, kenapa?
ZAHIR: Sebab smoke jugak. Boleh masuk la
ME: Hek eleh, pasai tu ja.
ZAHIR: Ya la, orang smoke ni lain sket. Dia boleh masuk la. Senang sembang. Orang tak smoke ni lain sket. Suka pandang serong kat orang smoke.
ME: Blerghhghgh, memang patut pun pandang serong kat korang.

Dasar penagih rokok camni la. Ya, aku panggil dia penagih rokok supaya dia bengang. Dia kata dia tak ketagih, suka2 ja. Kalau suka tu anytime je boleh berenti k cik abang. bwek...

Hoi, ni apa citer pasal rokok ni? Aku nak citer pasal Yaya la. 

Yaya, congrats on your engagement. Semoga semuanya baik2 sahaja dan dipermudahkan semuanya untuk ke peringkat seterusnya pula. Semoga berbahagia selalu~~ 

Luv u lots!! Muah~~<3 p="">