Saturday, September 17, 2011

Aktiviti Di Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia and that also means.. PUBLIC HOLIDAY yo~. Let's go party and rock your body *ala2 lagu 2NE1*. Ceyh, berangan la ko nak gi party kan. Lepak rumah sudeyh. Walaupun tak pergi tengok perarakan live ataupun kat tv, saya still lagi menghayati makna hari bersejarah ini. Tak perlu pada Hari Malaysia je, tiap2 hari pun saya rasa bersyukur dan bangga dilahirkan di negara yang harmoni dan sangat aman ni. Cuma lately, ramai yang cuba menjadi perosak kesejahteraan negara kita dan semoga Allah sentiasa lindungi negara Malaysia ni dari ancaman mereka2 ini. Dah la, kalau cakap pasal benda ni, mau saya membebel 2 hari 3 malam ni.

Memandangkan jalan kat tengah KL tu confirm2 la jam dan banyak jalan tutup kan, so apa lagi tempat yang terbaeek untuk dituju? Pastilah Wangsa Walk Mall kan. Saya dan Zahir pun kuarla beli tiket citer Bridesmaid untuk pkul 4, then makan kat Popeye. Yummeh. Lama tak dapat ni. Then, dia gi semayang Jumaat, saya plak lepak cc main game. Dah siap semayang sumer, kitorang pun balik la ke Wangsa Walk. Before masuk hall, saya pun pergi la mendapatkan ini...

Introducing the new member of my collection~~


Warghghg, the pic is already a crap, then i edited it and it is officially crappier. Should get a decent camera la after this. This phone's camera is really frustrating.

Whatever la. Sebelum saya pi pecah tabung kira duit nak beli kamera, meh nak kenalkan new tumbler for my collection. Sejak bila ntah hari tu tetiber sronok kumpul tumbler kat tgv nieyh. Lawa2 ok, walaupun kadang2 peluh2 la sket nak kuar RM14-17 nak beli benda alah ni.. Ye la kan, kalau beli set biasa dapat jugak popcorn ngan coke, takdela mahe bebenor cenggini. Tapi, disebabkan dia best, so pejam mata je la time bayar. Yang ni special dia sebab ada roda bawah tu woo.. boleh main tolak2 before tido woo. Memang best la benda ni.. tak penah tengok mainan cenggini kan?? Hahhaa, tak sabar nak tunjuk kat Razin benda ni. Confirm dia jeles. Tu la, hari tu Mak Cik ajak tengok Cars 2 sesamer tak nak, siap beli DVD awal2 before tayang kat wayang lagi. Hmmph, tengok skarang, makcik ada tumbler boleh tolak main2 siap.

Then, pas siap tengok wayang. Lepak jap kat Mamak Corner di mana terjadi la insiden yang menyakitkan hati. Serius rasa nak mengamuk. Tapi sabar je. Cool2.. Meh nak story~~

Sampai2 je kat kedai kitorang pun duduk la. Datang la Mamak (aku rasa Bangla je) ni amek order. Familiar je mamat ni sebab selalu gak dia amek order kitorang.

M: Mau order apa? *Sambil sengih2 tengok Zahir*

S : Nasi Lemak ngan teh ais

Z : Hm...

M: Roti bakar tak mau? Telur separuh masak? *sengih2 lagi yang membuatkan saya pelik, pehal mamak ni dok sengih2*

Z : Tak2, bagi nasi goreng kg ngan nescafe o ais. Tambah telur mata.

M : Tak mau roti bakar ah? *Sengih2 lagi mintak penampar*

S : Apesal Mamak tu tanya camtu *otak dah fikir macam2*

Z : Ye la, kadang2 kan makan ngan a.daim kat sini.

S : Oh, ok.

Then, dia bawak la makanan. Yang Zahir plak setiap masa pun nak terlebih peramah.

Z : Nasi goreng ni sekali ngan telur ke.

M : Asing.

Z : Oh, patut sekali la. Nasi goreng kg kena la ada telur.

M : *Sengih2* Pagi tadi you ada makan sini ka. Roti bakar ngan telur separuh masak.

Z : Eh, tak ada la. Malam ni je i datang.

M : Oh, ye ke? Tak ada ek *sambil sengih2*

Z: Tak ada la. Kenapa tanya? Ada org makan tak byr ka?

M : *Angguk2 sambil berlalu pergi*

Siot je. Jadi dari tadi kitorang datang ko dok perli2 ke apa. Masalahnya ni bukan first time jadi tau. Hari tu waktu Zahir makan ngan Abg Daim pun diorang tak bg Abg Daim beli rokok. Siap tanya lagi pagi tadi Abg Daim ada amek rokok tak bayar. Padahal dia baru je sampai dari Alor Setar before gi makan tu. Sekali boleh terima la kan. Tersilap. Ni sampai dua kali jadi hangin la weyh. Dah tu apa guna cctv korang tu. Props drama ek. Nak bagi nampak effect kedai mamak yang best? Tu dah confirm2 kat belakang tadi dok ngata2 kitorang kan. SSSIIIIOOT je. Memang rasa nak ban la kedai ni. Tak pun nak pergi lagi sekali, nak cakap sket kat Mamak yang dok tanya kat Zahir tadi. Lain kali, cek betul2 dulu.. sebelum main terjah je org. Tadi dah ada rasa nak gi sound tapi mamak tu dah balik pulak. Tapi lepas sound confirm2 la tak leh mkn situ dah kan. Kang dia buat order ludah2 dalam tu plak kan. Hmmm, tengok la camner.

Yang pastiiiii, bengang sungguh ngan itu D.Mamak Corner kat Melati tu. Haish.


2 comments:

  1. si Z tu ta habis2 dengan nescafe O ais dia kan..? ahahhahahaha~~~~

    ReplyDelete
  2. Haha, mesti dari hari first ko kenal dia asyik air nescafe o ais je kan..

    ReplyDelete

Cakap cakap~~