Tuesday, September 18, 2012

Friends till Jannah

Aiceh, tajuk ala2 hipster sket. Ye la kan, budak skarang bukan main nak bersama pakwe till Jannah la apa kan. Pi nikah dulu la kot ye pun adik2 ye nak till jannah pun kan.

Anyway, hari ni ternampak nor post gambar kt fb. Gambar kitorang dulu2. Kalau tak silap tahun 2010 ni. Waktu lawatan ke BNM. Tengah hari tu ke AKPK plak kat Maju Junction tu. So, sementara tunggu kol 2 tu, sempat la merayau dan amek gambar. Tapi segannya adalah sebab kena pakai baju korporat club Finance. Malu la nak shopping ke apa kan, orang usya je.

Nor, me and Yaya

Selekeh gila kot aku. Macam apa ntah. Tapi, memang hari tu aku tak sihat. Batuk2 lelah2 sampai muntah2 kot. Kira hebat la tu aku still boleh bertahan sampai ke hujung lawatan. Dah la tu posing cam gangster. Tapi time ni cam kurus banyak la dari sekarang. Haih, diet Leen!! Kena kurus before kahwin.. harharhar..

Anyway, aku nak citer benda lain sebenarnya. Nak citer tentang classmates kesayangan saya ni. Sorang nama Nur Hafiza @ Nor@ Akak Kecik. Sorang lagi Yaya Wahid. Pertemuan kitorang bila ingat2 balik sangat kelakar. Waktu tu minggu orientasi, sesi senamrobik Fakulti Business. So, kitorang dibahagikan ikut course. Dah jadi lumrah hidup aku, aku suka dok belakang. Tapi ada sorang minah ni lagi nak dok belakang skali. So, dia dok la belakang aku. Dah siap senamrobik bagai, dean fakulti tengah berucap apa ntah, aku pun bersembang la ngan orang belakang aku ni. Oh, Hidayah rupanya nama dia. Panggil Yaya je. Skali dia kata dia lapar tak sempat breakfast tadi. Aku pun hulur la roti dari dalam beg aku sebab aku amek roti lebih time breakfast *nampak tak gejala2 kuat makan disitu*.Tapi aku takde air. Aku dengan selamba tanya orang depan aku ada air tak. Dia pun baik hati bagi air dia, dan kami bertiga pun berkenalan. Oh, Nur namanya dari Balik Pulau. Baguih la, Yaya dari Gurun, sorang lagi dari Penang, aku ni pun berdarah utara. Start itu kami pun speaking utara saja la. Pastu kitorang bersembang macam dah kenal 5 tahun. Segala macam cerita Yaya ni bawak keluar. Dari hal rumah, skolah, citer pakwe. Semua la. Aku rasa orang keliling tengok kitorang mesti bajet kitorang dah kenal lama, walhal baru kenal sehari kot.

Meh aku citer pasal diorang ni dengan lebih detail k:-

Nur ni sangat la comel orangnya sebab tu la dia dapat gelaran Akak Kecik. Dia sangat pandai bab2 Economy ni. Kalau subjek Economy boleh la belajar ngan dia. Dia cakap slow je, tapi kalau membahan boleh tahan jugak. Disebalik badan yang kecik comel lote tu, dia sebenarnya sangat kuat bagi aku. Tak perlu aku citer kat sini, tapi aku tau dia sangat kuat hadapi hidup. Dia juga sangat2 rajin. Assignment dapat terus buat, takde tangguh2 macam aku ngan Yaya. Oleh kerana itu, dia adalah mangsa tiru bagi kami. Bagus jugaklah dia tak dok serumah ngan kitorang sampai la ke final sem. Sebab aku rasa, boleh rosak budak ni kalau dok ngan kitorang. Dia ni senyap2 pun, kuat bergosip k. Haha, kadang2 dia ni jadi sumber gosip utama selepas Yaya. So, aku la sumber gosip paling tak berguna sebab aku memang jenis tak amek tau hal orang. Haha.

Yaya pulak very bubbly, peramah, lawak dan siapa2 jumpa dia pun mesti akan attracted kat dia. Sebab dia sangat spontan dan jujur. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang takkan rapat dengan dia lepas jumpa dia for the first time. Dia akan buat ko rasa sangat selesa dan macam dah kenal lama. So, dia lah badut dalam group kami. Walaupun tanpa disengajakan *kalau hang baca mesti nak sekeh kepala aku kan*. Kalau dengar citer dia korang mesti tak boring siap rasa nak suruh dia cerita2 lagi. Dan sebab dia la, aku banyak belajar pasal relationship. Yes, banyak sangat. First time aku tengok kawan aku kecewa teruk sebab cinta. Kalau nak tahu, sebenarnya aku sedih sangat2 sebab tak boleh tolong hang waktu tu. Sebab aku tak reti langsung pasal relationship time tu. Aku tak dapat rasa macam mana sedihnya hang waktu tu. Aku hanya boleh cakap, Yaya,sabar. Ada hikmah. Jangan sedih sangat. Sampai tu je. Ketahuilah bahawa sebenarnya aku risau sangat dengan hang time tu tapi aku hanya mampu melihat. Sampai sekarang sebenarnya aku ralat sangat sebab aku rasa kejadian tu la sebenarnya yang buat ang hilang fokus time study dulu. Dan aku pasti ang tau apa kesan dia kan? Bila aku dah faham pasal relationship, aku rasa sedih sangat. Sebab aku terlambat faham. Kalau aku faham dari awal aku pasti akan tolong hang. Aku tak patut biar hang hanyut dengan kesedihan tu. 

Aku dah tak boleh menaip la plak. Seriously, walaupun benda dah lama, kitorang pun dah slamat habis study, tapi benda ni still buat aku sedih dan rasa bersalah. Should stop now. Nanti ada mood aku sambung lagi. Hope our friendship stays till Jannah dear Nur and Yaya ..




No comments:

Post a Comment

Cakap cakap~~