Saturday, May 11, 2013

My dearest friend

Tak tau kenapa semalam saya macam ditakdirkan untuk menjadi pengdengar masalah rakan2. Tanpa sengaja berada di samping mereka semasa mereka sedang bergelut untuk menahan perasaan. Bila saya tiba, mereka dah tak tertahan, lantas mengalir air mata.

Seorang dengan masalah hubungan percintaan. Seorang lagi dengan masalah kerjaya. 

Masalah percintaan wujud bila kepercayaan dah pernah diruntuhkan oleh si dia. Oleh itu, bila terjadi sesuatu yang menimbulkan syak.. prasangka baik sukar nak bertandang di minda. Gerak hati atau syaitan yang membisik dan menghasut? Isu utama di sini adalah kepercayaan. Mahal harganya. Sebab itu, bila sekali dikhianati, perhubungan takkan jadi sama seperti dulu. Bekas retakan dan parut akan sentiasa ada. 

Masalah kerjaya pula wujud bila terlalu membandingkan diri dengan orang sekeliling. Bila orang sekeliling bercerita kejayaan mereka, sedangkan diri pula masih di tahap sama, tak berganjak lagi. Mereka pula mendapat kejayaan demi kejayaan makin mara ke depan bersama cita-cita dan impian masing-masing. Rezeki itu di tangan Allah kawanku. Tugas kita adalah berusaha dan jangan putus harapan. Jalan kita akan Allah tentukan. Jika tak dapat apa yang kamu mahukan, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu. Jangan dipersoalkan kenapa. Di hujung hari nanti mungkin kita akan dapat jawapannya.

Doa saya sentiasa bersama-sama kawan-kawan yang tersayang. InsyaAllah, Allah permudahkan jalan kamu berdua dan mendapat apa yang kamu inginkan. Jangan sedih-sedih.. kita gi makan Meatball k~~





Semua gambar ni dicuri dari Alia dan Ah. TQ for the lovely memories :)

4 comments:

  1. biasa la tu..
    bagus la kalo leen mjd pendengar mslh..
    maknanya leen boleh dipercayai.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehe, alhamdulillah kalau org percaya kat Leen :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Maaf jika Kak Azera mengganggu, sekadar menjemput untuk menyertai Giveaway kali ke-2 anjuran Kak Azera sendiri. Hadiahnya sangat menarik! Dijemput untuk menyertai giveaway kak Azera yer....


    [GIVEAWAY] Dengan Adanya Dianz Vitamin C + E Whitening Collagen 12000mg, Masalah Kulit Tiada Lagi! Cantik, Sekata, Anjal Dan Berseri!

    ReplyDelete
  4. Ok kak, nanti saya tengok ye.. TQ jemput join :)

    ReplyDelete

Cakap cakap~~