Wednesday, March 27, 2013

Gangguan Seksual

Aku terbaca kat magazine pasal isu gangguan seksual tadi. Agak mengejutkan bila baca pengalaman2 orang, it is almost the same. Sama tu dari segi how to react. Yes, I have been one of the victim. Memang siapa tak pernah kena memang takkan tahu perasaan tu. Lepas kena tu, memang rasa takut sangat. Rasa macam2 tapi malu sangat nak citer kat orang. It's like sumthing really embarassing. Let me tell you my story first.

Aku ni tak pernah naik public bus. Express bus tu biasa la kan. Tapi bas biasa mcm rapidkl etc ni memang tak reti kalau tak ada orang teman dan memang jarang sangat2 pun naik bas ni. Zaman budak2 dulu ada la. Kejadian ni time first sem kat Unisel Bestari Jaya. Bulan puasa, Armi takde tiket nak balik raya, so nak pergi beli kat KL Sentral. Yes, Batang Berjuntai ni mmg pedalaman dan ko hanya boleh escape dari tempat jin bertendang ni melalui bas. Yadda yadda yadda, settle dan balik. Pengalaman pahit (elemen puitis disitu) bermula disini. Ramai betul orang nak naik bas ni. Maybe masing2 dah bajet time before bukak puasa kan. Alhamdulillah, aku ngan Armi dapat seat tapi bukan sebelah2. Dia kat depan, aku belakang.

Inilah rupanya bas dari Batang Berjuntai a.k.a Bestari Jaya ke KL. Oldskool btul

 Bas memang packed gila2. So orang yang berdiri pun himpit2. So, aku pun tak kisah la orang macam rapat kena aku kan. Dan seriously aku memang tak tengok pun sapa yang rapat ngan aku tu. Bas ni dia lalu tengah2 KL dulu, mcm Masjid Jamek, Petaling Street etc so memang la lambat jugak. Aku sebenarnya dah rasa lain sebab aku rasa macam something tau cucuk2 aku. Aku ingat kunci kereta ke apa. Yes, aku memang la sangat naif time tu. Serius aku tak tau dan tak terfikir apa2 pun. Sampai la Armi pusing belakang nak cakap something kat aku.

Nasib la tak pack sampai camni. Mau pengsan aku dalam tu.

Pas dia habis cakap, dia SMS aku bgtau apesal mamat yg berdiri tepi aku tu lain macam. Aku pun terus cuak. Dia bagitau mamat Indon. Aku pun pusingkan la kepala. Paling aku terkejut tengok orang yang berdiri dah takde. I mean, ruang berdiri tu kosong je, dia tak payah nak rapat2 gila kat aku. Then lepas tu aku pun sedar la benda apa yang dok cucuk aku tu. Damn!!. Aku nak bersuara tapi aku takut sangat2. Aku SMS Armi mintak tolong, aku bagitau aku tak berani. Armi pun dengan beraninya pusing dan bersuara. "Kenapa dekat2 sangat?? Dia tak suka la." Pastu mamat tu tak reply. Elok je bas tu berenti dia trus turun. Aku pusing tengok memang dah takde orang yang berdiri pun.T.T Seriously rasa nak nangis.

Sebelah aku, akak India yang duduk. Dia cakap dia ingatkan tu pakwe aku. Sebab tu dia tak kata apa. Dalam hati aku dah bebel, saya ni ada rupa indon ke kak. Pastu akak tu, bagi nasihat la kat aku kalau jadi lagi camni bagitau je kat konduktor bas. Dia pernah tengok orang kena and report, konduktor tu trus halau orang tu turun bas. Aku pun angguk2 je la, dalam hati aku sorang je la tau apa rasanya. Dah la si bongoks tu meninggalkan kesan. Tak yah la aku citer kat sini, aku pun segan.

Style aku, aku tak suka bgtau apa feeling aku. Sampai je Unisel, bukak puasa ngan Armi. Aku tak cakap langsung pasal tu, tapi effect dia memang kekal sebenarnya. Aku nak luah, tapi malu. Aku rasa time tu aku tak couple lagi ngan Zahir. Just msg2 je. Aku pun citer la kat dia satu malam tu, sebab seriously aku tak leh lupa. Tapi tak detail pun, kalau korang alami, memang korang akan rasa down dan sangat2 malu.Padahal bukan salah korang pun. Pastu3, aku pun dah tak naik bas dah. Pakcik Zahir jadi driver aku. Hikhikhikhik.

Syoknya dia dapat driver nooo, hahaha

Ok, kita citer pasal selepas kejadian. Aku memang rasa macam marah sangat kat diri sendiri. Kenapa aku tak bersuara je bila dah tahu something wrong bila Armi msg aku? Aku patut cakap trus kat dia atau bagitau kat conductor bus. At least bersuara la. Ntah berapa ramai orang lagi ingat kami ni saling kenal, sebab tu dok menggedik atas bas. Aku marah sangat kat diri aku.

And then, kat facebook satu ketika tu, orang tengah citer pasal Ladies Coach kat KTM. Pastu ada sorang ex-classmate aku kat Taylor dulu, dia tulis kat blog dia pasal how Malaysia akan jadi cam Arab. Sebabnya, just kerana orang dok cakap2 pasal suruh pompuan suruh pakai baju yang bertutup sket. Pakai seksi ni la puncanya katanya. (for the record, aku tak pakai seksi pun). So kawan aku ni kata, pakaian pompuan tak patut disalahkan. Patutnya ajar pompuan kat Malaysia ni jangan takut sangat. Dia siap salahkan orang yg kena gangguan tapi senyap. Down terus aku baca benda tu. Aku macam, oooh, salah aku kah.

Tapi hari ni, pas aku baca pengalaman2 orang lain dalam magazine ni, aku realize it's a natural thing to be speechless when this things happened. Especially yang first time kena macam aku. Tapi aku janji ngan diri aku, kalau benda ni jadi lagi, I will voice out. Marah atau suarakan biar orang sekeliling dengar and aware. Sebab aku tau orang sekeliling akan backup aku. FOR SURE. Armi pernah citer, time dia naik KTM pun ada these kind of thing happened. Budak pompuan tu marah and voice out. Bila sampai the next stop, memang laki2 dalam train tu marah and halau mamat gila seks tu kuar dari train,

So, peringatan untuk all the ladies out there (kalau mamat2 kena pun boleh praktikkan), jangan takut jangan malu. Everyone around you will support you. Believe me!! Speak out and let people around you aware. I know it is hard. I've been through that too, people who don't experience wouldn't understand. But, it's better to kick out all the fear and embarrassment than to be traumatized your whole life.
Don't let people take advantage on you, ladies!!






2 comments:

  1. tkut nya klu jdi cam nie....dh la bas 2 mmg slalu nye pnuh....oke,pas nie dh xpyh nek bus k....mr zahir leh bwk...hehe...

    ReplyDelete
  2. Memang pun, especially kalau dari KL nak balik Unisel. Stress! Hahaha, jgn risau~ Leen tak reti pun nak naik bas kt kl ni ha..

    ReplyDelete

Cakap cakap~~