Sunday, November 28, 2010

Hargailah Apa Yang Anda Ada..



Semalam tengah bloghopping ternampak ni kat blog Faryn..

Warning: Jangan tengok sambil makan ye, kang ada yang muntah saya tak bertanggungjawab~:p

Menurut blog Faryn, (sebab saya sendiri pun tak reti la plak nak baca Chinese kan) perempuan ni model. Dia sedut lemak kat bahagian paha, pastu jadi macam tu. Maybe bakteria kot. Kesian giler dengar dia nangis2..

So kawan2, tak kira perempuan atau lelaki (sekarang laki pun suka cucuk2, sedut2, bedah2 ni kan) hargailah apa yang anda ada. Jangan gelojoh or rakus sangat nak nampak lawa. Dah elok2 paha lawa kang tetiber jadi lubang2 cenggini. Bukan tak boleh nak bagi jadi lawa, sapa lah yang tak nak jadi kurus cun melecun kan. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau rasa paha banyak sangat lemak, pegi la exercise, tak yah la sedut2 sana sini. Memang la exercise akan amek masa lama, tapi easy come easy go.. Senang dapat ha, macam2 la you have to payback kan.

Yeah, saya mahu eksesais banyak (huh, tiba2)

Cucuk2 pun x payah la kot. Cuba tengok Dato' Sarimah, lawa je walaupun dah tua. Tak kisah la kedut ke apa. Bila dah sampai tahap umur camtu, sapalah kita nak lawan kuasa Allah s.w.t yang memberi kita kedutan di muka. Tapi itulah kecantikan ketika usia macam tu. Bila kita melawan kuasa Allah, jadi la seperti gambar di atas ni. Cuba kita ikut je putaran hidup yang Allah berikan, mungkin kita jadi seperti ini

See? Ada je kan kedutan kat wajah dia. Tapi still lawa. Bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t bagi. Maybe orang boleh cakap kat saya 'ko boleh la cakap ko tengah muda lagi.. kulit tegang tak kendur lagi'. I know that. Tapi, saya berdoa semoga Allah melindungi saya dari menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian-Nya. Amin.

Sekian dari saya, Ustazah Lin. :)

Not enough not enough~

Sooooo.. today need to get back to the real business.

Udah2 le cuti tu Leen. Kalau nak dok lepak je sila la berenti belajar dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Not bad idea, eh? Tapi ada ke orang nak bwat bini? Masak nasi pun fail, sapa jadi husben saya makan megi je la tiap2 hari. Isnin Maggi Kari, Selasa Maggi ayam, Rabu Maggi Goreng.. dah agak2 boring ngan Maggi kita tukar Mamee ke, Cintan ke.. Pastu pas sebulan kawin dah botak dah husben kesayangan saya.

Oh, citer pasal kawen. Kadang 2 jadi macam takut bila tengok orang di sekeliling ataupun kat TV pasal masalah rumah tangga kan. Sana sini cerai la. Masalah isteri tak dapat anak la, mak mertua suruh laki dia kawen lain. Tak pun laki tu tetiber berubah lepas kahwin. Macam2 la. Pastu kat ofis nanti ada la pompuan2 gedik nak ngorat laki orang. Walaupun bunyik macam citer tv tapi semua tu jadi dalam kehidupan harian kita. Memang betul pun kan. So, kadang2 bila dengar member2 nak kawen, ada gak terfikir 'bila ha aku nak kawen?' tapi tetiber bila teringat benda2 kat tv, terus jadi takut rasa cam tak nak kawen.

LOL, ni pehal citer pasal kawen2 ni??Jangan risau, tak ada plan nak kawen pun dalam masa terdekat ni. Not gonna think about getting married until I achieved my dream.Ni pun macam mana boleh masuk topik ni ntah.. huhu.. merepek meraban di tengah hari. Dah, semua gi tengok Melodi!

p/s: Encik Zahir selalu cakap saya ni sangat terpengaruh dengan TV. Yeah, this is the proof.

Wednesday, November 24, 2010

Homesick..

Rindu giler kat Afif..

Rindu giler bangun2 tido turun makan breakfast sambil tengok ulangan Cougar Town..

Rindu giler golek depan tv sepanjang hari..

Rindu giler nak tengok America ngan Britain's Next Top Model..

Khamis ada Amazing Race Asia plak.. Melepas la haih~~

Eh, ni rindu rumah ke TV sebenarnya?

Monday, November 22, 2010

A new start

It's a new semester in a new place. I think I'm started to like it here.

Malam pertama kat sini tido ngan Ila beralaskan 'toto' sebab tilam tak beli lagi. So, siang tadi gi la survey2 tilam ngan Ila, Armi dan dibantu oleh Captain Zahir bersama co-pilotnya Apis. Setelah puas memborong, (pasukan pengiring shopping lebih sebenarnya) kami pun pulang dan membuat decision nak beli tilam yang macam mana.

Pada malam hari nya, saya dan Zahir pun segeralah ke Giant membeli 4 biji tilam yang berjaya menyumbatkan diri masing2 di dalam kereta. Hebat sungguh tilam2 ini. Tengoklah siapa tuannya kan~

So~~ malam ni berjaya lah tido di atas katil bersama tilam. Yeah, dan broadband pun activate kembali setelah penat lelah mencari tempat nak bayar bil Celcom. Pasni nak bayar ikut CIMB Click je la. senang keje. Ok, selamat malam semua

p/s: Ayat saya di malam hari sungguh tunggang terbalik. Tapi itu tidak bermakna saya sedang di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah walaupun sepatutnya saya meminum sedikit dadah (drugs = ubat batu) malam ini tetapi tidak berbuat demikian sepertimana nasihat doktor.Demmm,, ishould get some sleep now!

Tuesday, November 16, 2010

Main kasar nampak..


Petang tadi sangatlah kebosanan. Citer kat TV pun kurang menarik, so yang terpasang adalah citer Ponti Anak Remaja yang apa benda dia merapu meraban ntah tak faham. Yang faham cumalah comelnya Liyana Jasmay ni walaupun kaki dia keding mengalahkan batang penyapu *apa kes samakan kaki orang ngan penyapu mentang2 la kaki sendiri macam kaki gajah??*

Ok, disebabkan bosan so saya pun buat muka ala2 sweet anak manja siap ada sparkling2 kat mata gitu.. "Abah, pinjam phone main game boleh?" "Amek la" zup.. trus sambar.. zup.. Razin pun tetiber nak melekat kat saya macam kembar siam.

"Nak tengok boleh?"

"Boleh, tapi x leh main la, tengok je"

"Ye lah, eh bukak la game spelling Tok Wan cakap tu"

"Tak best, nak main Plant vs Zombie"

"Kedekut la makcik ni. Abah pun ada la phone ni"

"Balik la main yang abah. Ni abah saya punya"

....1 jam setengah kemudian

"Abang, jangan la tekan.. tengok je laaaa"

"Abang nak tolong la"

-Game paused-tekan2 x der respond apa-

"Abang tekan apa tadi ha????"

"Abang tak tekan apa pun"

"Ala, kacau la.. dah nak menang ni.. bengong la. Sikit je lagi.. haih!"

-Tekan2 lagi-Haih, no respond- tetiber kuar pop up- 'It is Maghrib in your city'

~~ Hokey.. main kasar nampak..baik.. saya faham message yang cuba disampaikan~~

google gambar 'insaf' keluar benda ni.. kira aci la kan??

Monday, November 15, 2010

Malam Emo Sedunia

Yes, malam ni memang emo habis. Tadi pas Maghrib surf Internet, bukak Beautiful Nara. Niat di hati nak baca pasal AC Mizal, terjumpa kisah lelaki sial.. wah! rhyme!

Kalau nak tahu, sila la baca di sini . Ada 6 part semuanya. Yeah, i know by providing the link I am like spreading the story kan. Tapi apa yang saya nak cakap adalah tak guna punya laki!!!! Tak rasa bersalah ke mengaibkan perempuan tu dan seluruh keluarga dia?? Dah la orang tu satu Malaysia kenal. Kalau betul la kau sayang, tak mungkin kau sanggup buat macam tu kat dia. Enough said. Dah malas nak emo2 dah. I think semua yang baca pun boleh faham. Kalau korang tak faham jugak, entah apa jenis hati la korang ni. And I have a lot of negative thoughts about this tapi tak payah la kot tulis kang japgi dia saman fitnah plak kan. So, I'll just keep that thought in my mind and share it with people around me muahaha



Sunday, November 7, 2010

Cowok mantre..

Tengah boring2 tadi teringat pasal video ni. Lawak gile k. Sanggup la diorang ni buat video clip mcm ni just nak bwat lawak.. Tak leh blah betul



Dah tengok baper kali pun asyik gelak je.. Haha. Tak boleh blah tetiber dia bwat "cowok mantre cowok mantre". BTW, saya google nak tgok masuk cowok mantre tu apa. Rupanya lelaki mata duitan k.

I dunno what to write But I'm still gonna post sumthing.. coz I'm bored.


I can't believe that my holiday gonna end in two weeks time. Cepat sangat2! Tak puas lagi duduk rumah. And I believe it's gonna be my last cuti semester bcoz after this is my last semester before going for industrial training. *InsyaAllah* Cepatnye masa berlalu. Tetiber je dah nak final sem.

Talking about final semester, I know I have to get my mind ready for this. Ye la, I need to know were I am going to after this. Nak sambung belajar ke, nak keje ke. Sumer tu dah kena start fikir dah kan. I have some plan in my mind. Kalau everything goes well I just continue on with the plan. Haha, apa kejadah ni, citer macam x nak citer, baik x yah kan.Tak pe la, ni blog saya kan~~:p

Ha, tetiber dapat idea nak citer apa. Hari tu gi Cyberjaya tak tepek gambar lagi kan. Kak Nini dah upload kat facebook, so saya ada la gambar nak tepek. Dasar pemalas nak upload sendiri, hampagas!


"comel x saya, pliz la cakap saya comel.. penat ok nak amek gambar bajet cute ni. Siap suruh tok wan tolong lagi"

Haha, gambar dengan saya pun ada, tapi buruk giler k.. dengan tudung dah jadi cam hape.. pastu x ready nak tangkap gambarnya. Happy weekend people!

Saturday, November 6, 2010

Macam-macam ada..



Hari ni jumpa macam2 benda lawak kat Internet.. Stok yang boleh gelak guling2 gak la. Ok kawan2, Internet memang best. Yes, sangat best kuasa enam belas kalau nak bandingkan ngan gi kelas ngan buat assignment. Yes, lagi best dari almost everything. Tapi kan.. jangan la percaya bulat2 sangat dengan apa yang kita jumpa kat Internet tu ye. Masing-masing ada akal fikiran kan. Jangan la jadikan Internet ni macam tok guru plak k.

Lawak 1:

ATTN: Kaum Hawa..Kene Bc..Check dulu TUALA WANITA yang anda/isteri pakai

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalambahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihanya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala

wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor

memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2

MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...



credit: Facebook

Ni dicopypaste dari note Facebook. I don't know who created this but people are sharing it like everywhere. I'm not good in Biology neither, *seriously, I'm terrible in Biology* tapi tahu jugak la yang tikus adalah mamalia yang tidak bertelur. Mammals yang boleh bertelur pun platypus ngan apa benda ntah lagi but certainly it is not tikus lah. How on Earth that tikus kat China ni boleh bertelur??

Dan.. pregnancy during ovulation is another point to be laughed at la. Ntah la. Tak larat nak explain la. Pi pinjam buku SPM adik korang la k. Kalau x dak, pi pinjam kat jiran. Mintak2 la yang tukang tulis note ni bukan budak sekolah saya, kalau tak nangis la Cikgu Hasleyza ngan Cikgu Anas.

LAWAK 2:


Yeah, say NO to MLM. Saya memang benci pun MLM ni. Tambah2 Unstoppable la, login FB dapat RM100 la. Ha, tengok la puas2.. Gelang2 AC ni boleh dapat murah je kat China k.. Sebijik je ni. Menangis la sapa2 yang dah beli tu ye, tak dapat den nak nolong eh. Kalau gambar tak nampak kil kat sini

Gambar credit to: Bapak gula-gula

LAWAK 3:


Yang ni memang lawak. Tak boleh blah betul yang Saiifoo Baukari tu.. hahaa..
Oh, kenapa x leh delete gambar jadi satu je~~ takpe lah..huhu

credit to Abg Nara

p/s: Gud nite people, tido elok2. Jangan percaya kat internet sangat tau. Tata!

Friday, November 5, 2010

Misunderstanding..


Malam ni hati jadi sangat gundah gulana. Ni semua kerana salah faham dengan sahabat saya. Here how the story goes *cacat la, tgh elok2 cakap melayu tetibe speaking London*

Petang tadi dapat call from someone. I dunno how to answer bcuz I don't have the answer. So I called my friends like many times but I can't reach her. I know she's having difficulty nowadays but I could not contact her since my credit is like nyawa2 ikan all the time. Nak call dia tadi pun guna credit advance k. Nak dijadikan citer, che did not answer my call. Like berjam2 jugak la try, sampai mintak tolong my other friend. Bukannya apa,sebab urgent. Tapi saya tak salahkan dia sebab saya tahu dia ada problem dia sendiri nowadays. Sampai la malam saya dapat jugak call dia. I know I was like very unfriendly and sounds like mad. Actually I am not. I was just tired sebab benda ni urgent I just have to tell her. Plus, credit dah makin kering so kena cepat. So, I ended up sounding like a very intolerant friend yang tak peduli pasal kesusahan member but nak marah je tahu. Sebenar2nya tak ada langsung niat nak marah ke apa kan, tapi maybe terkasar sebab mengejar masa...

Then, saya pun membuka facebook tetibe terlihat button 'add as friend' di page beliau. Saya pun menjadi gelabah puyuh dan tak keruan melihat kewujudan butang itu di situ.

why my friend?? did i hurt u just now??

Saya pun terus merasa gundah gulana. Adakah cara percakapan saya mengguris perasaan?? Ataupun saya ada bersalah dalam kes itu? Saya jadi tak keruan. OMG! What I'm gonna do now?? Saya pun terus mencapai hphone cantik kaler biru saya dan menaip SMS bertanyakan hal itu. Tiada balasan. Damn~~~ I'm in trouble. Apakah salah saya? Apakah?? Tak keruan saya sepanjang beberapa jam..berfikir apakah keterlaluan perbuatan ku ini. Tapi yang peliknya right after I saw the 'add as friend' button tu, refresh, I become her friend again. Pelik kan?? Tapi I was like suspecting maybe lepas saya hantar msg dia terus add balik. Tapi, kalau add mesti ada request kan?? Eh, malas nak pikir la. Yang penting, I am so worried kot2 I did hurt her feelings. Tak tanya khabar ke apa kan, tetibe macam nak marah.

So, berbekalkan kredit advance yang tak seberapa, saya pun bermsg dgn dia bertanyakan perihal keadaan semasanya. Dan kami bergelak ketawa seperti sedia kala. Dan terungkailah segala teka-teki. Facebook dia memang bwat hal ok. Dia kata tadi dia dpt request from orang yg memang dalam friend list dia pun. Facebook gila. Buat orang jadi gila macam dia. Oh, I hate you facebook. Suka je nak menggugat keharmonian rumah tangga aku.. Lalala.. dah hepi. Sumenyer misunderstanding je. Dia tak delete saya pun. Ngahaha..

To my friend, I always remmber you eventhough I dun text you always or as many as ehem ehem. Tapi, you are always on my mind.... kredit sikit, tu lah problem.. tadi tgh msg2 pun kredit habis. I love you! I always treasure our friendship.. Muax!! Hope you know I love you soooo much!

Thursday, November 4, 2010

Ke-Excited-an


Ha.. pening tak baca tajuk. Saya nak type pun terpeleot urat otak. *otak ada urat kah?* Kenapakah eksaited sampai tahap ni? Apa yang best sangat tu? Nak dapat blackberry or iphone kah? Ke dapat trip penerbangan pergi balik ke Jepun.. Wow~~ eksaitednya..

Hehe, cukup excited tak ni?

No big deal pun sebenarnya. Rasanya ramai orang dah pernah rasa kot but it is the first time for me. My friend nak kahwin this coming December. First time dapat merasa orang invite datang kenduri kahwin. Keterujaan tahap maksima. Ni dalam otak dah macam2 plan. Huhu, memandangkan kendurinya nun jauh di Jelapang Padi, so kena la fikir macam2 benda kan. Hopefully benda yang diplan akan menjadi. Rasanya majlis ni boleh jadi reunion kecil2an gak sebab semua orang pun teruja macam saya. Semua pun pakat nak pi kan. Dah dah, tok sah excited sangat satgi tidoq dok mengigau nak pi kenduri plak..