Sunday, March 24, 2013

Miskin vs Kaya

Kebelakangan ni aku selalu main benda ni. Is it even a game? Haha, takde la game. Cuma kitorang suka kenakan masing2 pasal kaya miskin ni. Semua start hari tu la. Aku baru prasan banyak gila bekas gula2 Eclipse kat ofis n rumah. Aku suka simpan. Dulu siap susun2 atas meja office tapi budak office kata aku letak sampah atas meja. Pffft.

Membuatkan aku teringat, dulu aku mana makan gula2 macam ni. Dulu mesti beli Mentos tak pun Tic Tac. Aku ni memang cheapskate bab certain2 benda. Antaranya ni la. Aku tak faham kenapa kena beli gula2 mint pada harga yang sangat mahal padahal mentos yang singgit++ tu pun dh dapat memuaskan nafsu terhadap mint itu. Ada skali tu time Matrik, aku nak gi 7-e time kelas Physic. Yeah, aku memang suka menyelinap keluar kelas especially time lab untuk pi 7-e. Aku tanya classmate aku, Lye Yee nak pesan apa2 tak. Dia kata nak pesan gula2. Jenama Smint, kaler apa ntah aku pun lupa. Fine, aku pun pi beli. Dia bagi duit kat aku RM10 kot time tu. Aku macam, ala, besarnya duit. Sekali sampai 7-E tengok 5 ringgit lebih kot benda alah tu. Aku cam, takpe la dia orang kaya. Aku makan mentos sudeyh. Sampai la aku start keje. Aku tak tau camne aku leh beli Eclipse tu. Then, aku trus jatuh chenta. So, memang kena ada stock Eclipse kat ofis. Dan tetibe je aku rasa 5 ringgit ++ tu tak de la mahal pun. Tetiber k. Sebelum ni beria-ia aku kata tak mungkin la aku nak hbskan duit dekat 10 ringgit demi gula2 je. Tu yang hari tu aku terkeluar conversation ni ngan Zahir:

ME: *sambil belek2 Eclipse* Rasa sekarang ni macam dah kaya kan?
ZAHIR: Kenapa?
ME: Ye la, dulu makan Mentos je tiap2 hari. Sekarang beli Eclipse je. Dulu rasa mahal sangat benda ni. Sekarang ni rasa takde apa2 dah. Siap kalau tertinggal kat mana2, rasa nak makan beli je lagi satu. Kaya la tu.
ZAHIR: *gelak gila2* ntah apa2. Beli Eclipse pun kaya ke?

My faveret. Blackcurrant. Sedap gilos.

Pastu, pasal Starbucks. Aku bukan peminat kopi. Tak boleh masuk. Except nescafe susu. So, aku tak reti la nak bezakan jenis2 kopi. Cappucino la, Mocha, Latte. etc. So aku pun tak berminat langsung nak pegi kedai2 cam Starbucks or Coffee Bean. Sebab dah la mahal gila, pastu kalau aku nak beli, choice adalah sgt limited. Setakat beli chocolate drink je. Boorrring. Zahir pun terikut la dengan propaganda aku tentang Starbucks. Setiap kali dia teringin aku akan kata "Membazir la. Kopi je kot. Kalau guna duit tu gi kedai Makcik boleh dapat 10 teh ais k" So, terbantut la cita-cita coffee lover ini.

Tapi sekarang kan dah keje. Kat bawah office Starbucks. Siap dapat discount lagi sebab Starbucks tenant diorang. So pakcik itu pun, rajin la ke Starbucks. Pastu bila kuar audit pun rajin je gi Starbucks. Selalu dia ajak aku, aku punya alasan seperti di atas tu la. Tapi pada suatu weekend, kitorang nak buat kerja sket, nak pakai internet. Lupa la, nak buat apa ntah.

ZAHIR: Hmm, nak buat keje kat mana ek?
ME: Oldtown la.Yang dekat ngan Bulatan Pahang tu. Tak ramai orang. Tempat besar.
ZAHIR: Ala, tempat lain la plak. Tukar angin.
ME: Ikut la, mana pun. Tak tau sangat tempat2 ni.
ZAHIR: Starbucks la.
ME: Mahal kot. Membazir je.
ZAHIR: Takpe la, saya belanja. Pilih la nak gi Starbucks mana.
ME: Saya mana la tau Starbucks ada kat mana. Saya tak reti minum benda2 mahal macam awak ni. Orang kaya cam awak layan la Starbucks ni.
ZAHIR: *gelak menganjing aku* Tapi awak makan gula-gula orang kaya.

Iced Caramel Chocolate. Ntah btul ke tak gambar aku google ni. Haha, aku hanya boleh minum ini dan jugak iced hazelnut chocolate. Yang lain, x leh masuk. :P

Kuang asam sangat. Tapi kan tapi kan.. aku nak bwat confession ni. Tetibe kan skang ni, aku sket2 pun nak gi Starbucks. Hahaha. Tu la ngata orang sangat kan. Last2 kena balik kat diri sendiri. Siap rasa nak pinjam kad Starbucks pakcik tu. Adakah ini tanda2 aku menjadi semakin kaya?? *lempang muka sendiri 800 kali*


p/s: In case satgi ada orang kata aku berlagak ke, show off ke, tolong la ek. Student2 pun ramai makan Eclipse ngan minum Starbucks. Aku nak tunjuk betapa kedekutnya aku sampai feeling2 kaya bila menjadikan mereka2 ini menjadi sebahagian lifestyle aku. Wah,,, iolls rasa elitist sangat cakap macam tu. Harharhar





No comments:

Post a Comment

Cakap cakap~~