Dia punya tagline "No Makeup Makeup". Ha, sila pi cari. First thing yang aku perasan kat booth ni, ada sorang promoter Chinese, lagi 2-3 orang promoter Melayu. Obvious sangat nampak yang promoter Chinese ni dok sibuk layan customer yang dia 'tangkap'. Tapi yang promoter2 melayu ni sumer dok sibuk tengok cermin betulkan makeup diorang yang "no makeup" sangat tu *tangan ke dada mata ke atas* At last ada la sorang promoter tu 'tangkap' aku. Eceh, aku memang sengaja pun lalu lalang konon nak tengok brush. So, dia pun promote la benda alah tu. Ajar aku guna brush. Aku kata aku tak reti nak guna brush untuk blend eye shadow tu, sebab aku memang jarang pun nak main blend2 kaler eye shadow tu. So, sesi demonstrasi pun bermula. Dia start touch up muka aku. Pastu dia makeup kan mata aku, ajar la nak buat camner. Time tu lawa lagi. Dan kemudian tragedi bermula bila dia letak glitter kat mata aku. Dan... aku tak sempat mengelak. Tetiba mata aku pun SHAIN BRAIK LAIK A DAIMEN.SHAIN BRAIK LAIK A DAIMEN. Pastu aku pun dah mereadykan diri nak menarik diri. Tapi jaga hati dia, dengar la lagi dia membebel pasal brush2 tu. Walaupun dalam hati macam nak pecut lari je, sebab ko dah jahanamkan muka aku. Tetibe dia citer pasal brush untuk kening plak. "Cik selalu buat kening tak?" Aku jawab le "Tak pernah" sambil jeling2 sikit kening dia, hamboiii.. nipisnya hang cukur. Dia kemudiannya sepantas kilat gi amek eye shadow dan menggunakan brush itu lalu menconteng sambil mengajar aku macam mana nak lukis bulu kening bagi jadi macam ulat bulu. Seriously macam ulat bulu ok bila dah siap. Aku terpaku dan tergamam dan diam membisu. Dia pun amek cermin dan tunjuk kat aku beza yang lukis dan tak lukis (sebab dia lukis sebelah je dulu, nak tunjuk beza) dan sememangnya dia pun tergamam sekejap sebab sesungguhnya kening natural memang lagi lawa. Tetibe jadi panjang cam ulat bulu. *nangis*
Tapi aku suruh la jugak dia buat lagi sebelah. Takkan aku nak jalan dengan seekor ulat bulu di mata. Lebih afdhal dua ekor. Pastu macam biasa, taktik yang selalu digunakan. 'Saya fikir dulu la ye'. Muka dia pun penuh kehampaan. "Kenapa cik tak nak ambil hari ni. Limited ni. Nanti habis." "Takpe la, mesti ada punya" Kuang asam gak jawapan aku tu..
Shine bright like a diamond~~~ Geli aku tengok kening aku jadi tebal semacam lagu tu
no make up make up... haha~~~ promoter dia slalu muka opera kot...! :P
ReplyDeleteHaha, ang tau ek brand apa. Memang, macam opera pun muka depa. No makeup la sangat kan
ReplyDeleteNatural beautylah cantik.Kan?Geli ulat bulu tapi ulat bulu kat mata tu cantiklah. :)
ReplyDeleteHaah, apa2 pun, natural is the best. Hehe, kening saya yang lawa (nak jugak). Orang tu dia tambah bagi panjang kiri kanan. Tu yang geli tu. Haha, tapi dalam gambar ni tak clear sangat.
ReplyDelete