Monday, January 6, 2014

Nom Nom Nom : Minang Saiyo .. Pangako Sa Yo

Hi korang semua.
Lama tak jumpa kan.
Selamat Tahun Baru 2014
Tahun lepas aku memang malas betul update blog.
Banyak gila post yang dok terperap dalam draft
So, tahun ni antara azam aku adalah nak lebih rajin update blog.
Tapi maybe aku akan banyak buat review2 tempat makan, produk ke servis ke gitu.
Sebab aku kan dok sibuk buat preparation majlis (Majlis apa korang agak2 la sendiri :p)
So, review2 kat blog ni memang sangat2 membantu. Why not aku pun bantu orang jugak kan
Hehe, doakanlah semangat ni trus membara, bukan hangat2 taik ayam je.

OKla, first review untuk tahun ni. Restoran Minang Saiyo, Taman Melawati.
Yang Pangako Sa Yo tu Zahir yang mereka-reka nama tu, pastu dah terlekat dah/
Aku first time datang sini Kak Nini yang bawak.
Kat sini diorang jual makanan Minang. Kiranya nasi campur la.
Sebenarnya aku pun tak tau macam mana nak describe makanan Minang ni. Aku tengok lebih kurang makanan Melayu je. Tapi Zahir kata kuah2, gulai2 dia kot yang cam lain sket. Dan jugak sambal dia.

Ni Zahir punya. Ikan Keli goreng dengan daging bakar kot. Daging ni memang best. Setiap kali datang mesti aku pow Zahir punya. Kenapa nak kena pow?? Kenapa tak amek je sendiri?? Tunggguu japgi aku citer.

\
Mine. Ikan keli goreng dengan begedil. Dengan sambal yang sedap. Hehe, macam sedih je nasi aku kan. Macam kering je, mcm sayu je. Selalu orang tegur aku makan macam budak2. Nak buat camne. Memang aku style makan camni.

\
Ni plak masak lemak perut. Sedap gilllloossss. Takde la gilo sangat. Tapi sedap la. Tetibe time tu trus teringat masak lemak cili api Nenek Syam masak. Ya Allah, sedapnyaaaaaa. Over tak aku?? 

Ni rupa kedai tu dari luar. Sorry la kete ni enterframe sebab sebelah tu bengkel kete. Banyak gile kete beratur so dia pun terpaksa enterframe

Ni tempat amek lauk dia. Banyak jugak lauk dia. Tapi aku ni banyak macam mana pun, last2 ikan keli jugak aku ambik.

Ok, kenapa aku nak kena pow2 Zahir punya daging?
Jawapannya.... adalah sebab kitorang kedekut.
Sebab, harga dia quite mahal la untuk nasi campur.
Yang kitorang makan kt atas ni campur teh ais ngan nescafe o ais, total RM20
Means, sorg RM10. Mahal la bagi aku.
Tapi, hari ni amek masak lemak perut tu kan, ok la kot.
Tapiiii perut dalam tu ada brapa ketul je pun. Zahir amek kuah je banyak.
Even hari2 biasa, yang kitorang tak amek masak lemak tu, harga sorg makan lebih kurang RM8 camtu
Ke bagi korang biasa je. Huhu
Teringat plak zaman dok Unisel dulu, makan kat kedai Makcik faveret. Amek la lauk apa pun, air apa pun mesti sorang RM5 je dgn air skali. Pelanggan tetap le katakan. Wah, rindunya kedai Makcik!!

Kalau korang nak pegi, kedai ni kat Jalan Bandar, Taman Melawati. 
Korang cari Balai Polis Melawati, dia kat deretan kedai opposite ngan balai polis.
Sederet ngan kedai Mamak apa ntah, dia hujung skali.
Sila la try. 

BTW, aku dulu kalau tgok drama Melayu mesti macam tertanya2.
Kalau ada dialog makanan kegemaran je mesti masak lemak cili api.

CONTOH SCENE:
Datin A: Wah, anak Mummy dah balik dari Ostolia. Nak makan apa mummy masakkan 
Anak laki hensem : Daniel rindu sangat dengan masak lemak cili api,tak sabar sangat nak makan

Aku rasa banyak gila kot drama macam ni. Asal makanan kegemaran je mesti masak lemak cili api.
Aku macam heh, bunyi macam tak sedap je. Dan aku ni, memang makan cam budak2. Aku makan ayam goreng, ayam masak merah, ayam masak kicap, ikan sweet sour. Aku tak reti nak try benda2 selain ayam, ikan bawal, ikan bilis yang masak sambal, kicap ke.
Aku belajar makan sambal belacan, ikan keli lepas habis SPM k. Sebab dah hidup sendiri so ikut kawan2 try. Perut pun aku tak pernah terfikir nak makan sampai la Zahir paksa try. Sedaaaaap rupanya. Haha.
Sedih kan aku ni. 

Eh, apa aku melalut citer ni. Ha, so kesimpulannya aku tak pernah makan masak lemak cili api ni.
Sampaila pada satu hari tahun 2009 ke 2010 ntah. Aku ikut Zahir, Syam ngan Faiz gi rumah nenek dia kat Seremban sebab nak bagi barang kot. Nenek dia masak masak lemak cili api la.
Perghhhhh, sodap gilo. Aku nak makan banyak tapi segan sebab kitorang datang memang tak plan makan pun. Tapi nenek dia suruh2 makan jugak. Makan makanan dinner diorang. Kitorang plak 4 orang.
Macam alahai, tak baik plak kan. Mengganggu je.
Tapi, sampai sekarang aku tringat2. Zahir muka tak malu makan banyak sampai sakit perut kena berenti kat RnR. Hahaha

Sebagai konklusi, saya nak tanya kat mana boleh dapat masak lemak cili api yang sodap kt KL ni? TQ!

p/s : Aku skang tgh berbisnes online. Jom la korang melawat Magic Little Closet. Tengok apa yang berkenan. Mention je bgtau korang blog reader insyaAllah aku try bagi best price. Tapi best price aku takde beza sangat pun sebab aku memang jual murah2. Jom2 cuci mata k.

2 comments:

  1. Kedai ni dah beroperasi dari tahun 80'an,memang mahal tapi kira okaylah.
    Satu lagi kedai minang kat pasar keramat, nama kedai omar bahagia..hihihih
    this is better.

    Tentang Kedai lomak cili api, cuh googles Restauran Rose 911 (masakkan n9) diPandan, terbaikkkkk...so far

    ReplyDelete
  2. Wah, dari 80an lagi?? Lama tu..haah, mahal sikit tapi berbaloi sebb sedap..dulu makan ayah bayar tak amek tahu brapa harga kan. Tapi bila keje makan bayar sendiri baru tau mahal murah.. hehe

    TQ so much auntie.. nak try la kedai2 ni... yay

    ReplyDelete

Cakap cakap~~