Monday, August 24, 2009

Sambal Ikan Bilis

Suka suka suka.. hari nie for the first time, masak on my own okay. FOR THE FIRST TIME IN MY LIFE. Take note on that. Haha. Giler suka. Plus, Encik Zahir. Crius melayang2 je makan td because memang x sangka it will turn out that good.

x de la sedap giler nak compare ngan sambal2 ikan bilis yg ada di muka bumi ni, tapi memang cukup rasa n boleh makan la. Ye la, saya x penah masak on my own lagi tau seumur hidup. Before this, mesti ada org tolong. Either saya potong2 bahan je or saya just kacau2 benda dlm kuali. Haha. Tapi this time, sumer ana yg buat!! Saya la yg basuh ikanbilis buang segala tahi, saya la potong bawang sampai sekarang x hilang bau, saya la berhempas pulas melarikan diri lari dari minyak time goreng ikan bilis.. saya la yg basuh kuali tu~~ hmmm... YAY!! Berjaya!!

And dapat pujian from Encik Zahir is satu lagi kejayaan. Wahaha~~ semangat ni nak masak2 benda lain plak pasni.. MISSION: Masak cream butter prawn.. Nyum3!!



Friday, August 21, 2009

Perlukah saya bertindik??

Ni semua gara-gara post Peej itu harilah pasal subang anggur hitam dia tu ha...


Sebenarnya, sgt tringin nak pakai subang dari dulu lagi.. tapi~~ tapi~~ Budak2 lain kecik2 dah ada lubang kat telinga. (tindik la maksudnya, lubang telinga yg leh isi segala jenis bhn lombongan tu saya pun ada) . Tapi saya rasanya lambat giler lah tindik telinga.. darjah 5, 6 ke form 3 ntah.. crius x ingt. Tu pun kena paksa. Mama kata pompuan kena la tindik telinga, boleh pkai subang. baru lawa. Saya cakap x pe... x mau pkai subang. And then dia kata, sekarang ckp boleh la, tunggu la besar2, nanti mesti tringin, pastuh nak cucuk tang mana??? Dgn sedihnya.. gi la tindik kt kedai emas Cina mana ntah.. huhu.. Walaupun x sakit sgt, tp still SAKIT... Saya takut sakit!!


Pastuh kena balik hostel, mama suruh gak pkai subang tu walaupun kat hostel kan x leh pkai brg kemas. Mama kata, kalau warden tanya bgtau la sebab x nak bg tutup. Sementara je, sebab luka telinga tu belum sembuh btul2.. Dah kering luka tu, bukak la. Tapi tgn ni gatal giler, suke main2 subang tu samapai la ada skali tu terluka terus telinga pastu gatal la bukak subang tu. Dah bukak tu rasa selesa gler. X nak pkai dah walaupun luka dah ok. Pastu dia terus tertutup sendiri lubang tu. Haha, rasanya tindik tu bertahan sebulan je kot. Pkai subang tu pun x sampai sebulan. Ngok btul la, penat je sedih2 tahan sakit waktu tindik dulu, tahan x sampai dua bulan pun.


Dan sekarang~~ emmm.. saya teringin nak pkai subang la.. Emmm... agak2 nye sakit x kalau tindik skarang. Org ckap dah besar2 ni, daging dah tebal n keras ke apa ntah.. lagi sakit.. wa... camner ni.. tringin la nak pkai subang.. tapi takut sakit..



Monday, August 10, 2009

013: Bungkus2...

Oh, sebenarnya, tgh mengemas ni. Boleh tak tibe2 datang update blog pulak sambil kemas baju. Saya sudah mahu pulang ke kl hari ni. (ptg ni to be exact). Saja je tulis because nanti lepas saya pulang ke hostel rabu ni mungkin blog ni akan bersawang bersama labah2 sekali. Ye la, bile kat hostel, rasa cam malas2 sket nak update.


Perasaan x best la skarang. Ok, I really hate it la perasaan camni. Biler kat hostel dulu, nak dekat2 nak cuti mesti mcm "Oh yeah, giler x sbr aku nk cuti... cepat la ahbis exam.. yadayadayada" pastu bile dah esok tu nak blik mesti mcm.. "Alaa... dah hbs sem ke.. ala, cuti berape minggu, x leh la jumpa kawan2, encik zahir pun leh jumpa dlm skype je.. ala.. ala.." bile dah kat rumah, dalam 3-4 hari cuti.. "ala, rindunye nak ngumpat2 ngan clasmate n rummate ku, ala, rindunye nak lepak kat cangkir, ala.. rindunye nak makan2 ngan encik zahir" dan hari ni, rabu dah nak blik hostel "ala, x bestnyer nak kena blik hostel.. ala, nak dok ngan abah ngan mama lagi.. nak makan puas2, tido x ingt dunia, bermalas2an mcm lipas.." hmmmm.. comfirm balik hostel nanti kire braper hari lg nak blik plak. Sebnarnya, kita x kan puas pun.. so, enjoy and appreciate what u have rite now.


Bye bye Taiping. Ko cantik and aku suka sgt tgok pemandangan kat sini. Mcm bandar lama. Owh, nama dia pun Taiping Bandar Warisan. Crius mcm pekan lama. Do come here kalau nak rasa feeling2 dok zaman dulu2. Tapi bgunan la. Org keliling dia x de la plak yg pakai ala2 citer P Ramlee ke apa. Oh, ckp pasal pakaian, ni je la yg aku x berkenan ngan org kat sini.


OK. Saya jelaskan lagi ye, SEBILANGAN, bukan SEMUA k. Sebilangan, tp ramai la jugak kalau nak bandingkan ngan tempat lain. Remaja pompuan la. Lebih kurang sebaya saya la. Pakai tudung tapi pakai t-shirt fit nak mampus. Lengan t-shirt pun bawah sket je from bahu. Jeans sumer ketat2 ha. Bukan nak kondem org, saya tahu saya pun x perfect. Tapi saya sakit mata tgok. Bagi saya, pakaian camni mcm ntah la. Mcm mencemar nama wanita2 bertudung yg lain pun ada. Kalau ko nak pkai camni, x yah la pkai tudung kan. Malas nak ckp panjang2 kot japgi ada yg terjumpa blog ni pastu rmai2 dtg hentam2 ke apa kan (especially org Taiping.. :).. tapi ketahuilah sangat ramai yg mcm ni, membuatkan saya jd pelik, ini trend tgh in ke kat sini) Ye la, saya org baru di Taiping. Kang diorang kata org KL lagi truk, apa plak aku nk blas. At least, yg pkai tudung, pakai elok2.. Ntah la, korang dpt x point aku ntah?? Haha.. drpd aku trus merepek.. babai je la..
jgn sampai jd camni dah la ye...

oh, ni gambar dpt from http://aku-sempoi.blogspot.com/



Sunday, August 9, 2009

012: SELAMAT HARI JADI MAMA



9 Ogos 1953-


Yay! Itulah hari kelahiran ibu kesayangan saya. Hari ni pun saya terlupa tarikh so selamba je pg tadi turun makan apa segala x wish pun. Hehe, time mkn tgh hari baru tersedar, 'eh eh, hari ni 9 hb la' Baru la wish. Abah pun kata dia x wish lagi. Haha, truk ok abah saya. X romantik langsung. Patut dia la yg first wish kat Mama kan. Rupenye adik saya dah wish awal2 pagi lagi.


Walaupun saya jarang cakap face to face kat mama, tapi saya amat2 sayang dia.


Saya ni keje melawan cakap, tapi mama jarang marah. Kalau dia marah pun, dia simpan sorang2. Sedih kan. Jahat giler anak dia ni. Sebab kepala ni pun leh tahan keras mcm konkrit jugak, so lepas bg sakit hati buat bodoh je. Kalau ngan abah dah kene jerkah dah. Haha.


Ingat lagi waktu Darjah 5 ke 6 ntah, mama tegur apa benda ntah, saya balas dgn sgt kurang ajar+ suara tinggi ala2linda jasmine. eh, x kot . x de la setinggi tu tapi tinggi la. Memang berdosa la. Pastu mama mcm sedih je. Dan berlalu pergi begitu saja. ZAS!! Tersentap gak la aku tgk muka itu. Tahu salah saya. Tapi, saya ni keras hati, kepala, muka, tgn.. segala2 la keras. Ego nak mampus. Malam tu apa saya buat?? Saya tulis 'DIKDA MINTA MAAF' kat kertas A4 banyak2 pastu esok tu pagi2 lpas bgn siap2 nak gi skolah saya lekat kat sluruh dinding bilik. Mak saya akan masuk bilik kemas bilik tiap2 hari kan, dan mata dia x de la rabun sampai x nampak kertas2 kat dinding tu. Bila saya balik skolah, tgok sumer kertas dah x de.. Yay!!! Dia dah baca. Pastu habis camtu je. Hampeh kan anak camni?? Bukan nak cakap depan2.


Mama slalunyer dulu2 akan membebel pasal pakaian saya la (skarang pun..:p). Dulu2 kan pakai skirt, pastu sampai ke sekolah menengah pun gi umah kengkawan pakai skirt. Slalu la kena cubit paha ngan mama saya suruh pakai elok2 sikit. Hahaha, ada skali tu kawan2 dtg rumah pastu nak ajak saya kuar gi umah kawan lagi sorang ni, dekat je la. Mama ajak la diorang masuk minum2 apa dulu. Sambil sembang tu, mama ada skali n time diorang ajak berangkat saya pun dgn semangat jom jom, tetiber ada tgn kat bwh meja cubit paha kuat2 pastu bisik suruh tukar pakai sluar. Haha. Yg kat depan kawan ni muka tahan sakit je.


Tapi tadi, lepas wish mama ckp la umur dia dah 56. Tok meninggal umur 66. Hmm, ada la dlm 10 thn lagi kot (abah kata, ni ikut adat la, means slalunyer kan org meninggal lingkungan 60++ or 70 kan.. nak ikutkan, bile2 pun boleh mati.. saya yg baru 20 ni pun leh mati bila2 masa saja). Sedih ok, lepas2 wish dia ckp mcm ni. Tapi, I can understand how she feels. Bile umur dah camtu, x kan kiter x terfikir pasal maut apa semua kan. Dan saya rasa sedih. Ntah. Cam nak nangis bile mama ngan abah kata mintak2 sempat la tgok saya keje, kawin n tgk anak2 saya. Xtahulah sempat ke x nak tgok adik saya keje, kawin n dpt anak. Sedih giler. Crius. X tipu.


Tetiber saya rasa nak cpt2 hbs belajar n keje. Boleh saya tolong diorang mcm2. I know diorang x perlukan sgt pun bantuan saya. Tapi at least saya boleh balas jasa diorang. Skarang ni asyik hbskan duit je. Lagi satu tadi abah kata mcm mana la nak turunkan berat yg x turun2 lepas mcm2 cara. Dia kata, "Kena turunkan jugak ni, nanti anak2 marah nanti bile sakit susah nak angkat gi toilet," Waaaaaa... nak nangis la. Dan saya x tau camner nak respond. Ikutkan hati nak je "Abah jgn la ckp mcm tu... kitorang mesti la jaga abah berat camner pun" tp cam emo tetiber plak anak dia ni kan. Tadi tersengih2 tgk laptop, tetiber emo. And I know he meant to joke je. Tapi saya x sanggup nak gelak balik walaupun dia cuma melawak. Hmmm... Sedih la. Babai.


ni gambar mama.x tau la ni amek gmbar air ke gambar die sebenarnya. Haha.



Sunday, August 2, 2009

011: On Holiday

Saya masih lagi bercuti. Tapi dlm otak memikirkan mcm2 benda. Lots of them is pasal M.O.N.E.Y.

Saya ada byk plan for the next sem tapi money mcm sempadan antara benda yg boleh dibwat and x mampu nak bwat. Yuran ni lagi satu. Perlukah saya membayar semuanya sekali gunakan wang saya??? Ataupun guna duit big boss dulu and bayar balik ansuran tiap2 bulan??? Haha, tapi mcm yakin je kalau ambek second option tu kompem2 aku x byr balik. Hahahaha.. giler jahat nyer anak. Tak hbs2 menghabiskan duit mak bapak.

Dah la tu.. balik rumah je mesti segala stok mknan kat umah aku habis cepat. Tibe2 segala jajan yg x pernah bersentuh kt dapur tu habis lesap tanpa sebarang kesan. Tu belum kire bil elektrik yg tiba2 melambung sebab laptop dan tv yg on 24 hours.. Haha, camner tu aku tgk tv n main laptop at the same time???

dan anak2 sedara saya sudah mau pulang ke kl..

Tetiber malas nak sambung. Haha, Bye bye!!!