Sunday, August 9, 2009

012: SELAMAT HARI JADI MAMA



9 Ogos 1953-


Yay! Itulah hari kelahiran ibu kesayangan saya. Hari ni pun saya terlupa tarikh so selamba je pg tadi turun makan apa segala x wish pun. Hehe, time mkn tgh hari baru tersedar, 'eh eh, hari ni 9 hb la' Baru la wish. Abah pun kata dia x wish lagi. Haha, truk ok abah saya. X romantik langsung. Patut dia la yg first wish kat Mama kan. Rupenye adik saya dah wish awal2 pagi lagi.


Walaupun saya jarang cakap face to face kat mama, tapi saya amat2 sayang dia.


Saya ni keje melawan cakap, tapi mama jarang marah. Kalau dia marah pun, dia simpan sorang2. Sedih kan. Jahat giler anak dia ni. Sebab kepala ni pun leh tahan keras mcm konkrit jugak, so lepas bg sakit hati buat bodoh je. Kalau ngan abah dah kene jerkah dah. Haha.


Ingat lagi waktu Darjah 5 ke 6 ntah, mama tegur apa benda ntah, saya balas dgn sgt kurang ajar+ suara tinggi ala2linda jasmine. eh, x kot . x de la setinggi tu tapi tinggi la. Memang berdosa la. Pastu mama mcm sedih je. Dan berlalu pergi begitu saja. ZAS!! Tersentap gak la aku tgk muka itu. Tahu salah saya. Tapi, saya ni keras hati, kepala, muka, tgn.. segala2 la keras. Ego nak mampus. Malam tu apa saya buat?? Saya tulis 'DIKDA MINTA MAAF' kat kertas A4 banyak2 pastu esok tu pagi2 lpas bgn siap2 nak gi skolah saya lekat kat sluruh dinding bilik. Mak saya akan masuk bilik kemas bilik tiap2 hari kan, dan mata dia x de la rabun sampai x nampak kertas2 kat dinding tu. Bila saya balik skolah, tgok sumer kertas dah x de.. Yay!!! Dia dah baca. Pastu habis camtu je. Hampeh kan anak camni?? Bukan nak cakap depan2.


Mama slalunyer dulu2 akan membebel pasal pakaian saya la (skarang pun..:p). Dulu2 kan pakai skirt, pastu sampai ke sekolah menengah pun gi umah kengkawan pakai skirt. Slalu la kena cubit paha ngan mama saya suruh pakai elok2 sikit. Hahaha, ada skali tu kawan2 dtg rumah pastu nak ajak saya kuar gi umah kawan lagi sorang ni, dekat je la. Mama ajak la diorang masuk minum2 apa dulu. Sambil sembang tu, mama ada skali n time diorang ajak berangkat saya pun dgn semangat jom jom, tetiber ada tgn kat bwh meja cubit paha kuat2 pastu bisik suruh tukar pakai sluar. Haha. Yg kat depan kawan ni muka tahan sakit je.


Tapi tadi, lepas wish mama ckp la umur dia dah 56. Tok meninggal umur 66. Hmm, ada la dlm 10 thn lagi kot (abah kata, ni ikut adat la, means slalunyer kan org meninggal lingkungan 60++ or 70 kan.. nak ikutkan, bile2 pun boleh mati.. saya yg baru 20 ni pun leh mati bila2 masa saja). Sedih ok, lepas2 wish dia ckp mcm ni. Tapi, I can understand how she feels. Bile umur dah camtu, x kan kiter x terfikir pasal maut apa semua kan. Dan saya rasa sedih. Ntah. Cam nak nangis bile mama ngan abah kata mintak2 sempat la tgok saya keje, kawin n tgk anak2 saya. Xtahulah sempat ke x nak tgok adik saya keje, kawin n dpt anak. Sedih giler. Crius. X tipu.


Tetiber saya rasa nak cpt2 hbs belajar n keje. Boleh saya tolong diorang mcm2. I know diorang x perlukan sgt pun bantuan saya. Tapi at least saya boleh balas jasa diorang. Skarang ni asyik hbskan duit je. Lagi satu tadi abah kata mcm mana la nak turunkan berat yg x turun2 lepas mcm2 cara. Dia kata, "Kena turunkan jugak ni, nanti anak2 marah nanti bile sakit susah nak angkat gi toilet," Waaaaaa... nak nangis la. Dan saya x tau camner nak respond. Ikutkan hati nak je "Abah jgn la ckp mcm tu... kitorang mesti la jaga abah berat camner pun" tp cam emo tetiber plak anak dia ni kan. Tadi tersengih2 tgk laptop, tetiber emo. And I know he meant to joke je. Tapi saya x sanggup nak gelak balik walaupun dia cuma melawak. Hmmm... Sedih la. Babai.


ni gambar mama.x tau la ni amek gmbar air ke gambar die sebenarnya. Haha.



No comments:

Post a Comment

Cakap cakap~~