Saturday, November 17, 2012

Doraemon

Banyak benda aku nak luah kat sini. Tapi malas. Takut tetibe orang yang berkenaan terjumpa plak blog ni. Haha. Yang pastinya, aku stress tengok mereka2 ni. Time camni aku harap sangat Doraemon tu wujud dan dia hidup dalam laci meja aku. Tapi aku tak nak jadi Nobita sebab dia x hensem, x cool dan x awesome. Aku nak jadi diri aku. Tapi aku nak jadi kawan Doraemon tu. Pastu aku nak mintak Doraemon kuarkan alat yang boleh kecikkan orang tu. So, aku akan kecikkan orang yang berkenaan. Aku nak bagi kucing makan. Hahaha... kejam tak aku.

Takpun, aku nak mintak alat yang boleh buat orang dengar cakap kita. So, aku akan suruh diorang ni pi pindah planet Marikh so that diorang tak kacau lagi hidup aku kat Bumi ni. So, I need a Doraemon a right now.





Tuesday, November 13, 2012

Mysterious night

Hola!

Aku tak tau nak citer ke tak pasal kejadian ni. Tapi rasa macam nak jugak coret somewhere so that aku takkan lupa peristiwa ni. Hari Sabtu pas kenduri Atun tu, aku, Zahir n Apis gi makan kat Nasi Royale. Then, pas hantar Apis balik rumah, kitorang nak gerak ke Starbucks. But, before tu singgah Petronas jap sebab nak gi toilet. Kebetulan takde parking, so aku gi masuk toilet dulu sementara Zahir cari parking. Then, pas aku balik dia pulak gi toilet. Aku tunggu la dalam kete. Lama betul pakcik ni gi toilet. Nampak dia kat ATM. Tunggu lagi. Eh, tak siap lagi ke. Tengok lagi. Nampak dia dok beratur kat cashier Mesra bayar apa ntah. Tunggu lagi. Tak siap2 jugak. Pelik jugak apa la yang lama sangat kan.

Pastu dia masuk kete. Then dia citer ada brother sorang tu mintak tolong. Carburetor dia rosak kat LRT Gombak. (Kitorang kt Petronas Melati). Dia tak cukup duit. Lagi RM5 (contoh je la aku letak, bukan amaun sebenar). Pastu Zahir kata dia kesian so dia bagi la pinjam RM3. Aku pun macam nak marah pun ada, ye la kenapa tak bagitau aku kan, aku pun boleh tolong sikit. Sebab aku ingat sebab Zahir tak cukup duit ke apa kan. Ye la, kalau ko tolong tapi still tak cukup nak baiki carburetor dia pun, no point gak tolong kan. Zahir tak cakap apa. Dia trus drive gi LRT Gombak. Dia kata bukan nak pertikaikan duit yang dia bagi. Just nak tengok je. Aku pun setuju jugak la. Dalam hati aku pun memang takde niat nak meragui pasal dia tipu ke apa. Tapi memang aku nak jugak tengok apa yang rosak. Lagipun dah Zahir kata dia bagi RM3, tak cukup kan. Kalau gi tengok boleh la tambah apa yang patut. Tolong apa ke. Kitorang round je LRT tu, tapi x tau mana satu motor dia. Elok kitorang nak blah tetibe nampak mamat pakai payung jalan laju dalam hujan. Zahir trus cakap, "Eh, mamat tu". Kitorang pun trus la u-turn. Dekat je kot. Tak jauh pun. Tetiber mamat tu hilang. Kitorang round 2-3 kali kot2 dia ada kat tepi2 kete ke, dalam gelap ke. Tapi memang takde.

Aku dah rasa lain macam. Then, Zahir pun citer la sebenarnya dia bagi RM5 seperti yang lelaki tu nak. Dia tipu aku sebab takut aku marah suka2 hati bagi duit kat orang. Senang sangat nak percaya orang. Dia kata dia kesian betul kat mamat tu. Siap nangis2 kat dia. Pas dia bagi duit tu, mamat tu sampai cium2 tangan dia. Aku trus rasa macam takut. Ermmm, ntahla. Seriously, kitorang pelik macam mana dia boleh hilang. Wallahualam. Aku harap mamat tu selamat dan berjaya repair kereta dia. Walaupun sampai nak tidur la aku asyik teringat pasal tu..



Atun's Wedding + Rawatan Resdung Permata Hijrah + Nasi Lemak Royale + Starbucks

Hola~~

WEDDING ATUN 
Sabtu lepas adalah hari yang sangat dinanti2kan oleh saya. Sebab Atun kawen. Walaupun wedding planner yang dia pakai ni memang boleh bawak sakit jantung, tapi hasil dia sangat2 cantik. Cuba bayangkan ye, Atun punya baju ni dia orang first yang akan pakai. Meaning, baru buat la. Wedding hari Sabtu, tapi hari Rabu tu is the first time dia dapat tengok baju dia. Baju laki tak siap lagi.Cuba lah bayangkan kalau baju tu tak jadi macam apa yang kita nak kan.. tak meraung plak kan. Tapi Alhamdulillah, the outcome is really nice. Meh aku curi sket gambar2 dari fb dia. Hopefully dia tak marah la.. hehe

Ni aku yang snap sendiri, kebetulan tengah tunggu kak Pae n Kak Tati sampai, diorang berarak depan kete kitorang. Hee, cantik sangat Atun. Memang seri pengantin betul.

The bride n groom with Atun's parents. Comel je semua.

Pelamin yang lawa sangat. Zahir pun puji kata cantik sangat. Colorful. 

Makanan dia pun sedap. Kira memang puas hati la dengan wedding planner ni. Cuma sapa yang cepat gelabah tak disarankan la amek ngan diorang. Mau sakit jantung before wedding. Hehe. Anyway, congrats Atun. Dah jadi Puan Atun dah. Miahhaahaa. Tak leh geng ngan kitorang cik2. :p

RAWATAN RESDUNG PERMATA HIJRAH

Lepas kenduri Atun tu, trus gerak gi Melati amek Apis then ke AU3 Keramat. Misi kami adalah untuk menjalani rawatan resdung di Permata Hijrah. Actually, aku pernah dengar nama diorang ni tapi seriously aku tak pernah tahu pasal berita2 penipuan diorang ni sampailah pagi Sabtu tu. Tapi, aku ngan Apis nekad nak try jugak rawatan tu. Kira kitorang tawakal je la ni. 

Hasilnya, errr... ntah seriously aku tak puas hati. Macam hembus sendiri je.. Bwat penat je. Tengok dalam gambar bukan main kuar lendir banyak gila kan. Rupanya diorang just letak herba2 bagi kita hidu so that kita bersin2. Pastu kena la hembus sendiri. Ceh, kalau camni baik buat kat rumah sendiri je. Herba tu abah aku pun pernah bawak balik rumah. Memang kita akan bersin seteruk2nya la kan. Pastu memang la kuar lendir2 tu. Tapi memang tak rasa lega langsung. Lagi rimas ada la. Baik buat yang asap tu. At least lega gak rasa pas bwat. Yang ni, hek eleh. Rugi je RM50 aku.

Pas buat rawatan tu , kitorang gi makan kat Nasi Royale. Then, before balik rumah aku ngn Zahir gi meeting kat Starbucks. Haha, macam hapa je entry aku kali ni kan. Sebab aku ngantuk ni. Tu yang kelam kabut type cepat2 nak bagi habis sebab wa mau tido... Tata, Nite!!






Thursday, November 8, 2012

Nyahcas ion2 negatif2.


Amboi, tajuk macam silibus kimia. Bajet terer la tu en..

Sebenarnya, aku rasa aku dikelilingi oleh aura negatif dari luaran dan dalaman la skarang. Dan, ia menjadikan aku seorang yang negatif sekaligus demotivatekan diri aku untuk keep on moving forward. All the positive things inside me getting lesser and lesser day by the day. I almost dunno myself.

Benda ni jadi senyap2. Bila dah realize it is becoming serious already. And i don't like it. I want to be the old me. Yang penuh semangat, never give up, always strive for the best. Tapi tu la, like i said before. The negative environment. Yang selalu buat aku rasa why bother to do things seriously. Why bother to stay up late for work? Why bother to do more than what you should? DIA buat aku rasa macam tak guna pun aku usaha macam2. At last he would be the same, yg demotivate orang. Tak appreciate orang. Tapi, aku tak mampu ubah environment, individual apatah lagi. Malam ni, aku berjanji dengan diri aku, aku takkan biar diri aku hilang kerana dia. I won't let all those negative aura from you come near me. Aku akan stay strong to what I believe. I will be who I am.

Hari ni aku dengar speech dari GM pasal Senad Haziq yang berjalan dari Bosnia ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Berjalan kaki ok. 5700 KM in 314 days. Setahun tu, ko mampu?? nak turun tingkat 3 ke tingkat 1 pakai tangga pun x nak.. haha.Senad ni dia jalan merentasi 7 negara, termasuk la Syria yang tengah berperang tu. Melalui kawasan yang sangat2 sejuk, siap kena tahan dengan tentera bagai. Dengan memikul beg 20kg. Ya Allah, kuatnya semangat dia. Aku kagum betul. I mean, dalam dunia yang segala2nya mudah ni, sapa yang sanggup buat camni? Paling2 pun orang sanggup bergolok gadai nak bayar untuk gi Haji. Tapi Senad ni sanggup habiskan masa 314 hari untuk ke rumah Allah, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang beragama Islam. Kenapa mesti aku nak give up? Kecik je pun cabaran ni. OK, I've made promise to myself already. I hope I can make it. InsyaAllah.


Thursday, November 1, 2012

Bloop Foot Mask

Hola everyone~

Rasanya dah lama tak mencoret benda berfaedah kat sini. Err, pernah ke? -.-' .Anyway, hari ni saya nak share sesuatu yang menarik dengan anda *gaya mcm org promote barang kt tv* . Sebenarnya, saya ni memang minat masuk contest2 kat magazine sumer ni. Alhamdulillah, selalu jugak la menang. Kalau tetibe tengok saya pakai benda2 branded sket tu, kemungkinan besar menang contest la tu. Sebab, kalau nak beli sendiri memang idok le teman nak membelinya. So, bulan September hari tu menang macam2 la jugak. Siap dapat Kinohimitsu Bust Up Drink tu 2 kotak. Memang saya bagi kat orang yang lebih memerlukan je la.

So, benda yang saya dah rasmi adalah seperti berikut:-

Bloop Foot Mask, B.liv By Cellnique's Off With Those Heads & Masker

B.Liv By Cellnique Off With Those Head

Ini untuk hilangkan white head and black head tanpa anda perlu lagi menangis tahan sakit sebab picit guna benda alah besi buang black head tu kan. Ataupun ada yang guna kain pun pedih jugak kan. So, worry no more sebab sebum gel B.Liv ni kita hanya perlu sapu kat t-zone dan mana-mana area muka yang ada white & black head. Dalam masa 14 hari,white & black head korang akan jadi senang sangat nak kuar. Yay! Tapi saya pakai belum sampai 14 hari. So, tak leh nak citer kat korang lagi keberkesanan dia. Nanti dah cukup 14 hari, saya bagitau k. Tapi saya memang perasan jugak lepas pakai benda ni, white head kat hidung memang senang sangat nak kuar. Just sapu2 sikit je trus keluar. Dah tak payah nak tenyeh whatsoever. Wee, tak sabar nak tunggu 14 hari. Oh, tadi google nak tengor retail price benda ni. 30 ml RM139 rupanya. Selamba je aku dok tenyeh2 benda ni sesuka hati banyak2. Mahal kot nak beli sendiri ni. Hahaha, so start hari ni pakai secara optimum. Sayang ni, benda dapat free.. Tapi tengok review semua pun cakap memang effective benda ni, so harap2nya kat saya pun effective la ye. We'll see.


B.liv By Cellnique Mask

Saya dapat 6 pieces. Ada 3 jenis, so 2pcs untuk setiap jenis. Dullness Cessation untuk pencerahan, Knock Off Age untuk anti ageing dan Repair & Rescue untuk kulit sensitif. So far, I'm loving all of it. Rasa segar je lepas pakai masker ni. Malas nak snap gambar sendiri, tetibe google2 jumpa gambar mask yang sama jenis, so saya pinjam le gambar ni ye..



 Bloop Foot Mask

Yang ni memang saya recommend sangat2 sebab memang dah terbukti berkesan. Tepat2 plak tu 7 hari seperti yang dijanjikan.

Ni rupa kotak dia

Ni rupa after bukak? Haha, nampak x?

Dia macam stokin, so kita masukkan la kaki kat dalam stokin kertas ni selama 1 jam. Dekat kotak dia tulis hari ketiga hingga keenam kulit tapak kaki kita akan menggelupas bagaikan kertas dikoyak2. Haha, dan exactly on the third day kaki saya memang menggelupas macam kertas ok. Keluar sekeping-sekeping macam kertas k. Sampai macam takut plak. Dan exactly on the 7th day, tapak kaki jadi sangat lembut sebab  kulir baru kan. Best sangat. Dan kalau ikut kotak foot mask ni jugak, treatment ni patut buat dua @ tiga bulan skali. Hopefully la ye, jangan la tiap bulan kan. Rabak poket saya kang sebab tadi google cari harga dia satu RM54 hokeh.. hehe

So, sesapa yang teringin boleh try k. So far, saya sangat2 berpuas hati especially foot mask ngan off with those heads tu. Selamat mencuba k. Dah try benda lain nanti saya update lagi :)