28-30 November haritu aku kena gi training kat Avillion, PD. Sebenarnya, berat hati jugak nak pergi ni. Sebab kerja kat office bertimbun2 weyh. Dah la dekat2 hujung tahun ni. Masing-masing nak kejar dateline kan. Nak kena achieve KPI, kalau x camner nak dapat full bonus next year. Hahaha, ikhlas sungguh aku buat kerja kan? Anyway, berat2 hati pun kena gi jugak sebab next year aku nak kena benda ni. Kalau tak pergi, camner nak audit kan?
Kitorang gerak from office pukul 3.30 ptg dan sampai kol 5.
First impression pasal tempat ni: LAWA.
Second impression : HOI, jauhnya nak gi mana2. turun naik tangga bagai.
Third Impression bila masuk bilik: WAH, cantiknya ada laut.Bilik atas laut
Fourth Impression: Hoi, panasnya bilik ni mengadap matahari. Pasang air-cond pun tak rasa. Dah la shower ngan toilet nampak langit. Pastu kalau berdiri kat bath tub org kat luar bilik dan dalam bilik boleh nampak bayang2 kita.Siap boleh nampak laut kat bawah. Apakah ini, I can't brain this. Kalaun boleh terjun mandi takpe gak.
Kitorang dapat two types of room,Water Villa dan Garden Villa. Bilik saya adalah Water Villa.
Mula-mula rasa best la, tapi pastu bengang plak sebab panas!!!
Tempat melepak kat luar. Malam tu aku melepak sini la gayut fon ngan En. Zahir. Tetapi terjadi kejadian plak. Cerita di bawah nanti.
Nampak tak kat hujung sana ada macam katil kecik. Aku awal2 dah cop nak tido situ. Sebab tilam dia empuk gila kot berbanding tilam katil main tu.
Lepas sampai tak sempat nak panas bontot cik Aziah call kata dia nak gi pasang projector and nak tengok ok ke tak hotel tu susun benda dalam conference room tu. Aku pun kata la kat Ina aku gi tolong dulu, makan, then balik bilik mandi. Pastu baru pergi masuk training. Sekali tengok-tengok jam dah dekat kol 6 lebih nak kol 7. Trus cancel, kena mandi dulu ni. Suruh Ina mandi dulu sebab dia kan event committee. Nak iron baju dulu sekali takde iron. Apakah ini.. hotel 5 stars pun x de iron ke. Call room service, dia kata japgi dia hantar. Pastu boleh pakai 30 minutes je. Apekah.. dah la nak tunggu pun berjanggut. So, Ina dah siap mandi sumer aku suruh dia gerak dulu. Aku berendam dulu dalam bathtub. Heehee.
Pas gi pasang-pasang apa yang patut kat conference room tu, kami pun pergi makan. Makanan dia, errr.. tak best~~ biasa2 jek. Tak rasa macam dok hotel 5 stars pun. Pergi Equatorial Bangi hari tu lagi heaven makanannya. Tapi takpe, kita kasi chance tengok esok macam mana makanannya.
So, malam itu bermula la training. Habis dalam kol 11 camtu. Not bad la the speaker. Walaupun boss aku kata dia sedikit boring tapi bagi aku not bad la. Pas habis training tu, kitorang lepak tepi pantai. Dengar orang main seruling. Kitorang dah kata apa benda ni.. malam2 main seruling plak. Sekali tengok Abang Yahya yang main. Bukan main layan perasaan tepi pantai sambil main seruling. Memang kena bahan la ngan kitorang. Pastu jalan nak balik bilik. Lalu kat swimming pool. Penuh orang lagi. Wah, 24 hours rupanya. Kitorang pun apa lagi. Projek mandi manda la. Balik la bilik masing2 nak tukar baju. On the way balik tu aku ngan Ina perasan ada lagi satu pool dekat ngan bilik kitorang. Lagi privacy la. Takde orang. Berbanding pool yang tadi tu penuh ngan manusia n kanak2. Trus bagitau budak2 tu tukar venue.
Gambar pool dicilok dari Google sebab aku excited sangat nak mandi that Idun bother to take picture. Ha, bilik aku kat area tepi tu la.
Budak2 ni sumer terrer swimming. Bukan main lagi mandi. Aku mandi selam-selam gitu je. Tapi ok la, aku boleh mandi lama2. Budak2 ni mandi kejap dah pancit. Hahaha. Sebab diorang bersungguh2. Aku mandi main2 je. Tu boleh lama2. Diorang siap nak cramp kaki bagai. Last-last lepak2 sambil sembang2 tepi pool.
Selepas itu, terus la kembali ke bilik masing2 nak mandi n tido. Sementara Ina masuk mandi dulu, aku lepak la kat balkoni tu bergayut ngan Encik Zahir. Time tu macam nak hujan. Burung apa ek kaler kelabu2 tu. Pigeon ek? Ntahla aku tak sure. Dok terbang2 depan aku. Buat bodo je la kan. Tengah sembang2, tetibe dengar bunyi2 kat atas kepala. Dongak2 tengok ada burung tu dua ekor dok atas tu. Aku risau dia berak atas kepala je. Aku pun macam halau2. Dia buat bodo. Ketuk2 pintu nak takutkan diorang. Tak takut ok. Diorang siap jegil mata kat aku. Seriously scary. Jegil yang gila2 punya. Sampai aku yang takut diorang serang aku. Aku siap lari2 masuk bilik jerit2 panggil Ina. Sekali dia dalam shower lagi. Aku pun apa lagi. Jerit kat Ina, aku kuar jap. Nak sambung gayut. Pas aku balik dari gayut pun diorang dok situ lagi. Jegil je kat orang. Aku citer kat Pae, dia kata sebenarnya aku tengah ganggu diorang nak wat projek. Hahaha. Maybe la.
No comments:
Post a Comment
Cakap cakap~~