Cilok dari google. Tak sempat nak amek gambar dalam bilik diorang. Sesungguhnya bilik diorang best gila ok. To me la. Sebab sejuk, romantik. Haha. Duduk kat balkoni nampak je laut k. Cuma tak duduk atas laut je.
Selepas puas usya2 bilik diorang, kami pun decide nak jalan2. Tapi macam dah dekat 5 lebih. Nak tunggu kitorang balik bilik tukar baju lambat. Bilik kitorang jauh, so we decided pakai je baju kerja. Bukak kasut. Jalan-jalan tepi pantai. Nampak la mamat2 ni tengah main volleyball.
Diorang panggil ajak join. Memang tak la kan. Hehehe
View
Kat tepi pantai ni ada la diorang sewakan kayak la, perahu yang kayuh2 tu la. Mamat tu pun offer la kitorang amek benda tu. 4 orang boleh naik RM20 satu jam. Pae macam tak nak, lenguh kaki katanya. Kitorang pun macam, ala.. jomla.. Tapi takpe la, jalan je la. Jalan2~~ jalan2~~ last2...
Jadi gak dengan baju2 kerja. Ko mampu??
It was fun. New experience untuk orang penakut macam aku ni. Best giler. Walaupun bila dah ke tengah laut tu aku ngan Pae macam cuak n gelabah. Tapi Alhamdulillah selamat.
Malam plak session sampai kol 11 lagi. Lepak lagi tepi pantai. Sembang2. Then masing2 ngantuk sebab penat kayuh mende alah ni. By that time, Zahir call aku, so aku suruh diorang gerak dulu. Gayut jap. Pastu macam nyamuk la plak. Nak bangun gayut sambil jalan2 plak. Tetiber nampak En. Mat. Dia tegur la, "Buat apa gelap2 ni, balik2." Aku memang nak bangun pun. Haha, tapi saja biar dia jalan dulu. Aku jalan slow2... jalan nak ke bilik. Sekali tak habis lagi sembang, haha *sembang macam x jumpa setahun*. Patah balik, sekali bertembung ngan Cik Mat ngan Haji Fauzi. Diorang nak balik bilik. Bilik diorang sederet ngan aku. Diorang gelak2 tengok aku tak habis lagi. Aku plak gi la jalan ke hujung sana plak. Tak pernah pergi lagi. Tapi rupa2nya macam2 lagi kat sini. Tak sempat nak explore. Tapi gelap giler, takut kot. Aku pun patah balik dok kat depan Pet's Farm. Oh, dekat ngan bilik aku ada Pet's Farm. Dalam tu ada merak, arnab, ayam, kura-kura dan macam2 lagi. Pagi2 diorang siap lepaskan merak tu jalan kat luar. Takut gilaaaaaaa. Haha. Anyway, aku gayut dekat bench kat situ la malam tu. Sekali Cik Mat ngan Haji Fauzi lalu nak gi jalan2. Diorang dah perli tak habis2 lagi ke??? Diorang balik dari berjalan pun aku ada kat situ lagi. Diorang siap perli japgi ntah2 kalau diorang lalu lagi aku kat dalam kandang arnab dah kot. En. Safrul pun lalu dok kacau2 aku, Ha,sembang apa lama2 ngan bf?? Ntah kenapa la malam ni ramai plak orang nak tengok aku gayut kan. Bila aku balik bilik, Ina pun tanya aku gi mana lama sangat. Tengok balik call register. Pergh, sejam lebih tu.
Tak tau la aku ngan Zahir ni. Kalau hari yang jumpa ok la. Kalau tak jumpa, memang bergayut berjam2 kot. Rasa kejap je. Parah2..
No comments:
Post a Comment
Cakap cakap~~