Tuesday, December 4, 2012

Terkena Sumpahan Pink & Purple

Hola!

Hari tu aku plan nak beli baju kurung baru untuk pergi kenduri. Ye lah, sekarang banyak pulak kenduri nak attend, aku pun dah boring tengok koleksi baju kurung aku yang nak bawak gi kenduri. So, Jumaat dua minggu lepas pergi la Carrefour Wangsa Maju cari baju. Aku pergi malam, dah nak dekat kol 9. Bajunya nak pakai esok tengah hari. Kelam kabut la cari. Dan memang mission aku nak cari baju yang kaler lain la dari yang sedia ada kan. Banyak baju kurung aku kaler biru, purple ngan pink.Tetiber ternampak la baju kuning orange yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb. Aku pun apa lagi. Dah la malas nak round banyak2 kali sebab orang pun dah nak tutup kedai kan. Dan otak aku ni memang memory dia graphic memory. So, aku memang terlupa la slalu aku pakai size apa. Dalam kelam kabut tu, just letak atas badan je la suruh akak kedai tu tengok ok ke tak. Dia pun dok ok2 la kan. Aku pun dengan gumbiranya bayar then balik sambil lompat2 bintang *crius tipu*

Sampai je kat rumah, dengan penuh semangat kesukanan dan keazaman yang tinggi.. aku pun trus la try baju tu. Erghghg, sekali agak ketat lagi mengetatkan da.. Terus down gila, arghh, " I hate u gemuk" kata aku pada makhluk gemuk dalam cermin. Aku terus gi bukak almari tengok baju aku yang lain size apa. Sekali memang salah saiz la. Aku pun pasrah je la. Pakai je la baju lama buat sementara waktu. Pastu tak sempat nak gi tukar sampai la malam ni (last 2 weeks, haha..lama tak aku peram post ni dalam draft?)baru ada time.

So tadi, pergilah aku ke kedai tu semula. Nasib boleh tukar. Tapi size yang aku nak cuma ada kaler pink & purple. Why oh why?? Aku dah tak larat tengok kaler ni. Tudung pun sama. Dalam banyak2 kaler tudung last2 nanti mesti aku beli yang ada unsur2 pink and purple. Cantik... tapi plz la.. tolong la variety sket color hang tu Leen.Anyway, ni la bajunya.

Maaf la ye, gambar senget sebab aku pemalas nak alihkan baju2 yang aku tengah kemas kat depan tu. So, shot dari angle yang mampu je. Heee.

Anyway, baju ni dah selamat dah pun pakai waktu kenduri sepupu aku, Fahmi hari tu.





No comments:

Post a Comment

Cakap cakap~~