Last week sempena cuti Maulidul Rasul ngan Thaipusam tu, Mama, Abah ngan Syafiq dah balik awal. Sebab Abah amek cuti awal. So, kat rumah takde sapa la masak. Aku pun macam tak tau nak beli apa untuk makan. Order Mcd pun macam borringg. So, aku gatal tangan nak try masak cream butter prawn. Kelas kan kau Leen, masuk dapur setahun sekali dan dan nak masak makanan ala2 Masterchef kan.
Aku dah lama kempunan nak makan benda alah ni. Hari tu gigih gi Sri Damansara nak makan kat Groupbase sekali diorang tutup cuti plak. So, google la resepi nak try tapi tak try2. Nama pun Leen kan. Semangat je lebih. Bwatnya tidak. Tapi hari tu aku kena rasuk Hantu Rajin. So, check la dapur ada bahan2 tak. Rumah kitorang kalau Mama takda jadi la rumah bujang walaupun ada je Puan lagi sorang dalam rumah ni *roll eyes* :P
Check2 udang tak dak. Yang lain sumer cukup except udang and daun kari. Daun kari tu aku macam pasrah la. Tak dapat la rasa sebijik cam kat kedai. Tapi udang tak dak ni. Nak guna ayam macam tak best. Nak guna ikan aku tak pernah masak ikan. Tak reti. Jeng3, sausage ada. So, resepi pun bertukar jadi Cream Butter Sausage. Sebab x de daun kari, aku ganti ngan cili kecik banyak2. Boleh jadi subsitute ke? Lanntaakk. Pastu aku malas nak masak nasi. Sebab aku masak untuk aku sorang je. Macam malas je nak guna periuk nasi, nak basuh la. Aku tak masak untuk Kak Nini ngan Abg Alfi pun sebab waktu tu aku takut tak sedap. Haha. Low self confidence, so bwat sket je. Jadi, pemikiran kreatif aku kata kita rebus spageti je la. Tadaaa..
Ni lah hasilnya:-
Alhamdulillah, edible jugak. Aku boleh kata berjaya la cuma aku terlebih susu cair so dia cam manis sangat. Takpe, next time aku try kurangkan susu tu. Sebab aku rasa aku guna susu macam untuk makan beramai2, banyak btul kuah dia walaupun pekat gila. Tahniah Leen!! Pasni reka la resepi lain lagi :)
kot la nak rajin2 masak kat aku dolu2~!
ReplyDeleteAku mengalami masalah low self esteem dan aku jugak kawan yang bertimbangrasa. Aku takkan buat eksperimen makanan ke atas kawan2. Haha
ReplyDelete