Aku orang Planet Marikh. Boo, not funny!
Orang slalu confuse aku orang mana. Orang2 terdekat je tahu citer hidup aku. Wah, macam complicated gila hidup ko kan.
Hehe, kekadang orang confuse aku ni asal mana. Aku boleh cakap KL and at the same time, ngan member2 sekolah aku boleh sembang Kedah. Kat rumah aku pun cakap Kedah. IC aku menunjukkan aku lahir kat Terengganu tapi sepatah haram pun aku tak reti sembang Terengganu.
Hari tu Aida ada tengok num IC aku. 880920-11-**** .Dia trus excited gila
Aida: Eh, Leen orang Ganu ek??? *macam jumpa orang kg ni*
Olie *dengan pantas sekali memotong*: Tak yah nak excited k. Dia Terengganu murtad.
Hahaha. Aku gelak habis. BFF knows best. Aku bukan orang Ganu k. Aku lahir je kat situ. Tapi aku suka Sultan Mizan. Ok, tak de kena mengena.
Maybe sebab aku dah ditrain dari kecik kat rumah cakap Kedah sebab parents aku asal Kedah. Tapi keluar rumah suka hati la nak cakap apa. Sebab kitorang selalu pindah. Sepanjang aku hidup, aku pernah duduk Terengganu, Melaka, Perlis, Sarawak, Kedah (Kulim, Kuala Nerang, Baling), Taiping, KL. Takkan aku pi skolah cakap Kedah kot. Ada ke orang nak faham. Dah la Kedah aku pun basic2 je. Tak sampai lagi level Zahir. Bahaha. Sekolah menengah kat Kedah so dapat la aku sharpen skill. Kadang2 aku malu gak nak cakap aku orang Kedah kat orang. Sebab vocab aku bukan banyak pun. Sembang biasa2 je. Nak mengaku orang Baling pun fikir 5 kali. Sebab aku tak reti langsung cakap Baling. Lagi satu orang selalu tak reti bezakan tempat tinggal dan negeri asal. Bila aku kata asal Kedah, orang akan assume aku dok Kedah. Jauhnya. Padahal aku dok KL je pun. Tapi bila orang dah rapat ngan aku, aku citer la asal usul aku. Bangga kot. Gila la tak bangga jadi orang Kedah.
Orang Kedah ni hebat2. PM Malaysia pun dah dua orang from Kedah:-
Bapa Kemerdekaan ni made in Kedah ok.
My idol. Tun Mahathir. I really wanna meet him and I always miss him as our PM.
Orang2 Kedah memang pakar bwat lawak. Dan bukan dibuat2. Memang semulajadi. Diorang tak perlu try untuk jadi lawak macam certain2 pelawak kat Raja Lawak tu.
Mat Luthfi. My fav vlogger. Sampai anak2 sedara aku pun dah minat kat dia. Haha, aku Makcik yang suka pengaruhi minda2 budak2 kecik.
Ni pun vlogger feveret aku. Hahaha, korang cari la akaun youtube dia. Mesti tak larat nak gelak. Tak jumpa?? Ooops, lupa plak.. exclusive untuk aku je... *statement mintak lempang*
Orang Kedah lawa2 dan hensem2 :-
Bagi aku Farid Kamil ni takdak la hensem sangat. Tapi Zahir tak habis2 dok kata dia hensem so aku letak la. Adik dia satu sekolah ngan aku, and aku rasa adik dia lagi hensem dari abang dia ni. Err, member2 MRSM aku kalau korang terbaca ni and still in contact ngan Anis Anwar tolong jgn bgtau kat dia k. Nanti perasan plak. Haha.
Farah Breep Breep yang cantik, cute and sempoi. Semenjak pakai tudung bertambah2 lagi kejelitaan dia ni. Sebenarnya aku nak letak gambar Ayu Raudah tapi aku tengok dia mesti terngiang2 "Ingin ku gigit2 cuping telinga kecilmu*... Oh no, WTH!!
Ramai lagi orang2 awesome kat Kedah ni. Tak termasuk Penang ngan Perlis lagi. Walaupun lain2 negeri aku rasa orang utara ni sama je. Korang belajar Sejarah kan? Semua tu Kedah jugak dulu.. macam mana boleh berpisah? Sila rujuk buku Teks Sejarah Tingkatan 3. Ok, bye bye! Pulun Kedah Pulun!!
aku suka bc entry ni.
ReplyDeleteorg kedah semua lawa2 n ensem2.
bettoii seratus peratus. haha
Haha, patut aku letak gambaq ang kan.. orang Kedah memang berbudi bahasa sopan santun rajin macam ang. Hahaha
ReplyDelete