Tuesday, February 7, 2012

Teknik berkesan menangani driver tak dak akai..


Wah Leen, mulut jaga sket na.. tak baik cakap orang tak dak akai. Haha.

Yeah, malam ni entry meluahkan perasaan. Sebab sakit hati. Semalam balik from kampung nun jauh di Kedah. Saja je balik siang. Slalu kitorang balik KL malam je, sebab malam sejuk. Siang panas. Ngantuk, lapar, dahaga sumer ada. Tapi hari ni saja je la balik siang. Alhamdulillah PLUS tak jam. Cuma lepas terowong tu kan, jalan dua lane. So, slow di situ. Tapi still bergerak cuma memang slow gila la. So driver2 yang bijaksana ni konon hebat la ni vroom meluncur laju di lorong paling kiri iaitu emergency lane. Hebat la ni, diorang paling genius kat highway ni. Ye la, makhluk2 tak bijak sumer beratur dalam lane, bersesak2, tak bergerak. Kan ada lane lagi satu tu..kena la guna kan. Bijak kan? Lane tu untuk emergency la bangang. Satgi kalau ada orang accident ka, kereta terbakar ke (tambah2 dalam jam kan, lama2, kalau kereta yang enjin prob ke apa, boleh terbakar kot) pastu ambulans, polis nak datang nak lalu celah mana kalau emergency lane pun penuh kete? Nanti sampai lambat mula la korang complaint kat paper, berita polis, ambulans lembab.. lambat memberi bantuan. Waktu korang dok memenuhkan emergency lane tu ada tak fikir, kelembapan otak korang berfikir la yang menyusahkan orang. Tak kena kat diri sendiri lagi memang la tak rasa. Ada sebab la orang buat emergency lane tu. Ko ingat orang buat emergency lane tu untuk kegunaan ko yang emergency sangat tu. Kalau emergency btul tu takpe la kan. Tapi hazard light pun ko tak pasang, aku assume ko saja meng'emergency'kan diri sendiri. Tapi nak emergency pun kena berjemaah ke??

Pastu tadi kitorang terlupa hari ni Thaipusam, so kitorang dengan tak sengaja kuar kat exit Sg. Buloh. Memang azab la kan nak lalu Batu Caves time2 ni. Dari Kepong dah memang jam gila tak bergerak. Pastu skali lagi dapat nampak kebijakan segelintir rakyat Malaysia ni. Ada ruang sket kan antara jalan belah kiri tu ngan divider. Longkang kecik je. Makhluk2 yang x sabar ni pun guna lah lane kiri tu. Sanggup tu naik sket atas divider. Konon tak sabar la ni. Padahal orang lain pun dah stuck dekat sejam kat situ. Macam la orang lain takde keje nak sampai cepat. Pastu sket je boleh lalu pun. Sebab kat depan sket memang bahu jalan tu penuh kete parking orang sambut Thaipusam jalan gi Batu Caves. Dan disitu diorang pun start menyusahkan orang. Menyelit la nak masuk balik lane. Eh eh, senang2 je kan. Orang beratur elok2 pastu ko nak potong kan. Dah la tu, jam menjadi semakin teruk sebab diorang ni la. Abah memang x bagi chance. Dia sengaja rapat2 ngan kete depan so diorang tak leh masuk.

Aku plak seperti biasa menjalankan tugas aku pada waktu bertembung dengan driver2 akai x dak ni.

1) Ko kena make sure ko dok kat belah kiri. Tak kisah la depan or belakang. Kiranya kereta himpit kat kiri kan, so ko kena dok kat cermin belah kiri la.

2) Ko tgok je kat driver tu. Tak yah buat muka bengang or tunjuk2 F*CK ke apa. Ko tengok je dengan pandangan tak bersalah. Selalunya driver dia takkan pandang la. Nama pun buat salah kan. Pastu kalau dia ada penumpang lagi best. Ko tgok jugak la penumpang tu. Macam muka blur pun ok. Bagi diorang menyampah tgok ko. Tengok lama2 k. Bagi diorang perasan.

Buat muka camni pun boleh. Bukan muka Justin Bieber tu ek. Satgi dia ingat ko nak ngorat plak

3) Amek fon. Pastu bwat2 macam amek gambar sambil geleng2 kepala. Konon macam "Isy2, ada jugak manusia x dak akai mcm ni, kete je besar". Ulang gaya sampai diorang perasan.

4) Ulang step 2 & 3 sehingga diorang rasa annoyed.

InsyaAllah dengan berkat Allah kereta tu confirm x jadi menyelit depan korang. Semalam aku dah try kat 3 kereta. Tiga2 pun x jadi masuk. Paling sedih ada satu kereta mamat tu sorang2. Muka hensem, kete besar, tapi tu la, akai x bper nak ada.Kesian dia kena usha ngan aku sorang2. Yang lain ada member kan, boleh la nak kutuk aku secara berjemaah walaupun x berani pandang muka aku pun.

Anyway, sebelum buat tu, korang tgok la dulu orang dalam kete tu. Kalau ada gaya mamat2 samseng ke apa, muka penyangak ke. Jangan la buat, takut satgi kete korang kena aim aku x tau. Haha, agak2 la kan nak troll orang pun. Tak pasal jadi arwah plak.Ok, slamat mencuba!!

Zahir selalu marah bila aku mengaplikasikan teknik ni bila dengan dia. Dia kata jangan cari gaduh. Eh, sapa cari gaduh dulu. Lagipun aku bukannya buat muka bengang kat dia pun. Kalau ikut hati aku bukak je tingkap jelir2 lidah. Haha.

p/s : Sapa2 terasa dia ada buat perangai di atas, yes!! ko memang menyusahkan orang disebabkan kebodohan ko :p



No comments:

Post a Comment

Cakap cakap~~