Yay! Dah masuk Tahun baru.. Semoga tahun ini menjadi yang tahun yang lebih baik untuk kita semua. Semua benda2 tak baik tahun lepas jadikanlah pengajaran dan semoga kita tak ulanginya lagi. Tak pernah ada istilah terlewat dalam memperbaiki diri. Jadi mari kita sama2 berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Salam Maal Hijrah :)
Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah
Sunday, November 28, 2010
Hargailah Apa Yang Anda Ada..
Semalam tengah bloghopping ternampak ni kat blog Faryn..
Warning: Jangan tengok sambil makan ye, kang ada yang muntah saya tak bertanggungjawab~:p
Menurut blog Faryn, (sebab saya sendiri pun tak reti la plak nak baca Chinese kan) perempuan ni model. Dia sedut lemak kat bahagian paha, pastu jadi macam tu. Maybe bakteria kot. Kesian giler dengar dia nangis2..
So kawan2, tak kira perempuan atau lelaki (sekarang laki pun suka cucuk2, sedut2, bedah2 ni kan) hargailah apa yang anda ada. Jangan gelojoh or rakus sangat nak nampak lawa. Dah elok2 paha lawa kang tetiber jadi lubang2 cenggini. Bukan tak boleh nak bagi jadi lawa, sapa lah yang tak nak jadi kurus cun melecun kan. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau rasa paha banyak sangat lemak, pegi la exercise, tak yah la sedut2 sana sini. Memang la exercise akan amek masa lama, tapi easy come easy go.. Senang dapat ha, macam2 la you have to payback kan.
Yeah, saya mahu eksesais banyak (huh, tiba2)
Cucuk2 pun x payah la kot. Cuba tengok Dato' Sarimah, lawa je walaupun dah tua. Tak kisah la kedut ke apa. Bila dah sampai tahap umur camtu, sapalah kita nak lawan kuasa Allah s.w.t yang memberi kita kedutan di muka. Tapi itulah kecantikan ketika usia macam tu. Bila kita melawan kuasa Allah, jadi la seperti gambar di atas ni. Cuba kita ikut je putaran hidup yang Allah berikan, mungkin kita jadi seperti ini
See? Ada je kan kedutan kat wajah dia. Tapi still lawa. Bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t bagi. Maybe orang boleh cakap kat saya 'ko boleh la cakap ko tengah muda lagi.. kulit tegang tak kendur lagi'. I know that. Tapi, saya berdoa semoga Allah melindungi saya dari menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian-Nya. Amin.
Sekian dari saya, Ustazah Lin. :)
Not enough not enough~
Sooooo.. today need to get back to the real business.
Udah2 le cuti tu Leen. Kalau nak dok lepak je sila la berenti belajar dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Not bad idea, eh? Tapi ada ke orang nak bwat bini? Masak nasi pun fail, sapa jadi husben saya makan megi je la tiap2 hari. Isnin Maggi Kari, Selasa Maggi ayam, Rabu Maggi Goreng.. dah agak2 boring ngan Maggi kita tukar Mamee ke, Cintan ke.. Pastu pas sebulan kawin dah botak dah husben kesayangan saya.
Oh, citer pasal kawen. Kadang 2 jadi macam takut bila tengok orang di sekeliling ataupun kat TV pasal masalah rumah tangga kan. Sana sini cerai la. Masalah isteri tak dapat anak la, mak mertua suruh laki dia kawen lain. Tak pun laki tu tetiber berubah lepas kahwin. Macam2 la. Pastu kat ofis nanti ada la pompuan2 gedik nak ngorat laki orang. Walaupun bunyik macam citer tv tapi semua tu jadi dalam kehidupan harian kita. Memang betul pun kan. So, kadang2 bila dengar member2 nak kawen, ada gak terfikir 'bila ha aku nak kawen?' tapi tetiber bila teringat benda2 kat tv, terus jadi takut rasa cam tak nak kawen.
LOL, ni pehal citer pasal kawen2 ni??Jangan risau, tak ada plan nak kawen pun dalam masa terdekat ni. Not gonna think about getting married until I achieved my dream.Ni pun macam mana boleh masuk topik ni ntah.. huhu.. merepek meraban di tengah hari. Dah, semua gi tengok Melodi!
p/s: Encik Zahir selalu cakap saya ni sangat terpengaruh dengan TV. Yeah, this is the proof.
Wednesday, November 24, 2010
Homesick..
Rindu giler kat Afif..
Rindu giler bangun2 tido turun makan breakfast sambil tengok ulangan Cougar Town..
Rindu giler golek depan tv sepanjang hari..
Rindu giler nak tengok America ngan Britain's Next Top Model..
Khamis ada Amazing Race Asia plak.. Melepas la haih~~
Eh, ni rindu rumah ke TV sebenarnya?
Monday, November 22, 2010
A new start
It's a new semester in a new place. I think I'm started to like it here.
Malam pertama kat sini tido ngan Ila beralaskan 'toto' sebab tilam tak beli lagi. So, siang tadi gi la survey2 tilam ngan Ila, Armi dan dibantu oleh Captain Zahir bersama co-pilotnya Apis. Setelah puas memborong, (pasukan pengiring shopping lebih sebenarnya) kami pun pulang dan membuat decision nak beli tilam yang macam mana.
Pada malam hari nya, saya dan Zahir pun segeralah ke Giant membeli 4 biji tilam yang berjaya menyumbatkan diri masing2 di dalam kereta. Hebat sungguh tilam2 ini. Tengoklah siapa tuannya kan~
So~~ malam ni berjaya lah tido di atas katil bersama tilam. Yeah, dan broadband pun activate kembali setelah penat lelah mencari tempat nak bayar bil Celcom. Pasni nak bayar ikut CIMB Click je la. senang keje. Ok, selamat malam semua
p/s: Ayat saya di malam hari sungguh tunggang terbalik. Tapi itu tidak bermakna saya sedang di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah walaupun sepatutnya saya meminum sedikit dadah (drugs = ubat batu) malam ini tetapi tidak berbuat demikian sepertimana nasihat doktor.Demmm,, ishould get some sleep now!
Tuesday, November 16, 2010
Main kasar nampak..
Petang tadi sangatlah kebosanan. Citer kat TV pun kurang menarik, so yang terpasang adalah citer Ponti Anak Remaja yang apa benda dia merapu meraban ntah tak faham. Yang faham cumalah comelnya Liyana Jasmay ni walaupun kaki dia keding mengalahkan batang penyapu *apa kes samakan kaki orang ngan penyapu mentang2 la kaki sendiri macam kaki gajah??*
Ok, disebabkan bosan so saya pun buat muka ala2 sweet anak manja siap ada sparkling2 kat mata gitu.. "Abah, pinjam phone main game boleh?" "Amek la" zup.. trus sambar.. zup.. Razin pun tetiber nak melekat kat saya macam kembar siam.
"Nak tengok boleh?"
"Boleh, tapi x leh main la, tengok je"
"Ye lah, eh bukak la game spelling Tok Wan cakap tu"
"Tak best, nak main Plant vs Zombie"
"Kedekut la makcik ni. Abah pun ada la phone ni"
"Balik la main yang abah. Ni abah saya punya"
....1 jam setengah kemudian
"Abang, jangan la tekan.. tengok je laaaa"
"Abang nak tolong la"
-Game paused-tekan2 x der respond apa-
"Abang tekan apa tadi ha????"
"Abang tak tekan apa pun"
"Ala, kacau la.. dah nak menang ni.. bengong la. Sikit je lagi.. haih!"
-Tekan2 lagi-Haih, no respond- tetiber kuar pop up- 'It is Maghrib in your city'
~~ Hokey.. main kasar nampak..baik.. saya faham message yang cuba disampaikan~~
Monday, November 15, 2010
Malam Emo Sedunia
Yes, malam ni memang emo habis. Tadi pas Maghrib surf Internet, bukak Beautiful Nara. Niat di hati nak baca pasal AC Mizal, terjumpa kisah lelaki sial.. wah! rhyme!
Kalau nak tahu, sila la baca di sini . Ada 6 part semuanya. Yeah, i know by providing the link I am like spreading the story kan. Tapi apa yang saya nak cakap adalah tak guna punya laki!!!! Tak rasa bersalah ke mengaibkan perempuan tu dan seluruh keluarga dia?? Dah la orang tu satu Malaysia kenal. Kalau betul la kau sayang, tak mungkin kau sanggup buat macam tu kat dia. Enough said. Dah malas nak emo2 dah. I think semua yang baca pun boleh faham. Kalau korang tak faham jugak, entah apa jenis hati la korang ni. And I have a lot of negative thoughts about this tapi tak payah la kot tulis kang japgi dia saman fitnah plak kan. So, I'll just keep that thought in my mind and share it with people around me muahaha
Sunday, November 7, 2010
Cowok mantre..
Tengah boring2 tadi teringat pasal video ni. Lawak gile k. Sanggup la diorang ni buat video clip mcm ni just nak bwat lawak.. Tak leh blah betul
Dah tengok baper kali pun asyik gelak je.. Haha. Tak boleh blah tetiber dia bwat "cowok mantre cowok mantre". BTW, saya google nak tgok masuk cowok mantre tu apa. Rupanya lelaki mata duitan k.
I dunno what to write But I'm still gonna post sumthing.. coz I'm bored.
Talking about final semester, I know I have to get my mind ready for this. Ye la, I need to know were I am going to after this. Nak sambung belajar ke, nak keje ke. Sumer tu dah kena start fikir dah kan. I have some plan in my mind. Kalau everything goes well I just continue on with the plan. Haha, apa kejadah ni, citer macam x nak citer, baik x yah kan.Tak pe la, ni blog saya kan~~:p
Ha, tetiber dapat idea nak citer apa. Hari tu gi Cyberjaya tak tepek gambar lagi kan. Kak Nini dah upload kat facebook, so saya ada la gambar nak tepek. Dasar pemalas nak upload sendiri, hampagas!
Saturday, November 6, 2010
Macam-macam ada..
Hari ni jumpa macam2 benda lawak kat Internet.. Stok yang boleh gelak guling2 gak la. Ok kawan2, Internet memang best. Yes, sangat best kuasa enam belas kalau nak bandingkan ngan gi kelas ngan buat assignment. Yes, lagi best dari almost everything. Tapi kan.. jangan la percaya bulat2 sangat dengan apa yang kita jumpa kat Internet tu ye. Masing-masing ada akal fikiran kan. Jangan la jadikan Internet ni macam tok guru plak k.
Lawak 1:
ATTN: Kaum Hawa..Kene Bc..Check dulu TUALA WANITA yang anda/isteri pakai
Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala
wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor
memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...
Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2
MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI
ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...
Ni dicopypaste dari note Facebook. I don't know who created this but people are sharing it like everywhere. I'm not good in Biology neither, *seriously, I'm terrible in Biology* tapi tahu jugak la yang tikus adalah mamalia yang tidak bertelur. Mammals yang boleh bertelur pun platypus ngan apa benda ntah lagi but certainly it is not tikus lah. How on Earth that tikus kat China ni boleh bertelur??
Dan.. pregnancy during ovulation is another point to be laughed at la. Ntah la. Tak larat nak explain la. Pi pinjam buku SPM adik korang la k. Kalau x dak, pi pinjam kat jiran. Mintak2 la yang tukang tulis note ni bukan budak sekolah saya, kalau tak nangis la Cikgu Hasleyza ngan Cikgu Anas.
LAWAK 2:
Friday, November 5, 2010
Misunderstanding..
Malam ni hati jadi sangat gundah gulana. Ni semua kerana salah faham dengan sahabat saya. Here how the story goes *cacat la, tgh elok2 cakap melayu tetibe speaking London*
Petang tadi dapat call from someone. I dunno how to answer bcuz I don't have the answer. So I called my friends like many times but I can't reach her. I know she's having difficulty nowadays but I could not contact her since my credit is like nyawa2 ikan all the time. Nak call dia tadi pun guna credit advance k. Nak dijadikan citer, che did not answer my call. Like berjam2 jugak la try, sampai mintak tolong my other friend. Bukannya apa,sebab urgent. Tapi saya tak salahkan dia sebab saya tahu dia ada problem dia sendiri nowadays. Sampai la malam saya dapat jugak call dia. I know I was like very unfriendly and sounds like mad. Actually I am not. I was just tired sebab benda ni urgent I just have to tell her. Plus, credit dah makin kering so kena cepat. So, I ended up sounding like a very intolerant friend yang tak peduli pasal kesusahan member but nak marah je tahu. Sebenar2nya tak ada langsung niat nak marah ke apa kan, tapi maybe terkasar sebab mengejar masa...
Then, saya pun membuka facebook tetibe terlihat button 'add as friend' di page beliau. Saya pun menjadi gelabah puyuh dan tak keruan melihat kewujudan butang itu di situ.
Thursday, November 4, 2010
Ke-Excited-an
Ha.. pening tak baca tajuk. Saya nak type pun terpeleot urat otak. *otak ada urat kah?* Kenapakah eksaited sampai tahap ni? Apa yang best sangat tu? Nak dapat blackberry or iphone kah? Ke dapat trip penerbangan pergi balik ke Jepun.. Wow~~ eksaitednya..
Sunday, October 31, 2010
Ber-Saba di Cyberjaya
Hari ni saya, Mama, Kak Nini, Abg Alfi and Afif Nasri-yang-comel-rasa-nak-picit2-je pergi ke KLIA untuk amek Abah from airport (obviously,duh). Abah baru balik from Sabah dan suruh kitorang amek dia sebab nak ajak makan sumwhere.. wah,suprise ni.. ngahaha..*apesal makin lama makin cam org gila aku menaip neyh*
Sampai je kat airport, baru la tahu rupanya abah nak ajak makan kat Kedai nasi Arab Saba kat Cyberjaya.. so off we go!! Ni la tempat yang encik Zahir selalu teringin2 nak pergi tapi x kesampaian lagi~~ not bad.. walaupun ramai orang tapi still selesa. Order Kabhsa Chicken *ejaan pakai hentam je ni* dan jugak Barbican perisa Strawberry. Both were nice!! sedap giler~~ dengan sepantas kilat perkataan like 'diet' or 'control makan' hilang dari kamus hidup k.. *tapi pas makan ada balik la* Banyak lagi menu2 kat sini yang rasa nak cuba tapi makan nasi dia je dah kenyang giler.. Gambar sumer ada kat k.nini n abg alfi la.. kalau rasa rajin nanti saya mintak dan upload kat sini *KALAU RAJIN YE*
Oh, btw. Afif Nasri sangat comel.. dia suka gelak2.. ni ada sket2 gambar curi kat facebook kak Nini. Harhar, punya la pemalas nak upload. Geram bila tengok dia gelak2.
Wednesday, October 27, 2010
Dah fikir masak2 ke??
A friend of mine asked me few days ago. Her bf wanted to have a joint account with her.She asked my opinion.Well, for me it's a big NO. I have seen lots of cases where couples having a joint account. Mostly their reason is to save money for their future lah kan. But, i totally disagree with this idea. Ntahlah. I think it is just kinda wrong. I don't think it is the time. Unless you are already married, I really don't think we would need a joint account with our partner.
Kalau nak simpan duit nak kahwin pun, tak salah pun kan simpan asing2. Kan ke sepatutnya lebih selamat?? We don't put all eggs in one basket kan??(ok, applied investment theory selagi boleh.. haha).Ok la, sebenarnya my point is are we really certain about our future??Siapa yang boleh dengan confidendnya bagitau dia akan kawen dengan siapa nanti?? If anything happened tak ke susah nak fikir camner nak bahagi duit2 tu. Dah banyak kes dah penah jadi kat orang keliling.. so apa2 pun, yang penting.. fikir la masak2 k~~
Tuesday, October 26, 2010
Pindah memindah..
Hari ni bangun2 pagi trus packing barang untuk pindah. Saya paling benci packing barang.. Arghghghg.. macam mana la Mama tolong packing barang untuk satu family berpuluh2 tahun dah. Family saya selalu kena pindah2, so memang Mama la in charge packing barang2 kan. Tak leh bayang la. Nak packing barang untuk diri sendiri pun dah rasa sangat2 terseksa. So, conclusionnya, Mama adalah seorang superwoman. Sekian!!
Sunday, October 17, 2010
Babies..
Sedih tau pasal Jebat ni. I haven't write anything about it here kan? Jebat ni anak Fasha. Memang setiap masa la ada depan rumah kitorang kan. Then, ada satu malam ni saya, Yaya, Armi and Yuni tengak dok gelak2 tengok video Cowok Mantre ni. Dok gelak sakan la ni kan. Then, Zahir pun sampai nak gi dinner. Saya yang tak habis2 gelak ni tak perasan yang Jebat tengah tido kat pintu. Sekali lepas pakai slipper trus terpijak itu budak kicik la. Tapi tak de la terpijak kuat pun, kan. Nasib baik pakai slipper, cuba ngan heels, gila ko. Jebat pun lintang pukang la lari.
Balik dari dinner tu dia memang merajuk ah. Panggil nama dia pun dia pusing tengok tempat lain. Kalau Yuni datang, nak pulak dia menoleh. Keesokannya, tiba2 dia hilang tau. Tak tau gi mana. Selalu pagi2 dia mesti ada depan rumah. Pastu dia akhirnya pulang macam kena langgar sumthing, sebab tulang dia lain macam. Jalan pun dah tak betul. Mula2 takut jugak. Dalam hati asyik teringat "sebab aku pijak semalam ke ha?". Tapi macam tak logik sebab bukannya terpijak betul2 pun sampai jadi camtu. Ke sebab berat dah bertambah jadi macam Giant kan sentuh sikit pun sampai patah2 tulang kucing tu.Tapi my housemates cakap macam kena langgar je ni.
Yang sedihnye, dia tak nak makan. Actually, the night before (malam kejadian pemijakan kejam tu) sumer marah2 dia sebab dia makan banyak.. banyak yang setiap masa nampak kitorang pun nak mintak makanan. Sumer pakat marah dia sebab makan banyak, tapi kali ni makanan ada banyak, dia tak makan. Dia macam tak ada selera. Kesian kan kan kan?? Tak lama pastu dia macam sihat sikit tapi the next dia terus hilang sampai sekarang. Mana pergi ntah Jebat ni. Apa jadi kat dia pun tak tahu...
Dan sekarang, dah bertambah kitten kat depan rumah ni. Tapi sedihnya sebab tak lama pun boleh jaga diorang. Pasni dah nak pindah kan.sob sob.
Saturday, October 16, 2010
Looklet addiction
Tapi this one website ni dah beberapa bulan dah addicted. setiap kali online wajib bukak benda alah ni. Sampai Zahir pun siap sound cakap kalau sehari tak bukak benda alah ni memang tak senang duduk ke? Well, wat to do.. nama pun addicted. Cuba suruh dia cuti smoke sehari jap tengok. Boleh ke tidak.. boleh ke tidak.. boleh ke tidak *buat gaya Datin Wan Abe*Ni la dia addiction saya.. LOOKLET
Ni yang kenalkan benda ni Echa la ni. Dia dok letak gambar kat facebook dia suruh try kan. Sekali try trus addicted. Cuba korang try.. mesti suka..
Korang just create account pastu boleh try2 baju dia. Ni baju real tau.Everyday dia akan update baju2 baru. So, memang tak akan bosan sebab boleh try baju yang cantik2. Model2 dia pun lawa2..Tapi saya suka buat baju pelik2, sampai kadang2 tengok tu tak tau la sapa yang sanggup pakai.
Boleh jugak tukar2 background and effects gambar kite. Memang best and if you love fashion you gonna be addicted to this. Jom main and add saya sebagai friend. Hehe, my user name is leenomiya.
2nd war yang cam hampeh
Semalam paper business research. Sangat cam hampeh. I've never seen such questions before in the past year paper and obviously I'm not prepared to answer those type of questions. Dengan mengantuknya lagi sempat la tido seround dua. Hebat kan?? Jawab exam pun sempat2 tido. Cari ilham la konon kan.
But seriously, memang takut gile memikirkan tentang Business Research. Dengan carry mark yang ciputnyer.. I'm gonna be dead!!!
Dah.. tutup la citer Research, just gonna prepare myself for the next 4 papers.
19th-Corporate Risk Management
22nd-Investment and Portfolio Analysis
23rd-Econometric
25th-Financial Advisory and Services
pastu... yeayayay! gonna pack up my things to move in the new house. I do not know how to react to this. I know I'm excited but deep in my heart, I dun feel like leaving this place. There are too much things that I think I'm reluctant to let go, but that's life isn't it. I know I'm gonna have to face it anyhow but when it happens earlier than it should be, i felt that I'm not ready for this. Lots of memories here that I will remembers forever.
This is where I started to realize how happy I am when I can do things that I like. This is where met my old friend again after haven't see her for ages. Then I met wonderful new people that I will remember (Yaya, Nur, Ila, Eyza.. just saying few names). All the memories will remain in me. Here also I met someone so special in my life. Haha, yang ni tak payah cakap la.. tempat first time jumpa, tempat first time makan sekali..Tempat ponteng kelas sama2.. haha..mcm2 la kan. Memang lepas dah grad nanti (InsyaAllah) datang balik kot ke sini.. Convo memang wajib la datang kan.. maksudnye lepas2 tu la..
Sunday, October 3, 2010
Forex seminar + Jebat kesakitan..
Semalam kitorang (me, Yaya, Nur, Armi, Zahir and Faiz) attended a seminar on Forex kat LT (MasyaAllah, apa jenis bahasa ni??) The best thing about this seminar is the food.Yes, you heard me right. Makanan memang terbaeeek. Breakfast dapat nasi lemak siap pow
nasi lemak Armi bersama2 ngan Yaya (x mau ajak dia sebenarnya, tapi sebab takut org tengok macam buruk lantak sangat so ajak la dia berjemaah lenjan nasi lemak Armi).Tengah hari plak dapat nasi ayam yang boleh tahan sedap la jugak. Niat di hati nak makan kat rumah, sekali hujan lebat. Terkandas kat food court depan FOB tu. Sempat la bergelak sakan sejam dua. Tapi sangat berbaloi la dapat makanan macam tu kan dengan bayar RM7. Dah la tu, dapat sijil lagi.
Tapi, the talk is so-so. Most of the thing he talks can we get from class. Encik Syah cakap pun lagi informative kot. Tapi, at least dapat la jugak pengetahuan tentang wujudnya kelas berharga RM250 per session untuk belajar cara invest in FOREX. Lagi satu info berguna = yang paling penting sekali dalam pelaburan ni adalah rezeki... ingat tu ye adik2..
Tapi lepas habis seminar tu sempat la amek gambar jugak kat depan FOB tu..sebelum tiba2 hujan lebat turun..
Friday, October 1, 2010
Tak habis2 lagi..
Sekarang kat cafe, nak daftar subject. Ditemani oleh Armi, Zahir, Apis dan Faiz. Tapi tiba2 tadi ternampak sumthing yg mengejutkan dan mengejutkan. Hmm.. ntahla. Speechless kot. Scary pun ada jugak. Tak faham kenapa orang tu nak bwat camtu kan.Memang scary la. That's the perfect word kot to describe it. Tapi tak pe.Semua dah settle (kot,hopefully). Maafkan je la. Mintak2 orang tu tak bwat lagi dah. Ok, dah. Pak cik ni bising suruh buat keje... wek wek wek!!!!
Saturday, September 25, 2010
Busy bee..
Sejak balik dari cuti raya hari tu, memang sgt2 busy la. Dengan test la, replacement class la, assignment la.. memang tak cukup masa..tapi tak pe. Kena cool, dengan harapan dapat melalui segala rintangan ni dengan machonya. So far, 1 assignment Business Research ngan 1 test (Investment) dah berjaya dilalui so next week kena lalui benda2 ni plak:
Ahad : Replacement class Research
Isnin : Sepanjang hari ada lawatan ke BNM dan AKPK
Selasa: Test econometric, pastu kelas sampai la ke malam
Rabu: Presentation Financial Advisory. Malam ada class SPSS. Tak dpt la nak gi jamuan raya FOB..
Khamis: Kena submit assignment Business Research plus ada kelas SPSS malam tuh
Itu baru next week k, the next week lagi ada test Banking plak.. kena submit assignment Corporate Risk ngan Investment lagi. Masa plak makin suntuk. Memang kepenatan la minggu2 sebelum exam ni. Demam plak datang, tapi tak leh layan sangat badan ni.. Japgi makin mengada. So body..please stay strong coz I really need it..
Tuesday, September 7, 2010
Kebosanan Keseorangan
Hari ni sepanjang hari dok sorang2, bukak puasa pun sorang2. Sedih tak? Sila nangis kalau tak saya tembak *wah, feeling gangster kan*.
So, aktiviti sepanjang hari adalah tengok tv. Kalau bukan bulan puasa best gak ronda2 kl nieyh. Tapi memandangkan bulan puasa dan tenaga pun kurang, so dok rumah je lah. Kak Nini ajak join majlis berbuka office dia kat mana ntah. Teringin tapi segan sebab macam wah.. tetiber nak join architect2 plus bos2 diorang bukak puasa kan.. sapekah aku.. terasa kerdil diri ini.
So, buat keputusan makan kat rumah je. Order McDelivery je kan senang. So, kiranya hari ni save tenaga habis2an la ni. Nak makan pun tak yah kuar. Suruh orang hantar depan rumah je. *yes, pasni takde sapa nak amek aku jadi menantu*
Cepat la sampai esok, saya mau balik kampung jumpa abah, mama dan kanak2 comel yang dirindui. Miss them sooo much~~~
Kepada mereka yang nak pulang ke kampung especially yang nak balik alor setar, drive safely. Ingatlah orang yang tersayang. Biar lambat asal selamat. Rumah terbakar nampak asap, err.. silap pepatah dah.Selamat Hari Raya in advance!!! (coz i might not be able to post anything sebab line internet di kampung saya lembabnya masyaAllah :p)
Heyya people
Wee, lama tak jumpa kan? Ntahla, mood nak berblogging tak ada. Tapi since sekarang ada kat rumah bergolek2 tanpa buat apa, why not back to blogging kan.
Actually kan, ni entry semalam.. tapi tak tertekan publish.. haha
Hari ni balik rumah. Sunyi sepi. Mama, Abah, Syafiq, Razin and Afif dah selamat pulang ke kampung. So, tinggal Kak Nini ngan Abg Alfi je kat rumah. Tapi diorang berbuka kat KLCC sambung ngan shopping. Malas nak join, berbuka ngan Zahir kat Samuri je. Dah siap makan, call Kakla nak amek kunci rumah. Tapi diorang pun nak kuar gi Carrefour so jumpa kat Melati je bagi kunci. Masuk2 je rumah seriously rasa sayu sangat2. Senyap sunyi. Selalu riuh dengan budak2 sumer. Rasa nak nangis pun ada. (ok, ni saja melebih2.. haha)
It makes me realize how we should treasure everything that we have. When it's gone, u gonna miss them all. Tapi budak2 tu takdelah sampai gone, nanti balik kampung jumpa la diorang. Ni cuba kaitkan ngan benda2 lain la kan. Macam parents ke, memang la kalau kena marah2 or bebel2 confirm kita pun bengang tapi, kalau tiba2 diorang takde..:( life will not be the same.
So friends, treasure everything and everyone that u have, U'll never how long they will be with u.
p/s- bila dok dekat asyik nak cari gaduh, bila dah jauh baru nak rindu :(
Wednesday, June 2, 2010
Beberapa jam bersama Encik Zahir
Dah setel keje, kitorang pun mencari tempat lepak and makan sebab Encik Zahir belum lunch. Merayau2 kat area Wangsa Walk tu sebab ingat nak makan kat sana, sekali ramai je orang so malas nak sesak makan kat area2 tu jugak cuma bukan dalam mall lah, makan kat Wangsa Link. Zahir mau makan Ayam Penyek, tengah round cari parking terserempak Aiman. Agak dah. Pak cik ni confirm ada punya area2 ni. Haha.
Setel parking, tanya la Zahir nak makan kat makan sebab dekat ngan kedai Ayam penyek tu pun ada Bangi Kopitiam. Dia kata nak makan Ayam Penyek. Tapi yang peliknya dia jalan masuk Bangi Kopitiam. Ingatkan dia tukar fikiran lah kan. Pak cik ni pelik jugak kadang2. Dah order apa segala, tetibe dia kata "Mana ayam penyeknya? Langsung tak ada dalam menu pun?" Wahaha, silap masuk kedai rupanya pak cik ni.
Tapi takpe la, sebab nasi lemak adalah sedap nyum3. Bihun goreng tak sempat rasa(pffft, sengaja makan cepat lah tu) Pastu saya minum Choc Peppermint which looks very beautiful tapi taste like ubat batuk. Wahaha, menyesal ok, tapi habis jugak sebab mahal.. tak nak bazir. Tapi pastu rompak la kiwi juice Encik Zahir. Overall, boleh datang lagi kedai ni tapi sila order air lain. Hehe.
Then, Zahir pun saya hantar balik. Had a great time walaupun kejap je jumpa..
Sunday, May 30, 2010
Jalan Sampai Lebam
Semalam (Sabtu), Olie ajak kuar. Mula2, fikir sama ada nak gi lepak2 kat Wangsa Walk Mall ataupun gi Jalan TAR sebab Olie ngan Lin( member UIA dia) nak gi beli2 barang. Ehem, orang tu baru dapat gaji praktikal. Nyum3.
Naik LRT sampai stesen Masjid Jamek. Diorang dah bising2 lapar gila so sampai2 terus pergi McD. Melantak kejap then trus ke Jalan Masjid India. Diorang ni nak pegi Sogo ngan berjalan. Saya macam "Tak jauh ke???" Tak penah pun pegi jalan kaki. Selalunya tukar STAR LRT pegi Stesen Bandaraya. Tapi disebabkan sambil jalan kat Masjid India ngan Jalan TAR tu, memang tak rasa jauh pun. So, I bought a pair of shades kat Masjid India. RM10 je kot. Kitorang amek sorang sepasang, sumer yang sama cuma mine is black.. diorang punyer brown.
Jalaaaan lagi ke Jalan TAR Olie shopping sakan. Tetibe je dah dapat dua baju. Saya ngan Lin tak beli2 pun, air banyak la beli. Tak tau naper macam tak berminat. Maybe tak tengok elok2 kot. Fikiran tengah melayang pasal mende lain. Pastu gi Sogo, solat then window shopping lagik. Then pergi plak Pertama Complex sebab Lin nak beli contact lens. Boleh tak kitorang masuk kedai tu pastu sementara tunggu mamat tu pegi check power lens Lin kitorang borak2 pasal facial la, pebenda la. Lama plak tu, dah macam sembang kat bilik sendiri. Pastu dah dapat lens layan borak ngan mamat tu sebab contact lens tu jual 3 pcs dalam satu kotak. Kitorang dok berdebate ngan dia kenapa mesti 3?? kenapa tak 2? kite ada 2 mata je kot. Bengong ok. Nasib baik mamat tu ok je layan kitorang.
Dah tu, kuar je dari Pertama Complex tengok kat luar hujan. Dah mati kutu tak tau nak bwat ape. Siap plan nak masuk kedai lens tadi nak sambung sembang ngan leng chai tadi. Tetiber Lin plak nampak Reject Shop, wajib la masuk kan. Tapi tak de beli pun. Olie ngan Lin gi try2 baju je, x beli hoho. Kenapa ek dulu Reject Shop macam baju best2 gak, sekarang macam tak best je.
Oh, dah stop hujan kitorang pun bergerak la balik ke LRT. Time ni masing2 dah sakit kaki. Ha, nak sangat jalan sampai lebam kan, memang lebam betul. Dalam LRT dah la kena berdiri gak, rasa macam nak cabut jap je kaki, sakit betul. Tapi tak lama pastu dapat jugak seat. Sampai kat Terminal Putra, amek kete and terus ke Giant Batu Caves . Pergi Giant tu sebab budak2 ni nak beli makanan bawak balik hostel. Time ni Olie memang muka macam baru balik marathon. Dengan barang2 dia beli memang la teramat berat. So, pas Lin solat Asar, terus kitorang gerak balik.
Hari yang memang penat tapi sangat seronok. Siap dah plan next dating nak gi merehat2kan badan pulak. Memang best jumpa best friend saya ni. Love you bebeh. Hehe.Tapi sampai ke sudah kitorang tak ambil gambar langsung padahal setiap masa pun dok sebut "japgi kite amek gambar ye". Nampak sangat kitorang adalah camwhore gagal.
p/s: balik2 rumah tengok2 ada tv baru.. wahh..
Sunday, May 23, 2010
Everyone makes mistake, the most important thing is learn from it
I always talk about age gap matters with Armi. Sometimes we thought one or two years age gap is nothing, but suprisingly, there are big differences. Tak tau la kalau orang lain, tapi considering people around us, yes it is.
Being a 22 years old (eh belum, 21.. mana cukup 22 lagik, haha) girl I have done lots of mistakes in my life. To my friends, to my parents, to my family, to Allah and everyone. Dan bila buat kesalahan especially kepada parents, mesti kena tegur kan. Kalau zaman umur muda-mudi dulu confirm la mengamuk. Ahhh, pedulik ah. Apesal nak tegur aku? Bukannya bagus sangat pun..
Itu dulu. Zaman tak masuk U lagi. Zaman takde sapa yang betul kecuali ko sorang. Zaman yang tak ada sapa boleh tegur. Ada orang tegur je terus melenting. Semua orang pernah melalui zaman tu kan? Tipu la, kalau tak pernah kan.
Tapi bila usia dah makin meningkat, saya mula dapat terima bila dikritik atau dimarah. Walaupun kita selalu fikir apa yang kita buat tu betul, kadang2 benda tu tak betul sebenarnya. Mungkin juga benda yang kita buat tu menyakitkan hati orang. Sooooo bila dikritik kita kena la muhasabah diri dan fikir baik2. Kalau betul salah kita dan minta maaf dan cuba tak ulang perkara ni.
But Armi and I were surrounded by people who still did not reach that level yet. Ramai yang still kat level "Jangan tegur aku, kau ingat kau bagus". I've encountered with these people yang saya rasa I'm gonna just waste my time dealing with them. Like, there are not gonna reflect anything to themselves, they just know 'don't say anything about me'. Sampai bila nak berubah kalau kita ada perangai macam ni.
Just like the title, everyone makes mistake, the most important thing is learn from it. I've made lots of mistakes even at my age. But, when I know it is my fault I said sorry. If they can't forgive me and I think it's worth it to ask for another apology, I'll try. Life is like that. You'll never escaped from doing mistake.
Ok, dah tamat membebel. Haha, tetibe nak cakap pasal ni sebab age is nothing. Sebab saya tengok kadang2 orang2 yang lebih tua dari saya pun tak reti nak mengaku kesalahan walaupun dah terang2 tu salah dia. Betullah kata pepatah, growing old is mandatory but growing up is an option (as what Ija said on face book :p)