Monday, January 30, 2012

Cik Beah Ohsem

Aku baru terjumpa video2 Cik Beah Osem ni. Osem la jugak. Aku suka la skarang ni ramai berdakwah guna pendekatan yang lebih dekat dengan remaja muda mudi sekarang. Eh, ke aku yang makin mendekatkan diri ke arah mereka? Hehe, tak kisahla mana satu pun. Janji benda elok kan, why not? Video2 Cik Beah Osem ni memang bagus. Teguran mengenai apa yang berlaku sekeliling kita. Contoh macam video ni:-




Aku tau sekarang ni ramai yang pakai tudung tapi bukannya menutup aurat. Same goes to me. Pakai tudung tapi baju still nampak body shape. Tudung tak tutup apa yang sepatutnya. Kalau malas sangat tak pakai anak tudung kat dalam, so kekadang nampak rambut. Tak bau syurga kot. Hmmm, jom la sama2 kita berubah ke arah kebaikan. Aku pun nak berubah jugak, slow2 tapi berterusan la hendaknya kan. Let's lah uolls..Haha, kalau rajin gi la search Cik Beah Osem ni kat Youtube k.. Chowcinchow..

Saturday, January 28, 2012

Kegilaan yg tiba2.. memang gila

Aku tak reti bawak motor. Rumah aku x de motor. Family aku tak pernah memiliki motor. Aku tak teringin nak bawak motor. Sebab aku penakut. Drive kete pun aku takut apatah lagi menunggang motosikal. Otak aku suka imagine benda2 menakutkan macam kena langgar lori ke, jatuh motor pastu kena langgar dari belakang, motor kena tahan pastu mat2 rempit macam dalam citer Yusof Haslam datang tahan pastu kacau2 macam la aku hot sangat.

Tapi kalau orang bawak aku, aku relax je. Lagi suka ada la. Macam time duduk rumah sewa dulu, aku gi kelas ngan Yaya. Dia yang merempit, aku seronok je makan angin kat belakang. Tapi nak suruh aku bawak please jangan ye. Aku sanggup jalan kaki.. err, kalau x de anjing la. Kalau ada anjing, aku sanggup dok kat kelas sampai tengah malam pun takpe, sampai ada orang dtg selamatkan aku.

Tapi kan, hari tu ternampak ni dalam iklan Celcom talk-a-thon tu.. aku rasa macam cute sangat.. sapa nak tolong belikan? Dan tolong bawak aku sekali plz.. kira macam driver la, tp bawak vespa je la ek..



Thursday, January 26, 2012

WORD

I was just having our compulsory daily phone calls. Wah, compulsory gitu. Haha, compulsary on the day we did not have chance to meet.

I thought it gonna be an ordinary one. But he said something that really touch my heart at the end of our conversation. I am really really touched. Like seriously. And my head kept thinking about it until now.

I love you. You always make me stronger than ever and this time too. I won't give up. Why should I give up when there is someone who is always keep on believing in me. You made me believe that I can do it. Thank you so much. You would not know how your words mean to me. It means a lot. And I love you for that. Keep on believing in me, and I won't disappoint you. InsyaAllah. And I always hope for your support forever and ever. :)

p/s- Thanks for reminding me I can be immature sometimes. I really need this kind of reminder to keep on with my life. Thank you so much sweetheart <3

LOL, jauh beza saiz kaki

Tuesday, January 17, 2012

Woman's Logic

Kalau rajin layan 9gag, mesti korang tau kartun2 pasal woman's logic kan.. aku rasa banyak yang btul jugak. Heehee, women are mysterious creature. Memang nothing can describe woman. Kalau argue ngan pompuan, jangan harap la nak menang. Kalau ko btul pun, pompuan nak menang jugak. Kalau ko salah, lagi la pompuan menang kan.

Ni adalah citer benar berlaku semasa tengah makan ngan Zahir.Lebih kurang gini la conversation dia. Aku tak ingat apa benda dia cakap yang sama sangat macam Olie, so aku pun nak kaitkan la birthdate diorang ngan perangai diorang.

Me: Mesti sebab korang lahir bulan 3. Sebab tu lawak giler. Sebab tu dua2 saya sayang. Hahahaha. Korang2 dua2 Pisces kan.

Zahir: Tak la, saya Aries kot.

Me: Olie Pisces. Awak mesti la Pisces jugak. Dekat je kan. Dia 19/3, awak 23/3.

Zahir: Masalahnya saya Aries kot. Besday sapa sekarang ni?

Me: Eh, haah.. betullah Aries. Hehe, silap. Selalu ingat je.

Zahir: Haah. Aries. Sama ngan Abg Daim. Dia 28/3

Me: Eeeeee, besday abang sendiri pun tak ingat. 27 kot. Dulu awak bgtau 27.

Zahir: Ya Allah, 28 la. Dah bertahun2 dok celebrate sama2 tak kan salah kot.

Me: Ye ke. 27 la.

Zahir: 28 la. Dah 24 tahun jadi adik beradik x kan salah kot.

Me: Macam 27 je. Hmmmm

*bukak fb Abg. Daim, tgok info*

Me: Oh, hehehe, betul la 28.

Ni Zahir punya reaction

Saturday, January 14, 2012

Happy birthday Armi!

Haluu..

This post is dedicated to my beloved Armidila @ Duyung Armidinata.. Nasib ang le besday time aku cuti so aku pun x tau bper kali aku wish besday kat ang. Selamat menjadi tua ye makcik. Ko dah 24. Aku blum lagi, muda belia. Ko ngan Zahir dan satu geng umur. Haha.

So.. ucapan saya pada anda adalah.. be a good girl always. Hope you find the happiness that you are looking for in your life. Hope ko jumpa orang yang terbaik untuk ko. Semoga diberkati Allah sentiasa dan dimurahkan rezeki. Pendek citer, sumer yang terbaik la aku doakan untuk ko.

Armi ni antara kawan yang sangat la aku sayangi. Kiter pernah rapat gila waktu Form 4 kan. Tapi lepas peristiwa tu kita jadi x baper rapat, tapi still la sembang2 kan. Waktu tu aku agak ko sedih sangat atas pemergian Arwah sebab tu berubah. Dan, tak sangka kita jumpa kat Uni balik dan ko pun mengaku peristiwa tu yang bwat ko takut nak rapat ngan aku. Hehe, dan kita jadi rapat balik. Aku tau aku bukan la rakan terbaik untuk ko tapi i want u to know, if u need anything or wanna talk on anything,.. u know u can find me *wink wink*. Setiap memori kita InsyaAllah aku takkan lupa sampai bila2. Bergosip, bersembang, luahan perasaan.. kat mana2 pun jadi. Awal2 sem time x dok sekali, parking hostel pun jadi tempat sembang. Tapi one moment aku paling ingat adalah time kita sembang depan Dewan Biru satu malam tu sambil makan burger. Trust me, semua nasihat ko malam tu aku ingat (aku tak sure ko ingt ke tak kejadian yang sedang diperkatakan ini), aku tahu ko kawan yang baik sebab bagi nasihat tu. Sebab hanya kawan yang baik akan berterus terang dengan sahabat dia untuk kebaikan. FYI, malam tu aku balik bilik semalaman aku fikir pasal tu. Dan aku decided untuk ambil keputusan yang tak sama seperti ko harapkan, bukan sebab aku tak amek berat apa ko cakap, tapi aku decided to take the risk. Hahaha, kalau ko rasa confuse apa yang aku cakap ni sila tanya k.

BTW, i miss you so much bebeh. Rindu sungguh nak gossip ngan hang before tido. Dan jugak makanan2 ang yg sedap. Happy Birthday yang!! Aku nak curi satu gambar kat fb ang please jangan marah.. haha

Monday, January 9, 2012

Nak jugak update..

Kalau perasan tahun ni banyak sungguh update ek? Sebab sekarang ni dah simpan azam nak rajin update blog. Hari tu time aku tengah rasa down, baca balik blog ni. Suddenly I am a happy person. Bila baca benda2 yang ceria buatkan aku rasa my life is great after all. Pastu bila terbaca post2 yang penuh semangat buatkan aku jumpa balik diri aku yang bersemangat Mengingatkan balik aku pada janji2 yang aku pernah buat pada diri sendiri. Aku rasa blog ni macam one sort of therapy kan. One more thing, sekarang dah tukar ganti nama 'aku'. Dulu selalu tulis 'saya' sebab ada reader yang lebih tua kat sini, macam kasar tulis aku. Tapi sekarang nak tukar sebab aku perasan bila guna aku, aku jadi lebih terbuka and tak takut nak tulis. Bila tulis saya rasa macam tengah cakap ngan orang, so macam teragak2 je nak tulis something.

Ok, back to story. Last weekend aku try nak kuar lama2. Semenjak sakit hari tu aku takut nak kuar lama2 sebenarnya sebab nanti aku sakit. Kalau dah sakit tu terperap la aku dalam bilik, malas nak susahkan hati orang. Last weekend rasa nak enjoy habis2an. Hehe, lagipun rindu kat itu encik. So, weekends tu dihabiskan dengan JJCM. Perangai aku kan suka sangat try benda2 baru especially drinks la. Yang nampak pelik2 sket mula la nak try tapi entah apa malang slalu dapat yang tak sedap. Contohnya yang ni . This weekend dapat rasa 2 jenis minuman baru. Satu saya suka gilerrr satu lagi wek wek tak sedap.

Yang ni memang sedap. Sajus Anggur. Rasa dia macam vitagen tapi manis terlebih sket. Pandai2 la kan tambah air kosong bg tak manis sangat. Tapi memang terbaeek. Sebab selalu minum vitagen macam sket sangat, tak puas. Minum ni memang puas. Dia ada sajus epal, jambu ngan apa ntah lagi. Ni kat Kedai Pecel, Padang Jawa. Thanks a lot Apis sebab bagi aku rasa air terbaeek ini.

Esoknya pegi makan Ayam Penyet lagi kat Taman Bolton plak. Best jugak Ayam Penyet AP kat sini. Banyak choice. Outlet lain mcm x sebanyak kat sini je menu dia. Anyway, air ni nama dia Coral Blue. Aku gedik sangat nak try. Tak sedap. Macam bandung tapi pelik2 sket. Haha, tapi still boleh masuk tekak la. Tapi order gak air kosong untuk diminum selang seli ngan air ni so x de la terseksa sangat. Haha.

Whatever it is, it was a great weekend. Siap ada orang belanja Tutti Frutti. Siap orang tu kata "Awak ni macam budak kecik. Nak kena bagi makan aiskrim baru reti nak dok rumah senyap2." BTW, Tutti Frutti tu bukan aiskrim k, frozen yogurt. Haha, thanks anyway. Pastu balik rumah sakit2 badan. Dah la aku dah x amek ubat makan for some reasons. Guna ubat sapu je skarang. Hehe. Ok, tata!

Friday, January 6, 2012

A & W

Hari tu ada terbaca kat sini pasal kajian Wall Street tentang jenama yang bakal pupus dari pasaran dunia pada 2012. One of it is A&W. Memang sekarang orang dah tak pandang pun kan A&W ni. Waktu dok Taylor dulu pun gi A&W bila tengok movie kat Sunway Pyramid tu. So, sementara nak tunggu citer stat lepak la kat situ sebab A&W sebelah tu je kan. Nak cakap tak sedap, rasanya best je Connie Dog ngan rootbeer tu. Tapi boleh kira la braper kali je pergi dalam braper tahun kebelakangan ni. Sekali pergi makan ngan Zahir and mama dia, lagi sekali time kat OU, sekali kat Wangsa Walk. Eh, banyak jugak kan?? haha. Saya suka coney dog dia, skali ngan curly fries ngan rootbeer.. nyum3...

Macam sedih plak kalau diorang ni takde. Banyak kenangan ni. Tambah2 time kecik dulu, time dok Kuching. Waktu tu takde A&W kat sana, skarang tak tau la kan. Time duduk sana aku 6 thn sampai Darjah 2.. means 94-96. Setiap kali Abah gi semenanjung ada meeting ke apa, kitorang mesti pesan coney dog tu time dia nak balik Kuching. Tak dilupakan jugak, Gardenia juga, sebab sana x dak. Skarang tak tau la. Waktu tu.. heavennya rasa dapat makan Coneydog ngan Gardenia. Haha, sedih tak kitorang. Oh, memory. Seronok bila ingat2 balik.

Tapi, yang kat Malaysia ni tak terjejas kan even yang kat US tu dah x de? Sebab eventhough franchise tapi yg kat Malaysia still ada ownership company lain? Ye ke? Eh, tak sure la aku sebab ilmu2 management ni tak baper lekat dalam otak sebab asyik kutuk Tuan Haji. Nanti saya try bukak balik buku management.. hehehee

Cerita pasal Kuching ni teringat zaman dok sana. Banyak memori terindah. Haha, saya pun godek2 gambar lama. Terjumpa la beberapa keping gambar kat Kuching. Nanti balik kampung nak cari lagi la.


Ni Kak Nini, my second elder sister. Gambar nak control cun je. Hahaha.

Ni kat Kuching Airport. Yang aku ingat, time ni nak balik semenanjung, tapi x sure balik for good ke balik cuti sekolah. Muka Kakla tak leh blah. Tadi niat nak post kat fb tapi rasanya mesti dia ngamuk gila. Muka kalah makcik2. Haha, mama plak siap ada jambul2 lagi depan. Tapi aku x sure kenapa muka Kakla masam semacam. Moody kah? Yang aku happy sgt je nampaknya. Handbag Minnie Mouse tu hadiah besday. Mana la pergi bag tu kan.Tapi time umur ni aku dah start jadi gelap sampai la sekarang x cerah2 balik dah..T.T. Syafiq plak rambut dah ala2 orang sana dah. Hehe.

Gambar ni tak leh rotate. Hadeh.Ni time besday party aku. Tapi muka besday girl cover ngan belon. Rambut aku teruk gila time ni. Baju kelabu tu Syafiq, adik aku. Baju hijau tu Hanif, bestfren aku kat rumah. Kaki buli, kaki ngutuk aku tapi bff la. Pegi sekolah sekali, pastu curik kapur kat kelas untuk kitorang bawak balik main kat rumah. Main ngan diorang ni la aku jadi hitam sampai sekarang. Haha. Dah besar ni dia datang jugak cari aku. Bagus betul Hanif ni. Time aku ada kat Taiping dulu dia sampai datang rumah la. Aku je yang suka malas nak layan msg dia sekarang :p Jahat sungguh aku kan.

Haha, terjumpa lagi gambar2 lawak, nanti2 la update ye. Hepi weekend uolls

Thursday, January 5, 2012

Boleh pakai gak nasihat tu..

Kadang2 bila terfikir masa depan jadi confuse jap. Confuse sebab dok fikir what should I do to improve my life. Kekadang rasa nak just follow the flow tapi bila fikir2 balik, x boleh jugak. Time wait for no man dan takut nanti bila dah tersedar hidup kita x ada improvement waktu tu dah terlambat pun. Umur pun makin meningkat.

Masalah paling berat adalah financial la. Terfikir2 berapa gaji yang patut aku aim untuk memenuhi kehidupan yang selesa agaknya. Alhamdulillah, untuk first job aku dapat gaji yang bagi aku dah sangat baik la untuk fresh grad local Uni macam aku ni. Walaupun dok KL yang cost of living tinggi ni, aku beruntung la sebab dok ngan family, insyaAllah aku x kan kebuluran walaupun hujung bulan. Sewa pun x kena bayar. Makan lunch je, tu pun kalau aku rasa nak makan. Transportation aku naik lrt je. Senang dan jimat. Mentang2 ofis sebelah LRT kan. Rumah pun dekat LRT. So, kalau nak kira2 memang duit guna sket je la kan. Tapi kan, kenapa kan..saving aku mcm ciput gila je. Haha, mcm x padan je dengan apa yg aku dapat sebab basic expenses aku sket je kan.

Tapi bila fikir2 balik memang la punca masalah ni, tak lain dan tak bukan...adalah saya sendiri. Kalau makan tu, rasa nak diet sket makan subway, subway,subway.Asal boring je balik keje gi singgah KLCC. Shopping la, apa la, paling x tau nak shopping apa, shopping buku pun jadi, walaupun memang x terbaca. Pastu pasal phone plak. Dah pakai BB,gedik dah tukar postpaid. Yang aku ni pun, x reti2 nak limit diri tu.Dok terbiasa guna U-Pax kan murah gila call, skarang ni try la call org gayut2 jap, hah, dtg bill.. nangeeessss. So, mintak maaf kawan2 ye aku dah berkira bab2 nak call org.. haha, sakit weyh nak bayar bil kalau terlebih guna.

So, antara azam tahun ni adalah belanja secara berhemat. Nak jugak ada simpanan. Kalau x tahun bila la aku dpt nak beli aset. Hmpph, nak business la, nak main saham la,,, mcm mana nak tercapai kalau simpanan pun x dak. Org tgok bank statement aku pun sedeyhh je..

Tapi aku teringat plak pesanan Sanusi ngan Ramlan waktu last day aku kat MAAC:-

Ramlan: So apa plan pasni? Keje ke sambung study?

SAYA: Keje la kot.

Sanusi: Dah cari dah ke?

Ramlan: Baik ko cari cepat2.

SAYA: Ada la jugak apply sket2. Pasni baru apply banyak2 lagi.

Sanusi: Aku bukan cakap cari keje. Cari Datuk la. Baik cari cepat2, nanti habis sumer kena sapu. Ko tunggu Zahir buat apa. Ada Gen-2 je pun. Tu pun baru nak sejuk air-cond *haha, ni inside joke*

Betul jugak cadangan Sanusi a.k.a Jang itu. Tetiber aku rasa nak consider masuk dalam azam 2012. Hahaha.