Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Wedding Cousin, Fahmi


24 November hari tu sepupu aku, Fahmi kahwin. Kenduri dia unik sikit sebab diorang buat lima pasang sekali. Sebab satu kampung kan, dan date pun dekat2 je. So, kenduri kampung kan orang akan gotong-royong. Kampung pun bukannya besar sangat. So, kalau dah ada 5 kenduri dekat2, memang tak yah buat kerja lain dah la orang kampung ni. Kerja menolong orang kenduri je kan. So, adalah lebih baik diorang buat serentak je 5 pasang ni. Meriah la kan. Makanan pun best gak la. Ayam bakar ngan air asam dia awesome. Tapi dekat kol3 camtu hujan lebat gila2 punya. Lebat yang sumer orang tak leh nak gerak kuar dari khemah. Siap ribut bagai. Tapi bagusla sebab hujanla aku stay situ tengok cabutan bertuah apa sumer. Kalau tak.. jangan harap la. Hahaha. Dah la aku tak kenal sangat orang kat sini. Aku kenal family pakcik2 aku je pun. Yang 4 pasangan lain lagi la aku tak kenal. Anyway, siap masuk paper lagi kenduri ni. Meh aku copy paste dari Utusan Online ye.


5 pasangan kahwin serentak

Abdul Azeez Abdul Rahim merenjis pasangan lima pengantin yang bersanding serentak di Kampung Ketemba Kememeh, Baling, Kedah, semalam. - MINGGUAN/Azman Md. Noor
BALING 24 Nov. - Kenduri kahwin lima pasangan pengantin daripada tiga keluarga yang diadakan serentak hari ini diibaratkan 'jimat tapi meriah'.
Majlis itu unik kerana keluarga kesemua pengantin lelaki yang merupakan penyokong UMNO dan Pas mengetepikan perbezaan politik untuk bersama-sama menjayakan majlis perkahwinan berkenaan sebagai lambang hidup masyarakat Melayu yang bersatu di Kampung Ketemba Kememeh, Kuala Pegang, dekat sini.
Abdul Halim Hussin, 56, bapa salah seorang daripada lima pasangan itu menyifatkan kenduri kali ini bersejarah kerana mampu diadakan serentak melibatkan anak-anak lelaki mereka.
Katanya, mereka bersepakat mengadakan majlis itu serentak sekalipun berbeza fahaman politik selain menjimatkan kos kerana kesemua anak mereka adalah lelaki.
"Kami bersetuju mengadakan perkahwinan serentak setelah berbincang tarikh dengan keluarga di sebelah pihak pengantin perempuan. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan meriah kerana ia jarang dapat dilakukan serentak," katanya.
Anaknya, Khairul Fahmi, 25, bersanding dengan pasangannya, Nur Adilah Alias, 23, manakala pasangan adik beradik lain ialah Mohd. Hasmizan Hashim, 26, dan Mohd. Hasrizal yang bersanding dengan pasangan masing-masing iaitu Suhada Omar, 23, dan Umi Kalsom Marzuki, 23.
Dua lagi adik beradik ialah Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Zulkifli, 27, yang bersanding dengan pasangan mereka iaitu Nurul Aida Aziz, 24, dan Nor Sakinah Shaar, 22.
Abdul Halim berkata, persandingan serentak itu adalah idea jawatankuasa surau kampung berkenaan bagi mengurangkan kos selain dapat menjemput tetamu yang ramai.
Majlis itu diadakan di pekarangan Surau Penghulu Abu Bakar, Ketemba Kememeh.
Majlis yang berakhir pada pukul 5 petang itu turut dihadiri oleh pemimpin setempat antaranya Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Penyelaras DUN Kupang, Ishak Mat dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121125/dn_15/5-pasangan-kahwin-serentak#ixzz2E4Rmua7A
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Walaupun ada yang rasa nak gelak bila distresskan tentang perbezaan fahaman politik tu. Tapi percayalah kat Kedah ni, err maybe kat Baling la, kat tempat lain aku tak sure. Diorang punye kuat politik ni lain macam sket. Sampai kenduri kalau ko orang UMNO, pakai barang UMNO, orang PAS boleh boikot tak datang kenduri ek. Even sanak saudara pun. Punya la fanatik diorang ni. Ni aku citer pasal kampung aku la. Sepupu aku ni buat kat kampung Tokwan aku. Aku jarang balik kampung Tokwan aku ni. Kitorang slalu kat kampung Tok aku. Haha, kalau nak citer salasilah ni panjang la plak kan citer dia.

Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU FAHMI. (Baju pink dalam gambar tu). Nasib baik hujan lebat so aku tak sempat la nak beramah mesra sangat ngan pakcik makcik aku. So, tak de la soalan2 cepumas. Hehehehe.

Tuesday, November 13, 2012

Atun's Wedding + Rawatan Resdung Permata Hijrah + Nasi Lemak Royale + Starbucks

Hola~~

WEDDING ATUN 
Sabtu lepas adalah hari yang sangat dinanti2kan oleh saya. Sebab Atun kawen. Walaupun wedding planner yang dia pakai ni memang boleh bawak sakit jantung, tapi hasil dia sangat2 cantik. Cuba bayangkan ye, Atun punya baju ni dia orang first yang akan pakai. Meaning, baru buat la. Wedding hari Sabtu, tapi hari Rabu tu is the first time dia dapat tengok baju dia. Baju laki tak siap lagi.Cuba lah bayangkan kalau baju tu tak jadi macam apa yang kita nak kan.. tak meraung plak kan. Tapi Alhamdulillah, the outcome is really nice. Meh aku curi sket gambar2 dari fb dia. Hopefully dia tak marah la.. hehe

Ni aku yang snap sendiri, kebetulan tengah tunggu kak Pae n Kak Tati sampai, diorang berarak depan kete kitorang. Hee, cantik sangat Atun. Memang seri pengantin betul.

The bride n groom with Atun's parents. Comel je semua.

Pelamin yang lawa sangat. Zahir pun puji kata cantik sangat. Colorful. 

Makanan dia pun sedap. Kira memang puas hati la dengan wedding planner ni. Cuma sapa yang cepat gelabah tak disarankan la amek ngan diorang. Mau sakit jantung before wedding. Hehe. Anyway, congrats Atun. Dah jadi Puan Atun dah. Miahhaahaa. Tak leh geng ngan kitorang cik2. :p

RAWATAN RESDUNG PERMATA HIJRAH

Lepas kenduri Atun tu, trus gerak gi Melati amek Apis then ke AU3 Keramat. Misi kami adalah untuk menjalani rawatan resdung di Permata Hijrah. Actually, aku pernah dengar nama diorang ni tapi seriously aku tak pernah tahu pasal berita2 penipuan diorang ni sampailah pagi Sabtu tu. Tapi, aku ngan Apis nekad nak try jugak rawatan tu. Kira kitorang tawakal je la ni. 

Hasilnya, errr... ntah seriously aku tak puas hati. Macam hembus sendiri je.. Bwat penat je. Tengok dalam gambar bukan main kuar lendir banyak gila kan. Rupanya diorang just letak herba2 bagi kita hidu so that kita bersin2. Pastu kena la hembus sendiri. Ceh, kalau camni baik buat kat rumah sendiri je. Herba tu abah aku pun pernah bawak balik rumah. Memang kita akan bersin seteruk2nya la kan. Pastu memang la kuar lendir2 tu. Tapi memang tak rasa lega langsung. Lagi rimas ada la. Baik buat yang asap tu. At least lega gak rasa pas bwat. Yang ni, hek eleh. Rugi je RM50 aku.

Pas buat rawatan tu , kitorang gi makan kat Nasi Royale. Then, before balik rumah aku ngn Zahir gi meeting kat Starbucks. Haha, macam hapa je entry aku kali ni kan. Sebab aku ngantuk ni. Tu yang kelam kabut type cepat2 nak bagi habis sebab wa mau tido... Tata, Nite!!