Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Terkena Sumpahan Pink & Purple

Hola!

Hari tu aku plan nak beli baju kurung baru untuk pergi kenduri. Ye lah, sekarang banyak pulak kenduri nak attend, aku pun dah boring tengok koleksi baju kurung aku yang nak bawak gi kenduri. So, Jumaat dua minggu lepas pergi la Carrefour Wangsa Maju cari baju. Aku pergi malam, dah nak dekat kol 9. Bajunya nak pakai esok tengah hari. Kelam kabut la cari. Dan memang mission aku nak cari baju yang kaler lain la dari yang sedia ada kan. Banyak baju kurung aku kaler biru, purple ngan pink.Tetiber ternampak la baju kuning orange yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb. Aku pun apa lagi. Dah la malas nak round banyak2 kali sebab orang pun dah nak tutup kedai kan. Dan otak aku ni memang memory dia graphic memory. So, aku memang terlupa la slalu aku pakai size apa. Dalam kelam kabut tu, just letak atas badan je la suruh akak kedai tu tengok ok ke tak. Dia pun dok ok2 la kan. Aku pun dengan gumbiranya bayar then balik sambil lompat2 bintang *crius tipu*

Sampai je kat rumah, dengan penuh semangat kesukanan dan keazaman yang tinggi.. aku pun trus la try baju tu. Erghghg, sekali agak ketat lagi mengetatkan da.. Terus down gila, arghh, " I hate u gemuk" kata aku pada makhluk gemuk dalam cermin. Aku terus gi bukak almari tengok baju aku yang lain size apa. Sekali memang salah saiz la. Aku pun pasrah je la. Pakai je la baju lama buat sementara waktu. Pastu tak sempat nak gi tukar sampai la malam ni (last 2 weeks, haha..lama tak aku peram post ni dalam draft?)baru ada time.

So tadi, pergilah aku ke kedai tu semula. Nasib boleh tukar. Tapi size yang aku nak cuma ada kaler pink & purple. Why oh why?? Aku dah tak larat tengok kaler ni. Tudung pun sama. Dalam banyak2 kaler tudung last2 nanti mesti aku beli yang ada unsur2 pink and purple. Cantik... tapi plz la.. tolong la variety sket color hang tu Leen.Anyway, ni la bajunya.

Maaf la ye, gambar senget sebab aku pemalas nak alihkan baju2 yang aku tengah kemas kat depan tu. So, shot dari angle yang mampu je. Heee.

Anyway, baju ni dah selamat dah pun pakai waktu kenduri sepupu aku, Fahmi hari tu.





Saturday, November 17, 2012

Doraemon

Banyak benda aku nak luah kat sini. Tapi malas. Takut tetibe orang yang berkenaan terjumpa plak blog ni. Haha. Yang pastinya, aku stress tengok mereka2 ni. Time camni aku harap sangat Doraemon tu wujud dan dia hidup dalam laci meja aku. Tapi aku tak nak jadi Nobita sebab dia x hensem, x cool dan x awesome. Aku nak jadi diri aku. Tapi aku nak jadi kawan Doraemon tu. Pastu aku nak mintak Doraemon kuarkan alat yang boleh kecikkan orang tu. So, aku akan kecikkan orang yang berkenaan. Aku nak bagi kucing makan. Hahaha... kejam tak aku.

Takpun, aku nak mintak alat yang boleh buat orang dengar cakap kita. So, aku akan suruh diorang ni pi pindah planet Marikh so that diorang tak kacau lagi hidup aku kat Bumi ni. So, I need a Doraemon a right now.





Tuesday, November 13, 2012

Mysterious night

Hola!

Aku tak tau nak citer ke tak pasal kejadian ni. Tapi rasa macam nak jugak coret somewhere so that aku takkan lupa peristiwa ni. Hari Sabtu pas kenduri Atun tu, aku, Zahir n Apis gi makan kat Nasi Royale. Then, pas hantar Apis balik rumah, kitorang nak gerak ke Starbucks. But, before tu singgah Petronas jap sebab nak gi toilet. Kebetulan takde parking, so aku gi masuk toilet dulu sementara Zahir cari parking. Then, pas aku balik dia pulak gi toilet. Aku tunggu la dalam kete. Lama betul pakcik ni gi toilet. Nampak dia kat ATM. Tunggu lagi. Eh, tak siap lagi ke. Tengok lagi. Nampak dia dok beratur kat cashier Mesra bayar apa ntah. Tunggu lagi. Tak siap2 jugak. Pelik jugak apa la yang lama sangat kan.

Pastu dia masuk kete. Then dia citer ada brother sorang tu mintak tolong. Carburetor dia rosak kat LRT Gombak. (Kitorang kt Petronas Melati). Dia tak cukup duit. Lagi RM5 (contoh je la aku letak, bukan amaun sebenar). Pastu Zahir kata dia kesian so dia bagi la pinjam RM3. Aku pun macam nak marah pun ada, ye la kenapa tak bagitau aku kan, aku pun boleh tolong sikit. Sebab aku ingat sebab Zahir tak cukup duit ke apa kan. Ye la, kalau ko tolong tapi still tak cukup nak baiki carburetor dia pun, no point gak tolong kan. Zahir tak cakap apa. Dia trus drive gi LRT Gombak. Dia kata bukan nak pertikaikan duit yang dia bagi. Just nak tengok je. Aku pun setuju jugak la. Dalam hati aku pun memang takde niat nak meragui pasal dia tipu ke apa. Tapi memang aku nak jugak tengok apa yang rosak. Lagipun dah Zahir kata dia bagi RM3, tak cukup kan. Kalau gi tengok boleh la tambah apa yang patut. Tolong apa ke. Kitorang round je LRT tu, tapi x tau mana satu motor dia. Elok kitorang nak blah tetibe nampak mamat pakai payung jalan laju dalam hujan. Zahir trus cakap, "Eh, mamat tu". Kitorang pun trus la u-turn. Dekat je kot. Tak jauh pun. Tetiber mamat tu hilang. Kitorang round 2-3 kali kot2 dia ada kat tepi2 kete ke, dalam gelap ke. Tapi memang takde.

Aku dah rasa lain macam. Then, Zahir pun citer la sebenarnya dia bagi RM5 seperti yang lelaki tu nak. Dia tipu aku sebab takut aku marah suka2 hati bagi duit kat orang. Senang sangat nak percaya orang. Dia kata dia kesian betul kat mamat tu. Siap nangis2 kat dia. Pas dia bagi duit tu, mamat tu sampai cium2 tangan dia. Aku trus rasa macam takut. Ermmm, ntahla. Seriously, kitorang pelik macam mana dia boleh hilang. Wallahualam. Aku harap mamat tu selamat dan berjaya repair kereta dia. Walaupun sampai nak tidur la aku asyik teringat pasal tu..



Saturday, February 18, 2012

I should sleep..

Hello people. It's already 1.55 am but I am not yet near to sleep. Sebab? Hari ni most of time were spent with sleeping.

Hari ni bangun2, mata kanan sakit giler. Tak de la merah sangat tapi sakit. Like, kena cahaya pun sakit. Which cause me headache. Have to attend for something today, tapi disebabkan kesakitan yang teramat. Terus call diorang, cakap tak boleh pergi, uhuk2, saya sakit. To make it worse, datang plak penyakit bulanan wanita. Yeah, combo terbaik untuk berehat di rumah. Tutup langsir rapat-rapat and it's time for eyes to get a really good rest.

Wah, ni tengok laptop pun pedih ni. Should stop here la. Btw, ada good news. Tapi not to be publicly announced. Heehee, certain people yang rapat-rapat ada la tau. Tapi ramai yang tak tau pun. Nanti-nanti la. Huhu. Tata. Semoga saya sihat cepat.

Wednesday, February 8, 2012

Life is about making decision, is it?

Hari ni aku ditanya satu persoalan yang tak pernah aku sangka at least dalam masa setahun ni. Aku tau benda ni aku kena jugak hadapi tapi bukan sekarang. Aku tak ready. Dan jugak tak mampu.

Yang paling penting, aku tak ready untuk sumer ni. Walaupun aku tau my argument is invalid kalau dikira dari sudut pandangan agama. Memang tak boleh argue pun. Tapi macam mana ni??? Sekarang aku jadi bingung. Bila parents dah bersuara I know I got to do something.

Aku nak ulang lagi, aku tak ready.... Hmm.. seriously aku sendiri tak ada jawapan. Not now. It's not the right time I guess. Tapi, aku faham perasaa diorang. Bukannya diorang saja2 nak tanya benda tu. Haih. Life is getting complicated when u get older. Career, family, love, friend.. eh, I think friendship je yang tak complicated. Yang lain, they are getting complicated when u grow older.. :(

Tuesday, January 17, 2012

Woman's Logic

Kalau rajin layan 9gag, mesti korang tau kartun2 pasal woman's logic kan.. aku rasa banyak yang btul jugak. Heehee, women are mysterious creature. Memang nothing can describe woman. Kalau argue ngan pompuan, jangan harap la nak menang. Kalau ko btul pun, pompuan nak menang jugak. Kalau ko salah, lagi la pompuan menang kan.

Ni adalah citer benar berlaku semasa tengah makan ngan Zahir.Lebih kurang gini la conversation dia. Aku tak ingat apa benda dia cakap yang sama sangat macam Olie, so aku pun nak kaitkan la birthdate diorang ngan perangai diorang.

Me: Mesti sebab korang lahir bulan 3. Sebab tu lawak giler. Sebab tu dua2 saya sayang. Hahahaha. Korang2 dua2 Pisces kan.

Zahir: Tak la, saya Aries kot.

Me: Olie Pisces. Awak mesti la Pisces jugak. Dekat je kan. Dia 19/3, awak 23/3.

Zahir: Masalahnya saya Aries kot. Besday sapa sekarang ni?

Me: Eh, haah.. betullah Aries. Hehe, silap. Selalu ingat je.

Zahir: Haah. Aries. Sama ngan Abg Daim. Dia 28/3

Me: Eeeeee, besday abang sendiri pun tak ingat. 27 kot. Dulu awak bgtau 27.

Zahir: Ya Allah, 28 la. Dah bertahun2 dok celebrate sama2 tak kan salah kot.

Me: Ye ke. 27 la.

Zahir: 28 la. Dah 24 tahun jadi adik beradik x kan salah kot.

Me: Macam 27 je. Hmmmm

*bukak fb Abg. Daim, tgok info*

Me: Oh, hehehe, betul la 28.

Ni Zahir punya reaction

Thursday, December 22, 2011

2011 ------> 2012

Diam tak diam dah nak habis pun 2011. Cepat sgt rasanya, rasa macam baru je lagi tengok firework new year tu from balcony of our house. Bila cepat sgt ni mula la tertanya kat diri what have I done during the year? Masa memang tak tunggu kita. So, meh kita check balik what I have been through during the year....

LIFE:
Life's changing. A LOT. Awal2 tahun memang happy. Hidup ngan member2 kat sekeliling memang best. Bila gi kelas, boleh bergelak ketawa ngan Yaya n Nur. Balik kelas sambung bergosip kat bilik ngan Armi. Rasa malas nak gi kelas dok je kat rumah (kids please dun try this at home)main game tak pun Jutaria. Bila bosan ajak Encik Zahir gi jalan2 cari makan. Macam tu la hidup aku selama jadi student ni. Happy je hidup camni walaupun ada time homesick jugak kan. Tapi pas habis study je hidup dah kurang best. Kurang best tu dari segi kekurangan rakan2 di sisi la. Sekarang best sebab makan minum, sewa semua tak payah fikir. Free of charge. Family sentiasa ada je. Tapi, kekadang rindu je nak balik pastu gosip2 ngan budak2 tu. Rindu nak gosip ngan Apis jugak. Rindu nak masuk kelas layan lecture pastu gelak2 ngan Faiz, Aiman ngan Syam. Isy, rindu semua la. Waktu study memang rasa boring, tapi bila kenang balik sekarang... T.T Rasa macam nak ulang balik everything. Tapi, tak boleh..I have to adapt to the new world I guess.

STUDY:
Alhamdulillah, dah tamat pun belajar. Segala penat lelah 3 tahun ni dah terbayar.(Penat sangat ke??). Konvo ni boring sebenarnya kan? Part best adalah time kita amek scroll je la. Pastu rasa nak kuar dewan. Tapi seronok dapat jugak jumpa kawan2 lepas praktikal. Ye la, pas praktikal masing2 membawa haluan masing2. Hopefully taun depan bila nak tuis pasal 2012, part study ni still ada lagi sebab saya nak sambung study. Hehehe.

WORK:
Dunia yang selama ni aku rasa best sangat tapi x best pun sebenarnya. Best dia part dapat gaji je. Waktu praktikal dulu aku rasa memang x de life langsung hidup aku. Nasib baik Encik Zahir praktikal sekali. Kalau tak memang x berjumpa la kitorang. Hari kerja pun balik dah nak dekat tgah malam. Weekend pun gi ofis. Macam mana nak jumpa kan kalau kerja tak sekali. Camtu le kalau jadi auditor, and sebab tu la aku tak nak jadi auditor and sebab tu jugak la aku tolak offer keje kat situ. Seriously, x ada life. Then, I started my working world kat bank pulak. Memang totally different and seriously I'm still figuring out what kind of job yang suitable for me. Somebody, enlighten me please.

FAMILY:
Tahun ni semua makin membesar. Razin dah masuk sekolah. Dia pun dah makin sihat. Alhamdulillah. Alisha ngan Afif pun dah makin kamceng walaupun mula2 asyik la nak gaduh sebab berebut Tok Wan ngan mainan. Anis pun dah makin pandai. Syafiq pun dah start degree, alhamdulillah umur 18 dah masuk first year. Jeles aku. Abah ngan Mama macam biasa la, still sihat Alhamdulillah. Abah pun sambung keje balik sebab diorang offer kontrak lagi. Bila la nak pencen betul2 ni ye. Apa pun, semuanya okay!

LOVE:
Tahun ni makin matang (ye keee???). Ye la, umur makin meningkat takkan nak makin childish kan. We are trying to give the best in our relationship. Dan aku tahu Zahir la yang banyak berubah. Dia la yang kena jadi matang supaya dapat control aku yang x braper nak matang ni. And I also realized yang dia banyak berkorban untuk bahagikan masa dia untuk kerjaya, family dia ngan saya. I know he's always busy everyday and balik2 je penat sumer. Dulu, kadang2 macam tak faham jugak. Tapi sekarang dah makin faham. Kesian pun ada. Tapi saya tau, everything he did is also for me. Selalu berharap we can go to next phase tapi at the same time aku tahu aku x ready pun lagi. Hehe, so enjoy this moment yaww!! Kumpul aset banyak2.

Ok, meh letak gambar2 yang menggembirakan tahun ni.. Ni letak suka hati je ni.. masa yg terjumpa amek je.. saya jarang amek gambar..hehe


With Azmil, auditing for PPAS was one of the enjoyable moment at MAAC..Sebab. sebab.. haha, teammates saya je yang faham,haha..



Birthday cake for me and Kakla. Looks simple tapi cheesecake ni sedaaappp giler


With Olie. Walaupun ni actually bukan an enjoyable moment, tapi I'm happy coz I was there with her that day.. be strong bff!!! I want you to be cheerful as alwiz.

With Frank the hamsap guy. On his last day.Muka saya temmmmbammmnya.. ni pas raya ni


With Gan, Vno, Aidil n Ramlan. They are all good seniors tapi tak pernah keje ngn Aidil n Gan pun. Vno best, sebab rasa cam member je kan, lebih kurang sebaya, plus she gila2 la jugak. Best ajak gosip. Ramlan punnn sempoii. Walaupun pernah team ngan dia kejap je, tapi memang best, macam2 benda jahat buat. Haha.


With Nur on our convocation day. After 3 years, this is the day. Tapi sedih Yaya takde. Sedih sangat2. But it's ok.. next year insyaAllah aku gi konvo hang k Yaya.Sedih la tngok gambar ni. Rasa nak putar balik time. I want to be a better friend for them. :'(
With my family and Zahir's. LOL, this is so funny, seriously tak sangka tetiber boleh dapat bergambar camni and the idea came out from my dad's mouth. OMG! 8 juta kali. Pastu ayah Zahir pun jom2! Haha, criusly aku x caya.

Oklah, cukup2 la kot ye.. banyak lagi kenangan manis tapi x kan la nak tepek sumer kan. Lagipun, ada time x amek gambar pun, doesn't mean time tu x happy. Love you all who has made my 2011 meaningful. Hope 2012 will be a better year for us <3

p/s : Post ni patutnya 25hb hari tu, tapi gambar x leh nak upload coz Internet lembap. Hari ni baru siap :p

Friday, December 16, 2011

DugaanNya

Hai2 everyone..

Hari ni baru ada masa dan mood nak tulis kat sini. Actually I have been going through a rough 2 months (approximately). Within this time, I know I have been hurting a lot of people around me. Right now I am trying to get everything back on track. Dalam 2 bulan ni, macam2 penyakit saya dapat. Tak tahu la saya dapat penyakit ni disebabkan stress atau stress datang disebabkan penyakit yang bertimpa-timpa ni.

Kadang2 tak percaya macam mana sakit macam ni boleh menimpa. Tapi semua ni kan dugaan Allah s.w.t. Dengan sakit fizikalnya, mental pun terjejas. Sampai terfikir ada kena buatan orang ke aku ni sampai selalu mimpi pelik2. Hopefully taklah. Apa yang boleh saya buat adalah lebih dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tak cukup dengan tu, ada jugaklah insan2 yang ntah siapa asyiklah try nak memburukkan hubungan saya dengan Zahir. Benda since dari Shah Alam dulu, ingatkan dah habis dah, sekarang muncul balik. Sapa tau cara macam mana nak trace private number ni? Ni pun penyumbang stress jugak.

Pastu boleh plak baru2 ni ada orang kasi link fake fb profile Zahir. Mula2 dapat tu terdetik jugak kat hati saya, Zahir ni ada fb lain ke kan. Memang macam2 dah dalam kepala hotak, tapi bila tgok balik, profile fb tu baru create, dalam pukul 3 pm camtu. Waktu tu Zahir kerja dan I'm so sure he wouldn't be on fb pun. Dia balik kerja, saya pun tunjuk kat dia, kitorang pun tak tau nak suspect sapa. Time kitorang tengok dia tak ada friend pun tapi risau la kot2 orang tu guna buat benda tak elok dan fitnah Zahir plak. Dan, kitorang syak orang ni dalam friendlist kitorang gak sebab gambar tu hanya ada kat Lan and kat fb Zahir. Dan gambar Zahir adalah private. I guess dia terbaca status fb saya kot pastu dia delete dah profile tu skarang. To that person, tolong la jangan buat benda macam ni. Kalau tak puas hati, cakap je la terus terang k.

Macam2 dugaan yang jadi jugak boleh menjadikan kita lebih baik kan? Mungkin ini lah hikmahnya dugaan Allah s.w.t. Saya bersyukur sangat di waktu rasa macam lost dan depressed, my other half banyak membantu with his moral support dan nasihat2 dia. Alhamdulillah, dia pun dah banyak berubah. Waktu tu, baru la tersentuh hati ni. Dan bila berdepan dugaanNya, Alhamdulillah, seriously tak sangka dia banyak bagi nasihat bukan untuk buat aku happy, tapi buat aku sedar betapa aku ni hamba kerdil yang sentiasa diuji, dan bila diuji aku harus mengadu kepadaNya. Pernah terbaca artikel kat fb kot yang orang share, carilah pasangan yang boleh buat kita makin dekat denganNya, bukan makin jauh denganNya (something like that la, tak ingat proper ayat dia). Sekarang baru dapat merasai apa makna phrase tu.

Saya ni bukanlah pandai sangat bab2 agama ni. Tapi harapannya dapatlah improve diri ni sikit2. Kawan2 kat fb pun banyak share benda2 yang berguna. Kat blog pun macam2 nasihat yang boleh memuhasabahkan diri. Saya dalam proses memperbaiki diri dan mencari balik diri yang hilang. Mungkin ini lah hikmahnya segala dugaanNya. Supaya kita tak terus lalai dengan dunia. Dunia ni makin dikejar makin susah nak puas, memang takkan puas. Sebab semua ni pun milikNya.




Sunday, September 25, 2011

Officially 23..

Hi!

Entry pertama tatkala berusia 23. It's not really a big deal actually when I always tell people I'm 23 since early of the year. So, really not a big deal la about the number 23. But, of course I take 20th September as an important date to me.

Thank you so much Mama and Abah for raising me up for 23 years. Walaupun saya adalah anak paling suka buat masalah dan banyak feel, both of you never stop loving for who I am. Walaupun saya tak reti tunjuk kasih sayang saya, I always you so much. Harapnya dapat bantu and balas balik jasa Mama ngan Abah selama ni.

Thank you jugak kepada semua family members yang telah jadi family saya sepanjang hidup ni. Kakla, Kak Nini, Syafiq.. thank you so much for being wonderful siblings for all these while. To Arwah Kak Su, Al-Fatihah to you. Walaupun masa kita bersama singkat je, tapi you will always be my sister and a part of our family forever. Thank you so much guys for always being there for me no matter what happen.

Thank you to all my friends who has made became what I am now. In this 23 years time, I've make lots of friends that I lost count how much I had made. No matter we still in contact or not,trust me you guys have some impact on my life. And, most important is, thank you for accepting me to be your friend, be it true friend, or fake friend, I still appreciate you.

Alhamdulillah, at the age of 23 I am already working which means I'm entering a new world. This is the starting line for me and I'm excited. Oh, btw, this birthday is also meaningful as the next day Zahir got a job. Yay! So happy for him. WEEHOO, Thank you so much everyone for all the birthday wishes on FB, SMS and phone call. Appreciate them all.. <3

p/s- LOL, dah lama tulis entry ni, tapi x post2 pun.. terperap dalam draft.. haha

Saturday, September 10, 2011

Three Wonderful Years..

OMG, it's almost one month and only now I got the chance to post this. Kebetulan after our anniversary celebration got lot of things to be done then raya plak.. so no time to update. I should be more rajin la updating this blog.

Little did I expect that I would be this happy after meeting this guy. The guy that I thought was a sombong guy yang berlagak mentang2 dia bawak Gen-2 *haha, there is one story behind this*. The guy that I thought was annoying bcoz he kept on texting me and when I don't reply or give late reply, he will send me more and more SMS. The guy that I found hard to believe him bcoz he loves to make jokes that I took seriously. The guys who I thought very jahat bcoz loves to buli Aizudin. *wah, ingat lagi aku kat Aizudin*

And now, that guy is a big part of my life. A part that I will always carry in my heart. The one who always care for me and never let me cry alone. He will be there during my hard and fun times. He will protect me from any harm.

To Encik Zahir,

- Thanks for the wonderful three years

- Thanks for being with me through all the hard times and never let me cry alone

- Thanks for accepting me for who I am. I knew I can be a jerk sometime *mm, maybe most of the time, but you still love me for that*

-Thanks for taking care of me this whole time and never let me be in difficulties

-Thank you for not getting bored sending me SMS everyday without fail for this three years. I guess we are just too addicted to each other. Hahaha

- Thanks for everything.. I believe if I were to list them all here, it would be damn long. So, should stop here. I believe you know what I will be saying right. Thank you thank you thank you.

I hope that I can be a good partner of your life too. I know I'm not perfect but I am always trying to be better for you.

Oh yeah, I should be thanking Nor and Yaya too. Sebab kalau bukan sebab Yaya x datang kelas and Nor x nak balik sebab nak sembang ngan Asri, I wouldn't be walking alone to hostel and that guy wouldn't have the chance to approach me. Haha. Nak jugak korang contribute kan.

Ok lah everyone, now you can start puke..




Monday, November 22, 2010

A new start

It's a new semester in a new place. I think I'm started to like it here.

Malam pertama kat sini tido ngan Ila beralaskan 'toto' sebab tilam tak beli lagi. So, siang tadi gi la survey2 tilam ngan Ila, Armi dan dibantu oleh Captain Zahir bersama co-pilotnya Apis. Setelah puas memborong, (pasukan pengiring shopping lebih sebenarnya) kami pun pulang dan membuat decision nak beli tilam yang macam mana.

Pada malam hari nya, saya dan Zahir pun segeralah ke Giant membeli 4 biji tilam yang berjaya menyumbatkan diri masing2 di dalam kereta. Hebat sungguh tilam2 ini. Tengoklah siapa tuannya kan~

So~~ malam ni berjaya lah tido di atas katil bersama tilam. Yeah, dan broadband pun activate kembali setelah penat lelah mencari tempat nak bayar bil Celcom. Pasni nak bayar ikut CIMB Click je la. senang keje. Ok, selamat malam semua

p/s: Ayat saya di malam hari sungguh tunggang terbalik. Tapi itu tidak bermakna saya sedang di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah walaupun sepatutnya saya meminum sedikit dadah (drugs = ubat batu) malam ini tetapi tidak berbuat demikian sepertimana nasihat doktor.Demmm,, ishould get some sleep now!

Friday, October 1, 2010

Tak habis2 lagi..

Sekarang kat cafe, nak daftar subject. Ditemani oleh Armi, Zahir, Apis dan Faiz. Tapi tiba2 tadi ternampak sumthing yg mengejutkan dan mengejutkan. Hmm.. ntahla. Speechless kot. Scary pun ada jugak. Tak faham kenapa orang tu nak bwat camtu kan.Memang scary la. That's the perfect word kot to describe it. Tapi tak pe.Semua dah settle (kot,hopefully). Maafkan je la. Mintak2 orang tu tak bwat lagi dah. Ok, dah. Pak cik ni bising suruh buat keje... wek wek wek!!!!

Saturday, September 25, 2010

Busy bee..

Sejak balik dari cuti raya hari tu, memang sgt2 busy la. Dengan test la, replacement class la, assignment la.. memang tak cukup masa..tapi tak pe. Kena cool, dengan harapan dapat melalui segala rintangan ni dengan machonya. So far, 1 assignment Business Research ngan 1 test (Investment) dah berjaya dilalui so next week kena lalui benda2 ni plak:

Ahad : Replacement class Research

Isnin : Sepanjang hari ada lawatan ke BNM dan AKPK

Selasa: Test econometric, pastu kelas sampai la ke malam

Rabu: Presentation Financial Advisory. Malam ada class SPSS. Tak dpt la nak gi jamuan raya FOB..

Khamis: Kena submit assignment Business Research plus ada kelas SPSS malam tuh

Itu baru next week k, the next week lagi ada test Banking plak.. kena submit assignment Corporate Risk ngan Investment lagi. Masa plak makin suntuk. Memang kepenatan la minggu2 sebelum exam ni. Demam plak datang, tapi tak leh layan sangat badan ni.. Japgi makin mengada. So body..please stay strong coz I really need it..


Tuesday, September 7, 2010

Kebosanan Keseorangan


Hari ni sepanjang hari dok sorang2, bukak puasa pun sorang2. Sedih tak? Sila nangis kalau tak saya tembak *wah, feeling gangster kan*.

So, aktiviti sepanjang hari adalah tengok tv. Kalau bukan bulan puasa best gak ronda2 kl nieyh. Tapi memandangkan bulan puasa dan tenaga pun kurang, so dok rumah je lah. Kak Nini ajak join majlis berbuka office dia kat mana ntah. Teringin tapi segan sebab macam wah.. tetiber nak join architect2 plus bos2 diorang bukak puasa kan.. sapekah aku.. terasa kerdil diri ini.

So, buat keputusan makan kat rumah je. Order McDelivery je kan senang. So, kiranya hari ni save tenaga habis2an la ni. Nak makan pun tak yah kuar. Suruh orang hantar depan rumah je. *yes, pasni takde sapa nak amek aku jadi menantu*

Cepat la sampai esok, saya mau balik kampung jumpa abah, mama dan kanak2 comel yang dirindui. Miss them sooo much~~~

Kepada mereka yang nak pulang ke kampung especially yang nak balik alor setar, drive safely. Ingatlah orang yang tersayang. Biar lambat asal selamat. Rumah terbakar nampak asap, err.. silap pepatah dah.Selamat Hari Raya in advance!!! (coz i might not be able to post anything sebab line internet di kampung saya lembabnya masyaAllah :p)

Heyya people


Wee, lama tak jumpa kan? Ntahla, mood nak berblogging tak ada. Tapi since sekarang ada kat rumah bergolek2 tanpa buat apa, why not back to blogging kan.

Actually kan, ni entry semalam.. tapi tak tertekan publish.. haha

Hari ni balik rumah. Sunyi sepi. Mama, Abah, Syafiq, Razin and Afif dah selamat pulang ke kampung. So, tinggal Kak Nini ngan Abg Alfi je kat rumah. Tapi diorang berbuka kat KLCC sambung ngan shopping. Malas nak join, berbuka ngan Zahir kat Samuri je. Dah siap makan, call Kakla nak amek kunci rumah. Tapi diorang pun nak kuar gi Carrefour so jumpa kat Melati je bagi kunci. Masuk2 je rumah seriously rasa sayu sangat2. Senyap sunyi. Selalu riuh dengan budak2 sumer. Rasa nak nangis pun ada. (ok, ni saja melebih2.. haha)

It makes me realize how we should treasure everything that we have. When it's gone, u gonna miss them all. Tapi budak2 tu takdelah sampai gone, nanti balik kampung jumpa la diorang. Ni cuba kaitkan ngan benda2 lain la kan. Macam parents ke, memang la kalau kena marah2 or bebel2 confirm kita pun bengang tapi, kalau tiba2 diorang takde..:( life will not be the same.

So friends, treasure everything and everyone that u have, U'll never how long they will be with u.

p/s- bila dok dekat asyik nak cari gaduh, bila dah jauh baru nak rindu :(

Sunday, May 23, 2010

Makan banyak dan banyak dan banyak

Camner nak diet ni??? Makanan everytime tersedia kat rumah ni.. Hadeh.. Camner nih. Stress gua lagu ni. Tak nak makan tapi makanan asyik panggil. Sedap pulak tu.

Nak exercise malas. Tak ada geng. Tolong... memang kena control makanan ni, kalau tak bertambah2 spare tyre.. Warghghghg..kena kuatkan keazaman.. You can do it Leen! *sorak untuk diri sendiri*

Sunday, April 4, 2010

Indahnya~~~

Indahnye bila tak ada kelas pagi esok~~ Kelas Isnin pagi ni la yang selalu menguji keimanan kami sekelas.. Pukul 9.30 tu. Memang malas gile nak bangun dari katil. Yang lagi sadis bila dah berjaya melawan hasutan syaiton, sampai2 kelas tetibe cancel plak. Lagi sakit hati.

Tapi tak pe. Esok memang confirm tak ada kelas. Yippiyay! More time to study Law dan main Dinertown Tycoon. Dah teraddicted. Hoho.

Nothing much la hari ni. Kuar awal, jadi pelanggan first kat kedai makcik kat kampung. Then straight to library with Zahir. MISSION: stadi Law n cari buku islamic finance for assignment. Great experience tau. Kami adalah first time mencari buku kat library guna OPAC tu dan macam treasure hunt pergi mencari buku. Haha. Anddd... for the first time jugak meminjam buku kat library. LMAO, jakun giler k. Teruk betul perangai eh. TQ la Encik Fahmi bagi assignment ni, dapat jugak saya dan Zahir pergi meminjam buku di library. Lepas ni nak pinjam banyak2 lagi la buku.

Dalam kol 6 gi makan, and sembang2 (plus perang2 mulut.. :p) then balik hostel. Hari ni sebenarnya banyak jugak pengorbanan yang kitorang lakukan.

1. Terpaksa melepaskan tiket F1 yang harganya sangat la berbaloi2 dari Abg Daim. Giler la. Sebenarnya ada plan gak nak celebrate besday Zahir kat F1 kalau dapat tiket berbaloi2 mcm ni. Tapi dah time race ni tak kena plak. Eh, bukan diorang race tak kena time, tapi kitorang ada test esok. So, dah celebrate dengan aktiviti lain.

2. Tak tengok pun ABPBH tahun ni. Walaupun tak pegi tengok kat Genting pun tak pe. Tengok kat TV sudeyh. Tapi masalahnya kena study. Dok tengok TV confirm la x concentrate kan.

Takpe takpe. apa yang paling penting sekarang adalah pelajaran. Walaupun mungkin tak dapat elok mana pun waktu test, bukan itu yang kita nak tengok. For me, yang penting adalah usaha. Saya tak nak menyesal di kemudian hari. Maksudnya, kalau usaha, pastu dapat teruk, maksudnya kena usaha lagi. Kalau tak usaha, dapat plak teruk. It will feel so bad. Mungkin la nampak saya macam apa kan, kekadang sesuka hati nak memonteng, kuar dating je memanjang, tak penah nak lekat kat hostel.. tapi saya tahu yang agama dan pelajaran is still the priority.

Apa ni, tetiber macam sesi meluahkan perasaan. Haha. Dah dah, ni mesti sebab tension LOL.

p/s- tengok2 balik entry kebelakangan ni asyik pasal stadi je. Confirm korang terbayang saya skema menelaah je memanjang kan??? Haha, who said u can tell what kind of person one is just by reading the blog? :p

Tuesday, March 30, 2010

Let's think of a good alasan..

Arghghh, tak suka betul bangun tido dengan gaya macam ni. Bangun sebab bunyi bising. Haih. Menyampah. Nasib baik mood tak spoil. Dengan kesabaran yang menebal di dada cuba menahan diri daripada marah dan mengganggu mood sepanjang hari. Ok! Berjaya!

Bukak laptop nak main Cafe World... Ahhhhhh, maintainance plak. Ok, ni memang spoil mood. Eh, tapi tak jugak. Mood jadi ok bila fikir today is a good day, why start with a bad mood.

Hari ni ada kelas Business Communication je. Heaven, tapi kelas adalah 3 jam. Hadeh. And esok adalah Test 2 Managerial Accounting. Wish I can do it as good as the last test. Takpe, usaha yang penting.

Oh, pada sofi yang complaint chatbox tu adalah sangat sempit untuk org2 gemuk tak kurus macam kami. Ye, saya sedar dari dulu lagi. Ruang entry ni pun sempit sebenarnya untuk embed video dari Youtube. Memang tengah nak cari layout baru. Tapi tak sempat dan kalau sempat cari pun tak jumpa yang berkenan. So, mintak maaf. Kena bersempit2 bila nak chat.. Minta maaf ye kawan2!

Banyak plan tertangguh la sebulan ni. Plan celebrate besday Zahir pun asyik terpostpone sampai sekarang. Ni sumer gara-gara test yan asyik dipostpone. Takpe busuk. Ada hikmah ni. Sabar ok? XOXO

P/S: tetiber perasan entry kali ni memang caca merba.. :)



Saturday, March 20, 2010

Plan yang terkubur

Hello people!

It's Friday and supposed to be a very great day. Haha, supposedly nak balik rumah. Zahir pun nak pulang ke kampung halaman. Yes, dah lama rasanya tak tido di katil di rumah dan bermalas-malasan dan dapat makan yang sedap2 tanpa perlu bergerak dengan banyak.

Tapi nak bwat camner? Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Zahir cancel plan balik Alor Setar sebab risau tak sempat nak study untuk test Business Law rabu ni. Elok je nak call mama semalam, tetiber Mama yang call dulu nak bagitau diorang nak gi Kuala Lipis (ke Kuala Pilah ha?? tak ingat dah) so nak confirmkan saya nak balik ke tak? Ermmmmmm.. memandangkan kelas Islamic Finance pun sampai petang, confirm la tak sempat nak ikut. Dah tu, kalau setakat balik menganga depan TV tapi takde orang pun adalah sangat buang masa. Baik dok kat hostel teman Encik Zahir study. Okok, ada hikmah ni. So, boleh lebih prepare untuk test Business Law and Islamic Finance minggu depan. Hadeh. Pening otak fikir pasal test

Oh, hari ni adalah besday besfren saya, OLIE!!
Tahun ni adalah tahun ke-10 saya kenal dia, weee.. sangat lama.
I love her damn much sebab dia sorang je kawan yang sanggup tahan dengan perangai saya yang kekadang memang macam mintak pelempang kan. Yes, waktu sekolah dulu saya sangat selalu mengalami mood swing yang ntah apa2. Tapi Olie ni tak pernah kecik hati lama2 dengan saya. She is always there for me, walaupun kadang2 saya sakitkan hati dia. Dia sentiasa baik ngan saya. Yes, I'm a bad friend.

Tapi, we still close to each other sampai sekarang dan saya akan share most of my secret with her. I know it will be save. Sempena besday anda yang ke-22 ni, aku doakan ko sentiasa sihat walafiat and ceria macam selalu sebab OLIE=CERIA TERLEBIH=GILA. That's what you are. And May Allah bless you always. Semoga sentiasa berbahagia bersama yang tersayang. Love you laling ! <3>



Wednesday, March 10, 2010

Hari Blur..

Tak tau la kenapa hari ni rasa macam agak blur. Macam rasa ada something yang perlu difikirkan tapi tak tau apa dia. Otak aku ni dah problem kot. Haih.

Pagi ni bangun as usual, surf internet, get ready blablabla tapi tak kejut Zahir sebab dia demam since semalam. Kol 10.30 pun dah tak sedar apa. Malas nak kacau dia lagipun dia dah bagitau tak nak gi kelas. Tak larat. Okay. Cuba berenti kat sini je. Macam aku ngan Zahir dok serumah je kan? Wahahah. Okay, sambung balik.

Tetibe kol baper ntah dia SMS nak gi klinik. Ingatkan nak gi after saya balik kelas. Tetiber dia cakap hidung kuar darah. Hadoi. Risau gak tapi rasanya sebab panas kot. Small prob kot, hopefully. Sooooooo, saya pun ke klinik la teman dia and memang tak sempat masuk kelas Managerial Accounting. Alhamdulillah, demam biasa je. Tapi dapat MC sebab suhu still tinggi lagi. Ceeehhhh, suka la pakcik tu tak payah gi kelas. Dah la patutnya dia present waktu kelas Business Law nanti. So, teman dia lunch (ceh 'teman'?? macam saya tak nak makan je kan.. wahhaha)

Pukul 2 masuk kelas MCM. Pas habis kelas lepak kat Taska ngan Nur, Faiz, Aiman n Syam. Merepek2 ngan budak2 tu sampai la kol 4, then masuk kelas Law. Habis kelas balik bilik.Ntahla. Saya tak tau apa saya buat sepanjang hari ni. Macam blur giler.

Haih. Dah la. Tak tau nak tulis apa dah, tata.

P/S: Take care.. sedih tak dapat jumpa hari ni :(