Showing posts with label him. Show all posts
Showing posts with label him. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Awkward sangat!!

Aku rasa sapa yang kenal aku memang tahu la aku ni sangat pemalu *cakap sambil tunduk muka*.
Yeah, aku tak malu bila dengan orang2 yang betul2 rapat dengan aku je.
Tapi nak betul2 rapat ngan aku pun sangat susah.
Sebab aku ni memang reserved orangnya *eceh*

Tapi ngan family memang aku pemalu sikit.
Jarang la aku nak citer benda2 personal, even ada prob pun jarang aku citer.
Pasal hati dan perasaan apa ntah lagi kan.
Pasal Zahir tu pun bukan aku bukak mulut pun, Mama yang tanya dulu.
Sebab Zahir pernah hantar aku balik rumah dari hostel kan.
Aku pun jawab straightforward je.
'Haah, dah ada'.
Pastu Mama tanya sepatah, sepatah jugak la aku jawab.
Aku tak reti nak citer lebih2, apatah lagi nak citer kalau aku ada prob ngan Zahir ke.
Bahaha, memang bukan style aku la.
Even dengan kawan pun jarang sekali la aku nak citer benda2 personal ni.

Tapi tapi tapi... masanya telah tiba!!
Sekarang ni memang banyak betul kena bersembang ngan family pasal benda ni.
Haha, maybe the time has come kan.
Takleh nak elak pun.
Kalau tak bercakap pasal ni memang sampai ke tua la aku tak kawen ~~


Sunday, March 24, 2013

Miskin vs Kaya

Kebelakangan ni aku selalu main benda ni. Is it even a game? Haha, takde la game. Cuma kitorang suka kenakan masing2 pasal kaya miskin ni. Semua start hari tu la. Aku baru prasan banyak gila bekas gula2 Eclipse kat ofis n rumah. Aku suka simpan. Dulu siap susun2 atas meja office tapi budak office kata aku letak sampah atas meja. Pffft.

Membuatkan aku teringat, dulu aku mana makan gula2 macam ni. Dulu mesti beli Mentos tak pun Tic Tac. Aku ni memang cheapskate bab certain2 benda. Antaranya ni la. Aku tak faham kenapa kena beli gula2 mint pada harga yang sangat mahal padahal mentos yang singgit++ tu pun dh dapat memuaskan nafsu terhadap mint itu. Ada skali tu time Matrik, aku nak gi 7-e time kelas Physic. Yeah, aku memang suka menyelinap keluar kelas especially time lab untuk pi 7-e. Aku tanya classmate aku, Lye Yee nak pesan apa2 tak. Dia kata nak pesan gula2. Jenama Smint, kaler apa ntah aku pun lupa. Fine, aku pun pi beli. Dia bagi duit kat aku RM10 kot time tu. Aku macam, ala, besarnya duit. Sekali sampai 7-E tengok 5 ringgit lebih kot benda alah tu. Aku cam, takpe la dia orang kaya. Aku makan mentos sudeyh. Sampai la aku start keje. Aku tak tau camne aku leh beli Eclipse tu. Then, aku trus jatuh chenta. So, memang kena ada stock Eclipse kat ofis. Dan tetibe je aku rasa 5 ringgit ++ tu tak de la mahal pun. Tetiber k. Sebelum ni beria-ia aku kata tak mungkin la aku nak hbskan duit dekat 10 ringgit demi gula2 je. Tu yang hari tu aku terkeluar conversation ni ngan Zahir:

ME: *sambil belek2 Eclipse* Rasa sekarang ni macam dah kaya kan?
ZAHIR: Kenapa?
ME: Ye la, dulu makan Mentos je tiap2 hari. Sekarang beli Eclipse je. Dulu rasa mahal sangat benda ni. Sekarang ni rasa takde apa2 dah. Siap kalau tertinggal kat mana2, rasa nak makan beli je lagi satu. Kaya la tu.
ZAHIR: *gelak gila2* ntah apa2. Beli Eclipse pun kaya ke?

My faveret. Blackcurrant. Sedap gilos.

Pastu, pasal Starbucks. Aku bukan peminat kopi. Tak boleh masuk. Except nescafe susu. So, aku tak reti la nak bezakan jenis2 kopi. Cappucino la, Mocha, Latte. etc. So aku pun tak berminat langsung nak pegi kedai2 cam Starbucks or Coffee Bean. Sebab dah la mahal gila, pastu kalau aku nak beli, choice adalah sgt limited. Setakat beli chocolate drink je. Boorrring. Zahir pun terikut la dengan propaganda aku tentang Starbucks. Setiap kali dia teringin aku akan kata "Membazir la. Kopi je kot. Kalau guna duit tu gi kedai Makcik boleh dapat 10 teh ais k" So, terbantut la cita-cita coffee lover ini.

Tapi sekarang kan dah keje. Kat bawah office Starbucks. Siap dapat discount lagi sebab Starbucks tenant diorang. So pakcik itu pun, rajin la ke Starbucks. Pastu bila kuar audit pun rajin je gi Starbucks. Selalu dia ajak aku, aku punya alasan seperti di atas tu la. Tapi pada suatu weekend, kitorang nak buat kerja sket, nak pakai internet. Lupa la, nak buat apa ntah.

ZAHIR: Hmm, nak buat keje kat mana ek?
ME: Oldtown la.Yang dekat ngan Bulatan Pahang tu. Tak ramai orang. Tempat besar.
ZAHIR: Ala, tempat lain la plak. Tukar angin.
ME: Ikut la, mana pun. Tak tau sangat tempat2 ni.
ZAHIR: Starbucks la.
ME: Mahal kot. Membazir je.
ZAHIR: Takpe la, saya belanja. Pilih la nak gi Starbucks mana.
ME: Saya mana la tau Starbucks ada kat mana. Saya tak reti minum benda2 mahal macam awak ni. Orang kaya cam awak layan la Starbucks ni.
ZAHIR: *gelak menganjing aku* Tapi awak makan gula-gula orang kaya.

Iced Caramel Chocolate. Ntah btul ke tak gambar aku google ni. Haha, aku hanya boleh minum ini dan jugak iced hazelnut chocolate. Yang lain, x leh masuk. :P

Kuang asam sangat. Tapi kan tapi kan.. aku nak bwat confession ni. Tetibe kan skang ni, aku sket2 pun nak gi Starbucks. Hahaha. Tu la ngata orang sangat kan. Last2 kena balik kat diri sendiri. Siap rasa nak pinjam kad Starbucks pakcik tu. Adakah ini tanda2 aku menjadi semakin kaya?? *lempang muka sendiri 800 kali*


p/s: In case satgi ada orang kata aku berlagak ke, show off ke, tolong la ek. Student2 pun ramai makan Eclipse ngan minum Starbucks. Aku nak tunjuk betapa kedekutnya aku sampai feeling2 kaya bila menjadikan mereka2 ini menjadi sebahagian lifestyle aku. Wah,,, iolls rasa elitist sangat cakap macam tu. Harharhar





Thursday, August 16, 2012

Dah genap 4 tahun.. Cepatnya masa berlalu..

Start dengan study sama2.. menjalankan hobi sama2.. buat kerja gila sama2.. praktikal pun sama2.. grad sama2.. pendek kata semua pun bersama2.. Semoga Allah berkati hubungan ini dan menjadikan kami lebih baik lagi. Moga murah rezeki untuk ke peringkat seterusnya..

TQ en. Zahir for everything. Always being with me no matter what. Even though masing2 dah busy ngan kerjaya, you still try to spend a lot of time with me. Haha, yang lain tu dah wish depan2 kan.. so kat blog post sket2 ye. TQ for accepting me for who I am. I may not be perfect, but I'm always trying to be better for us. Happy Anniversary.. hehe





Thursday, January 26, 2012

WORD

I was just having our compulsory daily phone calls. Wah, compulsory gitu. Haha, compulsary on the day we did not have chance to meet.

I thought it gonna be an ordinary one. But he said something that really touch my heart at the end of our conversation. I am really really touched. Like seriously. And my head kept thinking about it until now.

I love you. You always make me stronger than ever and this time too. I won't give up. Why should I give up when there is someone who is always keep on believing in me. You made me believe that I can do it. Thank you so much. You would not know how your words mean to me. It means a lot. And I love you for that. Keep on believing in me, and I won't disappoint you. InsyaAllah. And I always hope for your support forever and ever. :)

p/s- Thanks for reminding me I can be immature sometimes. I really need this kind of reminder to keep on with my life. Thank you so much sweetheart <3

LOL, jauh beza saiz kaki

Tuesday, January 17, 2012

Woman's Logic

Kalau rajin layan 9gag, mesti korang tau kartun2 pasal woman's logic kan.. aku rasa banyak yang btul jugak. Heehee, women are mysterious creature. Memang nothing can describe woman. Kalau argue ngan pompuan, jangan harap la nak menang. Kalau ko btul pun, pompuan nak menang jugak. Kalau ko salah, lagi la pompuan menang kan.

Ni adalah citer benar berlaku semasa tengah makan ngan Zahir.Lebih kurang gini la conversation dia. Aku tak ingat apa benda dia cakap yang sama sangat macam Olie, so aku pun nak kaitkan la birthdate diorang ngan perangai diorang.

Me: Mesti sebab korang lahir bulan 3. Sebab tu lawak giler. Sebab tu dua2 saya sayang. Hahahaha. Korang2 dua2 Pisces kan.

Zahir: Tak la, saya Aries kot.

Me: Olie Pisces. Awak mesti la Pisces jugak. Dekat je kan. Dia 19/3, awak 23/3.

Zahir: Masalahnya saya Aries kot. Besday sapa sekarang ni?

Me: Eh, haah.. betullah Aries. Hehe, silap. Selalu ingat je.

Zahir: Haah. Aries. Sama ngan Abg Daim. Dia 28/3

Me: Eeeeee, besday abang sendiri pun tak ingat. 27 kot. Dulu awak bgtau 27.

Zahir: Ya Allah, 28 la. Dah bertahun2 dok celebrate sama2 tak kan salah kot.

Me: Ye ke. 27 la.

Zahir: 28 la. Dah 24 tahun jadi adik beradik x kan salah kot.

Me: Macam 27 je. Hmmmm

*bukak fb Abg. Daim, tgok info*

Me: Oh, hehehe, betul la 28.

Ni Zahir punya reaction

Friday, December 16, 2011

DugaanNya

Hai2 everyone..

Hari ni baru ada masa dan mood nak tulis kat sini. Actually I have been going through a rough 2 months (approximately). Within this time, I know I have been hurting a lot of people around me. Right now I am trying to get everything back on track. Dalam 2 bulan ni, macam2 penyakit saya dapat. Tak tahu la saya dapat penyakit ni disebabkan stress atau stress datang disebabkan penyakit yang bertimpa-timpa ni.

Kadang2 tak percaya macam mana sakit macam ni boleh menimpa. Tapi semua ni kan dugaan Allah s.w.t. Dengan sakit fizikalnya, mental pun terjejas. Sampai terfikir ada kena buatan orang ke aku ni sampai selalu mimpi pelik2. Hopefully taklah. Apa yang boleh saya buat adalah lebih dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tak cukup dengan tu, ada jugaklah insan2 yang ntah siapa asyiklah try nak memburukkan hubungan saya dengan Zahir. Benda since dari Shah Alam dulu, ingatkan dah habis dah, sekarang muncul balik. Sapa tau cara macam mana nak trace private number ni? Ni pun penyumbang stress jugak.

Pastu boleh plak baru2 ni ada orang kasi link fake fb profile Zahir. Mula2 dapat tu terdetik jugak kat hati saya, Zahir ni ada fb lain ke kan. Memang macam2 dah dalam kepala hotak, tapi bila tgok balik, profile fb tu baru create, dalam pukul 3 pm camtu. Waktu tu Zahir kerja dan I'm so sure he wouldn't be on fb pun. Dia balik kerja, saya pun tunjuk kat dia, kitorang pun tak tau nak suspect sapa. Time kitorang tengok dia tak ada friend pun tapi risau la kot2 orang tu guna buat benda tak elok dan fitnah Zahir plak. Dan, kitorang syak orang ni dalam friendlist kitorang gak sebab gambar tu hanya ada kat Lan and kat fb Zahir. Dan gambar Zahir adalah private. I guess dia terbaca status fb saya kot pastu dia delete dah profile tu skarang. To that person, tolong la jangan buat benda macam ni. Kalau tak puas hati, cakap je la terus terang k.

Macam2 dugaan yang jadi jugak boleh menjadikan kita lebih baik kan? Mungkin ini lah hikmahnya dugaan Allah s.w.t. Saya bersyukur sangat di waktu rasa macam lost dan depressed, my other half banyak membantu with his moral support dan nasihat2 dia. Alhamdulillah, dia pun dah banyak berubah. Waktu tu, baru la tersentuh hati ni. Dan bila berdepan dugaanNya, Alhamdulillah, seriously tak sangka dia banyak bagi nasihat bukan untuk buat aku happy, tapi buat aku sedar betapa aku ni hamba kerdil yang sentiasa diuji, dan bila diuji aku harus mengadu kepadaNya. Pernah terbaca artikel kat fb kot yang orang share, carilah pasangan yang boleh buat kita makin dekat denganNya, bukan makin jauh denganNya (something like that la, tak ingat proper ayat dia). Sekarang baru dapat merasai apa makna phrase tu.

Saya ni bukanlah pandai sangat bab2 agama ni. Tapi harapannya dapatlah improve diri ni sikit2. Kawan2 kat fb pun banyak share benda2 yang berguna. Kat blog pun macam2 nasihat yang boleh memuhasabahkan diri. Saya dalam proses memperbaiki diri dan mencari balik diri yang hilang. Mungkin ini lah hikmahnya segala dugaanNya. Supaya kita tak terus lalai dengan dunia. Dunia ni makin dikejar makin susah nak puas, memang takkan puas. Sebab semua ni pun milikNya.




Saturday, September 17, 2011

Aktiviti Di Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia and that also means.. PUBLIC HOLIDAY yo~. Let's go party and rock your body *ala2 lagu 2NE1*. Ceyh, berangan la ko nak gi party kan. Lepak rumah sudeyh. Walaupun tak pergi tengok perarakan live ataupun kat tv, saya still lagi menghayati makna hari bersejarah ini. Tak perlu pada Hari Malaysia je, tiap2 hari pun saya rasa bersyukur dan bangga dilahirkan di negara yang harmoni dan sangat aman ni. Cuma lately, ramai yang cuba menjadi perosak kesejahteraan negara kita dan semoga Allah sentiasa lindungi negara Malaysia ni dari ancaman mereka2 ini. Dah la, kalau cakap pasal benda ni, mau saya membebel 2 hari 3 malam ni.

Memandangkan jalan kat tengah KL tu confirm2 la jam dan banyak jalan tutup kan, so apa lagi tempat yang terbaeek untuk dituju? Pastilah Wangsa Walk Mall kan. Saya dan Zahir pun kuarla beli tiket citer Bridesmaid untuk pkul 4, then makan kat Popeye. Yummeh. Lama tak dapat ni. Then, dia gi semayang Jumaat, saya plak lepak cc main game. Dah siap semayang sumer, kitorang pun balik la ke Wangsa Walk. Before masuk hall, saya pun pergi la mendapatkan ini...

Introducing the new member of my collection~~


Warghghg, the pic is already a crap, then i edited it and it is officially crappier. Should get a decent camera la after this. This phone's camera is really frustrating.

Whatever la. Sebelum saya pi pecah tabung kira duit nak beli kamera, meh nak kenalkan new tumbler for my collection. Sejak bila ntah hari tu tetiber sronok kumpul tumbler kat tgv nieyh. Lawa2 ok, walaupun kadang2 peluh2 la sket nak kuar RM14-17 nak beli benda alah ni.. Ye la kan, kalau beli set biasa dapat jugak popcorn ngan coke, takdela mahe bebenor cenggini. Tapi, disebabkan dia best, so pejam mata je la time bayar. Yang ni special dia sebab ada roda bawah tu woo.. boleh main tolak2 before tido woo. Memang best la benda ni.. tak penah tengok mainan cenggini kan?? Hahhaa, tak sabar nak tunjuk kat Razin benda ni. Confirm dia jeles. Tu la, hari tu Mak Cik ajak tengok Cars 2 sesamer tak nak, siap beli DVD awal2 before tayang kat wayang lagi. Hmmph, tengok skarang, makcik ada tumbler boleh tolak main2 siap.

Then, pas siap tengok wayang. Lepak jap kat Mamak Corner di mana terjadi la insiden yang menyakitkan hati. Serius rasa nak mengamuk. Tapi sabar je. Cool2.. Meh nak story~~

Sampai2 je kat kedai kitorang pun duduk la. Datang la Mamak (aku rasa Bangla je) ni amek order. Familiar je mamat ni sebab selalu gak dia amek order kitorang.

M: Mau order apa? *Sambil sengih2 tengok Zahir*

S : Nasi Lemak ngan teh ais

Z : Hm...

M: Roti bakar tak mau? Telur separuh masak? *sengih2 lagi yang membuatkan saya pelik, pehal mamak ni dok sengih2*

Z : Tak2, bagi nasi goreng kg ngan nescafe o ais. Tambah telur mata.

M : Tak mau roti bakar ah? *Sengih2 lagi mintak penampar*

S : Apesal Mamak tu tanya camtu *otak dah fikir macam2*

Z : Ye la, kadang2 kan makan ngan a.daim kat sini.

S : Oh, ok.

Then, dia bawak la makanan. Yang Zahir plak setiap masa pun nak terlebih peramah.

Z : Nasi goreng ni sekali ngan telur ke.

M : Asing.

Z : Oh, patut sekali la. Nasi goreng kg kena la ada telur.

M : *Sengih2* Pagi tadi you ada makan sini ka. Roti bakar ngan telur separuh masak.

Z : Eh, tak ada la. Malam ni je i datang.

M : Oh, ye ke? Tak ada ek *sambil sengih2*

Z: Tak ada la. Kenapa tanya? Ada org makan tak byr ka?

M : *Angguk2 sambil berlalu pergi*

Siot je. Jadi dari tadi kitorang datang ko dok perli2 ke apa. Masalahnya ni bukan first time jadi tau. Hari tu waktu Zahir makan ngan Abg Daim pun diorang tak bg Abg Daim beli rokok. Siap tanya lagi pagi tadi Abg Daim ada amek rokok tak bayar. Padahal dia baru je sampai dari Alor Setar before gi makan tu. Sekali boleh terima la kan. Tersilap. Ni sampai dua kali jadi hangin la weyh. Dah tu apa guna cctv korang tu. Props drama ek. Nak bagi nampak effect kedai mamak yang best? Tu dah confirm2 kat belakang tadi dok ngata2 kitorang kan. SSSIIIIOOT je. Memang rasa nak ban la kedai ni. Tak pun nak pergi lagi sekali, nak cakap sket kat Mamak yang dok tanya kat Zahir tadi. Lain kali, cek betul2 dulu.. sebelum main terjah je org. Tadi dah ada rasa nak gi sound tapi mamak tu dah balik pulak. Tapi lepas sound confirm2 la tak leh mkn situ dah kan. Kang dia buat order ludah2 dalam tu plak kan. Hmmm, tengok la camner.

Yang pastiiiii, bengang sungguh ngan itu D.Mamak Corner kat Melati tu. Haish.


Saturday, September 10, 2011

Three Wonderful Years..

OMG, it's almost one month and only now I got the chance to post this. Kebetulan after our anniversary celebration got lot of things to be done then raya plak.. so no time to update. I should be more rajin la updating this blog.

Little did I expect that I would be this happy after meeting this guy. The guy that I thought was a sombong guy yang berlagak mentang2 dia bawak Gen-2 *haha, there is one story behind this*. The guy that I thought was annoying bcoz he kept on texting me and when I don't reply or give late reply, he will send me more and more SMS. The guy that I found hard to believe him bcoz he loves to make jokes that I took seriously. The guys who I thought very jahat bcoz loves to buli Aizudin. *wah, ingat lagi aku kat Aizudin*

And now, that guy is a big part of my life. A part that I will always carry in my heart. The one who always care for me and never let me cry alone. He will be there during my hard and fun times. He will protect me from any harm.

To Encik Zahir,

- Thanks for the wonderful three years

- Thanks for being with me through all the hard times and never let me cry alone

- Thanks for accepting me for who I am. I knew I can be a jerk sometime *mm, maybe most of the time, but you still love me for that*

-Thanks for taking care of me this whole time and never let me be in difficulties

-Thank you for not getting bored sending me SMS everyday without fail for this three years. I guess we are just too addicted to each other. Hahaha

- Thanks for everything.. I believe if I were to list them all here, it would be damn long. So, should stop here. I believe you know what I will be saying right. Thank you thank you thank you.

I hope that I can be a good partner of your life too. I know I'm not perfect but I am always trying to be better for you.

Oh yeah, I should be thanking Nor and Yaya too. Sebab kalau bukan sebab Yaya x datang kelas and Nor x nak balik sebab nak sembang ngan Asri, I wouldn't be walking alone to hostel and that guy wouldn't have the chance to approach me. Haha. Nak jugak korang contribute kan.

Ok lah everyone, now you can start puke..




Thursday, August 11, 2011

Wishing him the best..

So, today Mr Zahir went for his two interviews. And, I'm waaaayyy much nervous than him. Memang slalu pun camni. Pakcik ni slalu lepak je saya sorang je dok risau nervous2. Hmmmph, siap ngantuk2 lagi. Kalau saya la nak kena interview, bukan takat mengantuk, nak menguap pun tak selera.

Tapi Alhamdulillah, pas interview trus dapat kerja.Hehe, Congrats! Tapi should take some time before making decision kan. Because he is hoping for the second interview. Whatever it is, rezeki itu di tangan Allah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Istiqarah is the best way to decide on something kan. So, maybe you should do it pakcik driver!

Alhamdulillah, everything going on so fine lately cuma tak hantar report lagi. Haha, mula2 nak hantar hari ni, tapi x sempat gak siap. So, hantar Jumaat la jawabnya. Ini la satu tabiat saya dari sekolah sampai sekarang tak ubah2. Buat kerja last minute. Kalau dulu assignment cikgu bagi time cuti sekolah dua bulan kan. Nak jugak buat sehari dua before habis cuti kan.

That is one thing I realize about MRSM student. Ni research yang saya bwat ngan partner in crime time kat Taylor dulu, Beebee. Tapi research ni kitorang bwat ke atas kanak2 terencat lepasan MRSM je lah. Sebab, pasal skolah lain kitorang x tahu la plak kan. Time kat Taylor dulu ramai gak la kanak2 MRSM ni dalam kelas kitorang. Kitorang ni macam masuk air sikit. Muka masuk lambat kitorang dua, muka yang menghiasi line paling belakang dalam class pun kitorang jugak, muka yang time lecturer mengajar dok pot pet pot pet, pastu bila lecturer tanya soalan buat2 kusyuk menulis. Muka kitorang je la yang slalu tak siap latihan Math tiap2 hari. Memang apa2 yang buruk tu memang kitorang je la. Time tu rasa stress jugak la kitorang. Budak2 dalam kelas tu memang skema habis. Rajin tak hengat plak tu. Kitorang je time experiment kat lab Physic pergi curi2 kuar gi 7-E beli makanan sebab lapar.

Dari situ la kitorang dok muhasabah diri (ni selalu session lepas dapat result test or quiz teruk) kenapa la kitorang ni tak leh jadi cam diorang. Rajin jer. Asal ada masa terluang buat homework ke, study ke. Yang kitorang ni pantang free, mula la datang idea shopping la, ice skating la, movie la. Kitorang pun analyze kenapa kitorang ni macam alien sket sebab perangai lain dari budak2 ni kan. Then, kitorang perasan la beberapa makhluk yang perangai sama ngan kitorang. Antaranya, Trah, pastu budak2 laki macam Az ngan Alif(ada some names lagi, tapi diorang bukan from MRSM, so x leh jadi sample). Kitorang ni ala2 kanak2 yang macam x berapa nak rajin sket. Suka main je banyak. Then, baru perasan apa persamaan kitorang. Dalam sumer kanak2 MRSM dalam batch kitorang tu, kitorang 5 orang je yang masuk MRSM since Form 1 walaupun MRSM lain, tapi perangai sepesen je. Yang lain tu sumer masuk Form 4. Memang ketara giler perbezaan kalau tengok.

Yang kitorang ni pemalas tahap dewa, buat assignment pun tunggu sampai paling last minute lah. Kirenyer, kalau tenggelam dalam air tu, tunggu sampai dah masuk hidung baru nak hegeh2 mintak tolong la. So, kitorang berpendapat yang masalah malas kitorang tu bukan salah kitorang tapi memang genetik kanak yang masuk MRSM form 1 begitu gamaknya.

Ok, sekian. Research ni suka2 je. Jangan plak ada terasa. Kita kena cari someone to blame jugak kan. Takkan nak salahkan diri sendiri plak malas. So, kita salahkan sekolah. Hahaha.

p/s - Tetiber rindu gile kat Beebee. I should write a special dedicated post about her la. Hehe


Sunday, February 28, 2010

Driver sapa la ni~~

Lokasi: Dalam kereta
Masa: Baru lepas balik dari lunch

Saya: Warghghghg, panas giler kan skarang?

Pak Cik Driver: Tu la pasal.. nasib baik ada peti ais kat rumah, boleh sejukkan air. Eh, nak air tak bawak balik bilik? Japgi kang dahaga.

Saya: Eh, tak apa la. Ada je air kosong kat bilik

Pak Cik Driver: Ala, yang tu tak sejuk. Nak tak? Saya turun gi beli.

Saya: Emm, ok jugak. Tapi saya turun beli la. Kenapa awak nak turun beli plak, saya yang nak minum.

Pak Cik Driver: Tak pe. Panas la ni. Dok dalam kereta, amek angin air-cond sudah. Saya gi beli.

Saya: Waaaaaaahhhhhhh... sangat baik dia hari ni. Bagus2.. Sejak bila jadi baik ni ha??

Pak Cik Driver: Dah nak bulan Mac dah. 23 hb dah dekat...

Saya : 0.0

Hadoi~~~~~~~ Ada udang balik keowteow kungfu rupanya...

Hari Melayan Manusia Mengidam~

Malam Jumaat hari tu SMS ngan Zahir sampai hampir2 pukul 5 la jugak. Then, keluar cerita pasal nasi mamak. Tetiber dua-dua pun jadi sangaaaaat lapar. Nasib baik dapat tahan nafsu ok. Rasa macam nak je ajak dia kuar kol 6 gi breakfast mamak kat BB. Alhamdulillah, nafsu makan dapat ditangkis dengan jayanya. Ho yeah!

Esoknya bangun lewat. (what do u expect.. tido pas subuh mcm apa da~) Zahir ajak gi pekena mamak. Yummy!!! So, destinasi dituju adalah NZ Wangsa Maju. Nom nom nom nom. Sorry, gambar tak ada sebab sangat4 lapar, kol 4 baru makan lunch. Alhamdulillah. Kenyang giler k. Just amek ayam ngan sotong. Zahir amek sayur-sayuran plus pedal plus ayam. Then teh ais 3.

Misi mencari seluar berakhir dengan kehampaan :(

So, tukar plan gi beriadah. Waktu datang tadi plan nak gi main layang-layang tapi cuaca kurang memberansangkan, so tukar plan jalan2 sekitar KL. Tetiber dapat plak idea pergi Tasik Titiwangsa. Dan secara tak sengaja la kami bersiar2 sambil berjalan keliling tasik. WOW!! Sangat hebat. Berpeluh2 dibuatnya. Haha. Tak pernah2 la kitorang rajin mengeluarkan peluh camni. Bila dah rasa cam lenguh kaki tu, dok lepak makan jambu dan mangga. Sembang2, amek gambar, berjalan, duduk2 lagi, dan akhirnya bergerak pulang. Tq busuk for the lovely evening!!(walaupun tengah2 amek gambar pun sempat merajuk)

Hari yang sangat3 seronok~~

Saturday, February 27, 2010

Hari Bergaduh Sedunia :)

Hari bergaduh yang diakhiri dengan senyuman dan kegembiraan.



Bila dapat dengar penjelasan yang sejelas-jelasnya, saya adalah sangat HAPPY. Seronok sangat (sambil tepuk2 tangan goyang bontot.. ok stop it Leen!)



LESSON OF THE DAY:

1- Lelaki memang tak faham bahasa kiasan. Kena cakap straight to the point baru nak faham. Tu pun lambat jugak la nak faham. Hahaha.. dah bergenang air mata sket baru nak faham.

2- Jangan simpan rahsia dari pasangan anda. Eh, tapi kalau rasa diri tu belum ada sijil nikah, kena la tahu apa yang perlu diketahui dan tak ye. Pandai2 la fikir. Takkan la tak bagitau malam2 tido pakai apa pun dikira menyimpan rahsia??? (oh, ada member saya kena ok.. bukan rekaan k) So, kalau benda yang tk perlu dirahsiakan tu, jangan la rahsia2 k??

No winner dalam Hari Bergaduh Sedunia. Dua2 pihak dapat hadiah berupa senyuman ikhlas yang tak ternilai harganya. (ok, geli plak tulis mende ni.. haha)

bubbye sweeties, see ya later~~