Showing posts with label jom makan. Show all posts
Showing posts with label jom makan. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

OM NOM NOM : Cupcake Chapter, Ukay Boulevard

Hai uolls.
Sebenarnya nak update pasal majlis aku. Hehe, tapi banyak gambar tak copy dari photographer2 tak bertauliah aku. So, nanti2 lah ye.

So, marilah kita ber Jalan Jalan Cari Makan. Lokasi hari ni disuggest oleh Encik Zahir. Hari tu kuar dah dalam kol 3 camtu. So, tak lunch lagi la. Kuar nak potong tali jam kat Wangsa Walk. Aku macam pelik dah pak cik ni pegi Wangsa Walk trus. Tak lapaq ka?? Dia ni kalau bab makan mana boleh tahan lama2. Dah pukul 3 lebih ni.

Pegi potong jam, orang tu suruh bagi dia 30 minit. Aku ngan Zahir round sekejap. Pusing pegi kat dia balik. Aku macam pelik la, dah setengah jam ke? Cam cepat je. Memang tak siap pun lagi. Orang kedai tu pun cakap, lambat sikit sebab jam aku tu cam susah sket kot. Whatever la, tapi aku cam dah lapar. Rasa cam nak marah gak la. Nak tanya kenapa tak gi makan je dulu kan. Tapi iolls semenjak jadi tunangan orang ni telah dinasihatkan practise jadi penyabar ye uolls. Jangan nak merempan tak tentu pasal,takut terbawak2 sampai nanti2.

Ok, cool bebeh cool. Kita watlek, wat tak lapar je k. Tapi last2 orang tu yang meroyan cari waffle sebab lapar.Haha. Aku dah agak dia lapar jugak ni. Tapi by the time siap beli, jam pun siap. So, makan la dalam kete. Pastu dia tanya aku, Ukay Boulevard kat mana. Aku pun jawab, kat area Ukay la tu.Bijak kan iollls?

Rupa2nya tepi MRR2 tu je. Yang ada Tutti Frutty tu kan. Ha, situ la. Aku pun tanya la nak buat apa. Dia pun jawab, nak gi Courts. Cari barang rumah jap. Aku dah cam nak berasap sket. Hadoi, ingat kenyang ka makan waffle je?

Pastu dah masuk situ baru dia bagitau nak cari tempat makan.Rupanya Cupcake Chapter nama kedainya. Tapi aku cam tak percaya. Zahir? Cupcake? Sangat tak kena k. Berkali2 aku tanya kot2 salah kedai tapi dia confident cakap nak makan sini. Aku pun apa lagi. Happy la kan, kalau tak dia mana nak makan cupcake2 ni.

Masuk je kedai beriya dia tengok menu. Oh, macam2 rupanya makanan dia. Ingatkan cupcake2 cake2 je. Dia nak makan chicken apa benda ntah. Nampak sedap gila. Rupanya yang tu la Jalan2 Cari Makan promote. Orang kedai tu pun promote yang tu. Terus bersemangat aku nak makan ni. mihmihmih.

Tapi lepas duduk je order2 skali dia cakap habis plak. Tu la, lama sangat dok discuss nak makan apa. By the time nak order, habis. And aku agak kedai tu tetibe packed kot sebab JJCM. Sebab muka pekerja2 dia semua stress dan asyik silap bawak je. Cupcake pun banyak habis.

Jom tengok kitorang makan apa. Jangan la terkejut betapa banyaknya kitorang order sebab Zahir ni bila datang mood nak makan, macam ada saka plak dalam perut. Eh, ye ke bila mood datang? Bukan tiap2 hari ke? Haha.

Ni nama dia hashbrown. Walaupun rupanya agak pelik, tapi sedap. RM2.50 je kalau tak silap
Mushroom soup. Comes with bread and butter. Sedap tapi lupa dah harga berapa.

Cute menu. 

Tak tau la concept dia memang ala-ala kedai tak siap or maybe memang tak siap lagi. Haha

Cupcakes yang sedap. Kiri tu red velvet. Not bad. Yang kanan Peanut Butter Chocolate aka PB Chocolate. Highly recommended. Sedap sangat2. RM4.50 per pcs. Banyak lagi flavor lain tapi tak berkesempatan try lagi.
My mac n cheese. Sedappppppp gilos. To me, dia x la seberlemak macam kat Secret Recipe or anywhere else. Just nice And who doesn't love cheese kan.Yang ni harga dia RM15.90.
Zahir's fish n cheese. Disebabkan chicken pebenda yg dia nak tu sold out, dia nak amek lamb pebenda ntah Tapi dia tukar fish n chip sebab katanya kesian nanti aku tak leh try (i dun eat lamb :P). Yang ni pun quite nice, Biasa je honestly. Yang ni RM16.90




Overall, memang best tempat ni. Price pun not bad. Tengok kitorang mentekedarah macam jin ni, campur 2 mineral water, semua sekali RM59.60. Not bad la kan. Kalau just makan one course tu kira standard price la. So, korang boleh la try. Jangan lupa try PB Choc Cupcake!


Monday, January 6, 2014

Nom Nom Nom : Minang Saiyo .. Pangako Sa Yo

Hi korang semua.
Lama tak jumpa kan.
Selamat Tahun Baru 2014
Tahun lepas aku memang malas betul update blog.
Banyak gila post yang dok terperap dalam draft
So, tahun ni antara azam aku adalah nak lebih rajin update blog.
Tapi maybe aku akan banyak buat review2 tempat makan, produk ke servis ke gitu.
Sebab aku kan dok sibuk buat preparation majlis (Majlis apa korang agak2 la sendiri :p)
So, review2 kat blog ni memang sangat2 membantu. Why not aku pun bantu orang jugak kan
Hehe, doakanlah semangat ni trus membara, bukan hangat2 taik ayam je.

OKla, first review untuk tahun ni. Restoran Minang Saiyo, Taman Melawati.
Yang Pangako Sa Yo tu Zahir yang mereka-reka nama tu, pastu dah terlekat dah/
Aku first time datang sini Kak Nini yang bawak.
Kat sini diorang jual makanan Minang. Kiranya nasi campur la.
Sebenarnya aku pun tak tau macam mana nak describe makanan Minang ni. Aku tengok lebih kurang makanan Melayu je. Tapi Zahir kata kuah2, gulai2 dia kot yang cam lain sket. Dan jugak sambal dia.

Ni Zahir punya. Ikan Keli goreng dengan daging bakar kot. Daging ni memang best. Setiap kali datang mesti aku pow Zahir punya. Kenapa nak kena pow?? Kenapa tak amek je sendiri?? Tunggguu japgi aku citer.

\
Mine. Ikan keli goreng dengan begedil. Dengan sambal yang sedap. Hehe, macam sedih je nasi aku kan. Macam kering je, mcm sayu je. Selalu orang tegur aku makan macam budak2. Nak buat camne. Memang aku style makan camni.

\
Ni plak masak lemak perut. Sedap gilllloossss. Takde la gilo sangat. Tapi sedap la. Tetibe time tu trus teringat masak lemak cili api Nenek Syam masak. Ya Allah, sedapnyaaaaaa. Over tak aku?? 

Ni rupa kedai tu dari luar. Sorry la kete ni enterframe sebab sebelah tu bengkel kete. Banyak gile kete beratur so dia pun terpaksa enterframe

Ni tempat amek lauk dia. Banyak jugak lauk dia. Tapi aku ni banyak macam mana pun, last2 ikan keli jugak aku ambik.

Ok, kenapa aku nak kena pow2 Zahir punya daging?
Jawapannya.... adalah sebab kitorang kedekut.
Sebab, harga dia quite mahal la untuk nasi campur.
Yang kitorang makan kt atas ni campur teh ais ngan nescafe o ais, total RM20
Means, sorg RM10. Mahal la bagi aku.
Tapi, hari ni amek masak lemak perut tu kan, ok la kot.
Tapiiii perut dalam tu ada brapa ketul je pun. Zahir amek kuah je banyak.
Even hari2 biasa, yang kitorang tak amek masak lemak tu, harga sorg makan lebih kurang RM8 camtu
Ke bagi korang biasa je. Huhu
Teringat plak zaman dok Unisel dulu, makan kat kedai Makcik faveret. Amek la lauk apa pun, air apa pun mesti sorang RM5 je dgn air skali. Pelanggan tetap le katakan. Wah, rindunya kedai Makcik!!

Kalau korang nak pegi, kedai ni kat Jalan Bandar, Taman Melawati. 
Korang cari Balai Polis Melawati, dia kat deretan kedai opposite ngan balai polis.
Sederet ngan kedai Mamak apa ntah, dia hujung skali.
Sila la try. 

BTW, aku dulu kalau tgok drama Melayu mesti macam tertanya2.
Kalau ada dialog makanan kegemaran je mesti masak lemak cili api.

CONTOH SCENE:
Datin A: Wah, anak Mummy dah balik dari Ostolia. Nak makan apa mummy masakkan 
Anak laki hensem : Daniel rindu sangat dengan masak lemak cili api,tak sabar sangat nak makan

Aku rasa banyak gila kot drama macam ni. Asal makanan kegemaran je mesti masak lemak cili api.
Aku macam heh, bunyi macam tak sedap je. Dan aku ni, memang makan cam budak2. Aku makan ayam goreng, ayam masak merah, ayam masak kicap, ikan sweet sour. Aku tak reti nak try benda2 selain ayam, ikan bawal, ikan bilis yang masak sambal, kicap ke.
Aku belajar makan sambal belacan, ikan keli lepas habis SPM k. Sebab dah hidup sendiri so ikut kawan2 try. Perut pun aku tak pernah terfikir nak makan sampai la Zahir paksa try. Sedaaaaap rupanya. Haha.
Sedih kan aku ni. 

Eh, apa aku melalut citer ni. Ha, so kesimpulannya aku tak pernah makan masak lemak cili api ni.
Sampaila pada satu hari tahun 2009 ke 2010 ntah. Aku ikut Zahir, Syam ngan Faiz gi rumah nenek dia kat Seremban sebab nak bagi barang kot. Nenek dia masak masak lemak cili api la.
Perghhhhh, sodap gilo. Aku nak makan banyak tapi segan sebab kitorang datang memang tak plan makan pun. Tapi nenek dia suruh2 makan jugak. Makan makanan dinner diorang. Kitorang plak 4 orang.
Macam alahai, tak baik plak kan. Mengganggu je.
Tapi, sampai sekarang aku tringat2. Zahir muka tak malu makan banyak sampai sakit perut kena berenti kat RnR. Hahaha

Sebagai konklusi, saya nak tanya kat mana boleh dapat masak lemak cili api yang sodap kt KL ni? TQ!

p/s : Aku skang tgh berbisnes online. Jom la korang melawat Magic Little Closet. Tengok apa yang berkenan. Mention je bgtau korang blog reader insyaAllah aku try bagi best price. Tapi best price aku takde beza sangat pun sebab aku memang jual murah2. Jom2 cuci mata k.

Saturday, May 11, 2013

My dearest friend

Tak tau kenapa semalam saya macam ditakdirkan untuk menjadi pengdengar masalah rakan2. Tanpa sengaja berada di samping mereka semasa mereka sedang bergelut untuk menahan perasaan. Bila saya tiba, mereka dah tak tertahan, lantas mengalir air mata.

Seorang dengan masalah hubungan percintaan. Seorang lagi dengan masalah kerjaya. 

Masalah percintaan wujud bila kepercayaan dah pernah diruntuhkan oleh si dia. Oleh itu, bila terjadi sesuatu yang menimbulkan syak.. prasangka baik sukar nak bertandang di minda. Gerak hati atau syaitan yang membisik dan menghasut? Isu utama di sini adalah kepercayaan. Mahal harganya. Sebab itu, bila sekali dikhianati, perhubungan takkan jadi sama seperti dulu. Bekas retakan dan parut akan sentiasa ada. 

Masalah kerjaya pula wujud bila terlalu membandingkan diri dengan orang sekeliling. Bila orang sekeliling bercerita kejayaan mereka, sedangkan diri pula masih di tahap sama, tak berganjak lagi. Mereka pula mendapat kejayaan demi kejayaan makin mara ke depan bersama cita-cita dan impian masing-masing. Rezeki itu di tangan Allah kawanku. Tugas kita adalah berusaha dan jangan putus harapan. Jalan kita akan Allah tentukan. Jika tak dapat apa yang kamu mahukan, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu. Jangan dipersoalkan kenapa. Di hujung hari nanti mungkin kita akan dapat jawapannya.

Doa saya sentiasa bersama-sama kawan-kawan yang tersayang. InsyaAllah, Allah permudahkan jalan kamu berdua dan mendapat apa yang kamu inginkan. Jangan sedih-sedih.. kita gi makan Meatball k~~





Semua gambar ni dicuri dari Alia dan Ah. TQ for the lovely memories :)

Sunday, October 31, 2010

Ber-Saba di Cyberjaya



Hari ni saya, Mama, Kak Nini, Abg Alfi and Afif Nasri-yang-comel-rasa-nak-picit2-je pergi ke KLIA untuk amek Abah from airport (obviously,duh). Abah baru balik from Sabah dan suruh kitorang amek dia sebab nak ajak makan sumwhere.. wah,suprise ni.. ngahaha..*apesal makin lama makin cam org gila aku menaip neyh*

Sampai je kat airport, baru la tahu rupanya abah nak ajak makan kat Kedai nasi Arab Saba kat Cyberjaya.. so off we go!! Ni la tempat yang encik Zahir selalu teringin2 nak pergi tapi x kesampaian lagi~~ not bad.. walaupun ramai orang tapi still selesa. Order Kabhsa Chicken *ejaan pakai hentam je ni* dan jugak Barbican perisa Strawberry. Both were nice!! sedap giler~~ dengan sepantas kilat perkataan like 'diet' or 'control makan' hilang dari kamus hidup k.. *tapi pas makan ada balik la* Banyak lagi menu2 kat sini yang rasa nak cuba tapi makan nasi dia je dah kenyang giler.. Gambar sumer ada kat k.nini n abg alfi la.. kalau rasa rajin nanti saya mintak dan upload kat sini *KALAU RAJIN YE*

Oh, btw. Afif Nasri sangat comel.. dia suka gelak2.. ni ada sket2 gambar curi kat facebook kak Nini. Harhar, punya la pemalas nak upload. Geram bila tengok dia gelak2.


Wednesday, June 2, 2010

Beberapa jam bersama Encik Zahir

Ini adalah kejadian hari Sabtu. Sepatutnya ikut abah gi Melaka hari ni, amek barang2 Syafiq bawak balik KL. Tapi tak jadi, pastu kena bagi barang kat orang. So, encik Zahir came to the rescue. Huhu, dia ada kat KL, weehoo. (Tq busuk buat suprise)

Dah setel keje, kitorang pun mencari tempat lepak and makan sebab Encik Zahir belum lunch. Merayau2 kat area Wangsa Walk tu sebab ingat nak makan kat sana, sekali ramai je orang so malas nak sesak makan kat area2 tu jugak cuma bukan dalam mall lah, makan kat Wangsa Link. Zahir mau makan Ayam Penyek, tengah round cari parking terserempak Aiman. Agak dah. Pak cik ni confirm ada punya area2 ni. Haha.

Setel parking, tanya la Zahir nak makan kat makan sebab dekat ngan kedai Ayam penyek tu pun ada Bangi Kopitiam. Dia kata nak makan Ayam Penyek. Tapi yang peliknya dia jalan masuk Bangi Kopitiam. Ingatkan dia tukar fikiran lah kan. Pak cik ni pelik jugak kadang2. Dah order apa segala, tetibe dia kata "Mana ayam penyeknya? Langsung tak ada dalam menu pun?" Wahaha, silap masuk kedai rupanya pak cik ni.

Tapi takpe la, sebab nasi lemak adalah sedap nyum3. Bihun goreng tak sempat rasa(pffft, sengaja makan cepat lah tu) Pastu saya minum Choc Peppermint which looks very beautiful tapi taste like ubat batuk. Wahaha, menyesal ok, tapi habis jugak sebab mahal.. tak nak bazir. Tapi pastu rompak la kiwi juice Encik Zahir. Overall, boleh datang lagi kedai ni tapi sila order air lain. Hehe.

Then, Zahir pun saya hantar balik. Had a great time walaupun kejap je jumpa..


p/s: Dah betulkan layout, yay!! chatbox nampak lebih sihat . And tq to Olie bagi pinjam cable so boleh transfer gambar (cable n card reader sumer tinggal kat encik zahir..hehe)

Sunday, March 14, 2010

Unexpected events yang sangat menggembirakan~~


Ini adalah citer hari Sabtu 2 minggu lepas. Wahaha, lama giler punye cerita kan. Takpe, saya memang malas sebab macam nak upload gambar sekali.

Macam saya cerita minggu lepas, ayah saya naik flight gi London Sabtu 3.40 pm tapi saya baru dapat tahu hari Sabtu pukul 1.00am. Dan disebabkan encik Zahir kesayangan (cubaan membodek sehabis mungkin mana tau dapat rasa makan belanja lagi) telah mengofferkan diri untuk menghantar saya balik Melati, saya pun rasa macam nak buat suprise plak kat Abah. Ye la, diorang mesti tak expect saya nak balik kan. Heehee.

So, pagi2 kitorang bertolak balik. Before tu, saya SMS abah tanya nak bertolak gi airport kol baper. Dia bagitau dalam kol 10 kot. Tetiber saya dah muncul depan rumah. Terkejut giler Abah. Then sembang2, abah ajak pegi airport sekali. Saya pun mengelat2 la cakap ada keje la, apa la, sebenarnya kesian kat Zahir sebab janji sampai Melati je kan. Takkan nak tinggal dia saya gi airport plak. Kejam giler. Waktu ni Zahir kat luar. Konon segan ah. Haha. Pastu Abah n Kak Nini cakap ajak la Zahir sekali. Saya pun dengan pantas SMS dia, dia cakap dia ikut je. Yay! Confirm ah kena ikut kan. Lagipun cam rindu je jumpa ngan Razin and Anis. Jumpa kat airport japgi pun jadi la.

Abah, Mama, Kak Nini ngan Abang Alfi naik satu kete. Diorang nak gi money changer dulu. So, abah cakap just jumpa kat LCCT by 12pm. Sebenarnya kan, kitorang dua2 tak penah gi LCCT. Zahir cakap dia penah gi sekali dua je. Saya langsung tak penah. KLIA penah la. Tapi, saya rasa on the way ke KLIA tu ada je sign board LCCT. So, sebagai seorang survivor yang agak layak masuk Amazing Race, kitorang pun berjaya sampai. Awal ok, 11.30 pun dah sampai dan menjadi kumpulan pertama sampai ke check point. Yang lain tak sampai2. Dah la kitorang tak makan apa lagi. Ajak Zahir gi Oldtown minum2 and makan butter kaya thick toast. Sebab dah dekat sangat ngan lunch. Japgi confirm diorang ajak makan sama kan.

Tak lama pas kitorang siap makan, diorang sumer pun sampai. Sementara abah settle hal dia, kitorang buat la hal masing2. Yang pompuan confirm la pot pet pot pet.Saya plak melayan Razin. Abang Aejal sibuk dok menjaga Anis yang kecik tapi lasak mengalahkan budak laki. Bestnye bila tengok Zahir ngan Abang Alfi. Haha. Dua2 orang duduk bersama2 sambil masing2 termenung. Dua2 muka bohsan. Abang Alfi memang pendiam sket. Yang Zahir plak 'pemalu' kan hari tu. Dah la abah ajak sumer makan McD. Zahir memang muka awkward giler. Haha. Makan pun ala2 sopan gitu, berlakon neyh!

Lepas abah naik flight sumer, masing2 balik. Oh ye, lupa citer. Zahir dapat duit PTPTN hari tu. Dah la tak bagitahu saya. Surprise la konon. Wek. Dia nak beli seluar. So, ke JJ AU2. Dah settle beli seluar dia, ke Wangsa Maju. Ye, acara wajib setiap sem bila dapat PTPTN adalah belanja saya! Yay~~ sem ni destinasi adalah Restoran Kak Eita.

Makanan kat sini konsepnya adalah steamboat ye kawan2. Buleh amek set ataupun buffet. Buffet seorang adalah RM28nett per person. Macam2 ada ye, buleh makan sampai kembung. Sate ada,kambing bakar ada, dessert dia pun sedap ( tapi x try pun sebenarnya, sebab dah penuh giler). Tapi satu je tak braper berkenan dengan restoran ni adalah kekurangan kemesraan kakitangan dia. Nak senyum pun susah giler.Rasa nak tarik2 je muka dia bagi senyum sket. Tak pe tak pe kita abaikan lelaki yang tua lagi pemalas senyum itu. Makan lagi best la nyum3!!


Huhu, itu je gambar yang sempat upload. Banyak keje la nak bwat. Suasana kedai ni memang best walaupun kecik je kedai dia, tapi dia pandai decorate. Ada miniature punyer air terjun. Tenang sangat. Tapi mcm saya cakap tadi la, pekerja dia kedekut senyuman betul. Haih. PMS kot.






















Sunday, February 28, 2010

Hari Melayan Manusia Mengidam~

Malam Jumaat hari tu SMS ngan Zahir sampai hampir2 pukul 5 la jugak. Then, keluar cerita pasal nasi mamak. Tetiber dua-dua pun jadi sangaaaaat lapar. Nasib baik dapat tahan nafsu ok. Rasa macam nak je ajak dia kuar kol 6 gi breakfast mamak kat BB. Alhamdulillah, nafsu makan dapat ditangkis dengan jayanya. Ho yeah!

Esoknya bangun lewat. (what do u expect.. tido pas subuh mcm apa da~) Zahir ajak gi pekena mamak. Yummy!!! So, destinasi dituju adalah NZ Wangsa Maju. Nom nom nom nom. Sorry, gambar tak ada sebab sangat4 lapar, kol 4 baru makan lunch. Alhamdulillah. Kenyang giler k. Just amek ayam ngan sotong. Zahir amek sayur-sayuran plus pedal plus ayam. Then teh ais 3.

Misi mencari seluar berakhir dengan kehampaan :(

So, tukar plan gi beriadah. Waktu datang tadi plan nak gi main layang-layang tapi cuaca kurang memberansangkan, so tukar plan jalan2 sekitar KL. Tetiber dapat plak idea pergi Tasik Titiwangsa. Dan secara tak sengaja la kami bersiar2 sambil berjalan keliling tasik. WOW!! Sangat hebat. Berpeluh2 dibuatnya. Haha. Tak pernah2 la kitorang rajin mengeluarkan peluh camni. Bila dah rasa cam lenguh kaki tu, dok lepak makan jambu dan mangga. Sembang2, amek gambar, berjalan, duduk2 lagi, dan akhirnya bergerak pulang. Tq busuk for the lovely evening!!(walaupun tengah2 amek gambar pun sempat merajuk)

Hari yang sangat3 seronok~~

Monday, February 15, 2010

JJ Wangsa Maju...

Smalam tido dengan keadaan yang sangat mendukacitakan. Seriously, memang teruk giler keadaan. Not keadaan as in physically, tetapi emotionally. Macam malas nak tido pun ada. Tapi, what to do. Kena la tido jugak.

Pagi pun mood adalah tak elok. Kak Nini kejut ajak gi breakfast sebab diorang sumer nak breakfast luar. Dengan moodynya saya gelek eh geleng kepala cakap x nak. Mama pun kata biar la saya tido. Nanti bungkus je breakfast untuk saya. Pastu dah puas membuta online kejap sampai diorang balik. Makan, tengok CJ7, nak tengok Melodi tapi otak x boleh nak concentrate even depan tv. Hal semalam still la mengganggu fikiran. Apa lagi, naik bilik golek3 tanpa arah tujuan, sampai la Mama datang bagitau nak kuar baru la kelam kabut nak mandi.

Tengah hari lak pegi JJ Wangsa Maju sebab nak cari seluar untuk Syafiq. Disebabkan diorang sumer lapar (diorang breakfast awal kan), destinasi pertama adalah food court sebab mama nak makan nasi. Saya full actually tapi makan je la kan, amek nasi ayam ngan milo ais. Haih, x best la nasi ayam dia. Then gi beli groceries and then cari seluar Syafiq. Saya memang x ada mood langsung sepanjang hari. Niat di hati nak jugak la beli something dah alang2 kuar ni kan, tapi sebabkan x de mood.. rasa macam nak balik rumah jeeeee.

Sampai rumah pun tengok tv kejap dah rasa menyampah. Naik bilik balik golek2. Sampai Maghrib kot dok bergolek2 mengenangkan nasib, haha. Tapi Alhamdulillah lepas Maghrib everything turn out fine. Lalalalala.. tetiber seronok dan malas nak habiskan entry ni. Hahaha




Sunday, February 14, 2010

A&W + Subway..

Oh, smalam saya cakap nak gi main bowling kan?? Huhu, last2 cancel. Tetiber petang smalam kete kakla rosak on their way back dari putrajaya nak balik batu caves. Hadoi. Tak penah rosak, tetiber je kan. So, kak nini n abg alfi gi amek diorang and balik rumah.

Diorang pun macam penat kan, so last2 cakap x jadi la gi main bowling. Makan2 je la. So, nak la kuar makan kat Wangsa Walk Mall. Ntah saper ntah tetiber tercakap pasal root beer A&W kan. Tetiber Kakla pun teringin. Payah la bila ada dua mak buyung kat rumah. Bile diorang sebut TERINGIN je, dah jadi mcm kewajipan plak kena gi cari benda tu kan. Ye la, takut kempunan la perempuan2 mengidam ini. Haha.

Elok je semua orang dah ready nak kuar, boleh plak Anis tido baikkk punya. Nyenyak gile plak tu. Takkan nak angkut budak tu plak kan. So, cancel lagik nak kuar makan. Beli tapau je bawak balik rumah. Sumer orang pun nak ikut gi beli macam la benda yang nak dibeli tu memerlukan tenaga 6 orang nak bawak kan. Tinggal la, Abah, Mama, saya dan Anis je kat rumah.

Dalam pukul 9.30 diorang sampai rumah dengan A&W dan sandwich Subway. Siap beli aiskrim nak bwat float. Haha. Saya makan coney dog. Nyum3, lama betul x makan coney dog.

Pas makan, main2 dengan Razin, sembang2 sumer then kol 12 diorang pun balik. Haih. Sangat full dan macam sia2 je segala diet beberapa hari ni. Hahahah..

Dan malam smalam adalah malam paling tak best. I mean, selepas makan2 tu lah kan. Ntahlah. Menyesal gila I stay up late. Why why why should i stay awake?? sepatutnya i went to bed early so i won't be soooooo sakit hati like this. And it does hurt until today. Haih.




Saturday, January 30, 2010

I thought you were hot but your attitude makes you look ugly..

Ok, tajuk x de kena mengena sebab it is just somebody's status in twitter. Mcm best, so kasi letak kat situ sebab tak tau nak letak tajuk apa kan...


Hari Jumaat hari tu saya super duper happy duit mara udah masuk (ok, shaddap semua kawan2 yang nak try mintak aku belanja.. duit aku dah nak habis bayar segala buku ok).Sempena menyambut kegembiraan itu, haruslah keluar makan angin kan.. muahahahhaa *gelak stail org kaya kekenyangan*


First destination- SHAH ALAM.

Ceh, semangat kan? Mentang2 nak kena transfer sana, semangat lebih eyh? Oh tidak. Saja nak survey kawasan sebab Zahir want to get an idea how the place looks like. LOL, mcm x penah pegi. I mean, before this tak penah amek port pasal perumahan ke whatsoever kat sana kan.. so kali ni tengok habis2 ye pak cik... Dah puas pusing2, ke Masjid Negeri sembahyang Jumaat. Oh, saya x de la pegi solat Jumaat k, Encik Zahir je. Saya tolong jaga kete. Huhu.


Next destination- ONE UTAMA

Kalau datang sini, buat apa lagi kan. Confirm la tengok movie. Satu perangai kitorang dua ni, x reti2 nak check schedule dulu before pegi tau. Pastu sampai2 nak amek citer yang start around time kitorang sampai jugak. Of course la citer best dah hampir penuh. Tinggal pun seat depan2 aje. Yang Zahir plak, memilih, asal seat depan sket tak mau la. Kalau ikut saya, selagi ada tempat boleh duduk tu ok je. So tadi tak dapatlah nak tgok citer Tooth Fairy, seat depan2 aje. Nak tengok Avatar 3D pun tinggal seat depan je. So, tengok Fame. Ye, kitorang memang gambler. Selalu betul pakai suka hati tengok citer walaupun x baper nak tahu citer pasal apa.


Suprisingly, citer tu adalah best. I don't know about you all la, tapi pada saya and Zahir, it's good. It's kinda motivate us. Ye la, kita kan dalam fasa menjadi dewasa. Sometimes we tend to think that we know what we want and what we gonna be. We don't even care about what the adults have to say. Sometimes, it worth it, sometimes it's not. That's what I got from the story la. Tapi memang best part dance and performance diorang.


Oh, dalam hall tu tadi sempat la tgok gelagat2 manusia ni kan. Mamat sebelah saya ni dah ;a makan hot dog. Ntahla, x faham la naper diorang jual benda ni makan kat hall. Seriously tak tahan la bau dia bile dalam air-cond. Even kalau masuk hall yang dah ada orang dalam tu makan hotdog, memang bau die MasyaAllah, sabo je la. Ke aku sorang je rasa camtu?? Dah la tu, makan mulut berdecip2, yang ni mintak maaf la. Dari dulu, memang sifat kot, bile makan dengan orang macam ni tetiber je jadi marah. Tapi, selalu try untuk bersabar la, sebab nak buat camner kan dah cara diorang camtu. Tapi still, memang aku annoyed la. Tak cukup ngan tu, dah habis makan die main hembus hidung plak. Hadoila... sabar je la....


Dah tu, couple Mat Bangla ngan Minah Melayu sebelah Zahir plak tak habis2 berkissing. Go get a room la moron.. Eh, x baik maki orang. Haha.


Pastu ada sorang minah depan row kitorang sepanjang citer tu dia bising. Gelak2 la. Bila part citer tak lawak pun die gelak kihkihkih, aku pun usya la kan. Sekali tengok rupanya perempuan tu OKU. Maybe mentally disable kot, sebab nak kata Syndrom Down, x ada lak rupa tu. Sgt sweet, parents die bawak die datang tengok movie.Dia pun macam happy je. Gelak2 and all.


Next Destination- SRI DAMANSARA


Yay! Masa untuk makan.. Tengah hari makan my home-made egg sandwich je. So, datang sini trus bantai chicken chop, watermelon juice ngan blueberry yogurt cheese yang giler2 punya sedap..Zahir plak makan lamb chop, orange juice and kongsi cake ngan saya. Nyum3, kenyang giler (walaupun malam tu zahir gi makan nasi ayam lagi kat hostel :p)

Dah siap makan trus balik, nak pegi rumah Farah. Elok je siap mandi sumer, hujan lebat giler. Apa lagi dah stat golek2, mata nak terpejam je.. haih. Itu je lah aktiviti hari Jumaat saya yang tak dapat balik rumah kerana Mama n Abah balik kampung T.T Dah la dah simpan baju busuk banyak2 nak bawak balik rumah. Alamatnya kena basuh sendiri la......ke hantar dobi je?? hahaha









Sunday, September 13, 2009

Bukak puasa di Tupai-tupai~

Smalam adalah hari meneman Encik Zahir shopping raya. So, dalam kol 12 gerak and terus ke Sri Damansara gi basuh kete, pastu Zahir gi semayang Jumaat then baru gerak ke Mid Valley. Sampai dalam kol 3 kot., haha.. sebab saya silap bg direction :p tapi x pe, kitorang sampai dgn jayanya dan bershopping lah die.. Baju of course lah pilihan saya.. haha.. siap shopping sumer dalam kol 5 kot. Pastu dua2 dah x larat nak jalan. Nama pun puasa kan.. Memang x larat giler nak merayau2. Awal2 tu beriya la nak gi arcade main game segala, last2.. dok kat kerusi tgok benda alah diorang hias2 kat court tu.

Lawak giler ok, sempena raya ni diorang hias la ala2 kg. kat tgah tu and then ada 3-4 org mamat ni dok berlakon main sepak takraw.. aku x berenti gelak tgok diorang semangat main dgn muka hepi je memanjang.. ntah baper lama dah diorang dok berlakon tu, maintain je muka hepi.. haha..

Sambil lepak tu dok fikir la nak makan mana. Zahir x habis2 dok bising nak makan buffet and nak yg cam ada privacy sket, konon2 nak romantik la, sebab ni first time kitorang berbuka berdua je dalam bulan puasa ni. Ye la, sepanjang bulan ni berbuka mesti ngan member2 skali.. So, ni je la peluang kitorang nak berdua-duaan (gedik giler :p) sebelum balik raya nieyh.. Plan2 nak makan steamboat kt restoran kak eita kat wangsa maju. So, kitorang gerak la awal sket, sebab x reserve tempat kan, takut penuh.. Tetiber pak cik tu buleh pulak dapat idea nk gi Tupai2. So, apa lagi, saya pun ok saja.

Sampai awal giler k, sebab Tupai2 mana jauh pun from Mid kan..dalam kol 5.50 gitu dah sampai. Haha.. mcm segan plak nak masuk awal2 kan, sebab awal giler.. Tp ada je org2 yg dah sampai. So, kitorang pun masuk je la, check ada kosong x, ada, then pilih tempat.. sembaaaangggg aje...

Muka control lapar~~

Dalm kol 6.45 tu, waiter dia bgtau yg dah boleh stat amek makanan. Criusly, memang best giler makanan die k. Ada western, malay and chinese(ada ke ha?) cuisine.. Aim zahir adalah kambing so dia trus ke western nyer tempat and pulun kambing.. Giler kambing btul dia nieyh.. Kat kg Baru hari tu bper byk dah bedal dging kambing nieyh... Saya plak amek spagetthi.. Terambek byk la plak, dah la Zahir x makan benda ni, memang kena hbskan sengsorang la..tapi sedap la, memang boleh habis pun. Nama pun lapar kan.. Heee

Pastuh amek sandwich, mushroom soup n coleslaw.. Dan jugak butter prawn yg wajibbbb amek.. Hehe, saya giler udang..


Ok, ni kira cam starter je k.. tp zahir ulang gi amek kambing byk kali jugak la. Haha, pakcik giler kambing. Tp lepas tu dah x sempat amek gambar ke apa, terlalu teruja and khusyuk kat makanan je. Lauk dia memang variety. Kalau udang tu, mcm2 jenis masakan ada, ayam, daging, sotong, sumer la. Kuih-muih byk.. bubur kacang dia memang terbaek!! tp waktu tu dah x leh nak masuk. Rasa sesudu je, saki-baki Zahir. Tapi crius sedap. Memang x menyesal dtg sini and bayar RM46 per person. Walaupun niat nak cari tmpat2 romantik, tp dtg sini confirm lah x leh nak senyap sunyi apa.. tp quite ok la sebab jarak from each table x de la rapat sgt, so ok je.. Nyum3!!