Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Awkward sangat!!

Aku rasa sapa yang kenal aku memang tahu la aku ni sangat pemalu *cakap sambil tunduk muka*.
Yeah, aku tak malu bila dengan orang2 yang betul2 rapat dengan aku je.
Tapi nak betul2 rapat ngan aku pun sangat susah.
Sebab aku ni memang reserved orangnya *eceh*

Tapi ngan family memang aku pemalu sikit.
Jarang la aku nak citer benda2 personal, even ada prob pun jarang aku citer.
Pasal hati dan perasaan apa ntah lagi kan.
Pasal Zahir tu pun bukan aku bukak mulut pun, Mama yang tanya dulu.
Sebab Zahir pernah hantar aku balik rumah dari hostel kan.
Aku pun jawab straightforward je.
'Haah, dah ada'.
Pastu Mama tanya sepatah, sepatah jugak la aku jawab.
Aku tak reti nak citer lebih2, apatah lagi nak citer kalau aku ada prob ngan Zahir ke.
Bahaha, memang bukan style aku la.
Even dengan kawan pun jarang sekali la aku nak citer benda2 personal ni.

Tapi tapi tapi... masanya telah tiba!!
Sekarang ni memang banyak betul kena bersembang ngan family pasal benda ni.
Haha, maybe the time has come kan.
Takleh nak elak pun.
Kalau tak bercakap pasal ni memang sampai ke tua la aku tak kawen ~~


Wednesday, February 13, 2013

Yaya's E-day

Hola. Long time no see my blog.

Musim kenduri datang lagi *baca dengan nada iklan Tora*. Bulan 3 ni pun banyak kenduri kawen nak kena attend. Hopefully banyak la yang saya boleh pegi. Tapi paling terkesan bila member rapat a.k.a BFF yang mula mengubah status. Rasa macam, Oh my~~ our life is moving so fast. Sekarang ni banyak gambar gi kenduri orang, pasni penuh gambar melawat orang bersalin plak kan. I feel so old...

Geng row paling belakang dalam kelas. Lama betul tak jumpa. Finally dapat jugak catch up walaupun sekejap.

Yuni, Yaya, Aman, Zahir n Me. Aman tidoq sat sebab penat buat hantaran maybe. Anyway, perut Zahir sgt obvious disitu. Hahahaha. *taksedardiri*

Seronok btul jumpa member lama ni. Aku paling suka bila tengok Zahir ngan Yaya gaduh, Haha, hobi aku since belajar. Gaduh2, pastu mintak tambah lauk kat Yaya. Apa jenis bf la aku dapat ni, style tak tau segan ni. Siap 3 ketul ayam dia bedal. Yaya kahwin nanti memang dah kira 3 kepala dah untuk Zahir je. 

Pastu before balik..

ZAHIR: Ok Aman tu, boleh masuk.
ME: Boleh masuk?
ZAHIR: Boleh masuk tu macam boleh bawak sembang la. Boleh geng
ME: Haha, kenapa?
ZAHIR: Sebab smoke jugak. Boleh masuk la
ME: Hek eleh, pasai tu ja.
ZAHIR: Ya la, orang smoke ni lain sket. Dia boleh masuk la. Senang sembang. Orang tak smoke ni lain sket. Suka pandang serong kat orang smoke.
ME: Blerghhghgh, memang patut pun pandang serong kat korang.

Dasar penagih rokok camni la. Ya, aku panggil dia penagih rokok supaya dia bengang. Dia kata dia tak ketagih, suka2 ja. Kalau suka tu anytime je boleh berenti k cik abang. bwek...

Hoi, ni apa citer pasal rokok ni? Aku nak citer pasal Yaya la. 

Yaya, congrats on your engagement. Semoga semuanya baik2 sahaja dan dipermudahkan semuanya untuk ke peringkat seterusnya pula. Semoga berbahagia selalu~~ 

Luv u lots!! Muah~~<3 p="">