Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Achievement Unlocked : Bergambar Dalam Toilet Pavi

Semalam aku gi setel borang nak medical checkup. Pastu, gi jumpa Aah ngan Pina kat Pavi. Miss them so much. Lagipun, ada pesan buah tangan from Kelantan.

Lepak kat Subway lama giler. Makan kejap je pun. Borak yang lebih. Terubat la sikit rindu nak gelak gila2 ngan diorang.

Pasal interview keje Aah, pasal rumah sewa baru Pina kat KJ, pasal Pina nak kawen, pasal Pina nak kawen, pasal Pina nak kawen. Haha, basically banyaknya paksa Pina ngan Shahir kawen cepat2. Citer aku nak kawen tu dah boring sangat dah.

Window shopping kejap. Anyway, aku baru tau rupanya harga perfume2 Victoria Secret leh tahan murah gak eh. Aku tak familiar sangat pasal brand ni, just suka satu perfume dia, apa ntah namanya, sebab aku tak ingat la, mana ntah aku dapat sample dia. Best. Smalam saja2 la masuk. Sambil survey2 harga barang *ehem ehem* kan. Best3.. ikut hati rasa nak beli terus. amboi~

Yang ni la aku minat. Not bad. Set 50ml with body wash ngan apa ntah less than RM300. Yang 100 ml punyer set comes with lotion ngan apa ntah pastu ada candle. Aku macam tak tau tu apa.

ME: Apa ni?
SA: Candle.
ME: Candle nak buat apa?
SA: Untuk first night, or nanti u pegi honeymoon. Bau dia sama macam perfume ni *sambil senyum gatal*
ME: Urrrrrr

Hahaha, dah la Sales Assistant dia tu laki, muka cam Paksu Azwan. Malu gila kot aku.

Pastu jalan2 lagi, usya barang2 hantaran Pina, which is cincin berharga RM17,000. Mau gugur segala rambut Shahir dengar harga cincin je. Belum masuk belanja lain lagi.

Dah alang2 kat Pavi ni, apa kata kita buang tebiat buat gaya 'budak2 Pavi' zaman sekarang ni kan. Moh amek gambar dalam toilet~~

Mission accomplished!

Pastu, berpindah plak kitorang ke Times Square, kengkonon bosan sementara tunggu Shahir balik keje. Nak gi tengok movie, citer plak la tak best. 

Anyway, best sangat hangout hari tu. Hope we'll stay in touch. Jangan dok membizi keje je masing2. Muax3!!




Saturday, May 11, 2013

My dearest friend

Tak tau kenapa semalam saya macam ditakdirkan untuk menjadi pengdengar masalah rakan2. Tanpa sengaja berada di samping mereka semasa mereka sedang bergelut untuk menahan perasaan. Bila saya tiba, mereka dah tak tertahan, lantas mengalir air mata.

Seorang dengan masalah hubungan percintaan. Seorang lagi dengan masalah kerjaya. 

Masalah percintaan wujud bila kepercayaan dah pernah diruntuhkan oleh si dia. Oleh itu, bila terjadi sesuatu yang menimbulkan syak.. prasangka baik sukar nak bertandang di minda. Gerak hati atau syaitan yang membisik dan menghasut? Isu utama di sini adalah kepercayaan. Mahal harganya. Sebab itu, bila sekali dikhianati, perhubungan takkan jadi sama seperti dulu. Bekas retakan dan parut akan sentiasa ada. 

Masalah kerjaya pula wujud bila terlalu membandingkan diri dengan orang sekeliling. Bila orang sekeliling bercerita kejayaan mereka, sedangkan diri pula masih di tahap sama, tak berganjak lagi. Mereka pula mendapat kejayaan demi kejayaan makin mara ke depan bersama cita-cita dan impian masing-masing. Rezeki itu di tangan Allah kawanku. Tugas kita adalah berusaha dan jangan putus harapan. Jalan kita akan Allah tentukan. Jika tak dapat apa yang kamu mahukan, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu. Jangan dipersoalkan kenapa. Di hujung hari nanti mungkin kita akan dapat jawapannya.

Doa saya sentiasa bersama-sama kawan-kawan yang tersayang. InsyaAllah, Allah permudahkan jalan kamu berdua dan mendapat apa yang kamu inginkan. Jangan sedih-sedih.. kita gi makan Meatball k~~





Semua gambar ni dicuri dari Alia dan Ah. TQ for the lovely memories :)

Tuesday, December 4, 2012

Training in Avillion, Port Dickson- Day 2

Hari kedua bermula macam biasa. Training dari pagi sampai la ke petang. Conclusion yang dapat dibuat pas makan breakfast ngan lunch, dinner dia sangat la so-so. Training adalah dari pagi sampai malam. Tapi sesi petang sampai kol 5 je. Apa lagi.. marilah kita plan sebaik2nya aktiviti untuk petang ni. Nak mandi pantai tapi terdengar plak geng2 laki ni nak main volleyball. So, kami anak2 dara ni segan la sket. Sebab kami ni kalau nak mandi memang perangai tak senonoh sket. (Sembang macam mandi nak pakai bikini je). Takde la, kitorang ni segan je. So kitorang decide nak jalan2 je. But, before that nak tengok bilik Garden Villa Pae and Ummi ni. Nak jugak la tengok ghupenya kan.

Cilok dari google. Tak sempat nak amek gambar dalam bilik diorang. Sesungguhnya bilik diorang best gila ok. To me la. Sebab sejuk, romantik. Haha. Duduk kat balkoni nampak je laut k. Cuma tak duduk atas laut je.

Selepas puas usya2 bilik diorang, kami pun decide nak jalan2. Tapi macam dah dekat 5 lebih. Nak tunggu kitorang balik bilik tukar baju lambat. Bilik kitorang jauh, so we decided pakai je baju kerja. Bukak kasut. Jalan-jalan tepi pantai. Nampak la mamat2 ni tengah main volleyball.

Diorang panggil ajak join. Memang tak la kan. Hehehe


View

Kat tepi pantai ni ada la diorang sewakan kayak la, perahu yang kayuh2 tu la. Mamat tu pun offer la kitorang amek benda tu. 4 orang boleh naik RM20 satu jam. Pae macam tak nak, lenguh kaki katanya. Kitorang pun macam, ala.. jomla.. Tapi takpe la, jalan je la. Jalan2~~ jalan2~~ last2...

Jadi gak dengan baju2 kerja. Ko mampu??

It was fun. New experience untuk orang penakut macam aku ni. Best giler. Walaupun bila dah ke tengah laut tu aku ngan Pae macam cuak n gelabah. Tapi Alhamdulillah selamat. 

Malam plak session sampai kol 11 lagi. Lepak lagi tepi pantai. Sembang2. Then masing2 ngantuk sebab penat kayuh mende alah ni. By that time, Zahir call aku, so aku suruh diorang gerak dulu. Gayut jap. Pastu macam nyamuk la plak. Nak bangun gayut sambil jalan2 plak. Tetiber nampak En. Mat. Dia tegur la, "Buat apa gelap2 ni, balik2." Aku memang nak bangun pun. Haha, tapi saja biar dia jalan dulu. Aku jalan slow2... jalan nak ke bilik. Sekali tak habis lagi sembang, haha *sembang macam x jumpa setahun*. Patah balik, sekali bertembung ngan Cik Mat ngan Haji Fauzi. Diorang nak balik bilik. Bilik diorang sederet ngan aku. Diorang gelak2 tengok aku tak habis lagi. Aku plak gi la jalan ke hujung sana plak. Tak pernah pergi lagi. Tapi rupa2nya macam2 lagi kat sini. Tak sempat nak explore. Tapi gelap giler, takut kot. Aku pun patah balik dok kat depan Pet's Farm. Oh, dekat ngan bilik aku ada Pet's Farm. Dalam tu ada merak, arnab, ayam, kura-kura dan macam2 lagi. Pagi2 diorang siap lepaskan merak tu jalan kat luar. Takut gilaaaaaaa. Haha. Anyway, aku gayut dekat bench kat situ la malam tu. Sekali Cik Mat ngan Haji Fauzi lalu nak gi jalan2. Diorang dah perli tak habis2 lagi ke??? Diorang balik dari berjalan pun aku ada kat situ lagi. Diorang siap perli japgi ntah2 kalau diorang lalu lagi aku kat dalam kandang arnab dah kot. En. Safrul pun lalu dok kacau2 aku, Ha,sembang apa lama2 ngan bf?? Ntah kenapa la malam ni ramai plak orang nak tengok aku gayut kan. Bila aku balik bilik, Ina pun tanya aku gi mana lama sangat. Tengok balik call register. Pergh, sejam lebih tu. 

Tak tau la aku ngan Zahir ni. Kalau hari yang jumpa ok la. Kalau tak jumpa, memang bergayut berjam2 kot. Rasa kejap je. Parah2..






Saturday, October 31, 2009

Fun and Friends

UNISEL skang ni ada Pesta Konvo. Apa ntah nama pesta ni.. FESKOUNISEL kot?? kot la.. Overall nampak tahun ni lagi meriah berbanding tahun lepas. Gerai bertambah kat tapak pesta dan mcm2 aktiviti ada sempena konvo ni.Baru la semangat sket kan, walaupun x pergi untuk semua events, still rasa meriah bile nak pegi P.P kena park kat luar sebab jalan masuk kena tututp bcoz dpn PP ada auto show -.- Walaupun kiri kanan jalan penuh dgn kereta parking -.-. Oh, x pe x pe... Convo setahun sekali kan~~ haih..XD

Dan semalam dgr citer Amy Search perform kat Pesta Konvo tu. Wuit.. biar betul~~ aku tgok stage kat situ ala2 lagi ntah apa2 dari fun fair punye.. Amy nak nyanyi situ kah?? Disebabkan Unisel ni kaya sgt dgn rumors, mcm malas nak percaya. Sebab slalu benda2 camni ada poster bagai, ni senyap sunyi je. Tak lama pastu, zahir call tanya nak pegi x tgok Amy. Faiz nak pegi jugak. Eyh, why not?? Lgpun x de benda nak buat.. weekend kot (hebat kn kitorang, jumaat pun dh weekend.. haha)

Mula2 nak gerak kol 8.30, tp hujan lebat la plak. Kol 9 baru pegi. Lalu sana, mcm x de apa pun kt stage tu. X lama pastu baru dgr diorang test2 mic. Baru la kitorang gi sana. Jalan2 dulu tgok segala gerai. X menarik!! Gerai makanan je yg menarik! Haha, dasar kuat makan! Pegi la beli segala bebola. Skali beli trus 5 cucuk. Huhu. Pastu gi jap usya2 keliling stage. Seatsumer dah penuh. So, kena berdiri je la. Tetiber nampak port yg best. Bwh ada satu gerai ni. Canteeekkk punye view. Boleh mkn minum, duduk, ada bumbung.. terbaek punya port la. Then order air, faiz n zahir beli kebab.

Later, Apiz join. Aku share nasi goreng ngan zahir. Faiz pun mkn nasi goreng, apiz order mee goreng. Sedap n murah gile. Nasi goreng ngan 3 teh ais RM 6 je.. dah la sedap. Actually the event is Majlis Penghayatan Islam, bukan Amy semata-mata ye.. So, opening adalah dikir barat, then ada tazkirah dari Ustad Mohd Shaari,then bacaan Al-Quran dr pemenang AKademi Al-Quran musim ketiga, then nasyid.. then baruuuuuuu la Amy Search.

Wahaha, truk giler ok kitorang.. time acara2 lain tu bersemmmbang je kt kdai tu. Org lain pun sumer bwat benda lain. Sampai part Amy je, sumer serbu stage balik. Haha. Sanggup tu, walaupun tgah hujan2. Tazkirah tu x de plak nak dok tgah2 hujan tu dgr ha.. Anyway,aku pun smaa je >.<

Kol 11++ baru die stat.. nyanyi dua lagu je, tp perghghhgg, mantop!!Tambah2 lagu tiada lagi. Best siot. Nak amek gmbar, tp silau spotlight la, x nampak muka die. X de camera lor, camera phone je yg ada pun -.- Basah kuyup la jugak kitorang. Dah hbs lagu trus blah. Oh, kt tgn zahir ada air teh ais tau.. dah sampai kete tetiber dia bg aku.. crius aku x tau tu air teh ais ke air hujan tu selepas beberapa lama dok lam hujan td.. hahaha..

Faiz x join kitorang balik, katanya tunggu Oren amek gambar ngan Amy. Ko dpt backstage pass ke Faiz???Hahaha..

gambar ihsan Pak cik Google..