Showing posts with label going to be adult. Show all posts
Showing posts with label going to be adult. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Awkward sangat!!

Aku rasa sapa yang kenal aku memang tahu la aku ni sangat pemalu *cakap sambil tunduk muka*.
Yeah, aku tak malu bila dengan orang2 yang betul2 rapat dengan aku je.
Tapi nak betul2 rapat ngan aku pun sangat susah.
Sebab aku ni memang reserved orangnya *eceh*

Tapi ngan family memang aku pemalu sikit.
Jarang la aku nak citer benda2 personal, even ada prob pun jarang aku citer.
Pasal hati dan perasaan apa ntah lagi kan.
Pasal Zahir tu pun bukan aku bukak mulut pun, Mama yang tanya dulu.
Sebab Zahir pernah hantar aku balik rumah dari hostel kan.
Aku pun jawab straightforward je.
'Haah, dah ada'.
Pastu Mama tanya sepatah, sepatah jugak la aku jawab.
Aku tak reti nak citer lebih2, apatah lagi nak citer kalau aku ada prob ngan Zahir ke.
Bahaha, memang bukan style aku la.
Even dengan kawan pun jarang sekali la aku nak citer benda2 personal ni.

Tapi tapi tapi... masanya telah tiba!!
Sekarang ni memang banyak betul kena bersembang ngan family pasal benda ni.
Haha, maybe the time has come kan.
Takleh nak elak pun.
Kalau tak bercakap pasal ni memang sampai ke tua la aku tak kawen ~~


Sunday, March 24, 2013

Miskin vs Kaya

Kebelakangan ni aku selalu main benda ni. Is it even a game? Haha, takde la game. Cuma kitorang suka kenakan masing2 pasal kaya miskin ni. Semua start hari tu la. Aku baru prasan banyak gila bekas gula2 Eclipse kat ofis n rumah. Aku suka simpan. Dulu siap susun2 atas meja office tapi budak office kata aku letak sampah atas meja. Pffft.

Membuatkan aku teringat, dulu aku mana makan gula2 macam ni. Dulu mesti beli Mentos tak pun Tic Tac. Aku ni memang cheapskate bab certain2 benda. Antaranya ni la. Aku tak faham kenapa kena beli gula2 mint pada harga yang sangat mahal padahal mentos yang singgit++ tu pun dh dapat memuaskan nafsu terhadap mint itu. Ada skali tu time Matrik, aku nak gi 7-e time kelas Physic. Yeah, aku memang suka menyelinap keluar kelas especially time lab untuk pi 7-e. Aku tanya classmate aku, Lye Yee nak pesan apa2 tak. Dia kata nak pesan gula2. Jenama Smint, kaler apa ntah aku pun lupa. Fine, aku pun pi beli. Dia bagi duit kat aku RM10 kot time tu. Aku macam, ala, besarnya duit. Sekali sampai 7-E tengok 5 ringgit lebih kot benda alah tu. Aku cam, takpe la dia orang kaya. Aku makan mentos sudeyh. Sampai la aku start keje. Aku tak tau camne aku leh beli Eclipse tu. Then, aku trus jatuh chenta. So, memang kena ada stock Eclipse kat ofis. Dan tetibe je aku rasa 5 ringgit ++ tu tak de la mahal pun. Tetiber k. Sebelum ni beria-ia aku kata tak mungkin la aku nak hbskan duit dekat 10 ringgit demi gula2 je. Tu yang hari tu aku terkeluar conversation ni ngan Zahir:

ME: *sambil belek2 Eclipse* Rasa sekarang ni macam dah kaya kan?
ZAHIR: Kenapa?
ME: Ye la, dulu makan Mentos je tiap2 hari. Sekarang beli Eclipse je. Dulu rasa mahal sangat benda ni. Sekarang ni rasa takde apa2 dah. Siap kalau tertinggal kat mana2, rasa nak makan beli je lagi satu. Kaya la tu.
ZAHIR: *gelak gila2* ntah apa2. Beli Eclipse pun kaya ke?

My faveret. Blackcurrant. Sedap gilos.

Pastu, pasal Starbucks. Aku bukan peminat kopi. Tak boleh masuk. Except nescafe susu. So, aku tak reti la nak bezakan jenis2 kopi. Cappucino la, Mocha, Latte. etc. So aku pun tak berminat langsung nak pegi kedai2 cam Starbucks or Coffee Bean. Sebab dah la mahal gila, pastu kalau aku nak beli, choice adalah sgt limited. Setakat beli chocolate drink je. Boorrring. Zahir pun terikut la dengan propaganda aku tentang Starbucks. Setiap kali dia teringin aku akan kata "Membazir la. Kopi je kot. Kalau guna duit tu gi kedai Makcik boleh dapat 10 teh ais k" So, terbantut la cita-cita coffee lover ini.

Tapi sekarang kan dah keje. Kat bawah office Starbucks. Siap dapat discount lagi sebab Starbucks tenant diorang. So pakcik itu pun, rajin la ke Starbucks. Pastu bila kuar audit pun rajin je gi Starbucks. Selalu dia ajak aku, aku punya alasan seperti di atas tu la. Tapi pada suatu weekend, kitorang nak buat kerja sket, nak pakai internet. Lupa la, nak buat apa ntah.

ZAHIR: Hmm, nak buat keje kat mana ek?
ME: Oldtown la.Yang dekat ngan Bulatan Pahang tu. Tak ramai orang. Tempat besar.
ZAHIR: Ala, tempat lain la plak. Tukar angin.
ME: Ikut la, mana pun. Tak tau sangat tempat2 ni.
ZAHIR: Starbucks la.
ME: Mahal kot. Membazir je.
ZAHIR: Takpe la, saya belanja. Pilih la nak gi Starbucks mana.
ME: Saya mana la tau Starbucks ada kat mana. Saya tak reti minum benda2 mahal macam awak ni. Orang kaya cam awak layan la Starbucks ni.
ZAHIR: *gelak menganjing aku* Tapi awak makan gula-gula orang kaya.

Iced Caramel Chocolate. Ntah btul ke tak gambar aku google ni. Haha, aku hanya boleh minum ini dan jugak iced hazelnut chocolate. Yang lain, x leh masuk. :P

Kuang asam sangat. Tapi kan tapi kan.. aku nak bwat confession ni. Tetibe kan skang ni, aku sket2 pun nak gi Starbucks. Hahaha. Tu la ngata orang sangat kan. Last2 kena balik kat diri sendiri. Siap rasa nak pinjam kad Starbucks pakcik tu. Adakah ini tanda2 aku menjadi semakin kaya?? *lempang muka sendiri 800 kali*


p/s: In case satgi ada orang kata aku berlagak ke, show off ke, tolong la ek. Student2 pun ramai makan Eclipse ngan minum Starbucks. Aku nak tunjuk betapa kedekutnya aku sampai feeling2 kaya bila menjadikan mereka2 ini menjadi sebahagian lifestyle aku. Wah,,, iolls rasa elitist sangat cakap macam tu. Harharhar





Sunday, March 17, 2013

Tak Sedap Hati

Sebenarnya aku dah nak tido ni. Tapi aku rasa nak coret something kat sini. Supaya nanti2 aku boleh tengok balik dan kata... haaaa, maybe ini la maksudnya.

Korang pernah rasa tak sedap hati? Macam rasa tak best atas benda apa pun yang korang bwat. Hari ni aku rasa sangat2. Dah start rasa dari semalam. Malam ni kenduri kahwin Shah (congrats!!), tapi aku ngan Zahir masih belum beli hadiah. Pastu Zahir nak beli baju jugak untuk ikut tema kaler. Tetiber aku rasa macam ada perasaan malas nak pergi. Tetiber sangat. Padahal before this dah berbulan dah excited nak pergi. Siap dah janji ngan Shah few days before. Aku TERsuarakan benda tu kat Zahir. Dia marah, kata tak baik. Dah janji, lagipun macam tak baiklah, tak de alasan munasabah pun tak pergi.Dia pun kata cuba bayang kalau orang buat camtu kenduri kita nanti. Aku pun mengakui la kesalahan aku tu.

Keesokannya, (hari ni la tu) kitorang memang dah plan baik schedule2 sebab memang banyak benda nak kena setel this weekend. Almaklumlah pak cik ni kan dua minggu je dalam sebulan boleh cuti hari Sabtu. 2 minggu lagi cuti Ahad sajo. Dengan next week dia nak balik kampung la apa. Memang macam2 sangat nak buat minggu ni. Dengan masing2 kena siapkan report. So, tengah hari pas lunch jumpa kontraktor discuss2 bla bla bla. Aku tak tau kenapa aku tak berminat langsung nak dengar diorang discuss. Sebelum ni aku macam layan la jugak tapi hari ni aku macam tak boleh dengar dia bersembang. 'Dia' tu meaning the contractor la. Itu selalunya terjadi bila aku jumpa orang yang suka sembang kosong, ntah apa2 atau pun annoying. Aku rasa dia jatuh kategori ke3 kot. KOT la. Aku sendiri pun tak sure. Tapi sepanjang masa aku memang main fon. Sekali sekala je aku macam dengar dia cakap apa dan senyum gelak2 gitu. Sebab nak jaga hati kan. Then settle.

Pergi Aeon Wangsa Maju plak. Cari hadiah. Pusing2, jumpa la benda nak dibeli. Zahir tak beli pun baju. Malas la. Memang bagus pun, sekali pergi kenduri berapa kerat je yang ikut tema. Mostly pompuan la kan. Before kuar parking, aku pun gi la bayar parking. RM1 je, tapi pakai AEON Card free. Masuk kete. Bagi kat Zahir Aeon Card balik sambil bebel apa ntah. Sampai la ke gate kuar parking dia mintak card parking kat aku. Aku cakap la dah bagi. Dia kata mana ada. Aku bagi Aeon Card je. Aku tak percaya. Dia kata dia sangat confident aku just bagi Aeon Card. Kelam kabut la cari. Memang takde. Pergi balik kat Autopay. Takde. Aku siap tengok2 dalam tong sampah kot2 ada. Tengok je la, bukan masuk tangan k. Takde. Aku rasa marah gila2. Marah kat diri aku la. Sebab dah dua tiga kali aku bagi hilang parking ticket dan dua kali kat Aeon ni. Pergi la customer service, dia kata diorang kira macam aku masuk since pukul 10 (time diorang bukak mall). RM7. Tak pasal2. Benda free jadi RM7. Aku bengang sangat2 dengan diri. Pasni aku takmau pegang dah parking ticket.

Zahir hantar aku balik rumah tukar baju nak gi kenduri. Dah terlewat dari plan. Dia plak nak gi bank transfer duit kat Lan. Aku plak kelam kabut la siap2 tukar baju kenduri sumer. Elok je aku siap, hujan tetiber turun lebat sangat3 siap ribut guruh petir complete. Aku dah rasa macam confirm jalan jem ni. Dah la lambat, japgi Zahir nak singgah rumah dia plak tukar baju. Call Zahir bagitau dah siap, suruh datang amek. Sekali dia kata dia stuck kat bank. Hujan lebat sangat, takleh nak gi kat kete. Dia kata MRR2 jam truk. Kalau tak sempat pegi kenduri camner. Aku kata OK je walaupun dalam hati macam haih.. penat je kelam kabut cari barang complete ngan hilang parking ticket. Aku kelam kabut siap2 bagai, tetiber tak jadi. Tapi nak buat camner kan. Aku dah start rasa Allah bagi petunjuk apa2 ke banyak sangat halangan ni. Tapi Zahir amek aku jugak.

Zahir pergi rumah dia. Aku memang tak makeup apa pun. Sebab dah plan nak makeup dalam kete je time Zahir naik rumah dia. Tapi ikut plan kan awal lagi, so aku assume cerah. Tapi tadi memang dah malam. Aku memang makeup dengan lampu dalam kete je la. Tak nampak sangat pun. Lantakkk. Tapi yang bestnya, sepanjang makeup tu lipstick, satu kerongsang ngan satu eyeshadow brush aku hilang dalam kete. Tengah2 guna, terlepas dari tangan, jatuh bawah, hilang. Aku beria cari sumer benda2 tu aku tak jumpa. Lipstick nasib baik ada banyak, so guna je kaler lain. Same goes to brush tu. Tapi kerongsang tu la paling bengang. Aku tak bawak extra. Terpaksa selempang sebelah tudung. Aku dah bengang sangat2. Kenapalah semua benda jadi macam ni. Kalau aku ni Sims, aku punya mood tu dah masuk kaler merah dah.

Zahir datang. Aku tak tercakap kat dia yang aku rasa tak sedap hati sangat2. Aku takut ntah2 ada something bad nak jadi kat kita. Aku takut dia marah kalau bagitau (pakcik sangat garang tau skarang). Sesat plak tu. Kol 9 camtu baru sampai. Rasa macam lewat sangat. Sekali sampai elok2 je orang tengah baca doa. Elok duduk trus boleh makan. Enjoy2, jumpa Shah, borak2 ngan org MAAC sume. Smooth sangat. Happy and sangat enjoy. Aku terus kata kat diri aku. Sebenarnya Allah nak uji kot, setiakawan. Eceh. Ye la, kawan yang btul2 ikhlas ajak datang majlis dia. Maybe Allah nak uji sejauh mana plak aku ikhlas nak pergi memeriahkan majlis  sahabat kita.

Actually waktu tengah makan tu, contractor tu ada call Zahir. Bila balik rumah Zahir call parents dia discuss2 bla3, then dia citer kat aku parents dia tak sedap hati pasal contractor tu.Esok ayah dia nak datang KL discuss. Dan aku pun trus terfikir. Adakah yang aku tak sedap hati sepanjang hari ni adalah disebabkan perkara ni, dan bukannya kenduri tu? Aku pun tak tau. So, aku akan tulis kat sini dulu. Dan kalau aku dapat jawapan nanti, aku akan kata... Ohh, pasal ni rupanya aku tak sedap hati. Kalau tak ada apa2 berlaku. Aku akan kata, betullah Allah nak uji seikhlas mana hati aku dan Zahir nak meraikan hari bahagia seorang kawan. Maybe tu hanyalah mainan perasaan. Wallahualam.