Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Resipi Cream Butter Prawn

Ehem2, make way to Chef Leen.

Boohoohoo. Disebabkan ada request resipi from Nadia, (rasanya dia saja2 je tanya, tapi aku still nak perasan dia tanya dengan penuh minat:p) hari ni Chef Lin akan memberikan resipi Cream Butter Prawn.

Btw, aku jenis masak tak sukat sangat. Most of it pakai agak2 je. So, korang pun pandai2la agak2 supaya jadi secukup rasa jugak ye.

Cara2 menyediakan (untuk hidangan 4-6 orang):

1. Masak udang (berapa ekor tu ikut kesesuaian korang la ye) sampai kekuning-kuningan. Dah agak masak tu, asingkan udang-udang tersebut.

2. Cairkan separuh butter. Butter kan dalam bongkah tu. So, guna separuh je. Cairkan atas kuali anda.

3. Dah cair semua, masukkan pula satu tin susu cair. Kalau korang nak masak sikit, dinasihatkan kurangkan kuantiti so that kuah tak banyak sangat.

4. Kemudian, masukkan daun kari secukup rasa. Daun kari wajib ada, kalau takde memang tak kick rasa dia. Kemudian potong kecil-kecil cili dan masukkan sekali. Ikut citarasa anda nak bagi dia pedas macam mana.

5. Amek sikit tepung jagung, bancuh dengan air dan masukkan. Tepung jagung ni untuk pekatkan kuah dia. Again, ikut citarasa masing2 tahap kepekatan mana yang anda nak.

6. Kemudian, tambah garam dan gula secukup rasa. Try rasa sket mana yang kurang, pandai2 la tambah ye.

7. Dan, jangan lupa masukkan udang. Takkan nak makan kuah je kan.


Tada. Dah siap. Dah boleh makan. Selamat mencuba kawan-kawan.


Friday, February 10, 2012

Cream Butter Sausage

Last week sempena cuti Maulidul Rasul ngan Thaipusam tu, Mama, Abah ngan Syafiq dah balik awal. Sebab Abah amek cuti awal. So, kat rumah takde sapa la masak. Aku pun macam tak tau nak beli apa untuk makan. Order Mcd pun macam borringg. So, aku gatal tangan nak try masak cream butter prawn. Kelas kan kau Leen, masuk dapur setahun sekali dan dan nak masak makanan ala2 Masterchef kan.

Aku dah lama kempunan nak makan benda alah ni. Hari tu gigih gi Sri Damansara nak makan kat Groupbase sekali diorang tutup cuti plak. So, google la resepi nak try tapi tak try2. Nama pun Leen kan. Semangat je lebih. Bwatnya tidak. Tapi hari tu aku kena rasuk Hantu Rajin. So, check la dapur ada bahan2 tak. Rumah kitorang kalau Mama takda jadi la rumah bujang walaupun ada je Puan lagi sorang dalam rumah ni *roll eyes* :P

Check2 udang tak dak. Yang lain sumer cukup except udang and daun kari. Daun kari tu aku macam pasrah la. Tak dapat la rasa sebijik cam kat kedai. Tapi udang tak dak ni. Nak guna ayam macam tak best. Nak guna ikan aku tak pernah masak ikan. Tak reti. Jeng3, sausage ada. So, resepi pun bertukar jadi Cream Butter Sausage. Sebab x de daun kari, aku ganti ngan cili kecik banyak2. Boleh jadi subsitute ke? Lanntaakk. Pastu aku malas nak masak nasi. Sebab aku masak untuk aku sorang je. Macam malas je nak guna periuk nasi, nak basuh la. Aku tak masak untuk Kak Nini ngan Abg Alfi pun sebab waktu tu aku takut tak sedap. Haha. Low self confidence, so bwat sket je. Jadi, pemikiran kreatif aku kata kita rebus spageti je la. Tadaaa..

Ni lah hasilnya:-

Alhamdulillah, edible jugak. Aku boleh kata berjaya la cuma aku terlebih susu cair so dia cam manis sangat. Takpe, next time aku try kurangkan susu tu. Sebab aku rasa aku guna susu macam untuk makan beramai2, banyak btul kuah dia walaupun pekat gila. Tahniah Leen!! Pasni reka la resepi lain lagi :)