Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Training in Avillion, Port Dickson - Last Day

Last Day. Nothing much to do. Banyak discussion je. Pastu kelam kabut nak check out, makan, back to the real world. As usual, bila habis je outstation, dalam otak aku akan terfikir " There's no place in the world feel as good as home". The best feeling ever to be close to ur loved ones, to sleep on ur comfortable bed, to smell the good smell of ur bantal busuk and comforter. To be in your own room alone. The feeling is so great!! Whatever it is, one nice experience in PD. Hope to have this kind of training again.

Anyway, if anyone of u might wonder, why I didn't say anything about the training etc. I'm an auditor. I try to restrict myself from talking too much about my work in detail. Well, you know, my work involve confidential issues and to avoid myself to spilt it out, maybe I should just not talk about it even the small matter. Just to protect myself and for the benefit of the my organization. Hope you guys understand and do not assume I went to PD just for the sake of having fun.

I think I should conclude my experience in Avillion:
1. The room- If given a chance next time, I want a Garden Villa room. But, I have to say, their room is quite small.
2. The workers here are not so friendly. Especially the girls. They just being nice to the guys.
3. The facilities, view and activities that can be done here is great. So, I guess they just want you to kick ur butt out of the room and do sumthing outside.
4. The food is so-so. Not worth paying the 5-stars rate.
5. I think the 5-star rate is for all the landscape and interior design of the room. They cut the cost of everything else. If I'm paying with my own money, I might think twice before coming here. Maybe can try Grand Lexis.
6. Now I know, I prefer a modern style hotel.

Wah, kenapakah aku berspeaking di entry ni?? Anyway, it feels so good to be back at home!!!



Training in Avillion, Port Dickson- Day 2

Hari kedua bermula macam biasa. Training dari pagi sampai la ke petang. Conclusion yang dapat dibuat pas makan breakfast ngan lunch, dinner dia sangat la so-so. Training adalah dari pagi sampai malam. Tapi sesi petang sampai kol 5 je. Apa lagi.. marilah kita plan sebaik2nya aktiviti untuk petang ni. Nak mandi pantai tapi terdengar plak geng2 laki ni nak main volleyball. So, kami anak2 dara ni segan la sket. Sebab kami ni kalau nak mandi memang perangai tak senonoh sket. (Sembang macam mandi nak pakai bikini je). Takde la, kitorang ni segan je. So kitorang decide nak jalan2 je. But, before that nak tengok bilik Garden Villa Pae and Ummi ni. Nak jugak la tengok ghupenya kan.

Cilok dari google. Tak sempat nak amek gambar dalam bilik diorang. Sesungguhnya bilik diorang best gila ok. To me la. Sebab sejuk, romantik. Haha. Duduk kat balkoni nampak je laut k. Cuma tak duduk atas laut je.

Selepas puas usya2 bilik diorang, kami pun decide nak jalan2. Tapi macam dah dekat 5 lebih. Nak tunggu kitorang balik bilik tukar baju lambat. Bilik kitorang jauh, so we decided pakai je baju kerja. Bukak kasut. Jalan-jalan tepi pantai. Nampak la mamat2 ni tengah main volleyball.

Diorang panggil ajak join. Memang tak la kan. Hehehe


View

Kat tepi pantai ni ada la diorang sewakan kayak la, perahu yang kayuh2 tu la. Mamat tu pun offer la kitorang amek benda tu. 4 orang boleh naik RM20 satu jam. Pae macam tak nak, lenguh kaki katanya. Kitorang pun macam, ala.. jomla.. Tapi takpe la, jalan je la. Jalan2~~ jalan2~~ last2...

Jadi gak dengan baju2 kerja. Ko mampu??

It was fun. New experience untuk orang penakut macam aku ni. Best giler. Walaupun bila dah ke tengah laut tu aku ngan Pae macam cuak n gelabah. Tapi Alhamdulillah selamat. 

Malam plak session sampai kol 11 lagi. Lepak lagi tepi pantai. Sembang2. Then masing2 ngantuk sebab penat kayuh mende alah ni. By that time, Zahir call aku, so aku suruh diorang gerak dulu. Gayut jap. Pastu macam nyamuk la plak. Nak bangun gayut sambil jalan2 plak. Tetiber nampak En. Mat. Dia tegur la, "Buat apa gelap2 ni, balik2." Aku memang nak bangun pun. Haha, tapi saja biar dia jalan dulu. Aku jalan slow2... jalan nak ke bilik. Sekali tak habis lagi sembang, haha *sembang macam x jumpa setahun*. Patah balik, sekali bertembung ngan Cik Mat ngan Haji Fauzi. Diorang nak balik bilik. Bilik diorang sederet ngan aku. Diorang gelak2 tengok aku tak habis lagi. Aku plak gi la jalan ke hujung sana plak. Tak pernah pergi lagi. Tapi rupa2nya macam2 lagi kat sini. Tak sempat nak explore. Tapi gelap giler, takut kot. Aku pun patah balik dok kat depan Pet's Farm. Oh, dekat ngan bilik aku ada Pet's Farm. Dalam tu ada merak, arnab, ayam, kura-kura dan macam2 lagi. Pagi2 diorang siap lepaskan merak tu jalan kat luar. Takut gilaaaaaaa. Haha. Anyway, aku gayut dekat bench kat situ la malam tu. Sekali Cik Mat ngan Haji Fauzi lalu nak gi jalan2. Diorang dah perli tak habis2 lagi ke??? Diorang balik dari berjalan pun aku ada kat situ lagi. Diorang siap perli japgi ntah2 kalau diorang lalu lagi aku kat dalam kandang arnab dah kot. En. Safrul pun lalu dok kacau2 aku, Ha,sembang apa lama2 ngan bf?? Ntah kenapa la malam ni ramai plak orang nak tengok aku gayut kan. Bila aku balik bilik, Ina pun tanya aku gi mana lama sangat. Tengok balik call register. Pergh, sejam lebih tu. 

Tak tau la aku ngan Zahir ni. Kalau hari yang jumpa ok la. Kalau tak jumpa, memang bergayut berjam2 kot. Rasa kejap je. Parah2..






Training in Avilion, Port Dickson - Day 1.


28-30 November haritu aku kena gi training kat Avillion, PD. Sebenarnya, berat hati jugak nak pergi ni. Sebab kerja kat office bertimbun2 weyh. Dah la dekat2 hujung tahun ni. Masing-masing nak kejar dateline kan. Nak kena achieve KPI, kalau x camner nak dapat full bonus next year. Hahaha, ikhlas sungguh aku buat kerja kan? Anyway, berat2 hati pun kena gi jugak sebab next year aku nak kena benda ni. Kalau tak pergi, camner nak audit kan?

Kitorang gerak from office pukul 3.30 ptg dan sampai kol 5.

First impression pasal tempat ni: LAWA.
Second impression : HOI, jauhnya nak gi mana2. turun naik tangga bagai. 
Third Impression bila masuk bilik: WAH, cantiknya ada laut.Bilik atas laut
Fourth Impression: Hoi, panasnya bilik ni mengadap matahari. Pasang air-cond pun tak rasa. Dah la shower ngan toilet nampak langit. Pastu kalau berdiri kat bath tub org kat luar bilik dan dalam bilik boleh nampak bayang2 kita.Siap boleh nampak laut kat bawah. Apakah ini, I can't brain this. Kalaun boleh terjun mandi takpe gak.

Kitorang dapat two types of room,Water Villa dan Garden Villa. Bilik saya adalah Water Villa.

Mula-mula rasa best la, tapi pastu bengang plak sebab panas!!!

Tempat melepak kat luar. Malam tu aku melepak sini la gayut fon ngan En. Zahir. Tetapi terjadi kejadian plak. Cerita di bawah nanti.

Nampak tak kat hujung sana ada macam katil kecik. Aku awal2 dah cop nak tido situ. Sebab tilam dia empuk gila kot berbanding tilam katil main tu.

Lepas sampai tak sempat nak panas bontot cik Aziah call kata dia nak gi pasang projector and nak tengok ok ke tak hotel tu susun benda dalam conference room tu. Aku pun kata la kat Ina aku gi tolong dulu, makan, then balik bilik mandi. Pastu baru pergi masuk training. Sekali tengok-tengok jam dah dekat kol 6 lebih nak kol 7. Trus cancel, kena mandi dulu ni. Suruh Ina mandi dulu sebab dia kan event committee. Nak iron baju dulu sekali takde iron. Apakah ini.. hotel 5 stars pun x de iron ke. Call room service, dia kata japgi dia hantar. Pastu boleh pakai 30 minutes je. Apekah.. dah la nak tunggu pun berjanggut. So, Ina dah siap mandi sumer aku suruh dia gerak dulu. Aku berendam dulu dalam bathtub. Heehee.

Pas gi pasang-pasang apa yang patut kat conference room tu, kami pun pergi makan. Makanan dia, errr.. tak best~~ biasa2 jek. Tak rasa macam dok hotel 5 stars pun. Pergi Equatorial Bangi hari tu lagi heaven makanannya. Tapi takpe, kita kasi chance tengok esok macam mana makanannya.

So, malam itu bermula la training. Habis dalam kol 11 camtu. Not bad la the speaker. Walaupun boss aku kata dia sedikit boring tapi bagi aku not bad la. Pas habis training tu, kitorang lepak tepi pantai. Dengar orang main seruling. Kitorang dah kata apa benda ni.. malam2 main seruling plak. Sekali tengok Abang Yahya yang main. Bukan main layan perasaan tepi pantai sambil main seruling. Memang kena bahan la ngan kitorang. Pastu jalan nak balik bilik. Lalu kat swimming pool. Penuh orang lagi. Wah, 24 hours rupanya. Kitorang pun apa lagi. Projek mandi manda la. Balik la bilik masing2 nak tukar baju. On the way balik tu aku ngan Ina perasan ada lagi satu pool dekat ngan bilik kitorang. Lagi privacy la. Takde orang. Berbanding pool yang tadi tu penuh ngan manusia n kanak2. Trus bagitau budak2 tu tukar venue.

Gambar pool dicilok dari Google sebab aku excited sangat nak mandi that Idun bother to take picture. Ha, bilik aku kat area tepi tu la.

Budak2 ni sumer terrer swimming. Bukan main lagi mandi. Aku mandi selam-selam gitu je. Tapi ok la, aku boleh mandi lama2. Budak2 ni mandi kejap dah pancit. Hahaha. Sebab diorang bersungguh2. Aku mandi main2 je. Tu boleh lama2. Diorang siap nak cramp kaki bagai. Last-last lepak2 sambil sembang2 tepi pool.

Selepas itu, terus la kembali ke bilik masing2 nak mandi n tido. Sementara Ina masuk mandi dulu, aku lepak la kat balkoni tu bergayut ngan Encik Zahir. Time tu macam nak hujan. Burung apa ek kaler kelabu2 tu. Pigeon ek? Ntahla aku tak sure. Dok terbang2 depan aku. Buat bodo je la kan. Tengah sembang2, tetibe dengar bunyi2 kat atas kepala. Dongak2 tengok ada burung tu dua ekor dok atas tu. Aku risau dia berak atas kepala je. Aku pun macam halau2. Dia buat bodo. Ketuk2 pintu nak takutkan diorang. Tak takut ok. Diorang siap jegil mata kat aku. Seriously scary. Jegil yang gila2 punya. Sampai aku yang takut diorang serang aku. Aku siap lari2 masuk bilik jerit2 panggil Ina. Sekali dia dalam shower lagi. Aku pun apa lagi. Jerit kat Ina, aku kuar jap. Nak sambung gayut. Pas aku balik dari gayut pun diorang dok situ lagi. Jegil je kat orang. Aku citer kat Pae, dia kata sebenarnya aku tengah ganggu diorang nak wat projek. Hahaha. Maybe la.




Saturday, November 17, 2012

Doraemon

Banyak benda aku nak luah kat sini. Tapi malas. Takut tetibe orang yang berkenaan terjumpa plak blog ni. Haha. Yang pastinya, aku stress tengok mereka2 ni. Time camni aku harap sangat Doraemon tu wujud dan dia hidup dalam laci meja aku. Tapi aku tak nak jadi Nobita sebab dia x hensem, x cool dan x awesome. Aku nak jadi diri aku. Tapi aku nak jadi kawan Doraemon tu. Pastu aku nak mintak Doraemon kuarkan alat yang boleh kecikkan orang tu. So, aku akan kecikkan orang yang berkenaan. Aku nak bagi kucing makan. Hahaha... kejam tak aku.

Takpun, aku nak mintak alat yang boleh buat orang dengar cakap kita. So, aku akan suruh diorang ni pi pindah planet Marikh so that diorang tak kacau lagi hidup aku kat Bumi ni. So, I need a Doraemon a right now.





Thursday, November 8, 2012

Nyahcas ion2 negatif2.


Amboi, tajuk macam silibus kimia. Bajet terer la tu en..

Sebenarnya, aku rasa aku dikelilingi oleh aura negatif dari luaran dan dalaman la skarang. Dan, ia menjadikan aku seorang yang negatif sekaligus demotivatekan diri aku untuk keep on moving forward. All the positive things inside me getting lesser and lesser day by the day. I almost dunno myself.

Benda ni jadi senyap2. Bila dah realize it is becoming serious already. And i don't like it. I want to be the old me. Yang penuh semangat, never give up, always strive for the best. Tapi tu la, like i said before. The negative environment. Yang selalu buat aku rasa why bother to do things seriously. Why bother to stay up late for work? Why bother to do more than what you should? DIA buat aku rasa macam tak guna pun aku usaha macam2. At last he would be the same, yg demotivate orang. Tak appreciate orang. Tapi, aku tak mampu ubah environment, individual apatah lagi. Malam ni, aku berjanji dengan diri aku, aku takkan biar diri aku hilang kerana dia. I won't let all those negative aura from you come near me. Aku akan stay strong to what I believe. I will be who I am.

Hari ni aku dengar speech dari GM pasal Senad Haziq yang berjalan dari Bosnia ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Berjalan kaki ok. 5700 KM in 314 days. Setahun tu, ko mampu?? nak turun tingkat 3 ke tingkat 1 pakai tangga pun x nak.. haha.Senad ni dia jalan merentasi 7 negara, termasuk la Syria yang tengah berperang tu. Melalui kawasan yang sangat2 sejuk, siap kena tahan dengan tentera bagai. Dengan memikul beg 20kg. Ya Allah, kuatnya semangat dia. Aku kagum betul. I mean, dalam dunia yang segala2nya mudah ni, sapa yang sanggup buat camni? Paling2 pun orang sanggup bergolok gadai nak bayar untuk gi Haji. Tapi Senad ni sanggup habiskan masa 314 hari untuk ke rumah Allah, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang beragama Islam. Kenapa mesti aku nak give up? Kecik je pun cabaran ni. OK, I've made promise to myself already. I hope I can make it. InsyaAllah.


Thursday, December 22, 2011

2011 ------> 2012

Diam tak diam dah nak habis pun 2011. Cepat sgt rasanya, rasa macam baru je lagi tengok firework new year tu from balcony of our house. Bila cepat sgt ni mula la tertanya kat diri what have I done during the year? Masa memang tak tunggu kita. So, meh kita check balik what I have been through during the year....

LIFE:
Life's changing. A LOT. Awal2 tahun memang happy. Hidup ngan member2 kat sekeliling memang best. Bila gi kelas, boleh bergelak ketawa ngan Yaya n Nur. Balik kelas sambung bergosip kat bilik ngan Armi. Rasa malas nak gi kelas dok je kat rumah (kids please dun try this at home)main game tak pun Jutaria. Bila bosan ajak Encik Zahir gi jalan2 cari makan. Macam tu la hidup aku selama jadi student ni. Happy je hidup camni walaupun ada time homesick jugak kan. Tapi pas habis study je hidup dah kurang best. Kurang best tu dari segi kekurangan rakan2 di sisi la. Sekarang best sebab makan minum, sewa semua tak payah fikir. Free of charge. Family sentiasa ada je. Tapi, kekadang rindu je nak balik pastu gosip2 ngan budak2 tu. Rindu nak gosip ngan Apis jugak. Rindu nak masuk kelas layan lecture pastu gelak2 ngan Faiz, Aiman ngan Syam. Isy, rindu semua la. Waktu study memang rasa boring, tapi bila kenang balik sekarang... T.T Rasa macam nak ulang balik everything. Tapi, tak boleh..I have to adapt to the new world I guess.

STUDY:
Alhamdulillah, dah tamat pun belajar. Segala penat lelah 3 tahun ni dah terbayar.(Penat sangat ke??). Konvo ni boring sebenarnya kan? Part best adalah time kita amek scroll je la. Pastu rasa nak kuar dewan. Tapi seronok dapat jugak jumpa kawan2 lepas praktikal. Ye la, pas praktikal masing2 membawa haluan masing2. Hopefully taun depan bila nak tuis pasal 2012, part study ni still ada lagi sebab saya nak sambung study. Hehehe.

WORK:
Dunia yang selama ni aku rasa best sangat tapi x best pun sebenarnya. Best dia part dapat gaji je. Waktu praktikal dulu aku rasa memang x de life langsung hidup aku. Nasib baik Encik Zahir praktikal sekali. Kalau tak memang x berjumpa la kitorang. Hari kerja pun balik dah nak dekat tgah malam. Weekend pun gi ofis. Macam mana nak jumpa kan kalau kerja tak sekali. Camtu le kalau jadi auditor, and sebab tu la aku tak nak jadi auditor and sebab tu jugak la aku tolak offer keje kat situ. Seriously, x ada life. Then, I started my working world kat bank pulak. Memang totally different and seriously I'm still figuring out what kind of job yang suitable for me. Somebody, enlighten me please.

FAMILY:
Tahun ni semua makin membesar. Razin dah masuk sekolah. Dia pun dah makin sihat. Alhamdulillah. Alisha ngan Afif pun dah makin kamceng walaupun mula2 asyik la nak gaduh sebab berebut Tok Wan ngan mainan. Anis pun dah makin pandai. Syafiq pun dah start degree, alhamdulillah umur 18 dah masuk first year. Jeles aku. Abah ngan Mama macam biasa la, still sihat Alhamdulillah. Abah pun sambung keje balik sebab diorang offer kontrak lagi. Bila la nak pencen betul2 ni ye. Apa pun, semuanya okay!

LOVE:
Tahun ni makin matang (ye keee???). Ye la, umur makin meningkat takkan nak makin childish kan. We are trying to give the best in our relationship. Dan aku tahu Zahir la yang banyak berubah. Dia la yang kena jadi matang supaya dapat control aku yang x braper nak matang ni. And I also realized yang dia banyak berkorban untuk bahagikan masa dia untuk kerjaya, family dia ngan saya. I know he's always busy everyday and balik2 je penat sumer. Dulu, kadang2 macam tak faham jugak. Tapi sekarang dah makin faham. Kesian pun ada. Tapi saya tau, everything he did is also for me. Selalu berharap we can go to next phase tapi at the same time aku tahu aku x ready pun lagi. Hehe, so enjoy this moment yaww!! Kumpul aset banyak2.

Ok, meh letak gambar2 yang menggembirakan tahun ni.. Ni letak suka hati je ni.. masa yg terjumpa amek je.. saya jarang amek gambar..hehe


With Azmil, auditing for PPAS was one of the enjoyable moment at MAAC..Sebab. sebab.. haha, teammates saya je yang faham,haha..



Birthday cake for me and Kakla. Looks simple tapi cheesecake ni sedaaappp giler


With Olie. Walaupun ni actually bukan an enjoyable moment, tapi I'm happy coz I was there with her that day.. be strong bff!!! I want you to be cheerful as alwiz.

With Frank the hamsap guy. On his last day.Muka saya temmmmbammmnya.. ni pas raya ni


With Gan, Vno, Aidil n Ramlan. They are all good seniors tapi tak pernah keje ngn Aidil n Gan pun. Vno best, sebab rasa cam member je kan, lebih kurang sebaya, plus she gila2 la jugak. Best ajak gosip. Ramlan punnn sempoii. Walaupun pernah team ngan dia kejap je, tapi memang best, macam2 benda jahat buat. Haha.


With Nur on our convocation day. After 3 years, this is the day. Tapi sedih Yaya takde. Sedih sangat2. But it's ok.. next year insyaAllah aku gi konvo hang k Yaya.Sedih la tngok gambar ni. Rasa nak putar balik time. I want to be a better friend for them. :'(
With my family and Zahir's. LOL, this is so funny, seriously tak sangka tetiber boleh dapat bergambar camni and the idea came out from my dad's mouth. OMG! 8 juta kali. Pastu ayah Zahir pun jom2! Haha, criusly aku x caya.

Oklah, cukup2 la kot ye.. banyak lagi kenangan manis tapi x kan la nak tepek sumer kan. Lagipun, ada time x amek gambar pun, doesn't mean time tu x happy. Love you all who has made my 2011 meaningful. Hope 2012 will be a better year for us <3

p/s : Post ni patutnya 25hb hari tu, tapi gambar x leh nak upload coz Internet lembap. Hari ni baru siap :p

Tuesday, September 13, 2011

MAD Week..


Hola everyone.

Macamana raya~ best?? Dah berjaya tambah berat badan byk2 macam tuan blog ni? Tuan blog ni tak pe, dia memang suka tambah2 berat badan ni..

So, we are currently having MAD week at the bank this week. Bukan mad yang gila tu ok. Kami semua waras2 belaka. Tak perlulah nak menjadikan kami gila k. MAD ni stands for Make A Difference. Basically, benda ni macam nak tunjukkan appreciation kite kat any of our colleague yang kita rasa telah menjadikan kita lebih baik gitu. So, tak payah la nak tunggu hari org tu nak resign baru nak nangis2 buat drama, nak ucap thank you, peluk2 kaki x nak bagi org tu resign kan. This is the chance for us to show our appreciation and kind of sweet way to say Thank You.

Each person has been given 5 badges to be used as tokens of appreciation. So, it is up to us nak bagi siapa badge tu. As I am new there, I just terfikir beberapa orang je la. Tapi3.. boleh x kalau x mau bagi kat sapa2... sebab~~~ saya nak simpan semua.. Hahaha, or maybe I should just give to whoever that want to exchange badge with me. Heheh


Lawa kan saya susun gambar. Ni macam melepas batuk di escelator ni. Janji upload gambar. Almaklumlah, upload gambar la keje paling maalaass nak buat. So janji ada la ye. Gambar pun ala kadar je, x ada camera mahal boleh putar2 depan ye. Ni pakai fon je. So, sekian. Rasanya nak bagi 1 badge kat Ms. Soo, yang lain simpan je. Boleh?






Friday, July 29, 2011

Rojak

Sorry lah pada sapa2 yang nak cari gambar rojak. Memang x de la kan, walaupun semalam baru lepas makan rojak yang super sedap thanx to Abg Ajib yang bwat potluck untuk department semalam walaupun saya hampeh sebab tak prepare awal2 apa nak bagi. Yang pasti, rojak ngan lauk2 smalam memang terbaeeeekkk.

Hari ni last day kat sini. Walaupun x sabar gila nak habis sebab dah 3 bulan lagi kena bangun awal x leh lambat. Ataupun buat gaya zaman belajar dulu, *menggeliat pagi2, tengok jam.. ahh mcm malas je nak gi kelas-tutup alarm fon-tido* sekarang pun boleh gak bwat cam tu tapi *menggeliat-tengok jam-malas nak gi kerja- daymm, dah lambat, japgi jam plak* sedih giler hidup mcm ni. Dah la balik tu dah memang confirm2 x nampak matahari. Kadang-kadang sampai rumah dah pukul 11 pastu duduk kejap, trus tido, bangun buat rutin yang sama lagi. Sadis je.

So, mulai esok, nak tidor selama seminggu. Eh, tak boleh, batal puasa plak. Ala.. cancel la plan. Tengok lah nak bwat apa. Maybe menghabiskan masa cari rezeki. Alhamdulillah, dah dapat pun peluang kerja, tp still did not decide anything. I'm opening for other options so that I won't regret my decision. Huhu, pebenda merepek ntah.

Wah, bukan main ye... dah pandai update blog kat office, mentang2 last day kan.. haha


Wednesday, April 20, 2011

So far, i love it so much

Halu halu..

Dah dua hari keje, I love that place.They are all friendly and nice people. Masuk2 je trus dah dapat job allocation until May. So start smalam until next Friday I'm gonna be at client's place. Alhamdulillah, my team member is very helpful to somebody noob like me... Thanks Mr S sebab sudi la dok tolong ajar saya and bersabar dengan kelembapan saya. Haha, rasa segan sangat ngan dia sebab sangat lembab. I went there with his car so dalam hati dalam kereta nanti cakap la kat dia sorry lembab sket hari ni.. tapi x de nyerrr. Takut giler nak cakap. Bila dah sampai ofis baru berani cakap

Me: Mr. S, Thank you tolong ajar macam2 hari ni. Mintak maaf ye hari ni macam slow sikit. Esok I will try to be faster k *grin*

Mr S: Biasalah tu first day memangslalunya slow sikit. Nanti ok la tu *smile*

Ok, tengok dia senyum tu pun aku dah happy gila k. Sebab Mr.S ni serius. Dia banyak keje hence the seriousness. So, sometimes I was thinking whether he was angry with me ke apa kan tengok muka dia serious, tapi Alhamdulillah dia baik je sebenarnya. Overall, I love the place and my current team member. For the next assignment I wish my the team will be as friendly as this one.

Sunday, April 3, 2011

Short update on everything

So, I was not updating for so long. Am gonna put up short update on everything that was happening in my life lately. Wah, bajet ada org nak tau kan. But, I'm writing not just for the sake of others to read, but also for me to read them back when I'm old. Mintak2 time tu saya ingat lagi la password blogspot ni kan. Heehee.

- Final exam was good. Btw, paper Seminar in Corporate Finance memang lawak. Nak tunjuk kat korang tapi tertinggal plak kat Shah Alam. Takpe, nanti saya update balik.

- Abah ngan Mama pergi umrah selama dua minggu. Sepatutnya saya pun join sekali tapi tak boleh sebab ada final exam. Abah kata next time plak. Hehe. And, diorang dah selamat balik dah pun. Dapat la gelang ngan jubah. Balik rumah kali ni dapat banyak baju la sebab baju yang diorang beli kat Indon tu pun baru dapat tengok. Heee, lama sungguh tak balik rumah.

- My lil bro, Syafiq got his SPM result and alhamdulillah it's a great one. 8A+ , 1A and 1A-.. Skarang ni kalau dapat A kena tanya plak kan A+ ke, A- ke.. zaman saya dulu A1 A2 je.. kan ke senang... huhu. We are very proud of you Syafiq. Hope you can keep up the good work in the future :)

- Am going to have MUET speaking test this Wednesday. Ahaks, orang lain dah amek berkurun saya dah tua baru nak amek. Hehe, baru terhegeh2 nak amek sebab takut tak leh convo tahun ni. Kalau bukan sebab nak convo taun ni memang tak tau la bila la agaknya nak amek MUET kan. Eh, wish me luck ye.Opps wish us luck lah. Untuk saya, Zahir ngan Adib sekali.

- I will start my industrial training on 18th of April at Morison. Pasni, tiap2 hari kena bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja hari2.. I hope everyone in the office will be good to me. Please3... hehe

That's it. Pasni nak try update blog regularly. Tolonglah bagi rajin~

p/s- nak update gambar tp pening nak cr folder mana.. haih