Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti2 malaysia. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Girl's Outing Day..

Wah, girls gitu. Padahal saya sorang je kot yang boleh dipanggil girl. Yang dua orang lagi tu dah jadik mak orang dah pun. Heehee. Tadi saya, Mama dan Kak Nini pergi Sogo. Laki tak boleh ikut. Dok rumah aje. Abah awal2 pagi dah kuar main golf so tinggallah Abang Alfi ngan Syafiq kat rumah. Lauk pun beli kat kedai je. Haha.

Sampai2 terus je gi makan. Dah selesai makan semua berangkat la tengok2 handbag ngan purse untuk mama. Rasanya baru minggu lepas je dah beli handbag baru, carik lagi? Kaya betul Mak Datin ni. Saya pun try la usya2 kot2 ada ahndbag yang berkenan. Memang nak carik handbag pun sebenarnya, tapi seriously x berkenan. Sumer pun macam orang2 tua je (ha, mampus aku kalau Mama baca benda ni). Ntahla, bila bab2 beg ni saya mesti berkenan yang murah2 je. Yang mahal2 ni mostly design untuk orang2 yang berusia la sikit kot kan. Ada gak la yang jumpa berkenan tadi, sekali tengok price tag, haaa... RM 200++. Gilo apa. Tak sampai masa saya lagi k pakai benda2 cenggitu.

Saya memang jenis yang x sanggup la nak belanja lebih2 untuk bag ke, baju ke. Maksudnya, kalau x de brand pun x kisah, janji berkenan di mata dan hati (dan poket). Tapiiii kalau kasut memang x akan beli sesuka hati la. Serik dah owwwh beli kasut ntah apa2. Yang terseksa adalah kaki kesayanganku ini. Kalau bab kasut ni, sanggup la berhabis sket walaupun x de la beli yang mahal giler pun. Tapi kalau ada brand at least Bata pun kira okay la. Tak ada la sakit sangat.

Dah siap bayar barang Mama sumer, saya pun dioffer la memilih barang yang saya nak. Bag memang tolak tepi la. Tak berkenan langsung. Pastu Mama pun suggest amek la kasut or baju. Saya pun pilih baju.. Yeeha.. Carik2 dapat la jugak yang diingini. Lalalaa.. sukenyer dapat baju baru.

Then, on the way balik singgah jap kat office Kak Nini dia nak amek barang dan baliklah kami. Sebelum sampai rumah gi beli cendol dulu nyum3. Dah la waktu saya turun kete nak amek cendol tibe2 terjumpa Syafiq kat depan 7-E. Rupanya dia gi gunting rambut. Haha. Kutip la adik saya sorang tu bawak balik rumah.

Malam adalah waktu bermalas-malasan sebab memang malas pun. Tengok Kungfu Hustle (tak taula berapa juta kali dah tengok cerita ni, tapi x bosan plak) then beronline.

Oh, esok nak gi Melaka hantar Syafiq. Haih. Haha, ntah kenapa ntah mengeluh tetiber. Babai :)




Saturday, January 30, 2010

I thought you were hot but your attitude makes you look ugly..

Ok, tajuk x de kena mengena sebab it is just somebody's status in twitter. Mcm best, so kasi letak kat situ sebab tak tau nak letak tajuk apa kan...


Hari Jumaat hari tu saya super duper happy duit mara udah masuk (ok, shaddap semua kawan2 yang nak try mintak aku belanja.. duit aku dah nak habis bayar segala buku ok).Sempena menyambut kegembiraan itu, haruslah keluar makan angin kan.. muahahahhaa *gelak stail org kaya kekenyangan*


First destination- SHAH ALAM.

Ceh, semangat kan? Mentang2 nak kena transfer sana, semangat lebih eyh? Oh tidak. Saja nak survey kawasan sebab Zahir want to get an idea how the place looks like. LOL, mcm x penah pegi. I mean, before this tak penah amek port pasal perumahan ke whatsoever kat sana kan.. so kali ni tengok habis2 ye pak cik... Dah puas pusing2, ke Masjid Negeri sembahyang Jumaat. Oh, saya x de la pegi solat Jumaat k, Encik Zahir je. Saya tolong jaga kete. Huhu.


Next destination- ONE UTAMA

Kalau datang sini, buat apa lagi kan. Confirm la tengok movie. Satu perangai kitorang dua ni, x reti2 nak check schedule dulu before pegi tau. Pastu sampai2 nak amek citer yang start around time kitorang sampai jugak. Of course la citer best dah hampir penuh. Tinggal pun seat depan2 aje. Yang Zahir plak, memilih, asal seat depan sket tak mau la. Kalau ikut saya, selagi ada tempat boleh duduk tu ok je. So tadi tak dapatlah nak tgok citer Tooth Fairy, seat depan2 aje. Nak tengok Avatar 3D pun tinggal seat depan je. So, tengok Fame. Ye, kitorang memang gambler. Selalu betul pakai suka hati tengok citer walaupun x baper nak tahu citer pasal apa.


Suprisingly, citer tu adalah best. I don't know about you all la, tapi pada saya and Zahir, it's good. It's kinda motivate us. Ye la, kita kan dalam fasa menjadi dewasa. Sometimes we tend to think that we know what we want and what we gonna be. We don't even care about what the adults have to say. Sometimes, it worth it, sometimes it's not. That's what I got from the story la. Tapi memang best part dance and performance diorang.


Oh, dalam hall tu tadi sempat la tgok gelagat2 manusia ni kan. Mamat sebelah saya ni dah ;a makan hot dog. Ntahla, x faham la naper diorang jual benda ni makan kat hall. Seriously tak tahan la bau dia bile dalam air-cond. Even kalau masuk hall yang dah ada orang dalam tu makan hotdog, memang bau die MasyaAllah, sabo je la. Ke aku sorang je rasa camtu?? Dah la tu, makan mulut berdecip2, yang ni mintak maaf la. Dari dulu, memang sifat kot, bile makan dengan orang macam ni tetiber je jadi marah. Tapi, selalu try untuk bersabar la, sebab nak buat camner kan dah cara diorang camtu. Tapi still, memang aku annoyed la. Tak cukup ngan tu, dah habis makan die main hembus hidung plak. Hadoila... sabar je la....


Dah tu, couple Mat Bangla ngan Minah Melayu sebelah Zahir plak tak habis2 berkissing. Go get a room la moron.. Eh, x baik maki orang. Haha.


Pastu ada sorang minah depan row kitorang sepanjang citer tu dia bising. Gelak2 la. Bila part citer tak lawak pun die gelak kihkihkih, aku pun usya la kan. Sekali tengok rupanya perempuan tu OKU. Maybe mentally disable kot, sebab nak kata Syndrom Down, x ada lak rupa tu. Sgt sweet, parents die bawak die datang tengok movie.Dia pun macam happy je. Gelak2 and all.


Next Destination- SRI DAMANSARA


Yay! Masa untuk makan.. Tengah hari makan my home-made egg sandwich je. So, datang sini trus bantai chicken chop, watermelon juice ngan blueberry yogurt cheese yang giler2 punya sedap..Zahir plak makan lamb chop, orange juice and kongsi cake ngan saya. Nyum3, kenyang giler (walaupun malam tu zahir gi makan nasi ayam lagi kat hostel :p)

Dah siap makan trus balik, nak pegi rumah Farah. Elok je siap mandi sumer, hujan lebat giler. Apa lagi dah stat golek2, mata nak terpejam je.. haih. Itu je lah aktiviti hari Jumaat saya yang tak dapat balik rumah kerana Mama n Abah balik kampung T.T Dah la dah simpan baju busuk banyak2 nak bawak balik rumah. Alamatnya kena basuh sendiri la......ke hantar dobi je?? hahaha