Showing posts with label crazy things i did. Show all posts
Showing posts with label crazy things i did. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Achievement Unlocked : Bergambar Dalam Toilet Pavi

Semalam aku gi setel borang nak medical checkup. Pastu, gi jumpa Aah ngan Pina kat Pavi. Miss them so much. Lagipun, ada pesan buah tangan from Kelantan.

Lepak kat Subway lama giler. Makan kejap je pun. Borak yang lebih. Terubat la sikit rindu nak gelak gila2 ngan diorang.

Pasal interview keje Aah, pasal rumah sewa baru Pina kat KJ, pasal Pina nak kawen, pasal Pina nak kawen, pasal Pina nak kawen. Haha, basically banyaknya paksa Pina ngan Shahir kawen cepat2. Citer aku nak kawen tu dah boring sangat dah.

Window shopping kejap. Anyway, aku baru tau rupanya harga perfume2 Victoria Secret leh tahan murah gak eh. Aku tak familiar sangat pasal brand ni, just suka satu perfume dia, apa ntah namanya, sebab aku tak ingat la, mana ntah aku dapat sample dia. Best. Smalam saja2 la masuk. Sambil survey2 harga barang *ehem ehem* kan. Best3.. ikut hati rasa nak beli terus. amboi~

Yang ni la aku minat. Not bad. Set 50ml with body wash ngan apa ntah less than RM300. Yang 100 ml punyer set comes with lotion ngan apa ntah pastu ada candle. Aku macam tak tau tu apa.

ME: Apa ni?
SA: Candle.
ME: Candle nak buat apa?
SA: Untuk first night, or nanti u pegi honeymoon. Bau dia sama macam perfume ni *sambil senyum gatal*
ME: Urrrrrr

Hahaha, dah la Sales Assistant dia tu laki, muka cam Paksu Azwan. Malu gila kot aku.

Pastu jalan2 lagi, usya barang2 hantaran Pina, which is cincin berharga RM17,000. Mau gugur segala rambut Shahir dengar harga cincin je. Belum masuk belanja lain lagi.

Dah alang2 kat Pavi ni, apa kata kita buang tebiat buat gaya 'budak2 Pavi' zaman sekarang ni kan. Moh amek gambar dalam toilet~~

Mission accomplished!

Pastu, berpindah plak kitorang ke Times Square, kengkonon bosan sementara tunggu Shahir balik keje. Nak gi tengok movie, citer plak la tak best. 

Anyway, best sangat hangout hari tu. Hope we'll stay in touch. Jangan dok membizi keje je masing2. Muax3!!




Tuesday, March 5, 2013

Seekor Ulat Bulu di Mata

Satu perangai aku yang tak berapa senonoh adalah aku selalu pi kaunter2 makeup dan berpura2 berminat or buat2 tengah cari barang. Then, dengan automatiknya promoter tu dengan rela hati akan test2 segala macam benda kat muka aku. Mintak je nak try benda tu benda ni, sumer dia bagi. Eh, kaler tu cam cantik la. Berapa harga ek? Dia pun calitkan la kat muka aku sambil kata "Wah, berseri2 muka cik pakai kaler ni. Ambil la" Macam la aku rabun sangat tak nampak, lebih kurang je ngan lipstick aku tadi. Tapi kita perlu berpura2. "Haahla. Best sangat. Yang tu plak aper? Camner nak guna?" "Oh, yang ni guna dia camni. Calit sini sikit, situ sikit. Haaa, canteeeeekkk sangat" Pastu lepas dah full muka aku dia touch up ngan benda2 mahal, aku pun akan kata "Lemme think first k." Syaitooonnnn sangat perangai kan. Tapi betul apa. Kena la test dulu, baru timbul rasa minat nak beli. Maybe bukan on that day aku beli. Nanti2, bila aku tengah nak cari eye shadow ke, lipstick ke, kalau brand yang aku try before this, aku akan cari balik. Sebab selalunya aku pegi kat tempat mahal2 la kan. So, benda mahal2 takkan la boleh beli on the spot. Tapi dun worry, kalau aku puas hati dengan sesi trial tu, mesti aku akan beli punya nanti2. So, hari Jumaat yang lepas aku gi kat ofis Zahir pas working hour. Nak gi makan sekali la kata kan. Tapi, Zahir tak sampai dari Melaka lagi, dia ada meeting. So, aku merayau jap. Ada la kaunter kosmetik ni. Tak yah cakap nama la kot no, kesian kat depa.

Dia punya tagline "No Makeup Makeup". Ha, sila pi cari. First thing yang aku perasan kat booth ni, ada sorang promoter Chinese, lagi 2-3 orang promoter Melayu. Obvious sangat nampak yang promoter Chinese ni dok sibuk layan customer yang dia 'tangkap'. Tapi yang promoter2 melayu ni sumer dok sibuk tengok cermin betulkan makeup diorang yang "no makeup" sangat tu *tangan ke dada mata ke atas* At last ada la sorang promoter tu 'tangkap' aku. Eceh, aku memang sengaja pun lalu lalang konon nak tengok brush. So, dia pun promote la benda alah tu. Ajar aku guna brush. Aku kata aku tak reti nak guna brush untuk blend eye shadow tu, sebab aku memang jarang pun nak main blend2 kaler eye shadow tu. So, sesi demonstrasi pun bermula. Dia start touch up muka aku. Pastu dia makeup kan mata aku, ajar la nak buat camner. Time tu lawa lagi. Dan kemudian tragedi bermula bila dia letak glitter kat mata aku. Dan... aku tak sempat mengelak. Tetiba mata aku pun SHAIN BRAIK LAIK A DAIMEN.SHAIN BRAIK LAIK A DAIMEN. Pastu aku pun dah mereadykan diri nak menarik diri. Tapi jaga hati dia, dengar la lagi dia membebel pasal brush2 tu. Walaupun dalam hati macam nak pecut lari je, sebab ko dah jahanamkan muka aku. Tetibe dia citer pasal brush untuk kening plak. "Cik selalu buat kening tak?" Aku jawab le "Tak pernah" sambil jeling2 sikit kening dia, hamboiii.. nipisnya hang cukur. Dia kemudiannya sepantas kilat gi amek eye shadow dan menggunakan brush itu lalu menconteng sambil mengajar aku macam mana nak lukis bulu kening bagi jadi macam ulat bulu. Seriously macam ulat bulu ok bila dah siap. Aku terpaku dan tergamam dan diam membisu.   Dia pun amek cermin dan tunjuk kat aku beza yang lukis dan tak lukis (sebab dia lukis sebelah je dulu, nak tunjuk beza) dan sememangnya dia pun tergamam sekejap sebab sesungguhnya kening natural memang lagi lawa. Tetibe jadi panjang cam ulat bulu. *nangis*

Tapi aku suruh la jugak dia buat lagi sebelah. Takkan aku nak jalan dengan seekor ulat bulu di mata. Lebih afdhal dua ekor. Pastu macam biasa, taktik yang selalu digunakan. 'Saya fikir dulu la ye'. Muka dia pun penuh kehampaan. "Kenapa cik tak nak ambil hari ni. Limited ni. Nanti habis." "Takpe la, mesti ada punya" Kuang asam gak jawapan aku tu..

Shine bright like a diamond~~~ Geli aku tengok kening aku jadi tebal semacam lagu tu

Sori la gambar lighting tak elok, tak nampak kegemerlapan mata aku. Dah la glitter tu siap lekat2 kat muka. Aku macam.. Geli plak tengok gambar close up camni. Dah la eyebag truk giler. Ni pakcik Zahir nampak ni memang dia gelak habis kat aku. Time tunggu dia aku beli Takoyaki tunggu kat foodcourt. Dia sampai je aku kelip2 mata. Trus dia tanya, "Pakai apa tu?" Hahaha. Dah semakin berhemah tanya. Dulu takdenya nak tanya elok2. Nampak aku pakai pelik2 sikit "Padia ni?" haha. Aku citer apa yang terjadi dia memang kaw-kaw la gelak.