Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Short update on everything

So, I was not updating for so long. Am gonna put up short update on everything that was happening in my life lately. Wah, bajet ada org nak tau kan. But, I'm writing not just for the sake of others to read, but also for me to read them back when I'm old. Mintak2 time tu saya ingat lagi la password blogspot ni kan. Heehee.

- Final exam was good. Btw, paper Seminar in Corporate Finance memang lawak. Nak tunjuk kat korang tapi tertinggal plak kat Shah Alam. Takpe, nanti saya update balik.

- Abah ngan Mama pergi umrah selama dua minggu. Sepatutnya saya pun join sekali tapi tak boleh sebab ada final exam. Abah kata next time plak. Hehe. And, diorang dah selamat balik dah pun. Dapat la gelang ngan jubah. Balik rumah kali ni dapat banyak baju la sebab baju yang diorang beli kat Indon tu pun baru dapat tengok. Heee, lama sungguh tak balik rumah.

- My lil bro, Syafiq got his SPM result and alhamdulillah it's a great one. 8A+ , 1A and 1A-.. Skarang ni kalau dapat A kena tanya plak kan A+ ke, A- ke.. zaman saya dulu A1 A2 je.. kan ke senang... huhu. We are very proud of you Syafiq. Hope you can keep up the good work in the future :)

- Am going to have MUET speaking test this Wednesday. Ahaks, orang lain dah amek berkurun saya dah tua baru nak amek. Hehe, baru terhegeh2 nak amek sebab takut tak leh convo tahun ni. Kalau bukan sebab nak convo taun ni memang tak tau la bila la agaknya nak amek MUET kan. Eh, wish me luck ye.Opps wish us luck lah. Untuk saya, Zahir ngan Adib sekali.

- I will start my industrial training on 18th of April at Morison. Pasni, tiap2 hari kena bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja hari2.. I hope everyone in the office will be good to me. Please3... hehe

That's it. Pasni nak try update blog regularly. Tolonglah bagi rajin~

p/s- nak update gambar tp pening nak cr folder mana.. haih

Sunday, March 6, 2011

Di Persimpangan Dilema

Why I'm stuck in the middle of this? I don't want to do the same mistake. Should I or shouldn't I? Ntahlah. But, I'm so proud of myself la. I can prove to them that I'm not any ordinary girl. Haha, bongkak gila. Tu la, sapa suruh bongkak dulu kan.. Selalu sangat dongak kat atas sampai tak nampak kehebatan orang di bawah. Peace! :)

Sunday, November 7, 2010

I dunno what to write But I'm still gonna post sumthing.. coz I'm bored.


I can't believe that my holiday gonna end in two weeks time. Cepat sangat2! Tak puas lagi duduk rumah. And I believe it's gonna be my last cuti semester bcoz after this is my last semester before going for industrial training. *InsyaAllah* Cepatnye masa berlalu. Tetiber je dah nak final sem.

Talking about final semester, I know I have to get my mind ready for this. Ye la, I need to know were I am going to after this. Nak sambung belajar ke, nak keje ke. Sumer tu dah kena start fikir dah kan. I have some plan in my mind. Kalau everything goes well I just continue on with the plan. Haha, apa kejadah ni, citer macam x nak citer, baik x yah kan.Tak pe la, ni blog saya kan~~:p

Ha, tetiber dapat idea nak citer apa. Hari tu gi Cyberjaya tak tepek gambar lagi kan. Kak Nini dah upload kat facebook, so saya ada la gambar nak tepek. Dasar pemalas nak upload sendiri, hampagas!


"comel x saya, pliz la cakap saya comel.. penat ok nak amek gambar bajet cute ni. Siap suruh tok wan tolong lagi"

Haha, gambar dengan saya pun ada, tapi buruk giler k.. dengan tudung dah jadi cam hape.. pastu x ready nak tangkap gambarnya. Happy weekend people!

Sunday, October 3, 2010

Forex seminar + Jebat kesakitan..


Semalam kitorang (me, Yaya, Nur, Armi, Zahir and Faiz) attended a seminar on Forex kat LT (MasyaAllah, apa jenis bahasa ni??) The best thing about this seminar is the food.Yes, you heard me right. Makanan memang terbaeeek. Breakfast dapat nasi lemak siap pow

nasi lemak Armi bersama2 ngan Yaya (x mau ajak dia sebenarnya, tapi sebab takut org tengok macam buruk lantak sangat so ajak la dia berjemaah lenjan nasi lemak Armi).Tengah hari plak dapat nasi ayam yang boleh tahan sedap la jugak. Niat di hati nak makan kat rumah, sekali hujan lebat. Terkandas kat food court depan FOB tu. Sempat la bergelak sakan sejam dua. Tapi sangat berbaloi la dapat makanan macam tu kan dengan bayar RM7. Dah la tu, dapat sijil lagi.

Tapi, the talk is so-so. Most of the thing he talks can we get from class. Encik Syah cakap pun lagi informative kot. Tapi, at least dapat la jugak pengetahuan tentang wujudnya kelas berharga RM250 per session untuk belajar cara invest in FOREX. Lagi satu info berguna = yang paling penting sekali dalam pelaburan ni adalah rezeki... ingat tu ye adik2..

Tapi lepas habis seminar tu sempat la amek gambar jugak kat depan FOB tu..sebelum tiba2 hujan lebat turun..


From left: Syamira, Hawazi, Farah, sapentah, Yaya, kawan Hawazi, Asy.

Saturday, September 25, 2010

Busy bee..

Sejak balik dari cuti raya hari tu, memang sgt2 busy la. Dengan test la, replacement class la, assignment la.. memang tak cukup masa..tapi tak pe. Kena cool, dengan harapan dapat melalui segala rintangan ni dengan machonya. So far, 1 assignment Business Research ngan 1 test (Investment) dah berjaya dilalui so next week kena lalui benda2 ni plak:

Ahad : Replacement class Research

Isnin : Sepanjang hari ada lawatan ke BNM dan AKPK

Selasa: Test econometric, pastu kelas sampai la ke malam

Rabu: Presentation Financial Advisory. Malam ada class SPSS. Tak dpt la nak gi jamuan raya FOB..

Khamis: Kena submit assignment Business Research plus ada kelas SPSS malam tuh

Itu baru next week k, the next week lagi ada test Banking plak.. kena submit assignment Corporate Risk ngan Investment lagi. Masa plak makin suntuk. Memang kepenatan la minggu2 sebelum exam ni. Demam plak datang, tapi tak leh layan sangat badan ni.. Japgi makin mengada. So body..please stay strong coz I really need it..


Sunday, April 4, 2010

Indahnya~~~

Indahnye bila tak ada kelas pagi esok~~ Kelas Isnin pagi ni la yang selalu menguji keimanan kami sekelas.. Pukul 9.30 tu. Memang malas gile nak bangun dari katil. Yang lagi sadis bila dah berjaya melawan hasutan syaiton, sampai2 kelas tetibe cancel plak. Lagi sakit hati.

Tapi tak pe. Esok memang confirm tak ada kelas. Yippiyay! More time to study Law dan main Dinertown Tycoon. Dah teraddicted. Hoho.

Nothing much la hari ni. Kuar awal, jadi pelanggan first kat kedai makcik kat kampung. Then straight to library with Zahir. MISSION: stadi Law n cari buku islamic finance for assignment. Great experience tau. Kami adalah first time mencari buku kat library guna OPAC tu dan macam treasure hunt pergi mencari buku. Haha. Anddd... for the first time jugak meminjam buku kat library. LMAO, jakun giler k. Teruk betul perangai eh. TQ la Encik Fahmi bagi assignment ni, dapat jugak saya dan Zahir pergi meminjam buku di library. Lepas ni nak pinjam banyak2 lagi la buku.

Dalam kol 6 gi makan, and sembang2 (plus perang2 mulut.. :p) then balik hostel. Hari ni sebenarnya banyak jugak pengorbanan yang kitorang lakukan.

1. Terpaksa melepaskan tiket F1 yang harganya sangat la berbaloi2 dari Abg Daim. Giler la. Sebenarnya ada plan gak nak celebrate besday Zahir kat F1 kalau dapat tiket berbaloi2 mcm ni. Tapi dah time race ni tak kena plak. Eh, bukan diorang race tak kena time, tapi kitorang ada test esok. So, dah celebrate dengan aktiviti lain.

2. Tak tengok pun ABPBH tahun ni. Walaupun tak pegi tengok kat Genting pun tak pe. Tengok kat TV sudeyh. Tapi masalahnya kena study. Dok tengok TV confirm la x concentrate kan.

Takpe takpe. apa yang paling penting sekarang adalah pelajaran. Walaupun mungkin tak dapat elok mana pun waktu test, bukan itu yang kita nak tengok. For me, yang penting adalah usaha. Saya tak nak menyesal di kemudian hari. Maksudnya, kalau usaha, pastu dapat teruk, maksudnya kena usaha lagi. Kalau tak usaha, dapat plak teruk. It will feel so bad. Mungkin la nampak saya macam apa kan, kekadang sesuka hati nak memonteng, kuar dating je memanjang, tak penah nak lekat kat hostel.. tapi saya tahu yang agama dan pelajaran is still the priority.

Apa ni, tetiber macam sesi meluahkan perasaan. Haha. Dah dah, ni mesti sebab tension LOL.

p/s- tengok2 balik entry kebelakangan ni asyik pasal stadi je. Confirm korang terbayang saya skema menelaah je memanjang kan??? Haha, who said u can tell what kind of person one is just by reading the blog? :p

Tuesday, March 30, 2010

Let's think of a good alasan..

Arghghh, tak suka betul bangun tido dengan gaya macam ni. Bangun sebab bunyi bising. Haih. Menyampah. Nasib baik mood tak spoil. Dengan kesabaran yang menebal di dada cuba menahan diri daripada marah dan mengganggu mood sepanjang hari. Ok! Berjaya!

Bukak laptop nak main Cafe World... Ahhhhhh, maintainance plak. Ok, ni memang spoil mood. Eh, tapi tak jugak. Mood jadi ok bila fikir today is a good day, why start with a bad mood.

Hari ni ada kelas Business Communication je. Heaven, tapi kelas adalah 3 jam. Hadeh. And esok adalah Test 2 Managerial Accounting. Wish I can do it as good as the last test. Takpe, usaha yang penting.

Oh, pada sofi yang complaint chatbox tu adalah sangat sempit untuk org2 gemuk tak kurus macam kami. Ye, saya sedar dari dulu lagi. Ruang entry ni pun sempit sebenarnya untuk embed video dari Youtube. Memang tengah nak cari layout baru. Tapi tak sempat dan kalau sempat cari pun tak jumpa yang berkenan. So, mintak maaf. Kena bersempit2 bila nak chat.. Minta maaf ye kawan2!

Banyak plan tertangguh la sebulan ni. Plan celebrate besday Zahir pun asyik terpostpone sampai sekarang. Ni sumer gara-gara test yan asyik dipostpone. Takpe busuk. Ada hikmah ni. Sabar ok? XOXO

P/S: tetiber perasan entry kali ni memang caca merba.. :)



Saturday, March 20, 2010

Is still alive..

It's gonna be a boring weekend for me. Because I need to study but I'm so lazy. But, I can't do any other thing. I just have to study. But, I'm sooooooo don't want to study. I want to be back home, or maybe just went out for fun.. eating out, watch movie.. blablabla but noooooo I can't. I have to study. No, I don't want!!!!

Ok, stop it Leen. Macam orang gila.

Lucky that I'm still alive. :)

Sunday, March 14, 2010

Proaktif

Ok, mari jadi proaktif sambil gelabah puyuh (LOL, ni ayat Olie waktu sekolah dulu, lama gila x dengar) sebab assignment nak kena hantar esok tak siap lagi, nak kena tolong Zahir prepare untuk presentation Business Law esok pun tak settle lagi, tutorial Managerial Accounting untuk esok pun tak siap lagi.Presentation and test Business Communication hari Selasa ni pun tak prepare lagi. Haih. Kena menjadi proaktif dan produktif dan mendapat hasil yang lebih efisyen (eh, serious tak reti nak eja) dan effektif.

Tak sabar nak settlekan sumer ni dan weekend akan datang boleh pulang dengan hati dan minda yang tenteram.

Sooooo, what am I doing here writing crap on this blog rite now?? Go back to work now Leen!




Thursday, March 11, 2010

Mari amek result

Hari ni result SPM. Goodluck adik2 sumer. Yang dapat elok, TAHNIAH. Yang dapat tak berapa elok, jangan sedih2. It is not the end of the world. Usaha lagi lepas ni. Yang pasti, jangan putus asa.



OK, tetiber blog ni macam blog pakar motivasi kan? (sambil senyum ala2 dr. fadzillah kamsah)



Teringat time kena amek result SPM dulu. Kebetulan time tu abah memang ada keje kat Kedah. So, balik kampung. Dengan itu, dapatlah balik MRSM amek result sendiri. Kalau time tu kat KL tak ada la saya nak balik Pendang amek result kan. Sehari sebelum tu memang dah tak lena tido kay. Dok terfikir je. Paling risau paper Bio la. Waktu tu dah terfikir, macam mana nak react ha kalau fail Biologi. Siap fikir alasan apa nak bagi kat Abah. Haha, gilo btul siap pikir alasan. Ye, saya bodoh Biologi. Minta maaf Cikgu Anas sebab selalu ponteng kuliah (kalau buleh kelas biasa pun nak ponteng tapi takut kat cikgu Hasliza lagipun kelas ada 25 org je, kalau muka saya asyk takde confirm la buleh tahu)



Paling tak boleh blah seingat memori saya la, ada sekali tu saja je lambat2 pegi kuliah Biologi. Tetiber terserempak Armi ngan Syifa kat tangga depan dewan kuliah. Boleh plak layan sembang kat situ sambil buat luahan perasaan kat situ. Konon dah lambat ah. Bengong giler, padahal boleh je kot lagi nak masuk. Sembang pasal study ah. Time tu dah dekat SPM. So, citer la pasal result ujian selaras, trial sumer.. sedih2 sebab dapat tak elok. Pastu balik asrama. Haha, punya la malas nak gi belajar.



Cikgu Anas siap panggil saya lagi dia nak tolong saya dalam Biologi. Suruh saya datang jumpa dia bila perlu blablabla tapi saya langsung tak gi jumpa pastu. Lari dari dia lagi ada la. Teruk betul perangai ok, orang nak tolong, diri sendiri plak lari. Ntahla, dah tahap bosan giler tengok Biologi tu. I can't swallow them la, rasa nak muntah balik. (sebab tu awal2 lagi abah dah tak harap saya jadi doktor :p)



Oh, saya tak fail Biologi kay. Haha, drama lebih saya ni. Siap sebelum result keluar mimpi dapat A semua tetiber Bio fail. Wahaha, lawak giler la bila ingat. Oh, Biologi saya tak fail kay. Alhamdulillah, walaupun tak de la gempak punye result tapi bersyukur sangat.

Sedar tak sedar dah lima tahun rupanya amek SPM. Em, rasa sangat tua. Ok, nak pergi muhasabah diri. Dah tua rupanya diri ini. Haih.




Saturday, December 26, 2009

Approaching the end...

Sedar x sedar it's almost the end already. Hari ni dah 27hb. Oh, Merry XMas to all my Christian friends. Hope u enjoy the Christmas this year <3

Dah nak masuk tahun 2010. so, sounds like a good idea for me to mengimbau balik apa yg berlaku dalam hidup saya sepanjang 2009

STUDY:
Sem 2 unexpectedly I did quite well walaupun rasanya banyak main sepanjang sem 2. Plus, Zahir dan saya adalah gile berjalan waktu tu. Ngehehe, biasalah org baru nak saling mengenali (sile muntah..hahaha). Tapi dapat pointer yg bagus time tu, dahlah pointer tertinggi yang pernah dpt seumur hidup.Crius, kt mrsm dulu pun x dpt camtu. Hoho. Alhamdulillah

Short Sem adalah short and sweet. Sebab sangat la lepak class ada dua kali je seminggu and the subject are sooo ringan. Assignment seperti tarian adalah memenatkan badan dan minda. Dapat maintain pointer sem lepas which is veeeeerrryy good. Walaupun mcm bengang kenapalah pengajian msia dpt A-. Memang potong stim. Ceeehhh, ckp byk padahal x stadi pun subject tu. Wahaha.

Sem yg baru berlalu ni pun ok. Eventhough subject dah start berat2 I think I managed to keep it under my control. Except for MIS yg agak cam bengong. I can's stop myself from being bored in the class. Dah la itulah satu2nyer kelas yg stat awal pg. Memang liat nak bgun. Tp x pe. It's already ended. Dan saya harap my result will be good.

FAMILY:
This year, family makin besar sebab ada abg ipar baru. Awal2 tu penat la nak mengajar Razin tukar daripada panggil Uncle Alfi kepada Pak Teh. And supposedly kitorang akan ada lagi sorang new member which is anak Kak Nini, tp x de rezeki. Tapi, skarang die dah pregnant for 5 months dah pun.. so expecting a new member of the family next year la. Hehe

Oh, kesihatan Razin adalah x begitu baik tahun ni. Mata die problem la, allergic dan die slalu gosok dgn sgt kuat dan beri impak yg sgt buruk kepada. Siap kena masuk wad and surgery bagai. Sekarang still kena guna mcm2 ubat. Hopefully die akan sembuh dgn cepat.

Career abah pun rasanya went very well. Proud of him :).
Mama pun walaupun sakit2 sendi kadang2,I think her health is still good :)

LIFE:
Tahun ni mcm2 dugaan dtg, which I don't want to tell in detail here sebab I know some people might just take it as ckp belakang and don't want to admit their fault. So, baik diam diri aje. Sebab how many time I explain pun, the blame is always to me. Yeah yeah, u are always rite..Am not gonna waste my time with u again.FULL STOP

But, despite this ONE little thing.. life is great. Kawan2 adalah sgt best, at least I know I got lots of them yg akan bersama saya waktu susah. <3

LOVE:
Berjalan lancar walaupun pada permulaan, mcm2 konflik and salah faham tapi in the end, everything's going smooth and very well. Dan hopefully it will get better and better. <3<3<3

Ok, that's all. Tahun ni azam saya adalah menjadi better person, better Muslim and better daughter. I know it's not detailed. Tapi that's all I wanted. Hehe. Azam saya untuk tahun ini juga sama, dan saya rasa saya dah berjaya :) Alhamdulillah..

Sunday, November 29, 2009

Tolong!

I need help..

Otak, tolong kembali ke tempat yg sepatutnya. Sebab rasanya awak x ada dlm kepala saya ini. Saya menulis ini pun menggunakan temporary memory yg mungkin hanya berfungsi untuk waktu yg singkat. Sila kembali sebelum saya tetiber tidak sedar dan berdengkur dengan kuat.

Bloggers kesayangan, tolong la update. Mungkin ia dpt memujuk otak saya kembali. Kerana saya die merajuk sebab dr pagi asyik mengadap nota2 corporate finance... Tolong saya.....

ceh, sesuka hati mintak org update weekend2 ni... heh!! :p



Saturday, November 21, 2009

Bluerghghgh...

Nak muntah baca notes. Haha. Criusly. Apekah notes FRM ini?? x de gambar, not even a number. Tulisan semata2. Saya adalah sgt lemah membaca notes. Baca satu page, kepala dah start tersengguk2. Itu kalau nothing in front of me. Tapi kalau ada laptop, haih... baca satu baris, tgok laptop 10-20 minit, pastu sambung lg sebaris..



Whaddaheck la kan, sruper x yah baca la camtu... *sambil ketuk2 pala kat dinding* Kena baca gak!!!!! Kalu x camner mau bwat assignment and jawab final... 6 chapter kena baca sendiri~~ Haih..



byk mengeluh betul Leen ni. Stop it! Bersemangat la sket. Yay~~*gilo ape ckp ngn diri sendiri*



Life have been treating me greatly, except for semakin dekat final, tetiber aku mcm gelabah buat apa serba x kena. Haha. Risau la mengenangkan byk jugak subject that need me to read and memorize things. Yeah, MEMORIZE. Becoz UNDERSTANDING is not enough. Haih. dah la menghafal adalah benda paling susah for me. Nak kena makan kismis berguni2 ni *yes, I'm joking* :p



Whatever it is, wish me luck people.. I'm gonna get more into the books than the games. Bye bye sebentar ye Diner Dash, Cooking Dash, Fitness Dash. Jgn rindu saya sgt. U know I miss u more.I'll do my best.. Hooo yeah~~ *rasa mcm org gila while typing this entry, apa kes ckp ngan game nieyh???*







Saturday, April 18, 2009

003: FINAL COUNTDOWN






Dlm masa 2 jam lagi, final exam untuk sem ni pun akan bermula~~ @.@






Hari ni exam Comp. Application 1, so wish me luck kay~~



Hopefully sem ni boleh dapat better pointer and better grade untuk semua subject, x nak la ada slack satu subject mcm sem lepas.. benci btol (i hate u tuan haji! XD)



Tapi takut jugak ngan subject Marketing.






Masalah saya selalunya berkaitan ngan subject membaca. Kalau SPM dulu, Biologi.. last sem, Management.. sem ni Marketing la plak. Bila membaca ni boleh tumpu dlm setengah jam je, pastu otak dah x leh concentrate langsung, mata melilau tgk org jalan, usya2 org, belek2 hp (mcm x penah tgk hp sendiri je), kalau ada laptop lg la~~ surf Internet trus...






Berbalik kepada final exam, semalam habiskanlah masa kat library menstudikan diri~~ dr tgh hari smpai la mlm.. (kejang perut x dgr study lama camtu??) Hahaha, saya study kejap je.. kan dah kata x leh concentrate lama2.. buat benda lain yg byk~~ org lain yg study sebenarnya...




guess who??XD