Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Nyahcas ion2 negatif2.


Amboi, tajuk macam silibus kimia. Bajet terer la tu en..

Sebenarnya, aku rasa aku dikelilingi oleh aura negatif dari luaran dan dalaman la skarang. Dan, ia menjadikan aku seorang yang negatif sekaligus demotivatekan diri aku untuk keep on moving forward. All the positive things inside me getting lesser and lesser day by the day. I almost dunno myself.

Benda ni jadi senyap2. Bila dah realize it is becoming serious already. And i don't like it. I want to be the old me. Yang penuh semangat, never give up, always strive for the best. Tapi tu la, like i said before. The negative environment. Yang selalu buat aku rasa why bother to do things seriously. Why bother to stay up late for work? Why bother to do more than what you should? DIA buat aku rasa macam tak guna pun aku usaha macam2. At last he would be the same, yg demotivate orang. Tak appreciate orang. Tapi, aku tak mampu ubah environment, individual apatah lagi. Malam ni, aku berjanji dengan diri aku, aku takkan biar diri aku hilang kerana dia. I won't let all those negative aura from you come near me. Aku akan stay strong to what I believe. I will be who I am.

Hari ni aku dengar speech dari GM pasal Senad Haziq yang berjalan dari Bosnia ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Berjalan kaki ok. 5700 KM in 314 days. Setahun tu, ko mampu?? nak turun tingkat 3 ke tingkat 1 pakai tangga pun x nak.. haha.Senad ni dia jalan merentasi 7 negara, termasuk la Syria yang tengah berperang tu. Melalui kawasan yang sangat2 sejuk, siap kena tahan dengan tentera bagai. Dengan memikul beg 20kg. Ya Allah, kuatnya semangat dia. Aku kagum betul. I mean, dalam dunia yang segala2nya mudah ni, sapa yang sanggup buat camni? Paling2 pun orang sanggup bergolok gadai nak bayar untuk gi Haji. Tapi Senad ni sanggup habiskan masa 314 hari untuk ke rumah Allah, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang beragama Islam. Kenapa mesti aku nak give up? Kecik je pun cabaran ni. OK, I've made promise to myself already. I hope I can make it. InsyaAllah.


Tuesday, February 7, 2012

Teknik berkesan menangani driver tak dak akai..


Wah Leen, mulut jaga sket na.. tak baik cakap orang tak dak akai. Haha.

Yeah, malam ni entry meluahkan perasaan. Sebab sakit hati. Semalam balik from kampung nun jauh di Kedah. Saja je balik siang. Slalu kitorang balik KL malam je, sebab malam sejuk. Siang panas. Ngantuk, lapar, dahaga sumer ada. Tapi hari ni saja je la balik siang. Alhamdulillah PLUS tak jam. Cuma lepas terowong tu kan, jalan dua lane. So, slow di situ. Tapi still bergerak cuma memang slow gila la. So driver2 yang bijaksana ni konon hebat la ni vroom meluncur laju di lorong paling kiri iaitu emergency lane. Hebat la ni, diorang paling genius kat highway ni. Ye la, makhluk2 tak bijak sumer beratur dalam lane, bersesak2, tak bergerak. Kan ada lane lagi satu tu..kena la guna kan. Bijak kan? Lane tu untuk emergency la bangang. Satgi kalau ada orang accident ka, kereta terbakar ke (tambah2 dalam jam kan, lama2, kalau kereta yang enjin prob ke apa, boleh terbakar kot) pastu ambulans, polis nak datang nak lalu celah mana kalau emergency lane pun penuh kete? Nanti sampai lambat mula la korang complaint kat paper, berita polis, ambulans lembab.. lambat memberi bantuan. Waktu korang dok memenuhkan emergency lane tu ada tak fikir, kelembapan otak korang berfikir la yang menyusahkan orang. Tak kena kat diri sendiri lagi memang la tak rasa. Ada sebab la orang buat emergency lane tu. Ko ingat orang buat emergency lane tu untuk kegunaan ko yang emergency sangat tu. Kalau emergency btul tu takpe la kan. Tapi hazard light pun ko tak pasang, aku assume ko saja meng'emergency'kan diri sendiri. Tapi nak emergency pun kena berjemaah ke??

Pastu tadi kitorang terlupa hari ni Thaipusam, so kitorang dengan tak sengaja kuar kat exit Sg. Buloh. Memang azab la kan nak lalu Batu Caves time2 ni. Dari Kepong dah memang jam gila tak bergerak. Pastu skali lagi dapat nampak kebijakan segelintir rakyat Malaysia ni. Ada ruang sket kan antara jalan belah kiri tu ngan divider. Longkang kecik je. Makhluk2 yang x sabar ni pun guna lah lane kiri tu. Sanggup tu naik sket atas divider. Konon tak sabar la ni. Padahal orang lain pun dah stuck dekat sejam kat situ. Macam la orang lain takde keje nak sampai cepat. Pastu sket je boleh lalu pun. Sebab kat depan sket memang bahu jalan tu penuh kete parking orang sambut Thaipusam jalan gi Batu Caves. Dan disitu diorang pun start menyusahkan orang. Menyelit la nak masuk balik lane. Eh eh, senang2 je kan. Orang beratur elok2 pastu ko nak potong kan. Dah la tu, jam menjadi semakin teruk sebab diorang ni la. Abah memang x bagi chance. Dia sengaja rapat2 ngan kete depan so diorang tak leh masuk.

Aku plak seperti biasa menjalankan tugas aku pada waktu bertembung dengan driver2 akai x dak ni.

1) Ko kena make sure ko dok kat belah kiri. Tak kisah la depan or belakang. Kiranya kereta himpit kat kiri kan, so ko kena dok kat cermin belah kiri la.

2) Ko tgok je kat driver tu. Tak yah buat muka bengang or tunjuk2 F*CK ke apa. Ko tengok je dengan pandangan tak bersalah. Selalunya driver dia takkan pandang la. Nama pun buat salah kan. Pastu kalau dia ada penumpang lagi best. Ko tgok jugak la penumpang tu. Macam muka blur pun ok. Bagi diorang menyampah tgok ko. Tengok lama2 k. Bagi diorang perasan.

Buat muka camni pun boleh. Bukan muka Justin Bieber tu ek. Satgi dia ingat ko nak ngorat plak

3) Amek fon. Pastu bwat2 macam amek gambar sambil geleng2 kepala. Konon macam "Isy2, ada jugak manusia x dak akai mcm ni, kete je besar". Ulang gaya sampai diorang perasan.

4) Ulang step 2 & 3 sehingga diorang rasa annoyed.

InsyaAllah dengan berkat Allah kereta tu confirm x jadi menyelit depan korang. Semalam aku dah try kat 3 kereta. Tiga2 pun x jadi masuk. Paling sedih ada satu kereta mamat tu sorang2. Muka hensem, kete besar, tapi tu la, akai x bper nak ada.Kesian dia kena usha ngan aku sorang2. Yang lain ada member kan, boleh la nak kutuk aku secara berjemaah walaupun x berani pandang muka aku pun.

Anyway, sebelum buat tu, korang tgok la dulu orang dalam kete tu. Kalau ada gaya mamat2 samseng ke apa, muka penyangak ke. Jangan la buat, takut satgi kete korang kena aim aku x tau. Haha, agak2 la kan nak troll orang pun. Tak pasal jadi arwah plak.Ok, slamat mencuba!!

Zahir selalu marah bila aku mengaplikasikan teknik ni bila dengan dia. Dia kata jangan cari gaduh. Eh, sapa cari gaduh dulu. Lagipun aku bukannya buat muka bengang kat dia pun. Kalau ikut hati aku bukak je tingkap jelir2 lidah. Haha.

p/s : Sapa2 terasa dia ada buat perangai di atas, yes!! ko memang menyusahkan orang disebabkan kebodohan ko :p



Sunday, November 28, 2010

Hargailah Apa Yang Anda Ada..



Semalam tengah bloghopping ternampak ni kat blog Faryn..

Warning: Jangan tengok sambil makan ye, kang ada yang muntah saya tak bertanggungjawab~:p

Menurut blog Faryn, (sebab saya sendiri pun tak reti la plak nak baca Chinese kan) perempuan ni model. Dia sedut lemak kat bahagian paha, pastu jadi macam tu. Maybe bakteria kot. Kesian giler dengar dia nangis2..

So kawan2, tak kira perempuan atau lelaki (sekarang laki pun suka cucuk2, sedut2, bedah2 ni kan) hargailah apa yang anda ada. Jangan gelojoh or rakus sangat nak nampak lawa. Dah elok2 paha lawa kang tetiber jadi lubang2 cenggini. Bukan tak boleh nak bagi jadi lawa, sapa lah yang tak nak jadi kurus cun melecun kan. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau rasa paha banyak sangat lemak, pegi la exercise, tak yah la sedut2 sana sini. Memang la exercise akan amek masa lama, tapi easy come easy go.. Senang dapat ha, macam2 la you have to payback kan.

Yeah, saya mahu eksesais banyak (huh, tiba2)

Cucuk2 pun x payah la kot. Cuba tengok Dato' Sarimah, lawa je walaupun dah tua. Tak kisah la kedut ke apa. Bila dah sampai tahap umur camtu, sapalah kita nak lawan kuasa Allah s.w.t yang memberi kita kedutan di muka. Tapi itulah kecantikan ketika usia macam tu. Bila kita melawan kuasa Allah, jadi la seperti gambar di atas ni. Cuba kita ikut je putaran hidup yang Allah berikan, mungkin kita jadi seperti ini

See? Ada je kan kedutan kat wajah dia. Tapi still lawa. Bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t bagi. Maybe orang boleh cakap kat saya 'ko boleh la cakap ko tengah muda lagi.. kulit tegang tak kendur lagi'. I know that. Tapi, saya berdoa semoga Allah melindungi saya dari menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian-Nya. Amin.

Sekian dari saya, Ustazah Lin. :)

Not enough not enough~

Sooooo.. today need to get back to the real business.

Udah2 le cuti tu Leen. Kalau nak dok lepak je sila la berenti belajar dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Not bad idea, eh? Tapi ada ke orang nak bwat bini? Masak nasi pun fail, sapa jadi husben saya makan megi je la tiap2 hari. Isnin Maggi Kari, Selasa Maggi ayam, Rabu Maggi Goreng.. dah agak2 boring ngan Maggi kita tukar Mamee ke, Cintan ke.. Pastu pas sebulan kawin dah botak dah husben kesayangan saya.

Oh, citer pasal kawen. Kadang 2 jadi macam takut bila tengok orang di sekeliling ataupun kat TV pasal masalah rumah tangga kan. Sana sini cerai la. Masalah isteri tak dapat anak la, mak mertua suruh laki dia kawen lain. Tak pun laki tu tetiber berubah lepas kahwin. Macam2 la. Pastu kat ofis nanti ada la pompuan2 gedik nak ngorat laki orang. Walaupun bunyik macam citer tv tapi semua tu jadi dalam kehidupan harian kita. Memang betul pun kan. So, kadang2 bila dengar member2 nak kawen, ada gak terfikir 'bila ha aku nak kawen?' tapi tetiber bila teringat benda2 kat tv, terus jadi takut rasa cam tak nak kawen.

LOL, ni pehal citer pasal kawen2 ni??Jangan risau, tak ada plan nak kawen pun dalam masa terdekat ni. Not gonna think about getting married until I achieved my dream.Ni pun macam mana boleh masuk topik ni ntah.. huhu.. merepek meraban di tengah hari. Dah, semua gi tengok Melodi!

p/s: Encik Zahir selalu cakap saya ni sangat terpengaruh dengan TV. Yeah, this is the proof.

Wednesday, October 27, 2010

Dah fikir masak2 ke??

A friend of mine asked me few days ago. Her bf wanted to have a joint account with her.She asked my opinion.Well, for me it's a big NO. I have seen lots of cases where couples having a joint account. Mostly their reason is to save money for their future lah kan. But, i totally disagree with this idea. Ntahlah. I think it is just kinda wrong. I don't think it is the time. Unless you are already married, I really don't think we would need a joint account with our partner.

Kalau nak simpan duit nak kahwin pun, tak salah pun kan simpan asing2. Kan ke sepatutnya lebih selamat?? We don't put all eggs in one basket kan??(ok, applied investment theory selagi boleh.. haha).Ok la, sebenarnya my point is are we really certain about our future??Siapa yang boleh dengan confidendnya bagitau dia akan kawen dengan siapa nanti?? If anything happened tak ke susah nak fikir camner nak bahagi duit2 tu. Dah banyak kes dah penah jadi kat orang keliling.. so apa2 pun, yang penting.. fikir la masak2 k~~


Tuesday, October 26, 2010

Pindah memindah..

Hari ni bangun2 pagi trus packing barang untuk pindah. Saya paling benci packing barang.. Arghghghg.. macam mana la Mama tolong packing barang untuk satu family berpuluh2 tahun dah. Family saya selalu kena pindah2, so memang Mama la in charge packing barang2 kan. Tak leh bayang la. Nak packing barang untuk diri sendiri pun dah rasa sangat2 terseksa. So, conclusionnya, Mama adalah seorang superwoman. Sekian!!


Sunday, May 23, 2010

Everyone makes mistake, the most important thing is learn from it

I always talk about age gap matters with Armi. Sometimes we thought one or two years age gap is nothing, but suprisingly, there are big differences. Tak tau la kalau orang lain, tapi considering people around us, yes it is.

Being a 22 years old (eh belum, 21.. mana cukup 22 lagik, haha) girl I have done lots of mistakes in my life. To my friends, to my parents, to my family, to Allah and everyone. Dan bila buat kesalahan especially kepada parents, mesti kena tegur kan. Kalau zaman umur muda-mudi dulu confirm la mengamuk. Ahhh, pedulik ah. Apesal nak tegur aku? Bukannya bagus sangat pun..

Itu dulu. Zaman tak masuk U lagi. Zaman takde sapa yang betul kecuali ko sorang. Zaman yang tak ada sapa boleh tegur. Ada orang tegur je terus melenting. Semua orang pernah melalui zaman tu kan? Tipu la, kalau tak pernah kan.

Tapi bila usia dah makin meningkat, saya mula dapat terima bila dikritik atau dimarah. Walaupun kita selalu fikir apa yang kita buat tu betul, kadang2 benda tu tak betul sebenarnya. Mungkin juga benda yang kita buat tu menyakitkan hati orang. Sooooo bila dikritik kita kena la muhasabah diri dan fikir baik2. Kalau betul salah kita dan minta maaf dan cuba tak ulang perkara ni.

But Armi and I were surrounded by people who still did not reach that level yet. Ramai yang still kat level "Jangan tegur aku, kau ingat kau bagus". I've encountered with these people yang saya rasa I'm gonna just waste my time dealing with them. Like, there are not gonna reflect anything to themselves, they just know 'don't say anything about me'. Sampai bila nak berubah kalau kita ada perangai macam ni.

Just like the title, everyone makes mistake, the most important thing is learn from it. I've made lots of mistakes even at my age. But, when I know it is my fault I said sorry. If they can't forgive me and I think it's worth it to ask for another apology, I'll try. Life is like that. You'll never escaped from doing mistake.

Ok, dah tamat membebel. Haha, tetibe nak cakap pasal ni sebab age is nothing. Sebab saya tengok kadang2 orang2 yang lebih tua dari saya pun tak reti nak mengaku kesalahan walaupun dah terang2 tu salah dia. Betullah kata pepatah, growing old is mandatory but growing up is an option (as what Ija said on face book :p)


Saturday, May 22, 2010

How to respond?

Penah tak berdepan dengan orang yang buat lawak tapi sememangnya 'lawak' tu adalah tak lawak sangat or memang tak lawak langsung? Kalau saya dalam situasi ni mesti macam "Damn! How do I should react to this? Muka nak kena bwat camner nieyh???"

Situasi 1:

Dok lepak2, tetibe one of your guy friend buat lawak lucah. Dan anda satu-satunya perempuan kat situ. Ok, kalau kau lelaki tak kisah lah. Gelak je la puas2. Tak yah la nak control macho kan, macam la tak tahu perangai korang kan. Lagi lucah lagi suka kan. Tapi as a girl, deep in the heart of course you feel offended kan?? (tak tau la, maybe saya sorang tapi betul la, rasa offended sebab macam that guy does not respect u as a girl kan) Buttttt at the same time, kita tak nak rosakkan mood semua orang yang tengah lepak2 kan. Takkan tetibe nak emo "HEY KAU JANTAN TAK NAMPAK KE AKU PEREMPUAN, CAKAP BENDA YANG LEBIH BERSOPAN BOLEH TAK" *sambil hentak meja dan balik cawan kaca kat muka dia* hoho.

Takkan la kan? Same thing jugak kalau tetibe ko bukak ceramah kat situ "Wahai saudara, tidakkah anda nampak saya ini seorang perempuan ada di sini. Tidakkah lebih elok jika saudara memilih topik perbincangan yang lebih sesuai?"

The result will be the same kan? Mood semua orang akan berubah. So, what to do?? How to react? Gelak?? Hell no! Tak lawak, ok? Senyum? That's the best option kot. But, selalunya saya akan just talk to other people and pretend like I hear nothing walaupun dalam hati membara je.

Situasi 2:

Ada seorang mamat ni berkenalan melalui facebook ke, friendster ke, tagged ke, myspace ke whatever la, u name it la kan..Then mula la nak buat lawak like

HE: Oh, dekat je la ngan rumah saya, nanti bolehla jumpa. Saya belanja awak minum.Weekend ni ok tak?

SHE: Hehe, best2. Tapi tak apa la. Busy la (x bz pun, tapi x berminat)

HE: Saya gurau je pun, tak de nyer nak ajak awak kuar. Lagipun nanti jatuh market saya.

Damn lagik dan lagik.. Gurau apa benda kah itu?? Ok la, I just assume you have low self esteem but a mountain high ego. HAHA, tetiber baru aku perasan benda ni agak lawak. Ok lah encik stranger, anda memang pandai bergurau.