Showing posts with label happy bebeyh. Show all posts
Showing posts with label happy bebeyh. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

OM NOM NOM : Cupcake Chapter, Ukay Boulevard

Hai uolls.
Sebenarnya nak update pasal majlis aku. Hehe, tapi banyak gambar tak copy dari photographer2 tak bertauliah aku. So, nanti2 lah ye.

So, marilah kita ber Jalan Jalan Cari Makan. Lokasi hari ni disuggest oleh Encik Zahir. Hari tu kuar dah dalam kol 3 camtu. So, tak lunch lagi la. Kuar nak potong tali jam kat Wangsa Walk. Aku macam pelik dah pak cik ni pegi Wangsa Walk trus. Tak lapaq ka?? Dia ni kalau bab makan mana boleh tahan lama2. Dah pukul 3 lebih ni.

Pegi potong jam, orang tu suruh bagi dia 30 minit. Aku ngan Zahir round sekejap. Pusing pegi kat dia balik. Aku macam pelik la, dah setengah jam ke? Cam cepat je. Memang tak siap pun lagi. Orang kedai tu pun cakap, lambat sikit sebab jam aku tu cam susah sket kot. Whatever la, tapi aku cam dah lapar. Rasa cam nak marah gak la. Nak tanya kenapa tak gi makan je dulu kan. Tapi iolls semenjak jadi tunangan orang ni telah dinasihatkan practise jadi penyabar ye uolls. Jangan nak merempan tak tentu pasal,takut terbawak2 sampai nanti2.

Ok, cool bebeh cool. Kita watlek, wat tak lapar je k. Tapi last2 orang tu yang meroyan cari waffle sebab lapar.Haha. Aku dah agak dia lapar jugak ni. Tapi by the time siap beli, jam pun siap. So, makan la dalam kete. Pastu dia tanya aku, Ukay Boulevard kat mana. Aku pun jawab, kat area Ukay la tu.Bijak kan iollls?

Rupa2nya tepi MRR2 tu je. Yang ada Tutti Frutty tu kan. Ha, situ la. Aku pun tanya la nak buat apa. Dia pun jawab, nak gi Courts. Cari barang rumah jap. Aku dah cam nak berasap sket. Hadoi, ingat kenyang ka makan waffle je?

Pastu dah masuk situ baru dia bagitau nak cari tempat makan.Rupanya Cupcake Chapter nama kedainya. Tapi aku cam tak percaya. Zahir? Cupcake? Sangat tak kena k. Berkali2 aku tanya kot2 salah kedai tapi dia confident cakap nak makan sini. Aku pun apa lagi. Happy la kan, kalau tak dia mana nak makan cupcake2 ni.

Masuk je kedai beriya dia tengok menu. Oh, macam2 rupanya makanan dia. Ingatkan cupcake2 cake2 je. Dia nak makan chicken apa benda ntah. Nampak sedap gila. Rupanya yang tu la Jalan2 Cari Makan promote. Orang kedai tu pun promote yang tu. Terus bersemangat aku nak makan ni. mihmihmih.

Tapi lepas duduk je order2 skali dia cakap habis plak. Tu la, lama sangat dok discuss nak makan apa. By the time nak order, habis. And aku agak kedai tu tetibe packed kot sebab JJCM. Sebab muka pekerja2 dia semua stress dan asyik silap bawak je. Cupcake pun banyak habis.

Jom tengok kitorang makan apa. Jangan la terkejut betapa banyaknya kitorang order sebab Zahir ni bila datang mood nak makan, macam ada saka plak dalam perut. Eh, ye ke bila mood datang? Bukan tiap2 hari ke? Haha.

Ni nama dia hashbrown. Walaupun rupanya agak pelik, tapi sedap. RM2.50 je kalau tak silap
Mushroom soup. Comes with bread and butter. Sedap tapi lupa dah harga berapa.

Cute menu. 

Tak tau la concept dia memang ala-ala kedai tak siap or maybe memang tak siap lagi. Haha

Cupcakes yang sedap. Kiri tu red velvet. Not bad. Yang kanan Peanut Butter Chocolate aka PB Chocolate. Highly recommended. Sedap sangat2. RM4.50 per pcs. Banyak lagi flavor lain tapi tak berkesempatan try lagi.
My mac n cheese. Sedappppppp gilos. To me, dia x la seberlemak macam kat Secret Recipe or anywhere else. Just nice And who doesn't love cheese kan.Yang ni harga dia RM15.90.
Zahir's fish n cheese. Disebabkan chicken pebenda yg dia nak tu sold out, dia nak amek lamb pebenda ntah Tapi dia tukar fish n chip sebab katanya kesian nanti aku tak leh try (i dun eat lamb :P). Yang ni pun quite nice, Biasa je honestly. Yang ni RM16.90




Overall, memang best tempat ni. Price pun not bad. Tengok kitorang mentekedarah macam jin ni, campur 2 mineral water, semua sekali RM59.60. Not bad la kan. Kalau just makan one course tu kira standard price la. So, korang boleh la try. Jangan lupa try PB Choc Cupcake!


Sunday, June 16, 2013

Achievement Unlocked : Bergambar Dalam Toilet Pavi

Semalam aku gi setel borang nak medical checkup. Pastu, gi jumpa Aah ngan Pina kat Pavi. Miss them so much. Lagipun, ada pesan buah tangan from Kelantan.

Lepak kat Subway lama giler. Makan kejap je pun. Borak yang lebih. Terubat la sikit rindu nak gelak gila2 ngan diorang.

Pasal interview keje Aah, pasal rumah sewa baru Pina kat KJ, pasal Pina nak kawen, pasal Pina nak kawen, pasal Pina nak kawen. Haha, basically banyaknya paksa Pina ngan Shahir kawen cepat2. Citer aku nak kawen tu dah boring sangat dah.

Window shopping kejap. Anyway, aku baru tau rupanya harga perfume2 Victoria Secret leh tahan murah gak eh. Aku tak familiar sangat pasal brand ni, just suka satu perfume dia, apa ntah namanya, sebab aku tak ingat la, mana ntah aku dapat sample dia. Best. Smalam saja2 la masuk. Sambil survey2 harga barang *ehem ehem* kan. Best3.. ikut hati rasa nak beli terus. amboi~

Yang ni la aku minat. Not bad. Set 50ml with body wash ngan apa ntah less than RM300. Yang 100 ml punyer set comes with lotion ngan apa ntah pastu ada candle. Aku macam tak tau tu apa.

ME: Apa ni?
SA: Candle.
ME: Candle nak buat apa?
SA: Untuk first night, or nanti u pegi honeymoon. Bau dia sama macam perfume ni *sambil senyum gatal*
ME: Urrrrrr

Hahaha, dah la Sales Assistant dia tu laki, muka cam Paksu Azwan. Malu gila kot aku.

Pastu jalan2 lagi, usya barang2 hantaran Pina, which is cincin berharga RM17,000. Mau gugur segala rambut Shahir dengar harga cincin je. Belum masuk belanja lain lagi.

Dah alang2 kat Pavi ni, apa kata kita buang tebiat buat gaya 'budak2 Pavi' zaman sekarang ni kan. Moh amek gambar dalam toilet~~

Mission accomplished!

Pastu, berpindah plak kitorang ke Times Square, kengkonon bosan sementara tunggu Shahir balik keje. Nak gi tengok movie, citer plak la tak best. 

Anyway, best sangat hangout hari tu. Hope we'll stay in touch. Jangan dok membizi keje je masing2. Muax3!!




Saturday, May 11, 2013

My dearest friend

Tak tau kenapa semalam saya macam ditakdirkan untuk menjadi pengdengar masalah rakan2. Tanpa sengaja berada di samping mereka semasa mereka sedang bergelut untuk menahan perasaan. Bila saya tiba, mereka dah tak tertahan, lantas mengalir air mata.

Seorang dengan masalah hubungan percintaan. Seorang lagi dengan masalah kerjaya. 

Masalah percintaan wujud bila kepercayaan dah pernah diruntuhkan oleh si dia. Oleh itu, bila terjadi sesuatu yang menimbulkan syak.. prasangka baik sukar nak bertandang di minda. Gerak hati atau syaitan yang membisik dan menghasut? Isu utama di sini adalah kepercayaan. Mahal harganya. Sebab itu, bila sekali dikhianati, perhubungan takkan jadi sama seperti dulu. Bekas retakan dan parut akan sentiasa ada. 

Masalah kerjaya pula wujud bila terlalu membandingkan diri dengan orang sekeliling. Bila orang sekeliling bercerita kejayaan mereka, sedangkan diri pula masih di tahap sama, tak berganjak lagi. Mereka pula mendapat kejayaan demi kejayaan makin mara ke depan bersama cita-cita dan impian masing-masing. Rezeki itu di tangan Allah kawanku. Tugas kita adalah berusaha dan jangan putus harapan. Jalan kita akan Allah tentukan. Jika tak dapat apa yang kamu mahukan, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu. Jangan dipersoalkan kenapa. Di hujung hari nanti mungkin kita akan dapat jawapannya.

Doa saya sentiasa bersama-sama kawan-kawan yang tersayang. InsyaAllah, Allah permudahkan jalan kamu berdua dan mendapat apa yang kamu inginkan. Jangan sedih-sedih.. kita gi makan Meatball k~~





Semua gambar ni dicuri dari Alia dan Ah. TQ for the lovely memories :)

Thursday, November 4, 2010

Ke-Excited-an


Ha.. pening tak baca tajuk. Saya nak type pun terpeleot urat otak. *otak ada urat kah?* Kenapakah eksaited sampai tahap ni? Apa yang best sangat tu? Nak dapat blackberry or iphone kah? Ke dapat trip penerbangan pergi balik ke Jepun.. Wow~~ eksaitednya..

Hehe, cukup excited tak ni?

No big deal pun sebenarnya. Rasanya ramai orang dah pernah rasa kot but it is the first time for me. My friend nak kahwin this coming December. First time dapat merasa orang invite datang kenduri kahwin. Keterujaan tahap maksima. Ni dalam otak dah macam2 plan. Huhu, memandangkan kendurinya nun jauh di Jelapang Padi, so kena la fikir macam2 benda kan. Hopefully benda yang diplan akan menjadi. Rasanya majlis ni boleh jadi reunion kecil2an gak sebab semua orang pun teruja macam saya. Semua pun pakat nak pi kan. Dah dah, tok sah excited sangat satgi tidoq dok mengigau nak pi kenduri plak..