Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

OM NOM NOM : Cupcake Chapter, Ukay Boulevard

Hai uolls.
Sebenarnya nak update pasal majlis aku. Hehe, tapi banyak gambar tak copy dari photographer2 tak bertauliah aku. So, nanti2 lah ye.

So, marilah kita ber Jalan Jalan Cari Makan. Lokasi hari ni disuggest oleh Encik Zahir. Hari tu kuar dah dalam kol 3 camtu. So, tak lunch lagi la. Kuar nak potong tali jam kat Wangsa Walk. Aku macam pelik dah pak cik ni pegi Wangsa Walk trus. Tak lapaq ka?? Dia ni kalau bab makan mana boleh tahan lama2. Dah pukul 3 lebih ni.

Pegi potong jam, orang tu suruh bagi dia 30 minit. Aku ngan Zahir round sekejap. Pusing pegi kat dia balik. Aku macam pelik la, dah setengah jam ke? Cam cepat je. Memang tak siap pun lagi. Orang kedai tu pun cakap, lambat sikit sebab jam aku tu cam susah sket kot. Whatever la, tapi aku cam dah lapar. Rasa cam nak marah gak la. Nak tanya kenapa tak gi makan je dulu kan. Tapi iolls semenjak jadi tunangan orang ni telah dinasihatkan practise jadi penyabar ye uolls. Jangan nak merempan tak tentu pasal,takut terbawak2 sampai nanti2.

Ok, cool bebeh cool. Kita watlek, wat tak lapar je k. Tapi last2 orang tu yang meroyan cari waffle sebab lapar.Haha. Aku dah agak dia lapar jugak ni. Tapi by the time siap beli, jam pun siap. So, makan la dalam kete. Pastu dia tanya aku, Ukay Boulevard kat mana. Aku pun jawab, kat area Ukay la tu.Bijak kan iollls?

Rupa2nya tepi MRR2 tu je. Yang ada Tutti Frutty tu kan. Ha, situ la. Aku pun tanya la nak buat apa. Dia pun jawab, nak gi Courts. Cari barang rumah jap. Aku dah cam nak berasap sket. Hadoi, ingat kenyang ka makan waffle je?

Pastu dah masuk situ baru dia bagitau nak cari tempat makan.Rupanya Cupcake Chapter nama kedainya. Tapi aku cam tak percaya. Zahir? Cupcake? Sangat tak kena k. Berkali2 aku tanya kot2 salah kedai tapi dia confident cakap nak makan sini. Aku pun apa lagi. Happy la kan, kalau tak dia mana nak makan cupcake2 ni.

Masuk je kedai beriya dia tengok menu. Oh, macam2 rupanya makanan dia. Ingatkan cupcake2 cake2 je. Dia nak makan chicken apa benda ntah. Nampak sedap gila. Rupanya yang tu la Jalan2 Cari Makan promote. Orang kedai tu pun promote yang tu. Terus bersemangat aku nak makan ni. mihmihmih.

Tapi lepas duduk je order2 skali dia cakap habis plak. Tu la, lama sangat dok discuss nak makan apa. By the time nak order, habis. And aku agak kedai tu tetibe packed kot sebab JJCM. Sebab muka pekerja2 dia semua stress dan asyik silap bawak je. Cupcake pun banyak habis.

Jom tengok kitorang makan apa. Jangan la terkejut betapa banyaknya kitorang order sebab Zahir ni bila datang mood nak makan, macam ada saka plak dalam perut. Eh, ye ke bila mood datang? Bukan tiap2 hari ke? Haha.

Ni nama dia hashbrown. Walaupun rupanya agak pelik, tapi sedap. RM2.50 je kalau tak silap
Mushroom soup. Comes with bread and butter. Sedap tapi lupa dah harga berapa.

Cute menu. 

Tak tau la concept dia memang ala-ala kedai tak siap or maybe memang tak siap lagi. Haha

Cupcakes yang sedap. Kiri tu red velvet. Not bad. Yang kanan Peanut Butter Chocolate aka PB Chocolate. Highly recommended. Sedap sangat2. RM4.50 per pcs. Banyak lagi flavor lain tapi tak berkesempatan try lagi.
My mac n cheese. Sedappppppp gilos. To me, dia x la seberlemak macam kat Secret Recipe or anywhere else. Just nice And who doesn't love cheese kan.Yang ni harga dia RM15.90.
Zahir's fish n cheese. Disebabkan chicken pebenda yg dia nak tu sold out, dia nak amek lamb pebenda ntah Tapi dia tukar fish n chip sebab katanya kesian nanti aku tak leh try (i dun eat lamb :P). Yang ni pun quite nice, Biasa je honestly. Yang ni RM16.90




Overall, memang best tempat ni. Price pun not bad. Tengok kitorang mentekedarah macam jin ni, campur 2 mineral water, semua sekali RM59.60. Not bad la kan. Kalau just makan one course tu kira standard price la. So, korang boleh la try. Jangan lupa try PB Choc Cupcake!


Saturday, September 17, 2011

Aktiviti Di Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia and that also means.. PUBLIC HOLIDAY yo~. Let's go party and rock your body *ala2 lagu 2NE1*. Ceyh, berangan la ko nak gi party kan. Lepak rumah sudeyh. Walaupun tak pergi tengok perarakan live ataupun kat tv, saya still lagi menghayati makna hari bersejarah ini. Tak perlu pada Hari Malaysia je, tiap2 hari pun saya rasa bersyukur dan bangga dilahirkan di negara yang harmoni dan sangat aman ni. Cuma lately, ramai yang cuba menjadi perosak kesejahteraan negara kita dan semoga Allah sentiasa lindungi negara Malaysia ni dari ancaman mereka2 ini. Dah la, kalau cakap pasal benda ni, mau saya membebel 2 hari 3 malam ni.

Memandangkan jalan kat tengah KL tu confirm2 la jam dan banyak jalan tutup kan, so apa lagi tempat yang terbaeek untuk dituju? Pastilah Wangsa Walk Mall kan. Saya dan Zahir pun kuarla beli tiket citer Bridesmaid untuk pkul 4, then makan kat Popeye. Yummeh. Lama tak dapat ni. Then, dia gi semayang Jumaat, saya plak lepak cc main game. Dah siap semayang sumer, kitorang pun balik la ke Wangsa Walk. Before masuk hall, saya pun pergi la mendapatkan ini...

Introducing the new member of my collection~~


Warghghg, the pic is already a crap, then i edited it and it is officially crappier. Should get a decent camera la after this. This phone's camera is really frustrating.

Whatever la. Sebelum saya pi pecah tabung kira duit nak beli kamera, meh nak kenalkan new tumbler for my collection. Sejak bila ntah hari tu tetiber sronok kumpul tumbler kat tgv nieyh. Lawa2 ok, walaupun kadang2 peluh2 la sket nak kuar RM14-17 nak beli benda alah ni.. Ye la kan, kalau beli set biasa dapat jugak popcorn ngan coke, takdela mahe bebenor cenggini. Tapi, disebabkan dia best, so pejam mata je la time bayar. Yang ni special dia sebab ada roda bawah tu woo.. boleh main tolak2 before tido woo. Memang best la benda ni.. tak penah tengok mainan cenggini kan?? Hahhaa, tak sabar nak tunjuk kat Razin benda ni. Confirm dia jeles. Tu la, hari tu Mak Cik ajak tengok Cars 2 sesamer tak nak, siap beli DVD awal2 before tayang kat wayang lagi. Hmmph, tengok skarang, makcik ada tumbler boleh tolak main2 siap.

Then, pas siap tengok wayang. Lepak jap kat Mamak Corner di mana terjadi la insiden yang menyakitkan hati. Serius rasa nak mengamuk. Tapi sabar je. Cool2.. Meh nak story~~

Sampai2 je kat kedai kitorang pun duduk la. Datang la Mamak (aku rasa Bangla je) ni amek order. Familiar je mamat ni sebab selalu gak dia amek order kitorang.

M: Mau order apa? *Sambil sengih2 tengok Zahir*

S : Nasi Lemak ngan teh ais

Z : Hm...

M: Roti bakar tak mau? Telur separuh masak? *sengih2 lagi yang membuatkan saya pelik, pehal mamak ni dok sengih2*

Z : Tak2, bagi nasi goreng kg ngan nescafe o ais. Tambah telur mata.

M : Tak mau roti bakar ah? *Sengih2 lagi mintak penampar*

S : Apesal Mamak tu tanya camtu *otak dah fikir macam2*

Z : Ye la, kadang2 kan makan ngan a.daim kat sini.

S : Oh, ok.

Then, dia bawak la makanan. Yang Zahir plak setiap masa pun nak terlebih peramah.

Z : Nasi goreng ni sekali ngan telur ke.

M : Asing.

Z : Oh, patut sekali la. Nasi goreng kg kena la ada telur.

M : *Sengih2* Pagi tadi you ada makan sini ka. Roti bakar ngan telur separuh masak.

Z : Eh, tak ada la. Malam ni je i datang.

M : Oh, ye ke? Tak ada ek *sambil sengih2*

Z: Tak ada la. Kenapa tanya? Ada org makan tak byr ka?

M : *Angguk2 sambil berlalu pergi*

Siot je. Jadi dari tadi kitorang datang ko dok perli2 ke apa. Masalahnya ni bukan first time jadi tau. Hari tu waktu Zahir makan ngan Abg Daim pun diorang tak bg Abg Daim beli rokok. Siap tanya lagi pagi tadi Abg Daim ada amek rokok tak bayar. Padahal dia baru je sampai dari Alor Setar before gi makan tu. Sekali boleh terima la kan. Tersilap. Ni sampai dua kali jadi hangin la weyh. Dah tu apa guna cctv korang tu. Props drama ek. Nak bagi nampak effect kedai mamak yang best? Tu dah confirm2 kat belakang tadi dok ngata2 kitorang kan. SSSIIIIOOT je. Memang rasa nak ban la kedai ni. Tak pun nak pergi lagi sekali, nak cakap sket kat Mamak yang dok tanya kat Zahir tadi. Lain kali, cek betul2 dulu.. sebelum main terjah je org. Tadi dah ada rasa nak gi sound tapi mamak tu dah balik pulak. Tapi lepas sound confirm2 la tak leh mkn situ dah kan. Kang dia buat order ludah2 dalam tu plak kan. Hmmm, tengok la camner.

Yang pastiiiii, bengang sungguh ngan itu D.Mamak Corner kat Melati tu. Haish.