Sunday, February 14, 2010

A&W + Subway..

Oh, smalam saya cakap nak gi main bowling kan?? Huhu, last2 cancel. Tetiber petang smalam kete kakla rosak on their way back dari putrajaya nak balik batu caves. Hadoi. Tak penah rosak, tetiber je kan. So, kak nini n abg alfi gi amek diorang and balik rumah.

Diorang pun macam penat kan, so last2 cakap x jadi la gi main bowling. Makan2 je la. So, nak la kuar makan kat Wangsa Walk Mall. Ntah saper ntah tetiber tercakap pasal root beer A&W kan. Tetiber Kakla pun teringin. Payah la bila ada dua mak buyung kat rumah. Bile diorang sebut TERINGIN je, dah jadi mcm kewajipan plak kena gi cari benda tu kan. Ye la, takut kempunan la perempuan2 mengidam ini. Haha.

Elok je semua orang dah ready nak kuar, boleh plak Anis tido baikkk punya. Nyenyak gile plak tu. Takkan nak angkut budak tu plak kan. So, cancel lagik nak kuar makan. Beli tapau je bawak balik rumah. Sumer orang pun nak ikut gi beli macam la benda yang nak dibeli tu memerlukan tenaga 6 orang nak bawak kan. Tinggal la, Abah, Mama, saya dan Anis je kat rumah.

Dalam pukul 9.30 diorang sampai rumah dengan A&W dan sandwich Subway. Siap beli aiskrim nak bwat float. Haha. Saya makan coney dog. Nyum3, lama betul x makan coney dog.

Pas makan, main2 dengan Razin, sembang2 sumer then kol 12 diorang pun balik. Haih. Sangat full dan macam sia2 je segala diet beberapa hari ni. Hahahah..

Dan malam smalam adalah malam paling tak best. I mean, selepas makan2 tu lah kan. Ntahlah. Menyesal gila I stay up late. Why why why should i stay awake?? sepatutnya i went to bed early so i won't be soooooo sakit hati like this. And it does hurt until today. Haih.




Saturday, February 13, 2010

Bad feeling

I hate when the feeling come. It's been okay since the start, tapi kenapa bila start fikir everything seems so wrong. Tetiber je bertalu2 soalan dalam fikiran ni tanya kenapa mcm ni, kenapa mcm kenapa tu, kenapa x pernah pun dapat macam ni.. kenapa dulu dia buat macam tu..

Semua benda pun jadi serba tak kena. Haih.. syaitan kah yang menghasut.

Entahlah. Dah berapa kali kena ingatkan diri jangan compare dengan orang lain. Who am i to be compared pun? Kena la sedar diri sikit wahai cik leen... :(



D.R.E.A.M

Impian. Sumthing yang semua orang ada. Sampai ada pepatah (pepatah kah ini?? haha) yang cakap you are nobody if u don't even have a dream.

I have my own dream. It's always about me. Of course la, takkan aku nak tolong fikir impian untuk orang kan?? Tapi, after I met him, I realized that my dream has changed bit by bit. It's not focused ONLY on me anymore. It always revolved around US. Impiannya masih sama, suma sekarang ada dua watak dalam cerita impian saya itu. Dan sebenarnya, impian itu jadi lebih bagus bila ada dua watak. No more materialistic dream. It's more towards having a happy life, not luxurious life.

Saya suka dengan impian saya sekarang dan saya harap saya boleh capai impian tu bersama watak yang ada dalam cerita impian saya itu. <3

p/s: i miss u much!!




Live update from the house yo!!

Halllooo!!*baca dengan nada super excited*

Yes yes, dah ada kat rumah. Sangat seronok dapat bermalas-malasan kat rumah. Bangun lewat, turun makan breakfast, online sampai rasa diri dah bau macam kambing gurun, mandi, makan lagi, tengok tv, makan, tv, makan, tv, online, golek2, tido dan kitaran itu pun berulang2 setiap hari. Heaven kan? Giler best. Wahahaha.

Public holiday 4 hari kan? So, sambil2 online ni dapat la pasang telinga Mama, Abah ngan Kak Nini dok plan nak kuar weekend ni. Ye la, Syafiq balik kan. Bawak die jalan2. Awal2 tadi dengar Kak Nini ajak gi Sunway Lagoon. Ahhh, sudah. Macam malas la, confirm la ramai orang time holiday camni. Pastu tukar plan plak nak gi bowling. Yang ni ok, sejuk sket. Haha, giler puteri lilin. Gi Wangsa Walk Mall je kot. Dekat sket.

Kalau rajin nanti saya amek gambar tepek kat sini. Dah la ada dua orang mak buyung dalam family ni, so saper je yang nak main ni?? Hahaha, confirm saya kena main ni. XD

Mcm excited plak nak pegi malam ni. Dah lama je tak pegi main. Heeeheeee....:)




Wednesday, February 10, 2010

Pagi yang Gelap..

Ok, saya tipu. Tak gelap pun.. dah pukul 9.30 a.m kot. (waktu tulis la, time publish ni dah pukul 3 am)


Hari ni rasa macam sangat lapang dan segar bangun pagi. Mungkin sebab mendapat tidur yang cukup dan nyenyak kot. Dan lagi satu sebab Encik Zahir dah bangun. Yay!! Pandai pun bangun sendiri. Kan dah kata, tido cukup2 tak adanya nak mengantuk pagi2 ni. Kalau tak, nak kejut bagi pak cik ni berjaga pun dah makan masa jugak. Tapi takpe, saya sebagai P.A yang berdedikasi tak kisah punya. Eceh.


Oh, minggu ni seriously tak ada mood langsung nak ke kelas. Macam kena paksa jeeeeee. Ntahla. Memang rasa macam nak cuti sgt sgt sgt. Malas nak belajar. Haih. Kenapa ntah. Not good not good.


Saya jugak ada masalah. But I hardly tell people about it. (Dah tu ko buat apa skarang ni Leen?) Huhu, tapi seriously I don't want to tell people about it. Sebab the problem is so not me. I'm suprised to realize that I'm worried about this matter. But I've been trying hard to solve this. Alhamdulillah I'm the kind that does not depend on people to motivate myself. Bukan la maksud I dont need other people. Cuma I can depend on my self :). But people around me do motivates me too <3 Do pray for my happiness ok.

Okok, see ya later lovelies..XoXo




Saturday, January 30, 2010

I thought you were hot but your attitude makes you look ugly..

Ok, tajuk x de kena mengena sebab it is just somebody's status in twitter. Mcm best, so kasi letak kat situ sebab tak tau nak letak tajuk apa kan...


Hari Jumaat hari tu saya super duper happy duit mara udah masuk (ok, shaddap semua kawan2 yang nak try mintak aku belanja.. duit aku dah nak habis bayar segala buku ok).Sempena menyambut kegembiraan itu, haruslah keluar makan angin kan.. muahahahhaa *gelak stail org kaya kekenyangan*


First destination- SHAH ALAM.

Ceh, semangat kan? Mentang2 nak kena transfer sana, semangat lebih eyh? Oh tidak. Saja nak survey kawasan sebab Zahir want to get an idea how the place looks like. LOL, mcm x penah pegi. I mean, before this tak penah amek port pasal perumahan ke whatsoever kat sana kan.. so kali ni tengok habis2 ye pak cik... Dah puas pusing2, ke Masjid Negeri sembahyang Jumaat. Oh, saya x de la pegi solat Jumaat k, Encik Zahir je. Saya tolong jaga kete. Huhu.


Next destination- ONE UTAMA

Kalau datang sini, buat apa lagi kan. Confirm la tengok movie. Satu perangai kitorang dua ni, x reti2 nak check schedule dulu before pegi tau. Pastu sampai2 nak amek citer yang start around time kitorang sampai jugak. Of course la citer best dah hampir penuh. Tinggal pun seat depan2 aje. Yang Zahir plak, memilih, asal seat depan sket tak mau la. Kalau ikut saya, selagi ada tempat boleh duduk tu ok je. So tadi tak dapatlah nak tgok citer Tooth Fairy, seat depan2 aje. Nak tengok Avatar 3D pun tinggal seat depan je. So, tengok Fame. Ye, kitorang memang gambler. Selalu betul pakai suka hati tengok citer walaupun x baper nak tahu citer pasal apa.


Suprisingly, citer tu adalah best. I don't know about you all la, tapi pada saya and Zahir, it's good. It's kinda motivate us. Ye la, kita kan dalam fasa menjadi dewasa. Sometimes we tend to think that we know what we want and what we gonna be. We don't even care about what the adults have to say. Sometimes, it worth it, sometimes it's not. That's what I got from the story la. Tapi memang best part dance and performance diorang.


Oh, dalam hall tu tadi sempat la tgok gelagat2 manusia ni kan. Mamat sebelah saya ni dah ;a makan hot dog. Ntahla, x faham la naper diorang jual benda ni makan kat hall. Seriously tak tahan la bau dia bile dalam air-cond. Even kalau masuk hall yang dah ada orang dalam tu makan hotdog, memang bau die MasyaAllah, sabo je la. Ke aku sorang je rasa camtu?? Dah la tu, makan mulut berdecip2, yang ni mintak maaf la. Dari dulu, memang sifat kot, bile makan dengan orang macam ni tetiber je jadi marah. Tapi, selalu try untuk bersabar la, sebab nak buat camner kan dah cara diorang camtu. Tapi still, memang aku annoyed la. Tak cukup ngan tu, dah habis makan die main hembus hidung plak. Hadoila... sabar je la....


Dah tu, couple Mat Bangla ngan Minah Melayu sebelah Zahir plak tak habis2 berkissing. Go get a room la moron.. Eh, x baik maki orang. Haha.


Pastu ada sorang minah depan row kitorang sepanjang citer tu dia bising. Gelak2 la. Bila part citer tak lawak pun die gelak kihkihkih, aku pun usya la kan. Sekali tengok rupanya perempuan tu OKU. Maybe mentally disable kot, sebab nak kata Syndrom Down, x ada lak rupa tu. Sgt sweet, parents die bawak die datang tengok movie.Dia pun macam happy je. Gelak2 and all.


Next Destination- SRI DAMANSARA


Yay! Masa untuk makan.. Tengah hari makan my home-made egg sandwich je. So, datang sini trus bantai chicken chop, watermelon juice ngan blueberry yogurt cheese yang giler2 punya sedap..Zahir plak makan lamb chop, orange juice and kongsi cake ngan saya. Nyum3, kenyang giler (walaupun malam tu zahir gi makan nasi ayam lagi kat hostel :p)

Dah siap makan trus balik, nak pegi rumah Farah. Elok je siap mandi sumer, hujan lebat giler. Apa lagi dah stat golek2, mata nak terpejam je.. haih. Itu je lah aktiviti hari Jumaat saya yang tak dapat balik rumah kerana Mama n Abah balik kampung T.T Dah la dah simpan baju busuk banyak2 nak bawak balik rumah. Alamatnya kena basuh sendiri la......ke hantar dobi je?? hahaha









Tuesday, January 5, 2010

Jangan Turun Bawah...


Cerita ini adalah kisah benar yang terjadi di rumah saya. Setelah seharian Razin (anak sedara saya) menguasai TV dengan menonton rancangan2 TV kegemaran seperti Ben 10, Tom n Jerry, Geng Bas Sekolah, Hikayat Putera Shazlan, Mickey Mouse Clubhouse, My Friend Tigger and Pooh, dan lebih 30 judul kartun yang lain, Abah mengambil remote control sambil berkata "Bagi Tok Wan tengok berita pulak, abang pegi main basikal kat bawah ok??"

"Tak nak la, kat bawah ada hantu" jawab Razin.

Mama dan Abah terdiam sebentar. Segala cerita2 yang dikhabarkan oleh Pak Guard siang tadi bermain di fikiran. Kisah Pak Guard terdengar bunyi suara perempuan menangis *wth skarang nak dekat pukul1, why am i writing this* tiba-tiba berlegar-legar di ingatan. Mungkinkah kanak2 berusia 5 tahun ini mempunyai deria ke-6 yang membolehkannya nampak apa yang kami semua tidak nampak?? Mungkinkah apa yang dilihat kanak-kanak itu sama seperti Pak cik Guard itu nampak?

"Mana ada, mengarut la abang ni. Mana ada hantu kat bawah.." Abah cuba untuk menenangkan perasaannya dan Mama yang agak cuak dengan insiden ini.

"Ye, ada hantu kat bawah.." Razin masih berkeras.

"Ok, jom tunjuk kat Tok Wan mana hantu" kata Abah sambil memimpin tangan cucunya itu ke tingkat bawah.

Di dalam hatinya dia sebenarnya berdebar2 untuk melihat apa yang bakal ditunjukkan cucunya itu. 'Rumah ni ada hantu ke?' bisiknya di dalam hati.

"Tu ha hantu!!" Ujar Razin setiba di ruang tamu...


"Ada hantu kat dalam tu kan?? Mcm citer Aladin tu" kata Razin lagi sambil menunjuk2 ke arah labu sayung yang sememangnya tidak bersalah itu.

Ko ingat ni criter Aladin ke budak?? *walaupun dah sah2 jin aladin tu x duduk dalam labu sayung ok* Bikin saspen je ini budak...

Tapi kan, rasa2nyalah.. ntah2 memang ada kan.. Cui, apa aku merepek tengah2 malam ni..