Thursday, February 28, 2013

Marathon movie Melayu

Dah lama gila tak marathon movie. Rasanya last time adalah time besday Zahir yang ke 24. Sekarang dia dah nak masuk 26 dah pun. Ha, 2 tahun la kiranya. *Leen patut berfikir dulu sebelum type so that tak payah bebel banyak2 dan tak perlu type segala apa yang difikirkan dalam otak*

So, Sabtu 2 minggu yang lalu, saya mengajak Zahir menonton Hantu Kak Limah 2. Sebab utama adalah saya peminat movie2 Mamat Khalid since movie Man Laksa. Dulu faveret Malay director adalah Afdlin Shauki, tapi kebelakangan ni citer dia macam ntah apa2 la. Deep sangat kot ek sampai aku tak faham lawak dia. So, sebagai peminat tegar wajiblah gi wayang tengok. Takde la tunggu raya nanti tengok kat TV kan.

Tapi, movie ini agak mengecewakanlah. Kalau sesapa dah tengok tau la kot. Maybe sebab expectation sangat tinggi, so susah nak capai la. Rasanya Hantu Kak Limah yang dulu tu Johan banyak jugak membantu dan watak Usop Wilcha tu still lawak. Second movie ni kurang umph, sebab sidekick dia sumer tak lawak. Usop Wilcha pun tak lawak. Awie pun so-so. Dan very predictable apa yang diorang akan buat. Kalau storyline predictable boleh tahan lagi, ni diorang punya acting pun predictable, so not good. Hantu dia pun ntah apa2. Habis citer je Zahir tengok aku, aku tengok Zahir. Masing2 macam "Apekah??"



Muka aku time tengok citer ni,

Rasanya cukup2 la kot Hantu Kak Limah ni ek. Buat yang lain plak la. Citer best memang bila sambung2 trus jadi tak best. Dah habis citer tu, aku pun macam. Yay~~ dah habis~~ rugi duit aku je. Tapi takpe, at least aku tengok dari sumber yang betul. Bukannya donlod haram. Haha.

Tetibe Zahir plak. "Eh, jom tengok Kerat 14". Dia daripada kat luar hall lagi dok tengok iklan Kerat 14 tu. Masuk hall pun diorang tayang lagi trailer tu. Pastu tak habis2 " Nanti kita tengok citer ni la plak". Aku pun angguk2 dalam keterpaksaan. Haha. Jaga hati. Japgi aku kata aku tak suka tengok citer2 camtu terasa plak. Asal tengok movie je aku pilih. Nak queen control pun beragak la. *ehem, saya bukan queen control, remote control maybe* Bila dia ajak sambung marathon citer, aku macam errr,errr.. dah la tengah2 bulan ni. Orang nak jimat duit. Nak tengok movie ni pun kena pecah tabung tau tak?? Tetibe dia macam paham2 lak. "Takpe, jangan risau. This round saya belanja. Marilah intan payung kesayangan hamba" Yang ayat last tu aku gatai tambah ja.

Popcorn ngan air memang tak beli la. Lagipun hari tu aku baru pas demam, so tak de selera makan. Memang aku makan sikit gila lunch. Popcorn tu pun aku tak sentuh. So, Zahir pun belanja aku asam. Sebab dia sangat arif benda apa yang tekak aku takkan tolak. Hehe, aku ni memang hantu asam kot. Ayah aku pun kalau nampak asam kat rumah dia kata, tu tak de orang lain, mesti Dikda beli la ni. Ok, sambung balik citer. So,masuk hall dan let's enjoy the movie.

Overall, not bad. Tapi bagi aku macam banyak gak ah tak logik dan menggelikan hati. Apa ntah nama mamat yang kena bunuh dalam citer ni. Geli gila ok. Lepak Zouk tapi mengayat awek macam style movie 80-an je. Dah tu, macam tak logik plak bagi aku baru first time jumpa terus nak letak ubat guna2 kat awek tu. Memang la dia nak rompak, tapi x payah sampai guna guna2 kot. *eh, patut tulis guna3*. Pastu dia follow Siti Saleha tu, time2 tu la tercicir surat, so, boleh ikut balik rumah. Dan, time tu la pintu tak reti nak mangga2 plak. Pastu, pandai plak dia mangga sampai Aaron Aziz nak kena terajang pintu tu nak bukak. Pastu pompuan yang berlakon jadi polis tu, Aurora Salwa ek? penyanyi tu kan? Macam hapa je berlakon. Tak real langsung. Dan dia berlakon plak di samping Zamarul Hisham yang berlakon dengan sangat natural. So, sangat terserlah lah kekayuan dia. In conclusion, citer ni sangat predictable. Bangang sket. Tak gi tengok kat wayang pun takpe. Tunggu raya nanti pun ok. Tapi kalau anda fanatik Abang Aaron, silakanlah. Dulu aku peminat jugak, tapi sekarang macam boring plak asyik muka dia je kat mana2. 

Time nak kuar dari Wangsa Walk, Zahir tanya aku:

Zahir: So, apa moral of the story *gaya cikgu2*
Me: Jangan gatai nak kawan ngan gangster sangat walaupun rupa dia hensem cam Aaron Aziz. Gatai sangat, jadilah cam Siti Saleha tu. Tak pasal2 masuk penjara.
Zahir: Salah. Moral dia adalah laki kalau dah sayang tu, sanggup buat apa sahaja untuk pompuan tu. So, jangan mainkan perasaan laki.
Me: Aaah, mengarut ja. Laki tu bodoh la buat camtu. Kalau laki pandai, sayang macam mana pun, dia tak pi bunuh orang la. 
Zahir: Tak baiklah cakap macam tu.
Me: Takde, moral dia memang jangan kawan ngan gangster, walaupun hensem cam Aaron.

And then uolls, malam tu iolls mimpi ngeri. Kena kejar ngan samseng. Haha, dah la dalam mimpi tu Zahir yang bagi samseng2 tu marah pastu dia tinggal aku kena kejar sorang2. Aaaaargh, sakit hati betul. Bila aku citer kat aku, dia kata padan muka. Tu la, kutuk orang lagi. Pffft
Kami la yang Leen kata bodoh tu. Tunggulah kami muncul dalam mimpi anda pula~~

Wednesday, February 13, 2013

Yaya's E-day

Hola. Long time no see my blog.

Musim kenduri datang lagi *baca dengan nada iklan Tora*. Bulan 3 ni pun banyak kenduri kawen nak kena attend. Hopefully banyak la yang saya boleh pegi. Tapi paling terkesan bila member rapat a.k.a BFF yang mula mengubah status. Rasa macam, Oh my~~ our life is moving so fast. Sekarang ni banyak gambar gi kenduri orang, pasni penuh gambar melawat orang bersalin plak kan. I feel so old...

Geng row paling belakang dalam kelas. Lama betul tak jumpa. Finally dapat jugak catch up walaupun sekejap.

Yuni, Yaya, Aman, Zahir n Me. Aman tidoq sat sebab penat buat hantaran maybe. Anyway, perut Zahir sgt obvious disitu. Hahahaha. *taksedardiri*

Seronok btul jumpa member lama ni. Aku paling suka bila tengok Zahir ngan Yaya gaduh, Haha, hobi aku since belajar. Gaduh2, pastu mintak tambah lauk kat Yaya. Apa jenis bf la aku dapat ni, style tak tau segan ni. Siap 3 ketul ayam dia bedal. Yaya kahwin nanti memang dah kira 3 kepala dah untuk Zahir je. 

Pastu before balik..

ZAHIR: Ok Aman tu, boleh masuk.
ME: Boleh masuk?
ZAHIR: Boleh masuk tu macam boleh bawak sembang la. Boleh geng
ME: Haha, kenapa?
ZAHIR: Sebab smoke jugak. Boleh masuk la
ME: Hek eleh, pasai tu ja.
ZAHIR: Ya la, orang smoke ni lain sket. Dia boleh masuk la. Senang sembang. Orang tak smoke ni lain sket. Suka pandang serong kat orang smoke.
ME: Blerghhghgh, memang patut pun pandang serong kat korang.

Dasar penagih rokok camni la. Ya, aku panggil dia penagih rokok supaya dia bengang. Dia kata dia tak ketagih, suka2 ja. Kalau suka tu anytime je boleh berenti k cik abang. bwek...

Hoi, ni apa citer pasal rokok ni? Aku nak citer pasal Yaya la. 

Yaya, congrats on your engagement. Semoga semuanya baik2 sahaja dan dipermudahkan semuanya untuk ke peringkat seterusnya pula. Semoga berbahagia selalu~~ 

Luv u lots!! Muah~~<3 p="">



Thursday, January 17, 2013

Little monsters of mine

Aku ni bukanlah seorang yang suka kanak2. Bila ada kawan2 aku citer pasal anak sedara la, sepupu cute la, apa la.. aku memang tak minat langsung nak amek tau. Even, anak2 cikgu yang cute ke, aku takde la berminat nak cubit2 pipi ke, main2 ke, baik2 ke.. memang tak berminat langsung. Sehinggalah aku nak cuti sem time Form 4. Waktu tu family aku kat Baling, dekat la ngan MRSM aku. So, aku dah pesan kat diorang weekend nak mintak tolong mai asrama bawakkan kotak sebab cuti semester kan, nak simpan barang dalam stor kena la ada kotak. Abah call fon asrama, bagitau tak jadi balik kampung, sebab Kakla nak bersalin. Time tu aku takde kat hostel, Fatt yang angkat fon. Dia pun sampaikan pesan kat aku. Time tu aku rasa macam tuaaaaa nya aku. Haha, dah nak jadi makcik.

Bila balik cuti semester, aku pun diperkenalkan lah dengan little monster pertama ku.. Ahmad Shazrazin. Time tu tak monster sangat la. Dia menangis je kuat. Benda lain dia tak reti buat lagi. Aku tak berani pegang. Aku geli dan takut. Hahaha. Weird sungguh. Aku tengok je dia. Bila aku tengok TV, tetiber dia melalak aku jadi emo. Aku marah dia suruh senyap. Family aku gelak gila tengok aku. Bukan nak tolong tengokkan ke, bagi susu ke. Aku marah k. Razin la yang paling rapat sikit. Sebab dia since kecik Mama jaga. Dah masuk sekolah rendah baru gi nursery. So, time dia kecik2 dulu, aku selalu bergaduh ngan dia. Ni bukan gaduh main2 k. Gaduh betul2. Kalau dia nak tengok channel kartun je memanjang. Japgi aku gaduh ngan dia la. Ungkit balik segala benda aku bagi kat dia, bila mama tak nampak aku cubit puas2. Tapi selalunya aku kalah la. So, aku akan mengamuk masuk bilik hempas pintu. Nangis. Hahaha, gila childish aku. Time tu rasa 'Isyh, kenapa la budak ni dok sini, aku nak tengok tv ke apa pun susah'. Tapi bila weekend mula la rasa rindu kat dia. Sekarang dah besar pun dia. Dah Darjah Tiga. How time flies....

Sorry Anis makcik letak gambar comot. :p
Second monster pulak adalah Anis Shazlina. Dia ni adik Razin. Razin ni kan, dia very soft spoken, dan sangat tertib. Kiranya tak ganas cam kanak2 lelaki lain la. Itu kelebihan dia. Anis plak. Dia jenis keras kepala sikit. Apa dia nak, kena bagi jugak. Kalau tak, merasa la ko amukan dia. Diorang kata perangai Anis cam aku. Haha, lantak la. Nanti besar2 jadi baik cam makcik la kan...*lempang diri sendiri* So, apa2 benda bergaduh pun walaupun sah2 bukan salah Razin, dia terpaksa mengalah sebab kena redakan keadaan. Kalau tak, tak tido la mak bapak diorang ni kena amukan Anis. Tapi Anis ni rajin. Suka tolong orang buat kerja dapur. Tolong sapu sampah pun suka. Bagus anak dara sorang ni. Dia pun dah start tadika tahun ni.






Rasanya gambar ni time sahur. Emo.
Third monster aku adalah Afif Nasri. Ni anak Kak Nini so muka pun lain la sikit2 dari budak2 ni. Dia ni pun kira rapat la ngan aku. Sebab dok skali. Yang ni pandai sangat. ABC-Z, 123-20 dalam english n malay sumer boleh, surah2 lazim. doa2.. aku pun kekadang termalu sebab tak tau doa apa tu. Hehe, dah la nakal. Suka cari gaduh ngan aku. Pastu tak reti dok diam. Kalau bawak gi mall ya Rabbi... memang mencabar kesabaran sungguh. Dok 15 minit dalam mall pun aku dah tak tahan. Kalau bagi kat aku senang je. Cari arcade tu, aku letak la dia atas mainan kereta ke apa, ha pilih la. Makcik kena prepare duit banyak2 je. Haha.








Ni plak gambar tgh nakal kt kenduri org
Monster aku yang terakhir bwat masa sekarang adalah Alisha Shazhana, adik kepada Razin n Anis. Dia ni sama umur ngan Afif, muda dua bulan je. Tapi, kalau tengok mesti ingat Afif tua banyak dari dia. Sebab dia tak bercakap. Senyap sunyi je. Tapi, badan dia boleh tahan. Geram okeh, gebu, putih melepak. Dia ni memang sebijik macam Razin tapi version pompuan. Yang lawaknya, Anis pun terpaksa mengalah dengan Alisha. Dia lagi gangster k. Ngan badan montel dia tu, senang2 je dia nak belasah abang n kakak dia tu. Diorang dua orang tu selalu mengadu ngan mama pasal Alisya selalu belasah diorang. Haha, padan muka korang. Rasakan kuasa adik bongsu *buat masa ni* Pastu Alisya ngan Afif ni pun bukannya ngam sangat. Kalau Alisya datang mula lah Afif buat macam big boss tak bagi main mainan dia. Pastu bila dia gi rumah Alisya, siap la.. masa untuk balas dendam. Alisya sorok segala mainan dia. Siap bawak masuk dalam dapur bagai. Tak nak bagi Afif main. Hehe, macam2 la korang.

InsyaAllah tahun ni akan dapat lagi sorang monster. Maybe pompuan, Wallahualam. Adik kepada Afif. Nak tengok plak camner perangan ABANG Afif tu. Abang sangat ke? Confirm kena buli jugak aku rasa. Hehe. Whatever it is, Razin, Anis, Afif and Alisha.. they will always be the little monsters in my heart. Makcik sayang korang sangat2..


Ni gam bar tgh ok la ni, kalau x keje gaduh je. Berebut benda, berebut attention Tokwan. Masing2 claim tu Tokwan dia SORANG.
Err, taklah rotate plak dia

Budak2 yang makin membesar.


Andai kata nanti korang terjumpa blog makcik ni kan, harapnya korang fahamlah kenapa makcik letak gambar korang yg paling x comel skali dalam ni. Korang takleh la nak lawan tokey blog ni okeh. Biarlah makcik sajo yang paling comel kat sini. Apapun, love u all sooooooo much!!






Saturday, December 22, 2012

Video-video yang boleh buat rasa nak hempuk laptop

Aku ni memang suka tengok video2 pelik kat Youtube. Video2 merepek yang kekadang rasa nak pelempang muka je orang dalam video tu. Tapi dalam nak lempang tu japgi ulang lagi 50 kali, pastu terus lekat dalam kepala. Tapi video 5 days MC tu memang aku tak ulang la. Annoying. Meh, aku share top video annoying tahun ni.

No. 5

5 Days MC
Syok kot no buat mulut camtu. Comey kot no. Kalau tengok video dia buat untuk ex-bf dia lagi la rasa nak lempang. Kanak-kanak sekarang ni ada masalah tak cukup kasih sayang sungguh. Video ni pun dah cukup annoying. Yang makhluk-makhluk lagi hodoh pun dok sibuk buat parody. Hangpa ingat cool ka? Lagi annoying ada la. Hehe.

No. 4


Dok Mano
Ni plak lagu Akon version Kelantan. Mula-mula dengar aku dah terbahak2 gila. Pastu dok ulang-ulang sampai lekat dalam kepala dah lagu ni. Hahaha, Dok mano??

No. 3

Couple - Tsara Nabilla

Budak ni seriously need someone to talk with. Kesian aku tengok dia. Aku harap kot2 ada jiran ke adik beradik dia nampak video ni tolong la bagitau kat parents dia. Dia betul2 tak de orang nak sembang kot. Gaya macam pidato. Mintak2 kat sekolah masuk perbahasan ke, pidato ke adik ye. Tapi jangan buat tajuk Couple dah. Akak baling botol kang. Kalau korang boleh bertahan tengok ni, search 'Sedih(apa salah saya) - Tsara Nabilla. Pastu korang tgok la dia menangis selama 6 minit. Jangan menyesal dah la ye.

No.2

Lagu raya

Ni la video lagu raya yang aku wajib pasang berkali2 since raya last year. Eh, ke dua tahun lepas ntah. Yang pasti, memang lawak gila kot, especially yang tengah tu. Expression muka dia priceless. Kawan2 dia lawak. Hehe

No.1

Aidilfitri Dance

The video of the year. Waktu awal2 dengar, memang rasa nak baling botol je kat budak ni. Tapi lama2 dengar, aku rasa aku dah hafal lirik kot. Kalau dengar lagu Fantastic Baby pun mesti aku dalam otak nyanyi guna lirik budak ni. Haha.





Tuesday, December 4, 2012

Training in Avillion, Port Dickson - Last Day

Last Day. Nothing much to do. Banyak discussion je. Pastu kelam kabut nak check out, makan, back to the real world. As usual, bila habis je outstation, dalam otak aku akan terfikir " There's no place in the world feel as good as home". The best feeling ever to be close to ur loved ones, to sleep on ur comfortable bed, to smell the good smell of ur bantal busuk and comforter. To be in your own room alone. The feeling is so great!! Whatever it is, one nice experience in PD. Hope to have this kind of training again.

Anyway, if anyone of u might wonder, why I didn't say anything about the training etc. I'm an auditor. I try to restrict myself from talking too much about my work in detail. Well, you know, my work involve confidential issues and to avoid myself to spilt it out, maybe I should just not talk about it even the small matter. Just to protect myself and for the benefit of the my organization. Hope you guys understand and do not assume I went to PD just for the sake of having fun.

I think I should conclude my experience in Avillion:
1. The room- If given a chance next time, I want a Garden Villa room. But, I have to say, their room is quite small.
2. The workers here are not so friendly. Especially the girls. They just being nice to the guys.
3. The facilities, view and activities that can be done here is great. So, I guess they just want you to kick ur butt out of the room and do sumthing outside.
4. The food is so-so. Not worth paying the 5-stars rate.
5. I think the 5-star rate is for all the landscape and interior design of the room. They cut the cost of everything else. If I'm paying with my own money, I might think twice before coming here. Maybe can try Grand Lexis.
6. Now I know, I prefer a modern style hotel.

Wah, kenapakah aku berspeaking di entry ni?? Anyway, it feels so good to be back at home!!!



Training in Avillion, Port Dickson- Day 2

Hari kedua bermula macam biasa. Training dari pagi sampai la ke petang. Conclusion yang dapat dibuat pas makan breakfast ngan lunch, dinner dia sangat la so-so. Training adalah dari pagi sampai malam. Tapi sesi petang sampai kol 5 je. Apa lagi.. marilah kita plan sebaik2nya aktiviti untuk petang ni. Nak mandi pantai tapi terdengar plak geng2 laki ni nak main volleyball. So, kami anak2 dara ni segan la sket. Sebab kami ni kalau nak mandi memang perangai tak senonoh sket. (Sembang macam mandi nak pakai bikini je). Takde la, kitorang ni segan je. So kitorang decide nak jalan2 je. But, before that nak tengok bilik Garden Villa Pae and Ummi ni. Nak jugak la tengok ghupenya kan.

Cilok dari google. Tak sempat nak amek gambar dalam bilik diorang. Sesungguhnya bilik diorang best gila ok. To me la. Sebab sejuk, romantik. Haha. Duduk kat balkoni nampak je laut k. Cuma tak duduk atas laut je.

Selepas puas usya2 bilik diorang, kami pun decide nak jalan2. Tapi macam dah dekat 5 lebih. Nak tunggu kitorang balik bilik tukar baju lambat. Bilik kitorang jauh, so we decided pakai je baju kerja. Bukak kasut. Jalan-jalan tepi pantai. Nampak la mamat2 ni tengah main volleyball.

Diorang panggil ajak join. Memang tak la kan. Hehehe


View

Kat tepi pantai ni ada la diorang sewakan kayak la, perahu yang kayuh2 tu la. Mamat tu pun offer la kitorang amek benda tu. 4 orang boleh naik RM20 satu jam. Pae macam tak nak, lenguh kaki katanya. Kitorang pun macam, ala.. jomla.. Tapi takpe la, jalan je la. Jalan2~~ jalan2~~ last2...

Jadi gak dengan baju2 kerja. Ko mampu??

It was fun. New experience untuk orang penakut macam aku ni. Best giler. Walaupun bila dah ke tengah laut tu aku ngan Pae macam cuak n gelabah. Tapi Alhamdulillah selamat. 

Malam plak session sampai kol 11 lagi. Lepak lagi tepi pantai. Sembang2. Then masing2 ngantuk sebab penat kayuh mende alah ni. By that time, Zahir call aku, so aku suruh diorang gerak dulu. Gayut jap. Pastu macam nyamuk la plak. Nak bangun gayut sambil jalan2 plak. Tetiber nampak En. Mat. Dia tegur la, "Buat apa gelap2 ni, balik2." Aku memang nak bangun pun. Haha, tapi saja biar dia jalan dulu. Aku jalan slow2... jalan nak ke bilik. Sekali tak habis lagi sembang, haha *sembang macam x jumpa setahun*. Patah balik, sekali bertembung ngan Cik Mat ngan Haji Fauzi. Diorang nak balik bilik. Bilik diorang sederet ngan aku. Diorang gelak2 tengok aku tak habis lagi. Aku plak gi la jalan ke hujung sana plak. Tak pernah pergi lagi. Tapi rupa2nya macam2 lagi kat sini. Tak sempat nak explore. Tapi gelap giler, takut kot. Aku pun patah balik dok kat depan Pet's Farm. Oh, dekat ngan bilik aku ada Pet's Farm. Dalam tu ada merak, arnab, ayam, kura-kura dan macam2 lagi. Pagi2 diorang siap lepaskan merak tu jalan kat luar. Takut gilaaaaaaa. Haha. Anyway, aku gayut dekat bench kat situ la malam tu. Sekali Cik Mat ngan Haji Fauzi lalu nak gi jalan2. Diorang dah perli tak habis2 lagi ke??? Diorang balik dari berjalan pun aku ada kat situ lagi. Diorang siap perli japgi ntah2 kalau diorang lalu lagi aku kat dalam kandang arnab dah kot. En. Safrul pun lalu dok kacau2 aku, Ha,sembang apa lama2 ngan bf?? Ntah kenapa la malam ni ramai plak orang nak tengok aku gayut kan. Bila aku balik bilik, Ina pun tanya aku gi mana lama sangat. Tengok balik call register. Pergh, sejam lebih tu. 

Tak tau la aku ngan Zahir ni. Kalau hari yang jumpa ok la. Kalau tak jumpa, memang bergayut berjam2 kot. Rasa kejap je. Parah2..






Training in Avilion, Port Dickson - Day 1.


28-30 November haritu aku kena gi training kat Avillion, PD. Sebenarnya, berat hati jugak nak pergi ni. Sebab kerja kat office bertimbun2 weyh. Dah la dekat2 hujung tahun ni. Masing-masing nak kejar dateline kan. Nak kena achieve KPI, kalau x camner nak dapat full bonus next year. Hahaha, ikhlas sungguh aku buat kerja kan? Anyway, berat2 hati pun kena gi jugak sebab next year aku nak kena benda ni. Kalau tak pergi, camner nak audit kan?

Kitorang gerak from office pukul 3.30 ptg dan sampai kol 5.

First impression pasal tempat ni: LAWA.
Second impression : HOI, jauhnya nak gi mana2. turun naik tangga bagai. 
Third Impression bila masuk bilik: WAH, cantiknya ada laut.Bilik atas laut
Fourth Impression: Hoi, panasnya bilik ni mengadap matahari. Pasang air-cond pun tak rasa. Dah la shower ngan toilet nampak langit. Pastu kalau berdiri kat bath tub org kat luar bilik dan dalam bilik boleh nampak bayang2 kita.Siap boleh nampak laut kat bawah. Apakah ini, I can't brain this. Kalaun boleh terjun mandi takpe gak.

Kitorang dapat two types of room,Water Villa dan Garden Villa. Bilik saya adalah Water Villa.

Mula-mula rasa best la, tapi pastu bengang plak sebab panas!!!

Tempat melepak kat luar. Malam tu aku melepak sini la gayut fon ngan En. Zahir. Tetapi terjadi kejadian plak. Cerita di bawah nanti.

Nampak tak kat hujung sana ada macam katil kecik. Aku awal2 dah cop nak tido situ. Sebab tilam dia empuk gila kot berbanding tilam katil main tu.

Lepas sampai tak sempat nak panas bontot cik Aziah call kata dia nak gi pasang projector and nak tengok ok ke tak hotel tu susun benda dalam conference room tu. Aku pun kata la kat Ina aku gi tolong dulu, makan, then balik bilik mandi. Pastu baru pergi masuk training. Sekali tengok-tengok jam dah dekat kol 6 lebih nak kol 7. Trus cancel, kena mandi dulu ni. Suruh Ina mandi dulu sebab dia kan event committee. Nak iron baju dulu sekali takde iron. Apakah ini.. hotel 5 stars pun x de iron ke. Call room service, dia kata japgi dia hantar. Pastu boleh pakai 30 minutes je. Apekah.. dah la nak tunggu pun berjanggut. So, Ina dah siap mandi sumer aku suruh dia gerak dulu. Aku berendam dulu dalam bathtub. Heehee.

Pas gi pasang-pasang apa yang patut kat conference room tu, kami pun pergi makan. Makanan dia, errr.. tak best~~ biasa2 jek. Tak rasa macam dok hotel 5 stars pun. Pergi Equatorial Bangi hari tu lagi heaven makanannya. Tapi takpe, kita kasi chance tengok esok macam mana makanannya.

So, malam itu bermula la training. Habis dalam kol 11 camtu. Not bad la the speaker. Walaupun boss aku kata dia sedikit boring tapi bagi aku not bad la. Pas habis training tu, kitorang lepak tepi pantai. Dengar orang main seruling. Kitorang dah kata apa benda ni.. malam2 main seruling plak. Sekali tengok Abang Yahya yang main. Bukan main layan perasaan tepi pantai sambil main seruling. Memang kena bahan la ngan kitorang. Pastu jalan nak balik bilik. Lalu kat swimming pool. Penuh orang lagi. Wah, 24 hours rupanya. Kitorang pun apa lagi. Projek mandi manda la. Balik la bilik masing2 nak tukar baju. On the way balik tu aku ngan Ina perasan ada lagi satu pool dekat ngan bilik kitorang. Lagi privacy la. Takde orang. Berbanding pool yang tadi tu penuh ngan manusia n kanak2. Trus bagitau budak2 tu tukar venue.

Gambar pool dicilok dari Google sebab aku excited sangat nak mandi that Idun bother to take picture. Ha, bilik aku kat area tepi tu la.

Budak2 ni sumer terrer swimming. Bukan main lagi mandi. Aku mandi selam-selam gitu je. Tapi ok la, aku boleh mandi lama2. Budak2 ni mandi kejap dah pancit. Hahaha. Sebab diorang bersungguh2. Aku mandi main2 je. Tu boleh lama2. Diorang siap nak cramp kaki bagai. Last-last lepak2 sambil sembang2 tepi pool.

Selepas itu, terus la kembali ke bilik masing2 nak mandi n tido. Sementara Ina masuk mandi dulu, aku lepak la kat balkoni tu bergayut ngan Encik Zahir. Time tu macam nak hujan. Burung apa ek kaler kelabu2 tu. Pigeon ek? Ntahla aku tak sure. Dok terbang2 depan aku. Buat bodo je la kan. Tengah sembang2, tetibe dengar bunyi2 kat atas kepala. Dongak2 tengok ada burung tu dua ekor dok atas tu. Aku risau dia berak atas kepala je. Aku pun macam halau2. Dia buat bodo. Ketuk2 pintu nak takutkan diorang. Tak takut ok. Diorang siap jegil mata kat aku. Seriously scary. Jegil yang gila2 punya. Sampai aku yang takut diorang serang aku. Aku siap lari2 masuk bilik jerit2 panggil Ina. Sekali dia dalam shower lagi. Aku pun apa lagi. Jerit kat Ina, aku kuar jap. Nak sambung gayut. Pas aku balik dari gayut pun diorang dok situ lagi. Jegil je kat orang. Aku citer kat Pae, dia kata sebenarnya aku tengah ganggu diorang nak wat projek. Hahaha. Maybe la.