Sunday, November 28, 2010

Hargailah Apa Yang Anda Ada..



Semalam tengah bloghopping ternampak ni kat blog Faryn..

Warning: Jangan tengok sambil makan ye, kang ada yang muntah saya tak bertanggungjawab~:p

Menurut blog Faryn, (sebab saya sendiri pun tak reti la plak nak baca Chinese kan) perempuan ni model. Dia sedut lemak kat bahagian paha, pastu jadi macam tu. Maybe bakteria kot. Kesian giler dengar dia nangis2..

So kawan2, tak kira perempuan atau lelaki (sekarang laki pun suka cucuk2, sedut2, bedah2 ni kan) hargailah apa yang anda ada. Jangan gelojoh or rakus sangat nak nampak lawa. Dah elok2 paha lawa kang tetiber jadi lubang2 cenggini. Bukan tak boleh nak bagi jadi lawa, sapa lah yang tak nak jadi kurus cun melecun kan. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau rasa paha banyak sangat lemak, pegi la exercise, tak yah la sedut2 sana sini. Memang la exercise akan amek masa lama, tapi easy come easy go.. Senang dapat ha, macam2 la you have to payback kan.

Yeah, saya mahu eksesais banyak (huh, tiba2)

Cucuk2 pun x payah la kot. Cuba tengok Dato' Sarimah, lawa je walaupun dah tua. Tak kisah la kedut ke apa. Bila dah sampai tahap umur camtu, sapalah kita nak lawan kuasa Allah s.w.t yang memberi kita kedutan di muka. Tapi itulah kecantikan ketika usia macam tu. Bila kita melawan kuasa Allah, jadi la seperti gambar di atas ni. Cuba kita ikut je putaran hidup yang Allah berikan, mungkin kita jadi seperti ini

See? Ada je kan kedutan kat wajah dia. Tapi still lawa. Bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t bagi. Maybe orang boleh cakap kat saya 'ko boleh la cakap ko tengah muda lagi.. kulit tegang tak kendur lagi'. I know that. Tapi, saya berdoa semoga Allah melindungi saya dari menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian-Nya. Amin.

Sekian dari saya, Ustazah Lin. :)

Not enough not enough~

Sooooo.. today need to get back to the real business.

Udah2 le cuti tu Leen. Kalau nak dok lepak je sila la berenti belajar dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Not bad idea, eh? Tapi ada ke orang nak bwat bini? Masak nasi pun fail, sapa jadi husben saya makan megi je la tiap2 hari. Isnin Maggi Kari, Selasa Maggi ayam, Rabu Maggi Goreng.. dah agak2 boring ngan Maggi kita tukar Mamee ke, Cintan ke.. Pastu pas sebulan kawin dah botak dah husben kesayangan saya.

Oh, citer pasal kawen. Kadang 2 jadi macam takut bila tengok orang di sekeliling ataupun kat TV pasal masalah rumah tangga kan. Sana sini cerai la. Masalah isteri tak dapat anak la, mak mertua suruh laki dia kawen lain. Tak pun laki tu tetiber berubah lepas kahwin. Macam2 la. Pastu kat ofis nanti ada la pompuan2 gedik nak ngorat laki orang. Walaupun bunyik macam citer tv tapi semua tu jadi dalam kehidupan harian kita. Memang betul pun kan. So, kadang2 bila dengar member2 nak kawen, ada gak terfikir 'bila ha aku nak kawen?' tapi tetiber bila teringat benda2 kat tv, terus jadi takut rasa cam tak nak kawen.

LOL, ni pehal citer pasal kawen2 ni??Jangan risau, tak ada plan nak kawen pun dalam masa terdekat ni. Not gonna think about getting married until I achieved my dream.Ni pun macam mana boleh masuk topik ni ntah.. huhu.. merepek meraban di tengah hari. Dah, semua gi tengok Melodi!

p/s: Encik Zahir selalu cakap saya ni sangat terpengaruh dengan TV. Yeah, this is the proof.

Wednesday, November 24, 2010

Homesick..

Rindu giler kat Afif..

Rindu giler bangun2 tido turun makan breakfast sambil tengok ulangan Cougar Town..

Rindu giler golek depan tv sepanjang hari..

Rindu giler nak tengok America ngan Britain's Next Top Model..

Khamis ada Amazing Race Asia plak.. Melepas la haih~~

Eh, ni rindu rumah ke TV sebenarnya?

Monday, November 22, 2010

A new start

It's a new semester in a new place. I think I'm started to like it here.

Malam pertama kat sini tido ngan Ila beralaskan 'toto' sebab tilam tak beli lagi. So, siang tadi gi la survey2 tilam ngan Ila, Armi dan dibantu oleh Captain Zahir bersama co-pilotnya Apis. Setelah puas memborong, (pasukan pengiring shopping lebih sebenarnya) kami pun pulang dan membuat decision nak beli tilam yang macam mana.

Pada malam hari nya, saya dan Zahir pun segeralah ke Giant membeli 4 biji tilam yang berjaya menyumbatkan diri masing2 di dalam kereta. Hebat sungguh tilam2 ini. Tengoklah siapa tuannya kan~

So~~ malam ni berjaya lah tido di atas katil bersama tilam. Yeah, dan broadband pun activate kembali setelah penat lelah mencari tempat nak bayar bil Celcom. Pasni nak bayar ikut CIMB Click je la. senang keje. Ok, selamat malam semua

p/s: Ayat saya di malam hari sungguh tunggang terbalik. Tapi itu tidak bermakna saya sedang di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah walaupun sepatutnya saya meminum sedikit dadah (drugs = ubat batu) malam ini tetapi tidak berbuat demikian sepertimana nasihat doktor.Demmm,, ishould get some sleep now!

Tuesday, November 16, 2010

Main kasar nampak..


Petang tadi sangatlah kebosanan. Citer kat TV pun kurang menarik, so yang terpasang adalah citer Ponti Anak Remaja yang apa benda dia merapu meraban ntah tak faham. Yang faham cumalah comelnya Liyana Jasmay ni walaupun kaki dia keding mengalahkan batang penyapu *apa kes samakan kaki orang ngan penyapu mentang2 la kaki sendiri macam kaki gajah??*

Ok, disebabkan bosan so saya pun buat muka ala2 sweet anak manja siap ada sparkling2 kat mata gitu.. "Abah, pinjam phone main game boleh?" "Amek la" zup.. trus sambar.. zup.. Razin pun tetiber nak melekat kat saya macam kembar siam.

"Nak tengok boleh?"

"Boleh, tapi x leh main la, tengok je"

"Ye lah, eh bukak la game spelling Tok Wan cakap tu"

"Tak best, nak main Plant vs Zombie"

"Kedekut la makcik ni. Abah pun ada la phone ni"

"Balik la main yang abah. Ni abah saya punya"

....1 jam setengah kemudian

"Abang, jangan la tekan.. tengok je laaaa"

"Abang nak tolong la"

-Game paused-tekan2 x der respond apa-

"Abang tekan apa tadi ha????"

"Abang tak tekan apa pun"

"Ala, kacau la.. dah nak menang ni.. bengong la. Sikit je lagi.. haih!"

-Tekan2 lagi-Haih, no respond- tetiber kuar pop up- 'It is Maghrib in your city'

~~ Hokey.. main kasar nampak..baik.. saya faham message yang cuba disampaikan~~

google gambar 'insaf' keluar benda ni.. kira aci la kan??

Monday, November 15, 2010

Malam Emo Sedunia

Yes, malam ni memang emo habis. Tadi pas Maghrib surf Internet, bukak Beautiful Nara. Niat di hati nak baca pasal AC Mizal, terjumpa kisah lelaki sial.. wah! rhyme!

Kalau nak tahu, sila la baca di sini . Ada 6 part semuanya. Yeah, i know by providing the link I am like spreading the story kan. Tapi apa yang saya nak cakap adalah tak guna punya laki!!!! Tak rasa bersalah ke mengaibkan perempuan tu dan seluruh keluarga dia?? Dah la orang tu satu Malaysia kenal. Kalau betul la kau sayang, tak mungkin kau sanggup buat macam tu kat dia. Enough said. Dah malas nak emo2 dah. I think semua yang baca pun boleh faham. Kalau korang tak faham jugak, entah apa jenis hati la korang ni. And I have a lot of negative thoughts about this tapi tak payah la kot tulis kang japgi dia saman fitnah plak kan. So, I'll just keep that thought in my mind and share it with people around me muahaha



Sunday, November 7, 2010

Cowok mantre..

Tengah boring2 tadi teringat pasal video ni. Lawak gile k. Sanggup la diorang ni buat video clip mcm ni just nak bwat lawak.. Tak leh blah betul



Dah tengok baper kali pun asyik gelak je.. Haha. Tak boleh blah tetiber dia bwat "cowok mantre cowok mantre". BTW, saya google nak tgok masuk cowok mantre tu apa. Rupanya lelaki mata duitan k.