Wednesday, April 20, 2011

So far, i love it so much

Halu halu..

Dah dua hari keje, I love that place.They are all friendly and nice people. Masuk2 je trus dah dapat job allocation until May. So start smalam until next Friday I'm gonna be at client's place. Alhamdulillah, my team member is very helpful to somebody noob like me... Thanks Mr S sebab sudi la dok tolong ajar saya and bersabar dengan kelembapan saya. Haha, rasa segan sangat ngan dia sebab sangat lembab. I went there with his car so dalam hati dalam kereta nanti cakap la kat dia sorry lembab sket hari ni.. tapi x de nyerrr. Takut giler nak cakap. Bila dah sampai ofis baru berani cakap

Me: Mr. S, Thank you tolong ajar macam2 hari ni. Mintak maaf ye hari ni macam slow sikit. Esok I will try to be faster k *grin*

Mr S: Biasalah tu first day memangslalunya slow sikit. Nanti ok la tu *smile*

Ok, tengok dia senyum tu pun aku dah happy gila k. Sebab Mr.S ni serius. Dia banyak keje hence the seriousness. So, sometimes I was thinking whether he was angry with me ke apa kan tengok muka dia serious, tapi Alhamdulillah dia baik je sebenarnya. Overall, I love the place and my current team member. For the next assignment I wish my the team will be as friendly as this one.

Sunday, April 3, 2011

Short update on everything

So, I was not updating for so long. Am gonna put up short update on everything that was happening in my life lately. Wah, bajet ada org nak tau kan. But, I'm writing not just for the sake of others to read, but also for me to read them back when I'm old. Mintak2 time tu saya ingat lagi la password blogspot ni kan. Heehee.

- Final exam was good. Btw, paper Seminar in Corporate Finance memang lawak. Nak tunjuk kat korang tapi tertinggal plak kat Shah Alam. Takpe, nanti saya update balik.

- Abah ngan Mama pergi umrah selama dua minggu. Sepatutnya saya pun join sekali tapi tak boleh sebab ada final exam. Abah kata next time plak. Hehe. And, diorang dah selamat balik dah pun. Dapat la gelang ngan jubah. Balik rumah kali ni dapat banyak baju la sebab baju yang diorang beli kat Indon tu pun baru dapat tengok. Heee, lama sungguh tak balik rumah.

- My lil bro, Syafiq got his SPM result and alhamdulillah it's a great one. 8A+ , 1A and 1A-.. Skarang ni kalau dapat A kena tanya plak kan A+ ke, A- ke.. zaman saya dulu A1 A2 je.. kan ke senang... huhu. We are very proud of you Syafiq. Hope you can keep up the good work in the future :)

- Am going to have MUET speaking test this Wednesday. Ahaks, orang lain dah amek berkurun saya dah tua baru nak amek. Hehe, baru terhegeh2 nak amek sebab takut tak leh convo tahun ni. Kalau bukan sebab nak convo taun ni memang tak tau la bila la agaknya nak amek MUET kan. Eh, wish me luck ye.Opps wish us luck lah. Untuk saya, Zahir ngan Adib sekali.

- I will start my industrial training on 18th of April at Morison. Pasni, tiap2 hari kena bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja hari2.. I hope everyone in the office will be good to me. Please3... hehe

That's it. Pasni nak try update blog regularly. Tolonglah bagi rajin~

p/s- nak update gambar tp pening nak cr folder mana.. haih

Sunday, March 6, 2011

Di Persimpangan Dilema

Why I'm stuck in the middle of this? I don't want to do the same mistake. Should I or shouldn't I? Ntahlah. But, I'm so proud of myself la. I can prove to them that I'm not any ordinary girl. Haha, bongkak gila. Tu la, sapa suruh bongkak dulu kan.. Selalu sangat dongak kat atas sampai tak nampak kehebatan orang di bawah. Peace! :)

Saturday, February 5, 2011

Hola!


Hi, long time no see... I've been so lazy to the extend that I won't get up from the bed for breakfast even though it's nearly 2 pm now. Should be getting up now.. and I mean NOW!!!


kalau dapat ipad sebijik memang stuck in bed la aku..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah


Yay! Dah masuk Tahun baru.. Semoga tahun ini menjadi yang tahun yang lebih baik untuk kita semua. Semua benda2 tak baik tahun lepas jadikanlah pengajaran dan semoga kita tak ulanginya lagi. Tak pernah ada istilah terlewat dalam memperbaiki diri. Jadi mari kita sama2 berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Salam Maal Hijrah :)

Sunday, November 28, 2010

Hargailah Apa Yang Anda Ada..



Semalam tengah bloghopping ternampak ni kat blog Faryn..

Warning: Jangan tengok sambil makan ye, kang ada yang muntah saya tak bertanggungjawab~:p

Menurut blog Faryn, (sebab saya sendiri pun tak reti la plak nak baca Chinese kan) perempuan ni model. Dia sedut lemak kat bahagian paha, pastu jadi macam tu. Maybe bakteria kot. Kesian giler dengar dia nangis2..

So kawan2, tak kira perempuan atau lelaki (sekarang laki pun suka cucuk2, sedut2, bedah2 ni kan) hargailah apa yang anda ada. Jangan gelojoh or rakus sangat nak nampak lawa. Dah elok2 paha lawa kang tetiber jadi lubang2 cenggini. Bukan tak boleh nak bagi jadi lawa, sapa lah yang tak nak jadi kurus cun melecun kan. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau rasa paha banyak sangat lemak, pegi la exercise, tak yah la sedut2 sana sini. Memang la exercise akan amek masa lama, tapi easy come easy go.. Senang dapat ha, macam2 la you have to payback kan.

Yeah, saya mahu eksesais banyak (huh, tiba2)

Cucuk2 pun x payah la kot. Cuba tengok Dato' Sarimah, lawa je walaupun dah tua. Tak kisah la kedut ke apa. Bila dah sampai tahap umur camtu, sapalah kita nak lawan kuasa Allah s.w.t yang memberi kita kedutan di muka. Tapi itulah kecantikan ketika usia macam tu. Bila kita melawan kuasa Allah, jadi la seperti gambar di atas ni. Cuba kita ikut je putaran hidup yang Allah berikan, mungkin kita jadi seperti ini

See? Ada je kan kedutan kat wajah dia. Tapi still lawa. Bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t bagi. Maybe orang boleh cakap kat saya 'ko boleh la cakap ko tengah muda lagi.. kulit tegang tak kendur lagi'. I know that. Tapi, saya berdoa semoga Allah melindungi saya dari menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai pemberian-Nya. Amin.

Sekian dari saya, Ustazah Lin. :)

Not enough not enough~

Sooooo.. today need to get back to the real business.

Udah2 le cuti tu Leen. Kalau nak dok lepak je sila la berenti belajar dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Not bad idea, eh? Tapi ada ke orang nak bwat bini? Masak nasi pun fail, sapa jadi husben saya makan megi je la tiap2 hari. Isnin Maggi Kari, Selasa Maggi ayam, Rabu Maggi Goreng.. dah agak2 boring ngan Maggi kita tukar Mamee ke, Cintan ke.. Pastu pas sebulan kawin dah botak dah husben kesayangan saya.

Oh, citer pasal kawen. Kadang 2 jadi macam takut bila tengok orang di sekeliling ataupun kat TV pasal masalah rumah tangga kan. Sana sini cerai la. Masalah isteri tak dapat anak la, mak mertua suruh laki dia kawen lain. Tak pun laki tu tetiber berubah lepas kahwin. Macam2 la. Pastu kat ofis nanti ada la pompuan2 gedik nak ngorat laki orang. Walaupun bunyik macam citer tv tapi semua tu jadi dalam kehidupan harian kita. Memang betul pun kan. So, kadang2 bila dengar member2 nak kawen, ada gak terfikir 'bila ha aku nak kawen?' tapi tetiber bila teringat benda2 kat tv, terus jadi takut rasa cam tak nak kawen.

LOL, ni pehal citer pasal kawen2 ni??Jangan risau, tak ada plan nak kawen pun dalam masa terdekat ni. Not gonna think about getting married until I achieved my dream.Ni pun macam mana boleh masuk topik ni ntah.. huhu.. merepek meraban di tengah hari. Dah, semua gi tengok Melodi!

p/s: Encik Zahir selalu cakap saya ni sangat terpengaruh dengan TV. Yeah, this is the proof.