Sunday, September 23, 2012

24 years old.. Alhamdulillah

Umur saya dah mencecah 24 tahun dan alhamdulillah, Allah masih beri saya peluang bernafas di atas muka bumi ini.

24 tahun yang penuh dengan suka dan duka. Whatever it is, I am so thankful for everything He has given to me. I always believe everything happens for a reason. So, even the worst situation happened to you, there will be always something behind it.

Aiceh, sebelum ni, kalau post birthday je mesti happy2 kan? Tapi kali ni kenapa cam serious je kan. Hari birthday tu memang happy je memanjang. Saya amek cuti on that day, pastu dapat hadiah yang best, pastu ada orang best plak teman saya. Happppyy la kan. Tapi, start hari ni cam sedih sikit. Bukan la sedih sebenarnya, tetapi mcm risau pun ada. Haha.

It is all because the promise that I had made to myself on my birthday last year. I promise to myself that I will give myself just another one year to fool around before getting serious into realizing my dream and getting into real commitment. And the time has come. It has been one year, so Leen, you better keep your promise. What is my dream? What is the commitment? Think it's better for me to keep it to myself.

*tetibe aku perasan, pebenda ni satu paragraph melayu, satu paragraph mat saleh ni.. wargh, malas plak nak edit, korang jgn pening k*

Yang sebenarnya.. aku nak bgtau ni.. aku stresssssss... kenapa la real life ni sangat susah. Kena berdisiplin, kena simpan duit, kena jadi matured. Dah tak boleh nak hu ha hu ha, spend duit sesuka hati.. Leen, u got to face it Leen. It is the real world.....



Tuesday, September 18, 2012

Friends till Jannah

Aiceh, tajuk ala2 hipster sket. Ye la kan, budak skarang bukan main nak bersama pakwe till Jannah la apa kan. Pi nikah dulu la kot ye pun adik2 ye nak till jannah pun kan.

Anyway, hari ni ternampak nor post gambar kt fb. Gambar kitorang dulu2. Kalau tak silap tahun 2010 ni. Waktu lawatan ke BNM. Tengah hari tu ke AKPK plak kat Maju Junction tu. So, sementara tunggu kol 2 tu, sempat la merayau dan amek gambar. Tapi segannya adalah sebab kena pakai baju korporat club Finance. Malu la nak shopping ke apa kan, orang usya je.

Nor, me and Yaya

Selekeh gila kot aku. Macam apa ntah. Tapi, memang hari tu aku tak sihat. Batuk2 lelah2 sampai muntah2 kot. Kira hebat la tu aku still boleh bertahan sampai ke hujung lawatan. Dah la tu posing cam gangster. Tapi time ni cam kurus banyak la dari sekarang. Haih, diet Leen!! Kena kurus before kahwin.. harharhar..

Anyway, aku nak citer benda lain sebenarnya. Nak citer tentang classmates kesayangan saya ni. Sorang nama Nur Hafiza @ Nor@ Akak Kecik. Sorang lagi Yaya Wahid. Pertemuan kitorang bila ingat2 balik sangat kelakar. Waktu tu minggu orientasi, sesi senamrobik Fakulti Business. So, kitorang dibahagikan ikut course. Dah jadi lumrah hidup aku, aku suka dok belakang. Tapi ada sorang minah ni lagi nak dok belakang skali. So, dia dok la belakang aku. Dah siap senamrobik bagai, dean fakulti tengah berucap apa ntah, aku pun bersembang la ngan orang belakang aku ni. Oh, Hidayah rupanya nama dia. Panggil Yaya je. Skali dia kata dia lapar tak sempat breakfast tadi. Aku pun hulur la roti dari dalam beg aku sebab aku amek roti lebih time breakfast *nampak tak gejala2 kuat makan disitu*.Tapi aku takde air. Aku dengan selamba tanya orang depan aku ada air tak. Dia pun baik hati bagi air dia, dan kami bertiga pun berkenalan. Oh, Nur namanya dari Balik Pulau. Baguih la, Yaya dari Gurun, sorang lagi dari Penang, aku ni pun berdarah utara. Start itu kami pun speaking utara saja la. Pastu kitorang bersembang macam dah kenal 5 tahun. Segala macam cerita Yaya ni bawak keluar. Dari hal rumah, skolah, citer pakwe. Semua la. Aku rasa orang keliling tengok kitorang mesti bajet kitorang dah kenal lama, walhal baru kenal sehari kot.

Meh aku citer pasal diorang ni dengan lebih detail k:-

Nur ni sangat la comel orangnya sebab tu la dia dapat gelaran Akak Kecik. Dia sangat pandai bab2 Economy ni. Kalau subjek Economy boleh la belajar ngan dia. Dia cakap slow je, tapi kalau membahan boleh tahan jugak. Disebalik badan yang kecik comel lote tu, dia sebenarnya sangat kuat bagi aku. Tak perlu aku citer kat sini, tapi aku tau dia sangat kuat hadapi hidup. Dia juga sangat2 rajin. Assignment dapat terus buat, takde tangguh2 macam aku ngan Yaya. Oleh kerana itu, dia adalah mangsa tiru bagi kami. Bagus jugaklah dia tak dok serumah ngan kitorang sampai la ke final sem. Sebab aku rasa, boleh rosak budak ni kalau dok ngan kitorang. Dia ni senyap2 pun, kuat bergosip k. Haha, kadang2 dia ni jadi sumber gosip utama selepas Yaya. So, aku la sumber gosip paling tak berguna sebab aku memang jenis tak amek tau hal orang. Haha.

Yaya pulak very bubbly, peramah, lawak dan siapa2 jumpa dia pun mesti akan attracted kat dia. Sebab dia sangat spontan dan jujur. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang takkan rapat dengan dia lepas jumpa dia for the first time. Dia akan buat ko rasa sangat selesa dan macam dah kenal lama. So, dia lah badut dalam group kami. Walaupun tanpa disengajakan *kalau hang baca mesti nak sekeh kepala aku kan*. Kalau dengar citer dia korang mesti tak boring siap rasa nak suruh dia cerita2 lagi. Dan sebab dia la, aku banyak belajar pasal relationship. Yes, banyak sangat. First time aku tengok kawan aku kecewa teruk sebab cinta. Kalau nak tahu, sebenarnya aku sedih sangat2 sebab tak boleh tolong hang waktu tu. Sebab aku tak reti langsung pasal relationship time tu. Aku tak dapat rasa macam mana sedihnya hang waktu tu. Aku hanya boleh cakap, Yaya,sabar. Ada hikmah. Jangan sedih sangat. Sampai tu je. Ketahuilah bahawa sebenarnya aku risau sangat dengan hang time tu tapi aku hanya mampu melihat. Sampai sekarang sebenarnya aku ralat sangat sebab aku rasa kejadian tu la sebenarnya yang buat ang hilang fokus time study dulu. Dan aku pasti ang tau apa kesan dia kan? Bila aku dah faham pasal relationship, aku rasa sedih sangat. Sebab aku terlambat faham. Kalau aku faham dari awal aku pasti akan tolong hang. Aku tak patut biar hang hanyut dengan kesedihan tu. 

Aku dah tak boleh menaip la plak. Seriously, walaupun benda dah lama, kitorang pun dah slamat habis study, tapi benda ni still buat aku sedih dan rasa bersalah. Should stop now. Nanti ada mood aku sambung lagi. Hope our friendship stays till Jannah dear Nur and Yaya ..




Sunday, September 9, 2012

Nasi Royale @ Taman Dagang, Ampang

Satu berita yang sangat menggembirakan En Zahir bila tau yang Nasi Royale Hijau Kuning from Alor Setar dah ada kat Taman Dagang, Ampang. Mula2 dia buat jual mahal kata x se'best' kat Loq Staq la, apa la.. tapi last2 dia jugak la yang dok berulang pi makan. Saya, sebagai seorang yang selama ni dok dengar je pakcik ni dok bercerita pasal ke'awesome'an nasi royale ni, haruslah tringin nak try. So, gambar2 ni sumer, time first time berbuka puasa kat situ. Dan selepas tu pergi lagi dan lagi layan pakcik ni.


Mine. Nasi with Sotong.

Zahir's Nasi with ayam

Daging

Bandung soda n Teh ais. I love Bandung with soda <3 p="p">

The food is good. Tapi hari tu dah try jugak kat Alor Setar. Sana murah sket dr kat KL la kan. Pastu waktu tu ingat macam kat KL la kan. Mintak sotong, skali dia bagi 2 ekor dengan janggut2 banyak gila. Terpaksa la habiskan. Takkan nak membazir kan.. sotong tu, yummy..

Environment kat Taman Dagang ni pun best. Dia kat clubhouse Apartment apa ntah namanya. So, restoran2 dia mengelilingi swimming pool club house ni. Kalau tak nak kena percikan air swimming pool, pilih meja jauh2 sket dari pool ye. Tapi i looike duduk dekat2 swimming pool, hehe. And then, kat sini banyak lagi kedai2 lain jual western food, etc. So, tak semestinya makan nasi royale je kat situ. Sapa yang tak pernah try sila try okay? You won't regret. :)




Thursday, August 16, 2012

Dah genap 4 tahun.. Cepatnya masa berlalu..

Start dengan study sama2.. menjalankan hobi sama2.. buat kerja gila sama2.. praktikal pun sama2.. grad sama2.. pendek kata semua pun bersama2.. Semoga Allah berkati hubungan ini dan menjadikan kami lebih baik lagi. Moga murah rezeki untuk ke peringkat seterusnya..

TQ en. Zahir for everything. Always being with me no matter what. Even though masing2 dah busy ngan kerjaya, you still try to spend a lot of time with me. Haha, yang lain tu dah wish depan2 kan.. so kat blog post sket2 ye. TQ for accepting me for who I am. I may not be perfect, but I'm always trying to be better for us. Happy Anniversary.. hehe





Monday, August 13, 2012

Kompleks Kraf ------> Taman Tasik Titiwangsa ------> Istana Budaya

Heyya people *bunyi cengkerik*

Malam ni semangat tau iron baju untuk keje dengan express skali. 4 minit je. Haha, semata2 nak bagi sempat update blog before tido. Ok, ni citer last Saturday.

En. Zahir tak dapat2 lagi cari baju raya dia. So, agak buntu nak cari kat mana dah. Sebab banyak tempat cari tapi saiz takde la, kaler tak berkenan la. Nak pergi Kompleks PKNS ke, Jalan TAR ke, Wisma Yakin, kirim salam la ye. Kitorang ni style tak suka gi tempat sesak2 camtu. Wah, diva gitu kan. :p

So, Encik Zahir tertengok iklan Scha ngan Awal pasal Kompleks Kraf kat Jalan Conlay tu. Katanya ada jualan Aidilfitri. Apa lagi, moh le kite menjengok sket ada apa kat sana nu ha. Suprisingly, memang best gak tempat tu. Paling penting, tak sesak walaupun ramai orang. Kitorang pakai hentam je masuk, tak tau mana pintu depan. Masuk2 je tengok banyak orang jual kuih tradisional la, lemang la. Siap masak bahulu, lemang apa sumer kat situ. Wanginyaaa.. tergugat iman manusia yang sedang berpuasa ni. Dah la tu, semua nampak sedap2 giler. Tapi kawal lagi nafsu..

Sorry gambar blur. Aku parkinson bila tengok makanan sedap. Hehe, anyway, kek ni memang sangat menggoda. Tapi tahan 3 hari je kot, so memang tak sempat sampai raya. So, tak beli la. Nampak tak microwave kat belakang tu? Diorang masak kat situ jugak.

Masuk kat bahagian kuih raya pun memang menggoyahkan iman. Rasa cam nak beli semua. Tapi tahan lagi. Pergi ke side seterusnya. Baju2 kain2 pulak. Tapi mostly batik la. And, aku pun tak berminat nak beli. Cari baju melayu pun takde yang berkenan. merayau lagi, tengok ada pertandingan buat makanan tradisional. Aku ngan En.Zahir pun dah gaya reporter dah sibuk amek2 gambar. Tapi yang bestnya, aku taktau mana pi gambar2 tu. Haha. Yang ada gambar ni.

Leenception. Aku tengah tengok gambar aku yang Zahir amek dalam kamera dia. Tetibe dia panggil aku, aku angkat muka trus dia snap. Candid sangat.. bwek!


Lepas kitorang merayau tu, kitorang memborong plak kuih raya. Memang best dan sedap tapi nak snap gambar tak boleh. Kuih raya sumer dah hantar balik kampung. Yang pasti, aku beli kuih Spa Q, Oreo apenamantah, ngan kek lapis. Pastu beli kerepek yang sedap tapi Afif dah balun habis. Hehe. Dah puas memborong, kitorang ke Taman Tasik Titiwangsa sementara tunggu time berbuka sebab dah reserve tempat kat Istana Budaya.

Ni Mat Zahiq dalam cubaan mengcover perut. Aku yang bagi instruction suruh letak tangan atas perut. Harharhar.

Then, teruslah kami ke Istana Budaya. Buffet dia adalah RM35 nett per pax. Not bad. I was very satisfied with the food and also the service. Kami sebagai manusia yang makin matang, sekarang ni dah tak membazir time buffet. Ambil mana yang nak makan je. Jangan ikut nafsu. So, mari tengok apa kami makan.
Ni makanan first round.Jom zoom sikit apa benda ni.

Yong Tau Foo. Aku tersilap amek. Ingatkan makan dengan kuah hitam tu. Rupanya dia serve ngan sup la. Beta mana minat makan sup2 ni. Last2 makan benda2 alah tu ngan sambal belacan. Haha. Dasar gila makan pedas.

Kuih-muih pilihan + murtabak

My macaroni

Nasi goreng Kampung En. Zahir

Ikan pari bakar. Nyum3

Yang second round aku amek nasik sikit ngan lauk. Lauk2 dia jangan cakap la. Memang banyak gila variety. Sebenarnya memang banyak gila tapi time makan second round tu terlupa nak snap gambar. Lapar sangat gamaknya. Gambar ABC sumer pun x snap. Dia pun ada serve laksa la, apa lagi la. Isy, macam2 jugak la. Sampai lupa. Haha. Kambing bakar pun ada. Tapi dia serve pas maghrib. So, sapa2 yang nak kambing tu, kena gi solat, relax dulu, baru ada

Kambing2 en.Zahir. Ye, dia sorang je makan dua2 ni. Saya tak makan kambing. Dia sorang je hantu kambing.

Saya adalah hantu jeruk dan asam. Haha, banyak gak la makan jeruk malam tu. 

Anyway, memang puas hati sangat hari tu. Kuih-muih sumer pun memuaskan hati. Makanan berbuka pun sangat memuaskan hati. TQ encik Zahir bagitahu tempat ni. Best3. Puasa tahun depan boleh pi lagi InsyaAllah. Hehe























Monday, August 6, 2012

Semangat Terkubur..

Aku tengah mengantuk tahap gila baban ni. Tapi disebabkan aku dah berjanji ngan diri aku nak update blog ni, aku pun berusaha gigih ni. Sanggup hari ni snap2 gambar merata sebab tak sangka hari ni aku gi tempat yang tak pernah2 aku jejak kaki iaitu Pusat Kraf kat Jalan Conlay tu. Dan, tak sangka plak tempat tu agak best, pastu aku pun memborong kuih raya tak ingat dunia. Dah balik baru aku teringat aku pun ada order kat  orang ofis aku jugak. Bahaha, over tau.. macam la time raya nanti orang nak pandang pun kuih raya ni. Masing2 mengadap ketupat lemang semua. Tapi takpe, janji ada kan. Yang penting, sumer pun menggoda selera aku ngan pakcik Zahir. Seriously, time puasa ni, kuih raya pun boleh membangkitkan selera.

Tapi elok aku nak upload gambar, sekali tengok semua takde. Jeng3.. rupa2nya ada dalam camera Pak Cik Zahir la. Pak cik tu dah  tido.. takkan aku nak kejut dia semata2 nak suruh send gambar kot. Aku x de la sekejam tu kot. So, next time k. Aku tengah semangat ni, tetibe terkbubur camtu je kan. Takpe la, pasrah je.

Aku citer pasal lain la ek. Pasal 'BERSYUKUR'. Ada satu hari tu gi isi minyak kat Petron. Gi kat kaunter nak bayar

ME: Pam 3, RM50
Bangla: *blur seminit* hmm?
ME: Pam 3, 50.
Bangla: Oh, ok. Minta maaf.  *@#%$ kampung *%$^# *x baper clear*
ME: Huh?
Bangla: Minta maaf. Saya teringat sama kampung la tadi. Sudah lama x ada balik *muka sayu.kalau korang tengok mesti korang sedih*
ME: Sudah brapa lama?
Bangla: 6 tahun.*muka cam nak nangis*
ME: *tengok nametag dia tulis AMIN* You Muslim ye?
Bangla: Yup.
ME: Raya ni pun tak balik ke?
Bangla: *muka sedih lagi* Tak ada la. Anak isteri semua dah marah2. Isteri pun kata mahu kahwin lain. Anak yang sulung sudah masuk universiti
ME: Balik la, diorang rindu u tu.
Bangla: Hmm, tak tau la. Terima kasih ya kak.
ME: Ok, sama2.

Ok, abaikan macam mana aku boleh layan sembang kat kaunter tu. Yang buat aku terfikir adalah bagaimana ada orang yang sanggup berkorban tinggalkan family jauh2 dan tak balik2 demi cari rezeki. Aku boleh jamin diorang bukannya hidup mewah kat sini. Dia bukannya kerja pangkat tinggi pun, kerja petrol pump je. Apa alasan kita yang kerja kat ofis, family sumer dalam negara ni je, nak malas2 buat kerja. Apa alasan kita nak merungut2 pasal gaji, pasal beban kerja, pasal pressure. Sometimes, kita kena tengok orang2 macam ni untuk bagi motivasi. Kadang2 kita rasa kerja kita penat (dok dalam ofis aircond ok), gaji kita sikit( yes, budak2 sekarang 2k tu x cukup), boss kita buat kita stress (sebab suka suruh kita buat kerja)..kita kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada tu. Ramai lagi yang susah, nak dapat kerja pun susah, apatah lagi nak merasa gaji seperti kita tu. Ada je budak kat kampung aku tu, berapa tahun dah menganggur tak dapat kerja. Family tak sesenang mana, so terpaksa bekerja apa yang boleh walaupun ada degree. Tapi, at the same time, kena la jugak kita memandang mereka2 yang lebih berjaya kan, so that kita bermotivasi untuk improve hidup kita. Barulah maju ye dok..

Same situation kat ofis aku di mana diorang ni sumer dah biasa tiap2 tahun bonus 5-7 bulan. Tetiber tahun ni kurang sikit. Masing2 trus bising2 tak puas hati. Aku relax je, sebab aku x terbiasa lagi dengan bonus berbulan2 ni. Aku kan budak baru, hehe. Tapi aku teringat kat member2 yang tempat kerja diorang nak dengar bonus sebulan pun payah. Kalau diorang dengar la budak2 ofis aku merungut mesti diorang kata kitorang tak bersyukur kan? Tapi aku tak salahkan budak ofis aku pun. Biasalah tu. Bila kita dah dalam comfort zone, orang kacau mesti kita tak puas hati kan. Ntah2 setahun dua lagi aku pun jadi camtu gak. Hehehe. Yang pastinya, aku harap aku sentiasa beringat dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Dan kalau aku terlupa, TOLONG INGATKAN AKU kawan2 sekalian... :)



Wednesday, July 25, 2012

Not feeling well

I always try to be tough. Never paid much attention to my health bcuz for me, makin dilayan makin menjadi sakit. Try to ignore segala sakit pening. In the end, I have to admit, bila sakit, nak buat kerja pun susah. Produktiviti pun berkurang. Badan terketar2, hingus meleleh2 macam air paip, nak makan x de selera. Time ni baru nak ingat nikmat hidup sihat. Lesson learnt. Apa guna duit berkepuk kalau x sihat. Cewah, mcm aku ada duit berkepuk kan. Hehe, tp apa kan daya. Kerja bertimbun kt ofis ni. Meeting dah dekat. Hmm, kena kuatkan diri Leen. You can do it
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.